Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 30 June 2011

Laporan Polis Patriot yang diketuai oleh Dato' Seri Reezal Merican di Ba...

PKR Kata Pemuda UMNO Berani datang tengah malam buta, Hari ini kami datang tengahari buta, tetapi Shamsul Ketua AMK masih lagi membuta!!!!
Kalau diaorang berani datang lah PWTC.Puteri UMNO yang kan tunggu

Pas bermunajat demi Ambiga - PAS pochee.....sesat jauh dah !!!

Mana pemimpin Pas? Majlis pelancaran Bersih 2.0 oleh Ambiga Sreenevasan di Dewan Perniagaan Cina Selangor di Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu, kurang disertai pemimpin kanan Pas.

''PADA ana (saya), munajat ini penting bagi mengikhlaskan diri kita dalam membantu perjuangan Ambiga. Pada kita, agama apa yang dianut oleh seseorang itu tidak penting - yang penting adalah perjuangan yang dibawa. Untuk siapa? Demi siapa? Untuk apa?

''Biarlah kita bermunajat - dan memanjatkan doa yang ikhlas agar niat kita akan dibulatkan; bagi membantu Ambiga dan mendapat keadilan yang dimahukan. Kita turun kerana Allah - demi untuk memastikan negara kita tidak terus dijadikan alat pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa yang berterusan; tidak amanah, korup dan munafik sifatnya. Tidak salah kalau kita mendoakan agar perjuangan Ambiga dan kita akan mendapat kemudahan.''

Demikianlah sebahagian petikan dari sebuah blog yang dikendalikan oleh penyokong Pas ketika mengulas mengenai himpunan haram Bersih.

Tulisan itu dibuat bagi menyokong kenyataan Dewan Ulama Pas Pusat yang melalui Penolong Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Nazmi Nik Din menyeru diadakan munajat Perdana di seluruh negara sempena himpunan haram Bersih 2 pada 9 Julai ini.

"Seluruh ahli dan pendokong Pas diseru supaya berdoa dan memohon kepada Allah SWT dengan rasa rendah diri dan tawaduk di atas luar keupayaan kita untuk menghadapi tipu daya dan kejahatan oleh pihak-pihak tertentu yang mencemarkan proses pilihan raya di negara ini,'' kata Nazmi.

Persoalannya, kenapakah Pas secara tiba-tiba menyokong Ambiga yang diketahui ramai orang sebagai penyokong Suruhanjaya Antara Agama (IFC).

Jelas sekali, ketaksuban kepada politik dan begitu mahu meraih kuasa bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP telah membuat Pas kini sanggup menggadaikan segala-galanya termasuk prinsip mereka.

Ambiga tidak lagi dilihat sebagai orang yang cuba menganggu gugat umat dan agama Islam melalui IFC, sebaliknya pemimpin dan ahli Pas mengangkat beliau sebagai pejuang yang perlu disokong.

''Pada ana, Ambiga adalah seorang pejuang yang perlu diberikan bantuan dan dokongan sepenuhnya. Perjuangan ini bukan soal agama. Soal keadilan dan kesaksamaan.'' demikianlah begitu mudahnya penyokong Pas memaafkan insan-insan seperti Ambiga.

Akibat pandangan seumpama inilah yang menyebabkan Ambiga berasa bangga dan begitu berani untuk tetap turun ke jalanan pada 9 Julai ini biarpun telah menerima amaran keras daripada pihak polis.

Ambiga mungkin sudah mengkaji perjuangan politik Pas yang dilihat oleh beliau semakin terbuka untuk berkorban apa sahaja demi meraih kuasa.

Bekas Pengerusi Majlis Peguam itu juga memahami bahawa Pas benar-benar berhasrat untuk menggantikan UMNO, biarpun ia boleh mengakibatkan umat Islam dan orang Melayu berpecah-belah.

Kelemahan orang Melayu dalam Pas inilah yang membuka ruang kepada Ambiga, PKR dan DAP untuk mengambil kesempatan bagi mendorong ahli-ahli Pas menyokong dan berkorban apa sahaja kononnya atas nama perjuangan.

Sebenarnya, Pas menyokong himpunan haram Bersih bukan kerana pilihan raya tidak bersih atau tidak adil tetapi Pas sudah tidak sabar lagi hendak menggantikan UMNO.

Pas amat memahami bahawa reputasi sebagai sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sudah berakhir, mereka kini adalah parti yang memperjuangkan negara berkebajikan.

Perubahan prinsip dan dasar perjuangan ini telah disifatkan oleh sesetengah penyokong Pas sebagai 'menggadaikan keimanan' dan keadaan ini sudah tentulah meresahkan kepimpinan Pas.

Oleh itu, apabila Ambiga muncul dengan agenda himpunan haramnya dan disokong oleh PKR serta DAP maka sebagai rakan sekutu, Pas pun 'tumpang semangkuk'.

Apa yang menarik, satu sumber memberitahu penulis bahawa himpunan haram berkenaan akan gagal sama sekali jika Pas tidak menyertainya kerana parti itu merupakan 'penyumbang terbesar' penunjuk perasaan.

''Macam juga dalam pilihan raya, sebenarnya Pas yang banyak menggerakkan jentera berbanding PKR dan DAP tetapi apabila pembangkang menang Pas diketepikan.

''Begitu juga dalam himpunan haram ini, Pas tidak sedar atau mungkin buat-buat sedar bahawa mereka sedang diperalatkan oleh Ambiga dan kedua-dua parti tersebut,'' kata sumber berkenaan.

Lebih menghairankan bagi menghalalkan penyertaan Pas, parti itu dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ulama Pelapis Pas menyatakan kemenangan pakatan pembangkang dalam pilihan raya bukan bermakna pilihan raya berjalan dengan adil.

Sebaliknya Pas menegaskan, kejayaan itu adalah hasil usaha pembangkang menyusun strategi yang berkesan sehingga dapat memenangi pilihan raya tersebut

''Keadilan tidak boleh diukur melalui menang atau kalahnya sesuatu parti dalam pilihan raya tetapi mesti diukur dari sudut hak sama ada ia diberikan sama rata kepada semua parti yang bertanding atau tidak. Penyelewengan dalam pilihan raya mesti dihapuskan dan perubahan hendaklah dilakukan dalam menjamin keadilan kebersihan pilihan raya,'' hujah ulama pelapis dalam kenyataan mereka.

Hujah sedemikian terlalu banyak putar belitnya seperti mana Pas memutar belitkan perubahan dasar perjuangan mereka daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan '' sudut hak sama ada ia diberikan sama rata kepada semua parti yang bertanding atau tidak'' itu?

Hak apa yang Pas dan parti pembangkang tuntut. Bukankah mereka juga diberi tempoh yang sama untuk berkempen, menampal poster dan berceramah? Bukankah mereka juga ada media tersendiri untuk berkempen? Apakah media rasmi mereka juga akan memberi peluang sama rata kepada kerajaan BN?

Kenapakah Pas hendak melihat soal hak sama rata itu dari sudut laporan media arus perdana sahaja? Bukankah Pas dan pembangkang sendiri yang memusuhi media berkenaan dan menganggap ia alat propaganda BN sejak dulu lagi? Kenapakah baru sekarang hendak menuntut supaya hak itu diberikan?

Kalau betul soal hak sama rata yang hendak dituntut kenapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi sasaran? Kalau benar SPR adalah alat BN sudah pasti sebijak mana pun pembangkang mengatur strategi, mereka pasti kecundang.

Tetapi itu tidak berlaku kerana SPR menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, telus dan adil sebab itulah pada pilihan raya umum lalu kerajaan BN hampir tumbang!

Oleh itu tidak perlu Pas memberi seribu satu alasan untuk menghalalkan matlamat mereka menyertai himpunan haram Bersih pada 9 Julai ini.

Akui sahajalah bahawa Pas dan pembangkang sudah ketandusan isu dan idea bagi menghadapi BN dalam pilihan raya umum. Justeru cara terbaik untuk menutup kelemahan berkenaan adalah melalui tindakan mencetuskan isu termasuklah menimbulkan huru-hara di jalanan.

Malang sekali kerana orang Melayu mempunyai sebuah parti seperti Pas. Kenapa? Kerana mereka sanggup menyeru penyokongnya bermunajat untuk Ambiga tetapi sama sekali tidak mahu bermunajat memohon petunjuk agar orang Melayu dan umat Islam bersatu.

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

Wednesday, 29 June 2011

WARDINA terkejut .... Ehh Abang Azmin pun ada.....?????

Wardina nafi keras sokong PKR, Bersih

KUALA LUMPUR 28 Jun - Selebriti popular yang juga pengacara rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sekali gus menyokong perhimpunan haram Bersih.
Beliau berkata, tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya oleh penulis-penulis blog adalah suatu perkara yang serius dan mengaibkan dirinya dan keluarga.
Justeru, katanya, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel yang tersiar termasuk gambar-gambar lamanya di dalam blog, tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin.
"Saya nyatakan di sini bahawa saya tidak menyokong mana-mana parti, sama ada parti pembangkang atau pun kerajaan dan saya juga bukan ahli PKR.
"Buat masa ini, saya tidak ada niat untuk menjadi calon dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan tentang gambar dan penulisan yang disiarkan menerusi blog yang memberi gambaran bahawa beliau menyokong perhimpunan Bersih dan PKR.
Menyentuh tentang kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat, Sabtu lalu, Wardina berkata, beliau hadir sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan.
"Oleh sebab itulah saya hadir pada karnival tersebut tetapi saya tidak pun diberitahu Azmin Ali akan hadir sama.
"Apabila saya dijemput minum oleh penganjur, saya terkejut kerana Azmin Ali pun ada. Tak kan saya nak beredar.
"Saya kesal apabila ada yang berfikiran jumud dan mudah untuk membuat interpretasi tanpa menghubungi saya untuk dijelaskan keadaan sebenar.
"Tidak seperti Utusan Malaysia yang menghubungi saya terus untuk mendapatkan jawapan," katanya.
Beliau berkata, ekoran tuduhan yang dilemparkan, beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi menuntut supaya semua artikel berkaitan dengan dirinya yang dikaitkan dengan parti politik, diturunkan segera.
"Jika penulis blog berkenaan gagal berbuat demikian, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana negara kita, ada undang-undang," katanya.-UTUSAN

Nota: Wardina tak tahu siapa yang ambil bahagian selain dia dan dia tak tahu program itu anjuran siapa ???  SENDIRI FIKIR MA....KATANYA DIA NAK SAMAN , TAK DIA HANYA NAK LAPORKAN SAJA  KAT SKKM SURUH TURUN KAN ARTIKEL TUH, KITA TUNGGU LAH ARAHAN SKMM.

PUTERI MEMBANTAH DEMONSTRASI JALANAN

Ambiga Srevenasan Agen CIA yang akan menganas bersama ahli PAS ?

Siapa di belakang Ambiga Srevenasan  , beliau telah mengaku menerima dana dari luar, Apa yang berlaku di Mesir mahu dilakukan di Malaysia . KEDEGILAN dan keangkuhan Ambiga Srevenasan untuk menghentikan himpunan BERSIH adalah kerana di belakang beliau adalah Parti PAS dan juga Parti Keadilan. Ambiga  Srevenasan adalah agen CIA dan lebih teruk  Ambiga Srevenasan seorang  peguam yang menyokong Murtad dan merupakan peguam Lina  Joy ini disokong oleh parti yang  mengaku menyokong Islam.

Pas kini sudah hilang arah sudah tidak tahu mana arah perjuangan mereka,slogan negara berkebajikan juga boleh mereka lupakan kerana mereka kini cuba menyusahkan rakyat. Rakyat yang mencari rezeki disekitar kuala Lumpur kini sudah mula risau kerana sukar untuk berniaga dan terpaksa menutup kedai pada  9 hb  July ini dan bagi mereka yang bekerja di sekitar sudah mula merasa takut untuk ke pejabat. bayangkan betapa rakyat kini hidup dsalam kesusahan. Nik Aziz dikatakan akan meninggalkan Malaysia bersama  beberapa YB pembangkang yang lain kerana mahu mencuci tangan jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini. Rakyat kini bimbang dengan 50 ribu ahli PAS yang akan menganas dan membuat kacau pada himpunan bersih.

Tuesday, 28 June 2011

Wardina gadis panas baran orang kuat Azmin Ali atau penganti Shamsidar ?


Ramai yang ragui Wardina yang panas baran ini adalah penyokong tegar pembangkang, tapi inilah bukti Wardina bersama berbincang dengan Azmin Ali dan Wardina juga adalah penyokong "BERSIH".

Elok lah Johan Jaafar mengkaji semula kedudukkan Wardina dalam mengacara Malaysia Hari Ini sebelum ianya terlambat kerana Wardina akan mempengaruhi rakyat untuk menyokong pembangkang.

Wardina tidak sepatutnya duduk di kerusi pengacara Malaysia Hari Ini  ramai yang akan mengalih dan tidak akan menyaksikan Malaysia Hari Ini., jika Wardina masih sebagai pengacara.-  inilah gambar dan sumber yg kami perolihi.

Monday, 27 June 2011

Bersih 2.0 telah membantu BN terus relevan dulu, kini dan selamanya

Waris Pejuang

KUALA LUMPUR: 27 Jun – Penganjur dan pihak yang menggerakkan perhimpunan haram pada 9 Julai ini diberi amaran keras bahawa mereka akan dipertanggungjawabkan jika negara menjadi huru-hara dan keselamatan rakyat terancam akibat perhimpunan itu.
 Ini berikutan niat sebenar kumpulan pengacau itu bukan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau berlaku kepincangan dalam sistem pilihan raya negara, sebaliknya untuk mencetuskan kejutan bagi memperoleh semula momentum politik kerana pembangkang semakin bimbang dengan peningkatan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata aliran sokongan dan keyakinan rakyat berjaya dikembalikan semula kepada BN selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008, hasil usaha gigih transformasi yang terbukti hasil kemenangan dalam sebahagian besar pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Negeri Sarawak.


“Malah analisa oleh pihak ketiga tiada kepentingan mendapati kerajaan berada dalam landasan betul dengan matlamat serta visi jelas,” katanya sambil disambut sorakan bersemangat hadirin ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ke-58 Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini, semalam. 
Justeru, beliau yang juga Pengerusi BN mencabar pembangkang menunjukkan keberanian sebenar dengan bertanding dalam pilihan raya kerana kuasa politik adalah di tangan rakyat dan bukan di jalanan melalui demonstrasi haram.
“Jika sistem pilihan raya tidak betul, kenapa kita hendak serah lima negeri kepada pembangkang pada PRU lalu dan 20 tahun lebih PAS memerintah Kelantan? Jika kita boleh memanipulasi pilihan raya, lebih baik semua negeri dikuasai oleh BN. (Namun) Kita bukan orang yang memanipulasi pilihan raya, kita tidak rela berkuasa melainkan kita didukung oleh rakyat. Kita hanya rela berkuasa kalau rakyat bersama kita.

“Tapi janganlah menimbulkan huru-hara dalam negara semata-mata hendak kuasa politik. Kuasa politik di tangan rakyat, bukan di jalanan dan demonstrasi (haram). Waktu pilihan raya bertandinglah jika anak jantan sebenar. Jika anda (pembangkang) benar-benar ada keberanian, lawan pilihan raya. Jika anda tiada keberanian, buatlah jalanan dan anda berdepan dengan akibatnya.

“Ini ada undang-undang, kita hendak menjaga kepentingan rakyat, bukan kepentingan orang yang sangat-sangat hendak kuasa politik… tidak sabar-sabar lagi… (sinis) semua orang tidak betul, doktor tidak betul, profesor tidak betul… dia saja yang betul,” katanya.

Sambil mengingatkan ahli parti supaya jangan takut dan apologetik berdepan angkara sedemikian, Najib berkata, BN akan lawan habis-habisan tetapi mengikut undang-undang negara. 
“Kita bukan samseng, kita lawan secara berhemah dan berbudi dengan memperjuangkan kepentingan rakyat melalui usaha, program, dasar serta peranan sebagai pemimpin. Setiap kita adalah pemimpin dan peranan yang dimain akan memastikan kejayaan besar kepada BN dalam PRU Ke-13 dengan izin Tuhan, insya-Allah,” katanya.


PAS syaitan yang gila kuasa sudah tersesat jauh....... ANWAR DAN AMBIGA PENDOMAN PERJUANGAN MEREKA.

PAS sudah jauh tersesat, pemimpin  utama mereka ialah Anwar Ibrahim, yang sememangnya kita tahu akan perilakunya walaupun PAS cuba mempertahankan Anwar. Hakikatnya PAS hanya  mahukan kuasa dan kerana PAS mahukan bersama dengan Anwar dan Pakatan Rakyat untuk membalas dendam dan merampas  kuasa dari Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO , PAS menghalalkan banyak  perbuatan yang mungkar.

Sebenarnya , PAS hanya mahukan kuasa dan kerana kuasa PAS sanggup mengkafirkan orang UMNO yang keseluruhannya adalah orang Islam. Kerana kuasa PAS sanggup bersekongkol dengan DAP untuk memusuhi orang Melayu dan Islam dalam UMNO. PAS sanggup menjadikan  orang Islam dalam UMNO seolah olah musuh Islam yang perlu diperangi sedangkan UMNO lah selama lima puluh tahun lebih memertabatkan Islam dan memperjuangkan Islam dan orang orang Melayu di Malaysia ini. Tanpa UMNO orang Islam (Melayu) tidak kemana.

Hari Ini PAS bersama pula dengan seorang wanita Hindu yang sememangnya anti kepada Islam yang sememangnya tidak suka kepada Islam. Wanita yang menawarkan yuran percuma kepada mana mana orang Islam yang mahu meninggalkan agama Islam (Murtad). Pas sanjungi wanita ini dan mengikut telunjuk wanita ini untuk membakar api menjatuhkan kerajaan Islam.  PAS BAGAIKAN SYAITAN YANG DIRASUK KERANA MAHUKAN KUASA AKAN PATUH KEPADA AMBIGA WANITA HINDU YANG ANTI ISLAM INI UNTUK JATUHKAN KERAJAAN ISLAM. -  ANWAR DAN AMBIGA ADALAH PEDOMAN PEWRJUANGAN MEREKA.FIKIRKAN LAH.............

Sunday, 26 June 2011

Siapa sebenarnya Ambiga yang tarik hidung PAS dan Keadilan

KUALA LUMPUR 25 Jun — Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.

Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.
“Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak,” katanya kepada Bernama.

Tegasnya, keperluan menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.

Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr. Zainal Kling pula menyifatkan golongan yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin termasuk Ambiga.

Katanya, mereka terlampau mengikut parti tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing.

“Lebih baik buat tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan NGO. Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka,” katanya.

Zainal menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi “kekotoran” dalam parti pembangkang.

“Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara,” katanya. — BERNAMA

Friday, 24 June 2011

Resah Ihsan terhadap Anwar Ibrahim

Perhimpunan Bersih pada 9 Julai 2011 tidak akan membersihkan hati busuk manusia bernama Anwar Ibrahim. Biarpun bertopengkan wanita bernama Ambiga, rakyat Malaysia terutamanya berbangsa Melayu cuma akan dikambing hitamkan.

Dalam portal rasmi UMNO, Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata perhimpunan Bersih yang akan diadakan pada 9 Julai ini sebenarnya untuk melarikan tumpuan rakyat terhadap isu moral yang sedang dihadapi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Malah sikap sebenar Anwar Ibrahim walaupun ditutupi oleh ketaatan isterinya Datin Wan Azizah bersama anak sulung kesayangannya, Nurul Izzah tidak akan membawa erti. Ini kerana anak lelaki tunggal Anwar sendiri berasa malu dan berasa berdosa besar berbapakan Anwar.

Ihsan, jarang-jarang kita jumpa dalam media politik. Ihsan anak lelaki Anwar yang tidak suka kan publisiti dan kurang senang dengan apa yang berlaku didalam kemelut yang melanda keluarganya. Terutama papanya yang nakal dan tak sudah-sudah dengan kontroversi, skandal seks, kes liwat dan kes china doll.

 Khabarnya  anak Anwar Ibrahim ini ada menyatakan hasratnya untuk menyertai UMNO di peringkat pemuda di Selangor.

Ihsan, paling kanan di hadapan, satu-satu anak lelaki Anwar. Sejak laporan bekas pembantu sulit Anwar, Saiful Bukhari, Ihsan dikatakan telah desak ayahnya menafikan dakwaaan tersebut dengan bersumpah, tetapi Anwar enggan. Ini membuatkan Ihsan kecewa dan tidak hadir dalam semua acara penting politik ayahnya.
Apakah kerana kecewa Ihsan berubah sikap?
Pada sidang akhbar yang dibuat oleh Anwar berhubung isu liwat yang dilaporkan oleh Saiful Bukhari, Ihsan tidak hadir sama. Paling ketara ialah wajah Nurul Izzah yang sugul dan runsing. Seolah menyembunyikan sesuatu, kebiasaaanya Izzah sentiasa tersenyum dan tenang. Apakah Izzah gelisah tentang apa yang berlaku pada Ihsan?

Tanah Melayu Dilanggar Todak_..part (1)

Thursday, 23 June 2011

AMBIGA SMS BUNUH TU ANWAR IBRAHIM YANG HANTAR KEPADA AWAK !!!

Ambiga dapat SMS bunuh, keluarga Anwar dan Anwar Ibrahim juga dapat SMS bunuh sebelum ini. Itu biasa lah permainan politik pembangkang untuk menarik simpati dan perhatian dari rakyat. Tentu Ambiga sudah tahu akan risiko yang beliau akan hadapan apabila merancang sesuatu yang boleh menyakiti hati orang lain.

AMBIGA sebelum ini telah banyak mencuit dan menyinggung hati orang orang Melayu. Ambirga tidak hormat pada bangsa Melayu , agama Islam dan juga Ambiga tidak menghormati  pemimpin Melayu yang beragama Islam. Oleh itu Ambirga tentu tahu akan segala kemungkinan yang dia akan terima.Itu kalau SMS itu datang dari orang lain.

Ambiga  dan PKR (Anwar Ibrahim dan keluarga ) sama kaki wayang.Sama kaki kelentong, Ambiga mungkin merasakan ada yang tidak kena dengan himpunan yang dianjurkannya. Ambirga mungkin sudah nampak tidak banyak sokongan yang diterima melainkan parti PAS parti yang tidak ada klass yang cuba mencari publisiti murahan yang mahu membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka lah paling hebat.

PAS dengan negara berkebajikan , inilah kebajikan yang PAS lakukan kepada rakyat , menyusahkan rakyat dengan demo nya.

Ambiga , simpan sajalah SMS itu untuk tatapan sendiri dan kalau  rasa mahu menyakinkan dan menyedapkan hati bahawa anda sekarang jaguh bagi juak juak PR ini, baca lah SMS itu. Jangan lupa yang mengirinnya , mungkin Anwar Ibrahim sendiri.

Wednesday, 22 June 2011

Fatwa baru NIK AZIZ - DAP boleh hina Islam sebab mereka kawan PAS ?


Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak . Wong Ho Leng (dua dari kiri) mengeruai 11 ADUN dari DAP, tidak memakai pakaian istiadat pada pembukaan Sidang DUN , semalam dengan mendakwa pakaian mempunyai songkok berciri Islam. Tindakan itu dilihat sebagai tidak menghormati budaya masyarakat negeri ini sedangkan empat lagi ADUN PKR dan BEBAS , memakainya. Lihat lah betapa kueang ajarnya DAP dan ini lah yang bersekongkol dengan PAS. Parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Terang dan jelas di sini DAP menghina Islam, tunggu saja beberapa hari lagi .Nik Aziz akan keluarkan  fatwa baru. Kerana DAP sahabat PAS, mereka boleh hina Islam , hukumnya halal.ini semua tidak mustahil bagi manusia yang bernama Nik Aziz.

KERAJAAN KEDAH PUN TAK NAK MR BEAN - MAHFUZ DIGUGURKAN

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan anggota Parlimen Baling Datuk Taib Azamudden Md Taib masing-masing digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III PAS Kedah bagi penggal 2011/2013.

Keputusan menggugurkan dua nama besar parti itu diputuskan dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS negeri di Kompleks PAS Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut, dekat sini, Ahad malam.

Menteri Besar merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata dalam rombakan pimpinan parti itu, tempat mereka masing-masing digantikan oleh Exco Kesihatan, Dr Ismail Salleh dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Md Isa Shafie.

PAS negeri Kedah sendiri takut mahu kekalkan Mahfuz  Omar yang merupakan  labiliti kepada PAS Kedah. MB Kedah takut kalau nanti PAS akan kalah kerana Mahfuz Omar. Inilah dia kalau akal singkat , buat macam ana sekali pun  akan terserlah juga kobodohan. Mahfuz tidak mendatangkan apa apa keuntungan kepada PAS.

Kisah Si Kambing Putih (Pas) Dan Si Kambing Hitam (Anwar)

 
1. WAHAI orang-orang yang beriman, renungilah maksud hadis ini. Dari Ibnu Umar RA, dari Nabi Muhammad SAW, sabdanya: Perumpamaan orang munafik, seperti seekor kambing betina yang bingung mengikuti dua ekor kambing jantan. Sekali dia hendak mengikut yang ini, kali yang lain hendak mengikuti yang satu lagi.

Siapakah orang-orang yang bersifat kambing betina yang bingung ini? Jawapannya jelas, tanpa perlu banyak berfikir dan merujuk kepada banyak pihak. 

2. Dulu puak kambing betina ini mengekori dengan penuh taksub kambing-kambing jantan yang berbulu putih lebat di kepala dan berjanggut juga putih. Mengekori dengan penuh taksub. Setiap gerak dan suara yang keluar daripada kambing berserban dan berjanggut ini akan diterima bulat-bulat.

3. Disuruh makan mereka makan, disuruh duduk mereka duduk, disuruh berdiri mereka berdiri, disuruh mengembik mereka mengembik, disuruh menanduk mereka menanduk, bahkan disuruh apa sahaja mereka akan lakukan.

4. Tiba-tiba lalu di depan mereka seekor kambing jantan yang berbulu hitam lebat di kepala. Maka kambing-kambing betina melihat suatu kelainan. Suara kambing jantan berkepala hitam itu juga lebih merdu dan enak didengar daripada suara kambing-kambing jantan yang berkepala putih.

Kambing jantan berkepala hitam itu juga kelihatan lebih berketrampilan. Pandai bermadah dan berkata-kata. Pandai juga bercakap seperti kambing-kambing di negara empat musim.

5. Lalu mereka pun mengekori pula kambing jantan berkepala hitam itu. Bukan sahaja mereka, malah kambing-kambing jantan yang berkepala putih turut mengekori kambing jantan berkepala hitam. Rupa-rupanya kambing-kambing jantan berkepala putih itu tidak mahu ditinggalkan oleh kambing-kambing betina yang mengekori kambing jantan berkepala hitam.

6. Bukan main seronok si kambing jantan berkepala hitam. Bukan sahaja banyak kambing betina yang sekarang mengekorinya, bahkan kambing-kambing jantan berkepala putih juga berduyun di belakangnya. Disuruh apa sahaja, mereka akan patuh. Malah mereka mengembek lebih kuat daripada kambing jantan berkepala hitam yang sekarang menjadi ketua mereka. Mereka juga sangat garang dan bersedia menanduk sesiapa sahaja atas arahan kambing jantan berkepala hitam.

7. Memang sudah lama si kambing jantan berkepala hitam ini mengidam untuk menjadi ketua, bukan sahaja ketua kambing, tetapi ketua kepada segala haiwan. Dia percaya kononnya Tuhan telah menjelmakannya di dunia untuk menjadi ketua kepada semua haiwan.

Anugerah Tuhan

8. Sekarang semakin banyak kambing yang turut mempercayai kononnya dia adalah anugerah Tuhan untuk memimpin mereka ke padang ragut yang lebih hijau. Keyakinan mereka bertambah apabila melihat seekor singa tua dan beberapa ekor serigala turut mengekori dan berkawan rapat dengan kambing jantan berkepala hitam itu.
Dulu kambing jantan berkepala hitam itu pernah hampir-hampir menjadi ketua haiwan, tetapi perangainya yang buruk telah menyebabkan dia disingkir oleh ketua haiwan pada masa itu.

9. Oleh kerana dia percaya bahawa jawatan ketua haiwan itu adalah hak mutlaknya, maka dia sungguh marah dan tidak puas hati. Dia berdendam, terus merancang dan merancang bagaimana untuk menduduki kerusi jawatan ketua segala haiwan.

10. Sudah pelbagai muslihat digunakan, tetapi jawatan ketua haiwan itu masih belum berada dalam genggamannya. Dia tidak mengaku kalah dan akan terus berusaha sedaya upaya dengan apa cara jua sekalipun. Apatah lagi hampir semua kambing sudah seia sekata dengannya sekarang. Mereka sudah berikrar untuk sehidup semati bersamanya.

11. Disebabkan terlalu taksub dengan si kambing jantan berkepala hitam, mereka terlupa bahawa dalam kumpulan mereka ada singa dan serigala yang zahirnya berbaik-baik dengan mereka. Pada hal, si singa jantan tua dan gerombolan serigala itu hanya menunggu masa sahaja untuk membaham dan meratah kumpulan kambing yang bingung.

Para pembaca budiman. Kita tinggalkan kisah kambing ini. Kita kembali ke realiti kehidupan manusia di bumi Malaysia ini.

Tidak lama lagi, kalau tidak silap pada 9 Julai depan, akan berlangsunglah satu perhimpunan membantah sistem dan cara pelaksanaan pilihan raya di Malaysia.

12. Khabarnya perhimpunan itu dikepalai oleh seorang wanita bukan Islam. Yang ramai mahu menyertainya ialah lelaki-lelaki Islam, termasuk mereka yang berserban dan berkopiah putih. Mereka ini diperdaya dengan andaian kononnya mereka akan memperoleh kuasa memerintah negara jika pilihan raya umum benar-benar ‘bersih.’

13. Antara mereka yang percaya ialah puak yang telah lama memegang kuasa memerintah negeri Kelantan. Tidakkah mereka terfikir, bolehkah puak mereka memerintah Kelantan begitu lama jika pilihan raya di negara ini sangat kotor dan mudah diputarbelit.

14. Kalangan yang menentang puak yang mahu berhimpun dan berarak ini juga berhujah, jika pilihan raya negara ini boleh diputarbelitkan, kenapa pembangkang boleh menang di lima negeri dalam pilihan raya umum 2008?

15. Kemudian diadakan beberapa pilihan raya kecil yang juga silih berganti dimenangi oleh pembangkang. Hanya pada kebelakangan ini arus pengundian tidak memihak kepada mereka kerana rakyat mulai sedar tentang siapa yang benar. Namun dalam pilihan raya negeri Sarawak 2011, pembangkang masih berjaya menambah kerusi.

16. Sebenarnya kumpulan ini hanya mahu mengambil kesempatan untuk mengapi-apikan rakyat Malaysia supaya turun ke jalan raya seperti yang berlaku di Mesir, Yemen, Libya dan Syria. Padahal keadaan di Malaysia amat berbeza daripada negara-negara itu sama ada dari segi pengagihan pendapatan dan kebebasan yang dirungutkan.

17. Sebenarnya puak yang mahu berhimpun itu sudah hilang kepercayaan terhadap sistem demokrasi berpilihan raya kerana mereka tahu bahawa peluang mereka untuk menang dan memerintah negara tidak akan tercapai melalui kotak undi.

18. Soal keamanan tidak penting lagi bagi mereka. Yang penting hanyalah merampas kuasa dan memartabatkan ketua mereka menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan apa jua cara sekalipun. Musuh-musuh Islam dari kalangan manusia dan syaitan-syaitan juga sedang bekerja untuk membantu mereka. Wahai pihak berkuasa, jangan sesekali tunduk kepada tekanan mereka.
Wahai orang-orang beriman. Berwaspadalah dan jangan biarkan mereka beraja di hati dan di mata. Marilah kita menadah tangan kepada Illahi.

19. Ya Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Kepada-Mu kami berserah diri terhadap musuh-musuh-Mu yang juga musuh-musuh kami. Bantulah kami dalam menghadapi kegawatan ini. Selamatkanlah negara kami daripada segala angkara manusia durjana dan syaitan-syaitan yang mahu menyesatkan umat manusia daripada jalan yang benar. Perkenankanlah permintaan kami. - Terompah Besi

Siapa sebenarnya dalang jalang himpunan BERSIH yang disokong oleh PAS ??

Beliau adalah dalang jalang yang berada di belakang himpunan haram BERSIH bagi  mencetus kan keadaan yang tidak tenteram dikalangan rakyat Malaysia. Ambiga Sreenevasan - Anti Islam dan Penyokong Murtad.
 
Kerja jahat beliau
1. Menjadi peguam bela kes Lina Joy seorang wanita islam yang murtad
2. Menganjurkan forum pertikaikan kuasa mahkamah syariah melibatkan kemasukan orang bukan Islam masuk Islam.
3. Pendokong dan Penggerak IFC (Inter Faith Comission/Suruhanjaya Antara agama) yang pernah mengatakan bahawa perceraian dalam Islam adalah zalim dan juga menyokong pluralisme agama.
4. Menawarkan khidmat guaman percuma kepada umat Islam yang nak murtad sekiranya dibawa ke mahkamah persekutuan.
5. Penyokong kuat kepada seorang wanita India yang hendak mohon jadi peguam syarie dan nasib baik permohonan ditolak.

Monday, 20 June 2011

Khalid Sengal memang bangang otak taraf keling botol

Inilah sikap seorang Menteri Besar yang tidak bertanggung jawab yang hanya memikirkan kuasa tanpa memikirkan ketenteraman awam dan keharmonian rakyat. Menteri Besar Selangor mahukan rakyat hidup dalam tidak tenteram dengan harta mereka jadi ancaman. Ibu bapa akan risau akan keselamatan anak anak dan suami akan risau akan keselamatan suami.

Apakah ini perangai terpuji seorang menteri besar. Mengapa  Khalid gagap tidak membuat Perhimpunan n itu besar besaran di Shah Alam. Khalid lebih cenderung untuk melihat  rampasan kuasa di jalanan seperti apa yang berlaku di Thailand dam lain lain negara, Khalid tidak lagi sabar untuk menjadikan Anwar Ibrahim senagai Perdana Menteri walaupun rakyat telah menolak kepimpinan Anwar Ibrahim.

Khalid menafikan kemenangan  5 negeri untuk pakatan rakyat sebagai satu proses yang adil , Kalau begitu eloklah mereka lepaskan negeri negeri berkenaan dan buat  demonstrasi dan katakan pilihanraya lalu tidak adil. Khalid juga menafikan kemenangan nya di kerusi DUN Bandar Tun Razak . Kemenangan beliau atas dasar pengundian yang tidak jujur dan tidak telus dari PKR.

Di sini jelas dapat kita lihat bagaimana pemikiran seorang menteri besar PKR. Khalid mahu polis jangan menghalang mereka , Khalid  juga diharap jangan menghalang polis menjalankan tugasan mereka.

Saturday, 18 June 2011

Mat Sabu lari lintang pukang!!!

Nampaknya Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu, sudah goyang kepala lutut apabila Perkasa dan Pemuda UMNO berikrar untuk turun padang berhimpun pada hari yang sama dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Terbaru, Mat Sabu melalui Harakah Daily, menyatakan kebimbangannya untuk bertembung dengan perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang mewakili majoriti rakyat Malaysia,

Malaysia ini bukan Mat Sabu punya seorang dan bukan Mat Sabu saja yang boleh buat tak tentu hala.Perkasa  dan Pemuda UMNO akan berekumpul pada  9 Julai membantah perhimpunan bersih. Kita lihat apakah yang akan terjadi nanti. Demokrasi sebenarnya sudah wujud apabila pembangkang sudah berjaya memenangi 5 negeri, Apa lagi yang tidak bersih. Apakah mereka mahukan semua  dan sekiranya rakyat tidak mengizinkan mereka mahu memaksa. Ini sebenarnya  demokrasi yang tidak betul.

Mat Sabu kami doakan agar perhimpunan ini berjaya sebab kami nak tenguk Mat Sabu bertempur dan lari lintang pukang.

INILAH BARISAN KITA - PUTERI UMNO JUGA AKAN JADI WATANIAH - JOM LIHAT ??


Tidak dinafikan bahawa ini satu usaha yang baik selain bersedia menjadi serikandi Negara, ianya juga boleh membuat tubuh badan kita menjadi ' fit ' dan sihat. Puteri UMNO juag perlu mengikuti tauladan yang baik dari artis tanah air kita. SIAPA YANG BERMINAT ?

Friday, 17 June 2011

Wajib baca - PAS dan Anwar Ibrahim , haramjadah nak nyusahkkan rakyat hidup dalam rusuhan sebab nak kuasa

PAS dan Anwar Ibrahim mahukan Rakyat hidup dalam Ketegangan dan Rusuhan kaum agar mereka boleh berkuasa..

Helah mengadakan Himpunan Bersih 09 hb Julai 2011 oleh Mat Sabu Naib Presiden semata merupakan serampang tiga mata PAS,PKR dan DAP adalah dengan mengharapkan negara menjadi kucar kacir dan pehak tentera akan mengambil alih pemerintahan negara seterusnya mengistiarkan darurat.

Mereka akan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional dan mengharapkan sokongan rakyat pula.Semuanya ini mereka ambil dari idea Anwar Ibrahim selepas keluar dari penjara dengan mengadakan reformasi dan buktinya pada PRU 12 lepas pembangkang menang banyak kerusi.

Anwar Ibrahim dan PAS tidak suka rakyat Malaysia bersatu, Anwar mahu bangsa Cina dan India  bencikan orang Melayu dan orang Melayu bencikan bangsa Cina dan India tetapi mereka pula akan tampil menyokong bangsa ini dan menjadi hero dikalangan kaum ini.Apabila rakyat tidak bersatu mereka petualang akan menghasut rakyat membenci kerajaan dan seterusnya mengatur strategi untuk merampas kuasa melalui kononnya gerakan rakyat. 


Anwar dan PAS tidak sukakan slogan dan konsep satu Malaysia. Konsep ini berjaya  menyatukan semua kaum di Malaysia. Najib berjaya menjadikan  1 Malaysia sebagai wadah penyatuan berbilang kaum di mana Anwar dan PAS pula mahu kaum ini membenci Melayu.Anwar dan PAS terus memfitnah 1 Malaysia dan mengaitkan  ianya dengan syarikat Yahudi untuk dibenci oleh orang melayu yang fanatik yang sememangnya tidak suka kan Israel.

Kenapa  Anwar dan PAS sakit hati dengan 1 Malaysia.

Anwar dan PAS mahu rakyat Malaysia bencikan perpaduan. 1 Malaysia hanya lah satu konsep perpaduan seperti  juga Muhibah yang pernah dipupuk  untuk menyatukan rakyat Malaysia  setelah berlaku nya peristiwa berdarah 13 Mei.

Benci 1 MALAYSIA samalah dengan bencikan perpaduan.Bila rakyat bersatu mereka petualang2 amat susah untuk menghasut dan susah untuk merebut kepimpinan yang telah memenangi hati rakyat.

Juak-juak Pakatan ini terus  marah kepada penerimaan rakyat dan buktinya di  Selangor mereka nampaknya semakin marah kepada 1 Malaysia.

Anwar dan PAS suka melihat rakyat hidup dalam ketegangang , kalau boleh Anwar dan PAS mahukan rusuhan kaum berlaku dan berlakunya perpecahan antara kaum dan orang Melayu yang menyokong beliau akan mendapat memberikan sokongan dan berpihak kepada kaum lain dan mereka akan mendapat undian untuk menewaskan Bastisan Nasional yang mana di dominasi oleh UMNO.

Kuasa Melayu akan pupus dan hak keistimewaan Melayu serta ketuanan Melayu serta raja raja kita akan tidak akan wujud lagi dan jadi lah Anwar Ibrahim atau Hadi awang sebagai Presiden Boneka Malaysia yang pertama.

Selepas rancangan mereka gagal memburukkan 1 Malaysia melalui isu APCO di Parlimen , kini mereka gunakan pulak kuasa yang ada mengharamkan 1 Malaysia di Selangor melalui papan iklan dan banner .

Pengunaan Helah APCO agar rakyat membenci kerajaan.

Anwar pula digantung dari menghadiri Parlimen kerana menipu mengenai APCO dan 1 Malaysia.
Nazri Aziz telah mendedahkan bahawa ada surat surat bertarikh 19 Ogos 2010 itu yang ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Apco Rantau Eropah, Timur Tengah dan Asia, Brad Staples menyebut bahawa firma itu dilantik pada Jun 2009 oleh kerajaan Malaysia bagi menyediakan khidmat komunikasi kepada kerajaan.

Surat itu juga menyebut bahawa Apco tidak pernah terlibat mencipta gagasan 1Malaysia atau mempunyai kaitan dengan One Israel seperti yang didakwa Anwar dalam Dewan Rakyat sebelum ini.
Mungkin Anwar cemburu dengan slogan yang dicipta oleh Najib berjaya dan Anwar juga boleh berbangga dengan slogan 16 Sept yang pernah di sandiwara kan dulu yang kononnya  Putrajaya  ditangan mereka dan saudagar mimpi ini menjadi Perdana Menteri .

16 sept adalah satu slogan penipuan yang paling besar dan satu penipuan yang paling jijik Anwar pernah lakukan untuk menipu rakyat Malaysia.

Jika seseorang ditangkap atau terkantoi membohong, akibatnya terpalitlah malu yang amat sangat kepada si penipu. Apatah lagi jika penipuan itu dibuat dalam skala besar-besaran dan melibatkan ramai orang. Mahu tak keluar rumah dalam seminggu dua. Namun, diMalaysia ini, ada satu perkara yang pelik apabila si pembohong yang berbohong pada skala epik ini, masih di sanjung, disokong malah ada yang ingin si penipu ini memimpin negara.

 Itulah yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak mengenai pembohongan 16 September oleh Anwar Ibrahim sepatutnya menjadi satu perkara yang amat memalukan bagi Anwar. Namun, Anwar boleh hidup dan berjuang dengan penipuan ini, apatah lagi apabila ramai yang menyokongnya untuk terus menipu dan menipu. Bayangkanlah jika dengan penipuan berskala besar sebegini Anwar boleh hidup tanpa berselindung, agaknya bagaimana dengan perkara-perkara lain yang juga memalukan? 

Orang kata kalau sudah biasa, alah bisa tegal biasa dan bermakna penipuan tak jadi hal dengan Anwar. Cuma yang agak pelik ialah, orang-orang dari PAS juga sanggup terus menyokong si penipu ini demi kuasa dan kedudukan. Pemimpin PAS yang berserban, berjubah, dan dikatakan punyai ilmu agama yang tinggi takkan tak tahu yang 16hb September itu satu penipuan? Atau mungkin mereka sedar tentang penipuan itu, namun atas dasar inginkan kuasa dan ingin mengeksploit Anwar, makan perkara ini dipandang sebelah mata dan umpama disapu dibawah karpet. Jadi ciri Islam yang mana PAS ikut dalam mendokong Anwar sebagai pemimpin mereka bila sudah terang Anwar ini penipu?

Memang benar Anwar tidak mengaku yang dia menipu tentang 16 Septembar. Namun, ramai dari ahli politik pembangkang yang tertipu sudah pon menjelaskan penipuan ini antaranya, bekas peguamnya Zulkifli Noordin dan sahabat karibnya Datuk Seri Zahrain Hashim. Anwar memang tak pernah mengaku dengan penipuan yang dia buat, jika dia mengaku maka ia akan merendahkan kredibiliti dia. Itu yang menyebabkan penyokong Pakatan Haram sentiasa terpesona dengan Anwar, termasuk lah ulama-ulama PAS.

Penipuan 16 September menunjukkan Anwar memang seorang penipu berklas tinggi. Dia tidak rasa sedikit bersalah pon dan masih lagi meneruskan penipuannya sehingga kini. Kebijaksaan rakyat Malaysia akan pasti menghukum si penipu ini di pilihanraya akan datang (itu pon jika dia masih lepas bebas ).

Pendedahan oleh bekas pemimpin PKR dan pemimpin lainnya.

 Kecaman sebuah penerbitan Internet Amerika terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti ketua pembangkang itu kini terperangkap dalam permainan penipuan yang diciptanya sendiri.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menegaskan, tindakan 'orang putih' itu juga petanda bermulanya detik kelam karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang sebelum ini menyinar buat sementara waktu selepas 2008.

Selain itu jelasnya, kecaman itu juga merupakan bukti kukuh bahawa Anwar adalah manusia yang bertopengkan pelbagai wajah dan baru diketahui oleh Barat.

"Akan tiba suatu masa nanti, tiada siapa pun yang akan percaya kepada Anwar kerana sikapnya yang suka menipu dan hipokrit. Malah kesan awal sudah kelihatan apabila bukan sahaja rakan seperjuangan meninggalkannya tetapi pihak Barat pun turut mengecam tindakan beliau.

"Anwar mungkin menganggap dia seorang tokoh politik hebat kerana mampu mengeksploitasi pihak lain tetapi keadaannya sekarang berlainan dan beliau terperangkap kerana semua pihak yang pernah diperbodohkannya sebelum ini mulai sedar.

"Beliau sekarang sudah ditolak oleh kawan mahu pun lawan, pergi sana pun orang tak mahu, datang sini pun orang tak ingin,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini

Zahrain yang juga bekas sahabat karib Anwar berkata, pendedahan 'orang putih' itu secara tidak langsung mengesahkan keakraban Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dengan pelobi Yahudi sejak sekian lama.

Dalam pada itu, seorang lagi bekas kawan baik Anwar, Datuk S. Nallakaruppan berkata, beliau tidak hairan dengan pendedahan Motte kerana ketua pembangkang itu tidak pernah mengenali erti persahabatan walaupun pernah berkawan lebih daripada 30 tahun.

Katanya, erti persahabatan bagi Anwar hanyalah sejauh mana beliau boleh mempergunakan seseorang itu demi kepentingan peribadinya.

"Saya sendiri sudah mengalaminya walaupun selama 30 tahun berdampingan dengan beliau. Namun, saya yakin pendedahan terbaru ini akan membuka mata semua pihak yang sebelum ini ragu-ragu mengenai sikap sebenar Anwar,'' jelasnya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Alimenjelaskan, pendedahan laman web berkenaan memperlihatkan kepada semua 'wajah' sebenar pemimpin pembangkang tersebut.

Menurutnya, apa yang didedahkan itu jelas membuktikan bahawa Anwar seorang yang tidak mempunyai pegangan apabila sering berubah-ubah pendirian mengikut keadaan.

"Pada waktu siang, dia akan jadi lain, petang pula dia akan berubah dan begitulah di sebelah malamnya pula. Apabila berjumpa dengan orang itu, dia akan cakap begini dan bila berhadapan dengan pihak lain pula, lain yang akan diperkatakan.

"Begitulah sikap Anwar. Dia boleh buat apa sahaja demi kuasa, pengaruh dan mencari populariti dan sikap ini sangat berbahaya kerana ia mampu mengancam keselamatan negara,'' ujarnya.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN), mereka amat memahami sikap dan karakter sebenar Anwar baik di pentas antarabangsa mahupun di peringkat dalaman negara.

''Pendedahan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi BN.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin percaya akan ada lagi pihak yang tampil mendedahkan pelbagai maklumat mengenai Anwar.

Anwar, jelasnya, adalah pemimpin yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menghalalkan matlamatnya untuk menjadi Perdana Menteri tanpa memikirkan strategi beliau itu akhirnya umpama senjata yang 'memakan' tuannya sendiri.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata latar belakang pemimpin Bersih 2 sudah cukup untuk dijadikan bukti bahawa penganjur perhimpunan itu di kalangan mereka sememangnya melakukan sesuatu untuk mendapatkan perhatian walaupun yang boleh menimbulkan kontroversi.

“Apa yang saya difahami, perhimpunan haram itu diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang sememang suka membangkitkan sisu-isu kontroversi.

“Mat Sabu semua orang kenal, tetapi tidak ramai yang tahu mengenai Ambiga, beliau adalah peguam kepada Lina Joy, (gadis Melayu yang mohon keluar Islam untuk berkahwin dengan pemuda India beragama Kristian).

“Ambiga juga adalah antara individu yang terbabit dengan suruhanjaya antara agama (IFC) serta pendokong dan penyokong kuat isu murtad di negara ini,” katanya kepada UMNO-online.

Menurutnya, Wanita UMNO menentang usaha yang ingin dilakukan kumpulan terbabit dan meminta pihak berkuasa bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang ingin mengadakan perhimpunan haram di negara ini.

“Tidak kira siapa, perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan tidak harus dibenarkan di negara ini, tiada keperluan untuk kita mengadakan perkara itu, banyak masalah yang timbul daripada kebaikan dan perkara sebegini perlu dibendung.

“Kita ada cara untuk kita menyelesaikan sebarang masalah, bukannya membuat seperti apa yang mereka ingin lakukan itu, lagi masalah lain yang akan timbul jika perkara sebegitu dibiarkan dan boleh menjejaskan nama baik negara ini di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Hamidah berkata, rakyat negara ini perlu mengimbau kembali kepada perhimpunan haram Bersih 1 serta beberapa demontrasi jalanan sebelum ini yang banyak menimbulkan pelbagai masalah kepada negara.

Beliau berharap rakyat tidak terpengaruh dengan apa jua alasan yang diberikan oleh kumpulan terbabit untuk mengadakan demonstrasi jalanan negara itu kerana apa yang berlaku itu sebenarnya lebih kepada motif politik dan usaha mengelirukan pemikiran rakyat. 

Ingatlah negara kita telah aman makmur,rakyat yang berbilang kaum dan agama hidup bersatu janganlah kita menjadi petualang dengan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan semata kepentingan politik.Berfikirlah demi agama,bangsa,anak2 kecil,orang2 perempuan dan saudara mara kamu yang tidak berdaya.Fikirkanlah..

 

Thursday, 16 June 2011

PATUTKLAH ORANG PANGGIL MAHFUZ OMAR BENDUL MR BEAN - SAH BODOH PIANG BETUL

Apakah bodoh sangat Mahfuz Omar yang suruh polis bekerjasama untuk perhimpunan bersih ini dan beliau juga memberikan gambaran kononnya polis sudah membuat tangkapan walaupun tiada tangkapan yang dilakukan. Katanya adalah menjadi kesalahan jika pihak polis membuat tangkapan kerana belum tentu lagi  mereka ini membuat kesalahan.

Padanlah orang panggil Mahfuz Omar ini Mr Bean, kalau dah kacau ketenteraman awam , tak buat salah ke? kalau tak buat salah buat apa nak tangkap?

Apa yang mereka mahukan lagi. Mahfuz kata jika ditangkap adalah satu kesalahan dan  memabayangkan bahawa negara ini tidak demokrasi. Siapa yang tidak demokrasi apabila mereka mahu menafikan demokrasi sebenar. Mereka tidak boleh menerima kemenangan BN dan tidak boleh menerima hakikat bahawa rakyat memilih BN sebagai kerajaan.

Kerajaan boleh menerima  hakikat bahawa  kerajaan telah kehilangan lima negeri kerana mahukan pilihanraya yang adil, Mereka juga perlu menerima hakikat bahawa pilihanraya ini adalah bersih. Mereka mahukan pilihanraya memihak kepada mereka baru mereka kata pilihanraya ini bersih.

PAS mahu paksa rakyat menerima mereka secara paksa. Maaf lah EN Mahfuz Bendul.

Wednesday, 15 June 2011

AWAS .. TERCETUSAKAH PERANG SAUDARA PADA 19 HB INI .!!!!

Dua perhimpunan akan berjalan serentak pada 19 hb Jun ini. Satu anjuran Pakatan Rakyat satu lagi ajuran NGO dan mereka yang cinta kedamaian,  Bersih yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat akan berkumpul di hadapan bangunan Sogo, dan Perhimpunan  cintakan kedamaian akan berhimpun di Kelab  Sultan Sulaiman Kampung Baru.
Walaupun  perhimpunan ini untuk rakyat yang cintakan kedamaian namun tidak juga boleh dijamin akan iman anak anak muda yang  cinta akan kedamaian ini boleh bertahan apabila  akan berlakunya provokasi provokasi dari satu pihak lagi. Jika ianya tidak terkawal pasti akan menjadi satu pertempuran saudara. Kerana yang akan menghadiri perhimpunan bersih adalah fanatik PAS (Militan agama) dan kaum kaum DAPig.

Jika berlaku pertempuran maka akan tercatitlah sejarah , satu pertelagahan saudara dimana  Melayu bergaduh dengan Melayu. Yang ungtung adalah DAPig dan mereka yang merancang pula akan tersenyum kerana berjaya mengucar ngacirkan keamanan negara.

Pihak berkuasa diharap akan bertegas dan pastikan perhimpunan ini dihalang kerana perhimpunan ini akan menganggu kententeraman awam.

Perhimpunan cintakan tanah air - I9hb Jun Ahad Jam 3ptg d Padang Kelab Sultan Sulaiman,Kg Baru.KL.

Tuesday, 14 June 2011

Karpal Singh boleh sumbat Anwar dalam penjara bila bila masa saja - Hasan Ali akan Keluar PAS ?

PAS kini menerima bahangnya apabila ramai dari pemimpin yang selama ini menyokong ulamak dan menyangka bahawa parti mereka adalah parti perjuangkan Islam terkedu apabila melihat semua ulamak disingkirkan oleh Kumpulan Ardogan dalam pemilihan PAS yang lalu.

Kini baru mereka sedar, baru mereka percaya bahawa Hasan Ali dan ulamak dalam PAS menghadapi masalah ekoran dari kepimpinan nik Aziz yang taksub kepada Anwar Ibrahim. Dalam PAS sekarang siapa saja yang mahu bangunkan Islam akan disingkir kerana akan mengecilkan hati DAP. Siapa bela Anwar Ibrahim sahaja yang akan  dinobatkan sebagai pemimpin,

DAP bijak mencorakkan politik mereka , sokong Anwar Ibrahim dan biarkan dia masuk penjara. Bila Anwar masuk penjara orang lain akan ambil alih sebagai ketua pembangkang. Karpal Singh peguam Anwar bila bila masa sahaja boleh masukkan Anwar ke dalam penjara.

UMNO Gombak kini bergolak , kemungkinan  Hasan juga akan kehilangan kerusi  Gombak atas tiket PAS  pada pilihanraya yang akan datang, Hasan mungkin akan bertanding sebagai ahli Bebas, Apa guna lagi Hasan duduk dalam PAS jika kehadirannya sebagai melukut di tepi gantang dan suaranya adalah suara yang tidak laku lagi.

Ada lah lebih baik Hasan Ali bertanding di bawah kerusi bebas, Ramai dijangka akan mengikut jejak Hasan Ali, Bersedialah rakan rakan PAS untuk tinggalkan PAS kerana DAP akan gantikan PAS.

Monday, 13 June 2011

PAS RELA DILIHAT KAPIR DI SELANGOR -HASAN ALI BENCI KHALID

PAS Selangor akan sepi tanpa Hasan Ali kerana selama ini Hasan Ali lah yang banyak mewarnai PAS Selangor. rami mungkin tidak menyedari bahawa PAS  Selangor sudah lama mati apabila Hasan Ali dibisukan dalam isu arak yang dijual di merata kedai runcit terutama di 7 Eleven.

PAS pusat terpaksa menyingkirkan Hasan Ali secara perlahan lahan kerana Hasan Ali mahu menunaikan janji beliau pada PRU 12 yang lalu untuk menghapuskan penjualan dan kilang arak di Selangor khususnya di Shah Alam. nAMUN UNTUK MENGHAPUSKAN KILANG ARAK TIDAK MUNGKIN DAPAT DILAKUKAN OLEH HASAN ALI KERANA MENGHAPUSKAN PENJUAAN ARAK DIKEDAI KEDAI RUNCIT PUN MEREKA GAGAL UNTUK MELAKSANAKAN.

Tahniah kepada Hasan Ali sekurang kurangnya punya hasrat untuk melaksanakannya. Hasan Ali ini ditentang oleh Ronnie exco  DAPig Selangor. PAS terpaksa menyingkirkan  Hasan Ali perlahan lahan  selaku pengerusi PAS Selangor kerana desakan DAP dan untuk  menjaga hati DAP dan PKR> PAS  terpaksa membuktikan bahawa PAS sekarang ialah sebuah parti yang tidak lagi memperjuangkan Islam dan boleh seiring dengan DAP dan PKR.Seperti kata Lim Kt Dsiang dalam Twiternya ,PAS rebranding. (PAS  RELA DILIHAT KAPIR DI SELANGOR - HANYA MAHU DAPATKAN UNDI BANGSA ASING.
Menteri Besar Selangor juga dikataka tidak sebulu dengan Hasan Ali  kerana Hasan Ali  pernah berhasrat untuk menjadi Menteri Besar dan pernah mahu menubuhkan kerajaan perpaduan.

Buktinya, ulamak PAS  juga sudah tersingkir dari PAS dan digantikan oleh kumpulan Ardogan yang pro pada Anwar. PAS mahu membuktikan kepada bukan Islam bahawa parti PAS kini telah berubah dan seluruh kepimpinan PAS lebih kepada tuntutan Politik bukan memperjuangkan Islam.

Hasrat Hasan Ali untuk menjadi Menteri Besar terpadam setelah PAS ditolak sebenarnya di Selangor sebagai  tunjang pembangkang. PAS yang telah berpuluh tahun membangkang di Selangor akhirnya menjadi sebuah partui yang minoriti yang hanya menang beberapa keusi sahaja di Selangor setelah dihalang pada awalannya. PAS perlu akur bahawa PAS bukanlah sebuah parti yang  diterima oleh orang Melayu di Selangor.

Friday, 10 June 2011

PENDEK UMUR HAJI HADI - MAT SABU LAH PRESIDEN PAS BARU ( DAH BERANGAN NAK JADI PM LAK)

Jika ditakdirkan Haji Hadi Haji Awang dijemput kembali oleh Allah SWT hari ini  atau esok lusa , tentu PAS akan melakar sejarah baru dan akan melengkapkan pengamal maksiat menjadi pemimpin Pakatan Rakyat. Bolehkah anda bayangan betapa seorang yang pernah didakwa di mahkamah  kerana bersama dengan isteri rakan baik dalam sebuah bilik di sebuah hotel kini menjadi Presiden Parti PAS.

Mat Sabu terpaksa  memaki serban dan jubah membela janggut untuk mengalimkan dirinya yang selama ini hanya dikenali  di jalanan untuk membersihkan jalan dalam demo demo seperti Demo Bersih. Makan serabut lah jadinya Mat Sabu bila jadi Presiden PAS  seperti mana Haji Hadi menggantikan Allahyarham Hj Fadhil Nor.

Siang malam lah Mat Sabu melancarkan beberapa lagi surah ayat Quran dan juga  selain dari doa makan kerana tentu sekali Mat Sabu mahukan dikenali dan mempunyai imej alim. MAT SABU DAH MULA BERANGAN NAK JADI PM PULA JIKA PR MENANG PILIHANRAYA DAN ANWAR SANGKUT.WEI MAT SABU HJ HADI BELUM MATI LAGI......BANGUN JANGAN BERANGAN AJA!!! PILIHANRAYA PUN X MENANG LAGI!!!

Thursday, 9 June 2011

BERSIH satu provokasi yang mengundang pengaliran darah - Pihak berkuasa perlu halang.




Apa kah faedah dan kuntungan kepada rakyat , perhimpunan bersih ini diadakan, Apakah yang mahu dibersihkan ??

Apakah  ini semua??? Bukan kah menyusahkan rakyat dan bukankah ini semua akan mencetuskan api rusuhan?

Pada Julai nanti ialah perhimpunan yang diadakan pada tahun 2007 yang lepas telah mendatangkan kemurkaan kepada Yang di-Pertuan Agong. Perhimpunan BERSIH yang dicadangkan diadakan pada Julai ini.

Ketenteraman rakyat akan terganggu dan rezeki peniaga akan tertutup keselamatan anak anak akan menjadi satu kerisauan kepada ibu dan ayah.

Apakah keuntungan yang akan kita perolehi dengan demonstrsi yang akan mencetuskan huru hara ini, wartawan wartawan asing akan mengambil kesempatan memburukkan negara. Pelabur akan jadi takut untuk melabur di Malaysia.

Bagi kita yang pernah membaca dan melihat betapa kerugian sesebuah negara apabila berlakunya  satu satu demonstrasi besar besaran oleh rakyat pastin tidak mahu demonstrasi bersih ini diadakan apatah lagi ianya menjadi satu demonstrasi tahunan oleh pihak pembangkang. Kita tidak perlu mengikuti apa yang dilakukan oleh negara asing.

Exco  Puteri UMNO,  YB Nolee Ashilin apabila dihubungi mengharap pihak berkuasa menghalang  demonstrasi bersih ini kerana ianya tidak langsung membawa kebaikan malahan menyusah dan menganggu kententaramana awam. Pihak polis perlu bertegas kerana takut peristiwa yang tidak diingini berlaku.

Kita tidak pasti sama ada pihak yang anti program demonstrasi bersih ini juga akan turut serta dan bertembung dipertengahan program.

Jika ini berlaku akan tercetuslah satu pertempuran dan pertumpahan darah yang mana ianya mungkin  sebagai menyalakan api pertembungan antara dua pihak.

Pastinya pihak polis akan dipersalahakan apabila cuba mengawal demonstrasi apabila ianya  mungkin bertambah ganas, pihak polis tidak ada pilihan dan  pihak polis janganlah tunduk kepada kehendak mereka yang mahu mengambil bahagian dalam demonstrasi ini.

Majikan pula perlu membekukan cuti dan jangan membenarkan mereka mengambil cuti dan sesiapa yang enggan mematuhi sila singkirkan mereka dari syarikat. Pihak berluasa perlu tegas menangani gejala rusuhan ini.

Wednesday, 8 June 2011

PAS terus bongkak dan berdendam dengan UMNO !!

KUALA LUMPUR: Umno terus membuka pintu perpaduannya dengan PAS apabila mengajak parti pembangkang itu melupakan memori silam antara kedua-dua parti yang berseteru sejak tahun 1970-an sehingga mengakibatkan perpecahan umat Islam.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, kejadian itu sudah lama berlalu dan kebanyakan pemimpin kedua-dua parti yang terlibat dalam pertikaian politik pada waktu berkenaan sudah tiada.

"Pemain politik yang terlibat dalam insiden itu sudah tiada. Ia membabitkan pemimpin veteran pada waktu itu.

"Kita tak tahu hujung pangkal. Biarlah peristiwa lama itu berlalu pergi. Sekarang dah beberapa generasi... bukalah buku baru, apa salahnya?" katanya pada sidang media di sini Selasa.

Hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu terputus pada 1977 sehingga menyebabkan Kerajaan PAS Kelantan jatuh.

Terdahulu, Ahmad mengadakan pertemuan dengan lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendengar pandangan mereka terhadap situasi politik, ekonomi, sosial dan kebajikan di negara ini yang turut dihadiri Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu yang mewakili 165 NGO.

Jelas Ahmad, beliau mahu PAS menganggap barisan kepimpinan BN sedia ada sebagai kumpulan baru yang tiada kaitan dengan peristiwa itu.

"Datuk (Seri) Najib (Tun Razak), Tan Sri Muhyiddin (Yassin) tak terlibat begitu juga ahli Majlis Tertinggi. Sekarang kita melalui transformasi baru, kita ada pemimpin baru. Jadi lupakanlah yang lama," tegasnya.

Mengulas mengenai PAS yang mahu terus bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad berkata, Umno masih membuka pintu kepada komponen Pakatan Rakyat itu menyertai Barisan Nasional demi memperjuangkan parti Melayu dan perpaduan umat Islam.

"Semua orang tahu usaha untuk menyatupadukan kedua-dua parti masih boleh diteruskan. Kita harus berfikiran positif...tak semestinya seseorang itu akan bersikap begitu selamanya," katanya.

Menurutnya, jika PAS mahu berbincang, kerjasama itu amat dialu-alukan kerana pintu rundingan antara kedua-dua tidak tertutup.

Tegasnya, walaupun pucuk kepimpinan PAS yang baru rata-ratanya didominasi oleh golongan edrogan dan Anwarisme usaha menyatupadukan Umno dan PAS tetap tidak akan berkubur.

"Saya tak melihat perkara seperti itu akan berlaku. Saya anggap calon pada pemilihan kali ini sebagai positif. Kami masih boleh berbincang apabila melibatkan perkara berkaitan Palestin dan pendidikan," ujarnya.

TUN M kata Karpal Singh yang berjaya menghalang PAS melaksanakan Hudud

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.  

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

Selepas muktamar PAS baru-baru ini, Tun Dr Mahathir melalui blognya menulis dengan berkata, Karpal yang berjaya menyekat mendirikan negara Islam yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah tercapai.

"yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai," tulis Mahathir.

Benar apa yang dikatakan oleh Tun , Hari ini PAS tidak lagi memperjuangkan Hudud, APS terpaksa akur dengan kehendak DAP dan juga PAS terpaksa  menghormati Karpal Singh yang pernah berkata langkah mayat beliau dahulu sebelum PAS mehu melaksanakan Hudud.
Hari ini PAS mahu jadi popular dikalangan bangsa asing dan bangsa asing juga tidak lagi atkut untuk mengundi PAS kerana PAS tidak lagi akan melaksanakan Hudud. Senang cerita PAS tidak akan membangun  bersama Islam lagi. PAS kini akan membangun bersama DAP.

Tuesday, 7 June 2011

Haji Hadi akan jadi Perdana Menteri apabila Anwar dipenjarakan

PAS kini merubah strategi untuk menjadikan parti mereka  sebagai sebuah parti yang diterima oleh berbilang kaum kerana Haji Hadi telah mencongak dan telah nampak lorong untuk beliau mengisi kerusi Perdana menteri sekiranya PR berjaya menawan Malaysia. Haji Hadi pasti Anwar akan dijatuhkan hukuman dan pasti bahawa Anwar akan sangkut dalam isu liwat dan akan dipenjarakan di Sungai Buluh.

Selain dari DAP , Haji Hadi lah orang yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri. Agak sukar untuk mana mana pemimpin DAP dilantik  sebagai Perdana Menteri. Inilah strategi yang digunakan oleh PAS dan mereka bermain secara selamat sekarang dan akan terus setia bersama Pakatan Rakyat sambil mengharapkan Anwar akan sangkut dalam salah satu dari tuduhan yang beliau hadapi.

PAS terpaksa mendekati masyarakat majmuk yang tinggal di Malaysia dan terpaksa membuang  slogan slogan dan juga branding Islam bagi mendapatkan sokongan penyokong berbangsa asing yang tidak suka akan perjuangan Islam PAS. PAS sekarang sedaya upaya mahu melabelkan parti mereka sebagai sebuah parti yang lebih liberal dan terbuka,

PAS kini tidak akan mempersoalkan isu Hudud lagi , Pas sekarang tidak lagi memperjuangkan isu isu yang berkaitan Islam. PAS sekarang  mahu menunjukkan bahawa mereka lebih terbuka dan menerima semua kaum sesuai dengan slogan "PAS for All".

Monday, 6 June 2011

Kerana Nik Aziz taksub kepada Anwar Ibrahim kini PAS di tangan Anwar

Kumpulan Ardogan akhirnya berjaya menguasai PAS setelah gagal melakukan nya pada penggal yang lalu. Nik Aziz  tersenyum apabila anak emasnya Husam Musa akhirnya berjaya membimbing barisan kepimpinan yang Pro kepada Anwar Ibrahim telah menguasai PAS. Nik Aziz yang sememangnya kagum dan taksub kepada ketuanya Anwar Ibrahim yang juga merupakan Ketua Pembangkang.

Mereka  kini boleh tersenyum lega kerana berjaya menolak kepimpinan Ulamak dan menggantikan kumpulan Ardogan dan PAS kini mutlak dikuasai oleh kumpulan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim  tidak lagi bimbang sekiranya kumpulan ulamak yang tidak bersetuju dan menentang beliau,PAS juga sudah menukar dan membuang terus perjuangan Islam dan kini bersikap lebih liberal sebagai parti politik untuk berbilang kaum sesuai dengan kehendak Anwar yang mengumpan undi bangsa asing.

Anwar juga tidak perlu bimbang sekiranya rakan sekutu mereka yang sememangnya anti Islam akan berlaga angin dengan PAS kerana PAS kini adalah dalam bidang kuasa beliau. PAS juga lebih terang tidak lagi menunjukkan perjuangan kearah Islam tetapi masih mengekalkan laungan yang kononnya mereka memperjuangkan Islam. Bangsa asing tidak lagi takut untuk memberikan sokongan mereka kepada DAP secara total kerana mereka tidak lagi akut kepada PAS seperti  zaman Dato' Asri dahulu kerana PAS tidak lagi akan memperjuangkan hudud dan PAS juga sudah menggugurkan perjuangan Negara islam mereka.

Ketakasuban  Nik Aziz  kepada Anwar Ibrahim sememangnya ketahui ramai oleh semua dan kini PAS tiada bezanya dengan PKR dan DAP. Tidak hairanlah sekiranya DAP akan menggantikan PAS selepas ini.