Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 22 June 2011

KERAJAAN KEDAH PUN TAK NAK MR BEAN - MAHFUZ DIGUGURKAN

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan anggota Parlimen Baling Datuk Taib Azamudden Md Taib masing-masing digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III PAS Kedah bagi penggal 2011/2013.

Keputusan menggugurkan dua nama besar parti itu diputuskan dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS negeri di Kompleks PAS Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut, dekat sini, Ahad malam.

Menteri Besar merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata dalam rombakan pimpinan parti itu, tempat mereka masing-masing digantikan oleh Exco Kesihatan, Dr Ismail Salleh dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Md Isa Shafie.

PAS negeri Kedah sendiri takut mahu kekalkan Mahfuz  Omar yang merupakan  labiliti kepada PAS Kedah. MB Kedah takut kalau nanti PAS akan kalah kerana Mahfuz Omar. Inilah dia kalau akal singkat , buat macam ana sekali pun  akan terserlah juga kobodohan. Mahfuz tidak mendatangkan apa apa keuntungan kepada PAS.

No comments:

Post a Comment