Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 30 August 2012

ANWAR BINGUNG DUNIA PUJI KEPIMPINAN NAJIB



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ternganga dan melopong kebingungan apabila penganalisa antarabangsa memuji kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang berjaya menerajui pembangunan ekonomi Malaysia dengan begitu mantap dan berkesan walaupun dunia kini dibelenggu kemelut kewangan yang dahsyat.

Secara langsung dunia mengiktiraf Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menjadi tunggak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah benar-benar memberi impak serta kesan positif kepada negara.

Pengakuan ini bukan dilaporkan oleh sebarangan media tetapi oleh akhbar Financial Times yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dan diyakini pandangannya di peringkat antarabangsa. 

Ketika kuasa besar Amerika Syarikat masih dibebani masalah hutang yang di luar kawalan manakala satu persatu negara-negara Eropah mengemis agar ekonomi mereka diselamatkan, Malaysia berdiri megah menawarkan model pengurusan ekonomi yang unik dan inovatif.

Pujian pakar antarabangsa juga membuktikan bahawa konsep al wasatiyyah atau kesederhanaan yang di bawa Perdana Menteri telah berjaya meningkatkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju, pragmatik dan progresif. 

Dalam tempoh tiga tahun sahaja menyandang jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah membuktikan kemampuannya untuk membela rakyat serta mengurus negara.

Berlandaskan slogan keramat 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', beliau telah memastikan setiap dasar serta program pembangunan yang dilaksanakan hendaklah menepati semangat dan tujuan prinsip tersebut.

ETP adalah bukti kukuh bahawa Datuk Seri Najib begitu serius mahu melipat gandakan lagi kemajuan ekonomi yang telah dikecapi selama ini.

Pembangunan ekonomi pula tidak akan berjaya tanpa sistem penyampaian yang efektif dan efisien maka GTP dilancar seiring dengan ETP.

Setelah tiga tahun rakyat kini melihat gandingan ETP/GTP telah melahirkan hasil yang sama sekali diluar dugaan.

Walaupun pembangkang tidak pernah jemu memfitnah dan memburuk-buruk visi Perdana Menteri, kini mulut mereka terkunci dan dibisukan dengan pengiktirafan antarabangsa yang diterima.

Mana negara di dunia ini yang berkemampuan membelanjakan lebih RM2.6 bilion melalui pemberian wang tunai BR1M RM500 secara terus kepada 5.2 juta ketua isi rumah kecuali Malaysia?

Tidak cukup dengan itu, kerajaan bercadang menyalurkan BR1M untuk pusingan kedua pula melibatkan jutaan lagi penerima.

Tidakkah rakyat Malaysia amat bertuah menikmati perkhidmatan perubatan serendah RM1 sahaja yang disediakan melalui Klinik 1Malaysia dan bagaimana pula dengan Kedai 1Malaysia yang menawarkan barangan makanan keperluan pada harga yang lebih rendah daripada pasaraya?

Semuanya dilakukan kerana Perdana Menteri berpegang kuat kepada janji bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat mesti didahulukan dalam setiap aspek pentabdirannya. 

Negara di bawah teras kepimpinan Melayu bermula daripada Tunku Abdul Rahman melanjut kepada Tun Abdul Razak dan Tun Hussein kemudiannya kepada Tun Dr Mahathir serta Tun Abdullah dan kini di bawah teraju Datuk Seri Najib telah berjaya membawa negara dari satu tahap pembangunan kepada tahap yang lebih tinggi dalam setiap era pentadbiran negara.

Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir umpamanya, krisis kewangan yang melanda rantau Asia Tenggara pada 1998 telah berjaya ditangani dengan begitu baik dan berkesan.

Tatkala negara seperti Korea Selatan, Indonesia dan Thailand terpaksa melutut kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia menolak tawaran bantuan daripada agensi antarabangsa itu demi menyelamatkan Malaysia.

Malaysia dengan beraninya menggunapakai pendekatan kawalan modal yang akhirnya berjaya menyelamatkan ekonomi serta rakyat daripada menjadi hamba IMF.

Rakyat juga tidak lupa bagaimana Anwar sebagai Menteri Kewangan ketika itu berusaha bersungguh-sungguh untuk menyakinkan Dr Mahathir agar tunduk kepada IMF tetapi berkat pandangan jauh dan menghidu tujuan jahat Anwar serta IMF, Dr Mahathir menolak cadangan itu.

Sekiranya Anwar berjaya dalam rancangannya membawa IMF masuk campur dalam pengurusan negara, nescaya hari ini, orang Melayu tidak lagi akan kedengaran agenda ekonomi serta hak-hak istimewa Bumiputera.

Begitulah dahsyatnya motif jahat Anwar untuk menghancurkan ekonomi negara sehingga sanggup melelong negara ini kepada pelabur Zionis-Yahudi menerusi IMF. 

Kejayaan yang kini terus dinikmati rakyat di bawah kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib bukanlah terjadi secara rambang atau kebetulan.

Ia telah melalui tempoh pengalaman mentadbir negara selama lebih 50 tahun serta didokong dengan kepimpinan politik yang matang, berwibawa serta berkemampuan.

Sememangnya BN menepati setiap janjinya untuk memberi tahap kehidupan yang terbaik kepada rakyat dan sudah tentunya ini diakui melalui sokongan terus menerus rakyat kepada BN.

Kini negara berada diambang satu lagi pilihan raya umum dan rekod BN yang menakjubkan dalam membangunkan negara adalah bukti paling jelas untuk meminta rakyat terus membantu menggilap rekod yang cemerlang ini. 

Pembangkang boleh menjanjikan apa saja termasuk bulan dan bintang tetapi akhirnya rakyat akan menilai samada ianya hanya sekadar janji di mulut ataupun bukti yang nyata. 

ends 

85% Janji Pembangkang Tidak Ditunaikan - Dr. Ahmad Zahid Hamidi












Tuesday 28 August 2012

Azmin Anak Derhaka: Pemimpin Tanpa Restu Ibu Tidak Akan Berjaya


Tajuk di Malaysiakini berbunyi, ‘leave my mum alone, Azmin tells UMNO’ (Jangan ganggu ibu saya, kata Azmin kepada UMNO) membuatkan kita tersenyum sinis.   


Mungkin Azmin tidak faham bahawa yang menghancurkan hati ibunya bukan UMNO, tetapi Azmin sendiri.

Yang menyebabkan ibunya memilih saluran media untuk meluahkan perasaan bukan UMNO, tetapi kederhakaan Azmin sendiri yang tidak memberi peluang dan ruang lain lagi untuk ibunya menariknya agar kembali ke pangkal jalan.    

Yang menyebabkan Azmin menjadi anak derhaka pula bukan UMNO, tetapi Anwar Ibrahim. 

Justeru, jika Azmin perlu melepaskan kemarahan kepada seseorang, lepaskanlah kepada diri sendiri dan Anwar Ibrahim bukan UMNO.  

Tidak wajar juga bagi Azmin untuk menyalahkan stesen TV dan media yang memberi ruang kepada ibunya menyerunya pulang kerana media hanya menjalankan tugas, iaitu mencari berita sensasi.  Dan berita seorang ahli politik yang derhaka kepada ibu pastinya sensasi.  

Selagi berita tersebut benar dan bukannya fitnah, maka Azmin tidak ada hak untuk menghalang kebebasan media.  Sedangkan parti Azmin sendiri sering mempergunakan media untuk memburuk-burukkan keluarga dan sanak-saudara pemimpin-pemimpin UMNO maka apakah salahnya jika media pro-UMNO juga menyebarkan berita mengenai keluarga dan sanak-saudaranya?   Apatah lagi jika berita tersebut bukanlah fitnah, tetapi benar belaka.  

Paling jelek ialah apabila Azwan, abang Azmin dari golongan LGBT juga turut menghina ibu mereka di dalam twitter miliknya.  Azwan dengan biadapnya menghina ibunya sebagai ‘sanggup menjadi bahan TV3 untuk ratings’.  Begitu rendah sekali kedudukan ibu sendiri di mata Azwan.   Namun, apa yang kita harapkan dari seorang pondan..

Begitupun, Azmin seharusnya mempunyai kredibiliti dan integriti yang jauh lebih tinggi dari Azwan kerana beliau bukan seorang penyanyi atau pelakon atau pengacara murahan seperti Azwan.  Sebaliknya beliau adalah seorang pemimpin dan punya tanggungjawab terhadap rakyat.  

Malangnya, Azmin tidak menunjukkan perbezaan taraf antara dirinya dengan Azwan, si pondan tua yang kehilangan arah kehidupan.  Persamaan mentaliti antara Azwan dan Azmin pastinya menakutkan rakyat.  Tidak mungkin manusia yang ‘hilang arah’ mampu memimpin?  

Seseorang pemimpin hanya akan mampu menjadi pemimpin yang baik, berkesan dan berjaya jika mendapat restu ibunya.  Tanpa restu ibu, Azmin seolah-olah telah dilaknat untuk musnah.  

Bagaimana kita mengharapkan pemimpin yang telah ‘tersumpah laknat oleh ibu’ dapat membawa kesejahteraan dan kecemerlangan kepada rakyat dan negara?

Kita bukannya hendak menyibuk dengan perihal keluarga Azmin dan kesudahan nasib Azmin di dunia mahupun akhirat.   Tetapi sikap dan perbuatan Azmin terhadap ibunya adalah cerminan corak kepimpinan Azmin sebagai pemimpin kanan PKR sekiranya partinya mendapat mandat untuk memerintah.  

Justeru, walaupun kita enggan menjadi penyibuk, soal restu ibu Azmin sedikit sebanyak tetap menjadi urusan seluruh rakyat jelata.  

Selain itu, sokongan kuat saudara kandung Azmin dari golongan LGBT terhadapnya juga turut menimbulkan persoalan mengenai pendirian PKR terhadap homoseksual, lesbian, biseksual dan transgender.  Tampak seolah-olah parti ini cenderung untuk menghalalkan LGBT andainya mereka memerintah nanti.  

Apa yang pasti, dua perkara yang melingkungi Azmin iaitu hubungan sejenis dan anak derhaka, sudah cukup untuk membawa kita ke arah kemusnahan yang dijanjikan Allah S.W.T sekiranya parti beliau memenangi pilihanraya.

Anwar Tolak Hudud



KUALA LUMPUR : Di sebalik perbalahan berterusan Pas dan DAP mengenai aspirasi pelaksanaan hudud, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi menegaskan undang-undang Islam itu bukan sebahagian daripada dasar pakatan pembangkang buat masa ini.

Menurut Anwar, undang-undang syariah itu juga bukan merupakan perkara yang terkandung dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang pakatan pembangkang sekiranya berjaya memerintah negara pada masa depan.

Katanya, walaupun Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk melaksanakan hudud, undang-undang Islam itu masih tidak boleh dijalankan di negara ini selagi ia tidak mendapat persetujuan DAP.

Ini kerana, katanya, keputusan mengenai pelaksanaan hudud perlu dicapai melalui konsensus ketiga-tiga parti, dasar bersama dan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, pakatan pembangkang memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

“kita menghormati hak (Pas) untuk menyuarakan dan mengambil inisiatif (melaksanakan hudud) tetap pendirian kami adalah jelas, tanpa ragu ragu, sekarang (hudud) bukan merupakan dasar Pakatan Rakyat (Pakatan Pembangkang) dan Penentangan DAP boleh dihormati dan diambik kira,” katanya.

Anwar berkata demikian pada siding ahkbar selepas mempengurusikan mesyuarat pakatan Pembangkang di ibu pejabat Pas di sini pada 28 september 2011 seperti dipetik dalam video siaran blog propembangkang http://suarapakatanrakyat.com hari ini.

Video tersebut boleh ditonton di dalam entri bertajuk hudud: Mufti kedah elok diam, jauhkan diri dari politik. 

Ia disiarkan berikutan ketidakpuasn hati pengendali blog itu terhadap kenyataan tegas mufti kedah, Datuk Shiekh Muhamad Baderudin Ahmad yg meminta pengerusi DAP, Karpal Singh menghentikan segala kritikan berkaitan agama islam kerana tindakan karpal menentang hudud di lihat tidak menghormati sensitivity umat islam.

Menurut pengendali blog berkenaan, Sheikh Muhamad tidak sepatutnya masuk campur dalam soal politik yang hanya layak didebatkan oleh orng politik sahaja dan bukan pegawai kerajaan biasa yg ‘makan gaji’ seperti beliau

Perbalahan di antara Pas dan DAP dalam isu hudud muncul kembali apabila Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dalam satu debat baru baru ini mendakwa karpal Sedia berkompromi dalam isu perlaksanaan hudud namun pekara itu segera dinafikan oleh karpal.

Sementara itu, dalam entri sama, blog berkenaan turut memaparkan video sidang akhbar setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng berkenaan isu hudud tanpa menyatakan tarikh serta tempat siding akhbar itu berlansung.

Kata Guan Eng, isu hudud tidak timbul kini kerana ai bukan merupakan sebahagian daripada dasar yang dipersetujui pakatan Pembangkang.

“jika nak dilaksanakan sesuatu seperti hudud, sekiranya munkin kalau PKR atau Pas setuju tapi DAP tidak bersetuju, ia tidak boleh dilaksanakan dalam pakatan rakyat. Ia mesti dibincangkan dahulu sehingga ketiga tiga pihak bersetuju,” Tegasnya..

#Petikan : Utusan Malaysia

KEEP IN TOUCH : Change




Change

1. In his campaign to become President of the US Barack Obama promised change, “time for change”, he said.

2. He promised to close down Guantanamo Detention Camp.

3. He promised to stop trials of detainees by Military Courts.

4. He promised to pull out from Iraq and Afghanistan.

5. And many more.

6. Now four years into his first term he has failed to keep his promises.

7. Guantanamo is still holding so-called terrorists; still torturing them. No military courts but no trials by civilian courts either.

8. Instead of pulling out from Iraq and Afghanistan he approved a “surge” in the troops sent to this area. Later he pulled out some troops but American soldiers are still in the two countries.

9. Making promises during campaigns for elections is easy. Keeping them is a different matter. The best hope is that people’s memory is short. They would normally forget the promises.

10. Now the opposition in Malaysia have copied Obama and is promising change.

11. Give them a chance they say. The BN has ruled this country for 55 years. It is time to change. They will change this into a welfare state. Everything will be free. No fees for education. No tolls. Large subsidy for petrol. 20% royalty to oil producing states etc.etc.

12. The Socialist and Communist have tried this welfare state idea. They failed. Malaysia has no ideology. But the reality is that the Government needs money in order to develop the country and to subsidise living cost for the people. But when Government foregoes taxes, tolls and fees, it will have less money. But it will have to spend more on running an maintaining utilities, expressways, schools, operational and development cost, pension etc.

13. So where does the Government get necessary funds?

14. Borrowing is okay if the money is invested and giving a return. But borrowing money in order to just spend will lead to non-payment of debts.

15. That’s what happened to Greece. It’s bankrupt now. The whole of Europe cannot put it back together again.

16. Admittedly the BN has ruled this country every since independence. But look at the record and compare it with other countries which gained independence at the same time. Compare it even with the developed West. They are in deep financial trouble and try as they might, they have not been able to overcome the crisis.

17. Remember 1997-98 crisis. The then Deputy PM and Minister of Finance tried the IMF solution without the IMF loans. Banks and companies were faced with the threat of bankruptcy from non-performing loans. Imports cost more. Cost of living shot up.

18. The track record of the Minister of Finance then was bad although there is a fondness of claiming success brought about by other people as his success. PNB, UIA were part of the claim.

19. Now as leader of the Opposition he is claiming to bring about change. What good change did he introduce when he was in the Government? All he was interested in was getting up the leadership ladder of UMNO in order to become Prime Minister. How he achieved his objective does not bear scrutiny.

20. Five years to give a trial as Government is dangerous. Many things can be destroyed in five years. Besides the Opposition as Government will ensure there will be no return for the BN. Officers in the Government will be used to “gempar” (threaten) whoever tries to change Government.

21. Already we see this person who claims to fight for free speech suing and resorting to the courts to shut the mouth of his critics. Other powers of the Government will be similarly abused. Nepotism and cronyism will be employed as indeed they are in the party he now heads.

22. The record is there. Malaysians must not allow themselves to be hoodwinked as I was hoodwinked by the appearance of religious piety in the past.

23. The BN has listened to the people and has changed many laws and policies. All that the people need to do is to urge the BN to carry out whatever change the people desire.

25. Better the devil you know than the angel you don’t.

Monday 27 August 2012

PR Dan Janji-janji Syaitan



Peringatan seorang Negarawan bertaraf dunia, Tun Dr. Mahathir mengenai Pakatan Rakyat (PR) wajar diberi perhatian serius.  Kata beliau, ‘banyak yang akan musnah jika PR memerintah’ dan ‘lebih baik syaitan yang kita kenal dari bidadari yang kita tidak kenal’.  

Walaupun mungkin ada yang memusuhi Tun Dr. Mahathir tetapi tidak seorang pun dari musuh-musuhnya yang dapat menafikan jasa-jasa dan kejayaan beliau melonjakkan negara serta kehidupan rakyat dengan begitu pantas, bergaya serta cemerlang sekali.  Oleh itu, peringatan yang beliau berikan di atas tidak wajar dipandang sinis kerana ia bukannya peringatan kosong, tetapi berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pengalaman beliau dalam mengurus-tadbir negara selama 22 tahun.  

Beliau pastinya cukup arif mengenai ‘aspirasi’ pemimpin tertinggi PR, Anwar Ibrahim setelah terlibat secara langsung mengekang percubaan Anwar membankrapkan negara pada tahun 1997/98 dengan menurut saranan IMF.   Ini menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai penyelamat negara dan rakyat sekali gus musuh utama barat.  

Hari ini, PR menjanjikan negara kebajikan dengan pendidikan percuma untuk semua, tiada tol, menurunkan harga minyak, pendapatan minimum sehingga RM4000 setiap rumah, menghapuskan cukai dan berbagai-bagai janji manis lagi.  

Namun, realitinya bagi memberikan sesuatu secara percuma, kerajaan perlu terlebih dahulu mempunyai dana.  Dan jika kos tertentu terhadap rakyat turut dihapuskan, maka bagaimana kerajaan akan dapat mengumpul dana tersebut agar dapat memberikan sesuatu yang lain secara percuma kepada rakyat? 

Tidak mustahil bahawa PR berniat untuk mengambil pinjaman atau berhutang dari luar, yang mana gagal dilakukan oleh Anwar ketika krisis kewangan 1997/98 dahulu bagi menunaikan segala janji-janji manis tersebut.  Jika ini dilakukan, maka negara akan terbeban dengan hutang yang semakin bertambah saban tahun kerana tidak mempunyai dana dan pendapatan yang cukup untuk membayarnya akibat penghapusan tol, cukai, kos pendidikan dan lain-lain, di samping meningkatkan subsidi kepada rakyat.  

Keadaan ini pasti lama kelamaan akan mencetuskan kemarahan rakyat, seterusnya ketidakstabilan dalam negera.  

Kita sedia maklum bahawa meletakkan negara di dalam keadaan lemah dari segi ekonomi adalah langkah pertama untuk membantu rakan-rakannya neo-con Anwar untuk menakluk negara ini.  Apabila sudah ditakluk, maka lebih mudahlah undang-undang yang berlandaskan pemikiran liberal dan plural dipaksa ke atas negara Islam ini.  Inilah agenda halus yang tersembunyi di sebalik segala janji manis PR. 

Walaupun PR kelihatan bagai bidadari yang membawa janji-janji manis dari syurga tetapi hakikatnya, apa yang dijanjikan tidak menepati realiti dunia.  

Sebaliknya, BN mungkin tidak kelihatan seperti bidadari dan mungkin dianggap kejam kerana mengenakan cukai, tol dan kos pendidikan tetapi BN berpijak di bumi yang nyata.  

Realitinya, di bumi ini, sesebuah kerajaan perlu mengenakan kos tertentu terhadap rakyat untuk menjana ekonomi negara serta membantu rakyat secara meluas dan dalam jangka masa yang panjang.  Wang tidak turun dari langit dan tidak bertambah dengan sendirinya.  Jika kita berhutang dengan negara luar, ia perlu dibayar atau kita akan tersepit sehingga akhirnya hancur berkecai.  Inflasi dan trend peningkatan harga pasaran dunia menjadikan perkataan ‘percuma’ adalah sesuatu yang mustahil dan bakal memakan diri sendiri.  

Justeru, sepertimana pesan Tun Dr. Mahathir, usahlah kita percaya pada manusia yang menyamar sebagai bidadari yang turun dari syurga kerana kita bukannya berada di syurga, tetapi di dunia yang nyata.  Maka, berpijaklah di bumi nyata, dan berfikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum menyerahkan nasib kita kepada PR.  Apa yang PR janjikan walaupun kelihatan seperti syurga tetapi realitinya ia bakal membawa kita ke neraka.

PAS Mangsa Nasi Kangkang DAP



PAS dan hudud macam aur dengan tebing, semua orang tahu.  Bukan nak laksanakan sangat pun tapi sebab dengan adanya hudud, PAS boleh dapat banyak kerusi parlimen dan DUN, silap-silap hari bulan, boleh memerintah di beberapa buah negeri pun.

Sebab itu PAS tidak akan bercakap langsung tentang hudud selepas pilihanraya berakhir, kalau ditanya orang pun, alasan yang remeh temeh saja yang akan diberi.  Contoh macam semasa PAS menang di Terengganu pada 1999, bila disuakan soalan hudud, jawapan Hadi Awang (Menteri Besar) ketika itu ialah, hudud tidak perlu disegerakan kerana hanya 0.0001% sahaja bahagiannya dalam Islam, ada lebih banyak benda lain lagi.

Berbeza pula bila dekat nak pilihanraya semula, PAS akan kembali mati-matian perjuangkan hudud, kalau Terengganu dulu diambil contoh, PAS kemukakan draf hudud Terengganu pada 2003 – iaitu beberapa bulan sebelum pilihanraya umum 2004.  Tindakan PAS ini melihatkan DAP meningalkan Barisan Alternatif (BA) – pakat-pakat palsu yang sama macam Pakatan Rakyat hari ini.

Jadi moralnya, PAS perjuang hudud hanya untuk undi, untuk dapat kuasa, bukan betul nak laksana.

Hari ini dan sekarang ini, isu hudud kecoh kembali, sebab apa?  Sebab pilihanraya umum akan diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang.  Walaupun PAS baru sahaja tukar dasar perjuangan parti tersebut kepada negara berkebajikan tahun sudah (ada majlis pelancaran dan sebagainya), ia hanya dipersetujui oleh satu kelompok, kelompok yang lain tidak bersetuju, macam Hasan Ali dan Nasrudin Tantawi, termasuk Nasharudin Mat Isa.

Tapi masing-masing bila bercakap atas kapasiti sebagai pemimpin PAS atau paling tidak Ahli Parlimen PAS.

Cuma yang berbeza kali ini, kerana nama Pakatan dikaitkan sekali, DAP yang duduk dalam Pakatan perlu tampil mempertahankan pendirian partinya, atau nanti dia pulak mengulangi malapetaka 1999 bila Karpal dan Lim Lit Siang pun boleh kalah!!  Pedih tu, sebelum benda jadi melarat, lebih baik Karpal cepat-cepat ke depan mempersoalkan PAS, termasuk menyaman Nasharudin kerana menuduhnya anti Islam.

Walaupun Karpal mengakui dia memang anti hudud tapi pada pandangannya tidak sampai dia anti Islam.  Sedangkan Nasharudin berpendapat, menolak hudud sama dengan menolak Islam, melalui beberapa ayat-ayat al-Quran yang biasa digunakan ke atas BN sebelum ini.  BN takpelah, parti lawan, DAP parti kawan, itu yang payah tu.

Apa sekalipun, kerana Karpal menolak hudud, PAS sekarang terbahagi kepada 2.  Ada yang sokong Nasharudin dan ada yang sokong Karpal.  Bukan setakat ahli-ahli dibawah, pemimpin PAS pun ramai yang berpecah belah.  Khabarnya tak ramai yang berada di belakang Nasharudin, lebih ramai dibelakang Karpal.

Terbaru, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifly Ahmad dipetik Sinar Harian sebagai berkata, “Tidak setuju hudud dilaksanakan kerana belum sampai masa”.  

Kalau Dzulkifly ini orang UMNO, baca dari tajuk saja pun beliau akan dituduh sebagai kafir, tak payah baca dalam-dalam lagi.  Nasib baik Dzulkifly ahli Parlimen PAS, terselamatlah dia dari ‘murtad’, apatah lagi bila dia bersama-sama dengan Karpal dalam hal ini.

Bagaimanapun penulis percaya, Dzulkifli tetap tidak akan terlepas dari kecaman, bukan kerana dia menolak hudud tapi kerana alasan yang diberikannya itu sama dengan alasan yang diberikan BN bila menjawab isu hudud sebelum ini.  Kalau terdesak sangat pun, fikirlah alasan sendiri, apa alasan BN itu juga yang diceduk dan di kitar semula?

Orang PAS tahu sajalah, apa pun boleh asal saja jangan yang ada kaitan walau sedikit dengan BN.  Maklumlah musuh nombor satu PAS tak sama dengan musuh nombor satu orang Islam yang lain,  syaitan tapi BN.

Tapi nampak sangatlah PAS dah banyak berubah.  Tak tahulah nasi kangkang siapa yang PAS dah makan, nasi kangkang Karpal ke, Teresa Kok ke atau siapa sehingga parah benar perubahannya.  Penulis nak guna perumpamaan lembu dicucuk hidung pun tak sesuai sebab keadaan PAS sekarang lebih teruk dari itu.

Alasan penulis mudah saja, pemahaman PAS tentang hudud sebelum ini ialah, hudud adalah hukuman tuhan yang tak boleh tidak mesti dilaksanakan.  Masa dia cakap tu, ada surahnya, ada rujukannya, ada kitabnya, biasalah PAS.  Janganlah cuba-cuba nak cakap pasal hudud, selain dari yang membawa maksud nak melaksanakannya, confirm dituduh Kafir.  

Alih-alih sekarang, bila ada ahli PAS dan pemimpin Pakatan (yang PAS buat kawan) terang-terang kondem, perlekeh dan pijak hudud pun, PAS masih boleh berbahasa-berbahasa lagi.

Betul-betul besar punya munafik PAS ni ya.

Sunday 26 August 2012

PAS Hanya Parti Politik



Acapkali kita lihat dan dengar buah butir pengakuan atau perbualan dari ahli dan penyokong PAS yang mendabik dada menjulang parti itu sebagai parti Islam, berjiwa Islam dan pejuang Islam yang tujuan serta asas juangnya adalah demi agama Islam.

Sesetengahnya yang terlebih taksub pula beriktikad dan percaya sepenuhnya yang parti PAS itu adalah Islam dan Islam itu pula adalah PAS, dua perkara yang sebenarnya berbeza tetapi dianggap sama saja.

Beza antara parti politik dengan agama langsung tak tefikir oleh akal mereka kerana terpesong fahaman bila mana menyalahtafsir kenyataan yang menyebut "politik itu sebahagian dari agama".

Tanpa fikir panjang dek kerana akal hanya sejengkal maka yang difahaminya ialah PAS itulah sebahagian dari agama ataupun sudah dianggap PAS itu setaraf dengan agama Islam.

Bagi kita yang waras dan celik akal fikiran, kita melihat sikap taksub penyokong PAS terhadap parti yang mereka dukung itu sebagai satu kecelaruan fikiran gara-gara waktu tahun-tahun sebelumnya mereka terlampau jahil murakkab.

Bila tiba seru mahu mencari semula arah hidup tersalah langkah terus terjerumus pula dengan ajaran songsang yang meletakkan PAS sebagai sebahagian dari Islam ataupun sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Yang sebenar-benarnya, PAS hanyalah sebuah parti politik sama sahaja seperti organisasi lain yang membezakan PAS kelihatan Islamik secara luaran atau kulitnya ialah serban, jubah, kopiah dan penggunaan label Islam dalam partinya, itu sahaja.

Malah kewujudan PAS itu sendiri hasil restu penjajah British yang melihatnya sebagai peluang yang boleh dimanipulasi untuk merencatkan kebangkitan UMNO dikala saat itu sokongan majoriti umat Islam solid bersatu bersama UMNO dalam mendukung perjuangan menuntut kemerdekaan dari British.

Dalam keadaan British tidak mampu menolak kewujudan UMNO untuk bergerak secara sah disebabkan tekanan gelombang yang kuat dari segenap akar umbi orang Melayu Islam, bila sahaja datangnya serpihan dalaman yang mahu melawan UMNO lantas kesempatan itu dimanfaatkan oleh British maka luluslah penubuhan PAS pada 16 September 1951 dengan nombor pendaftaran 733.

Susur galur wujudnya PAS pula bermula dari fungsinya sebagai badan atau sayap di dalam UMNO yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Fuad  Hassan, apabila wujud kekosongan yang memerlukan pertandingan bagi memilih Yang Dipertua baru UMNO, Ahmad Fuad turut beradu nasib dan  tewas di tangan Tunku Abdul Rahman.

Dendam kerana tewas dan malu air mukanya membawa kepada kata sepakat keluar dari UMNO seterusnya sejak diluluskan oleh British sebagai pencabar UMNO, bermulalah adegan dan dusta berselindung label dan kalimah agama untuk memenangi hati umat Islam yang selama ini berpaut kasih dengan UMNO.

Perjuangan UMNO bersama rakan Perikatan diperlekahkan, dasar menuntut kemerdekaan dipandang sebelah mata oleh pimpinan PAS tika itu hinggakan tergamak mereka menghina cita-cita murni itu dengan ungkapan kata-kata "jarum sebatang pun tak mampu dibuat, mana mungkin layak untuk merdeka?".

Penghinaan tersebut datangnya dari mulut pemimpin PAS yang rendah akal budinya dan cetek pemikirannya dek kerana yakin British begitu hebat di mata mereka dan jika pun perlu untuk Tanah Melayu merdeka tika itu satu-satunya cara bagi mereka ialah dengan bergabung bersama Indonesia membentuk Indonesia Raya.

Tapi mujurlah apabila pilihanraya umum pertama 1955 dilangsungkan, PAS hanya mampu menang di satu kerusi sahaja daripada keseluruhan 52 kerusi yang dipertandingkan, jika tidak sama ada sekarang kita masih dijajah oleh British ataupun mungkin sudah menjadi salah satu wilayah Indonesia.

Di awal-awal kewujudan PAS, pemimpinnya melihat Perikatan yang tika itu merupakan gabungan UMNO-MCA-MIC adalah satu kerjasama yang merugikan orang Melayu, lantaran itu beberapa tahun selepas negara merdeka PAS cukup aktif menggembar gemburkan dokrin dikalangan para ulama dan tok guru bahawasanya "jika redha dengan orang kafir yang ada dalam perikatan, maka jadi kufur dan kafirlah seseorang itu".

Tidak sedikit ulama dan tok guru pondok yang tertipu dengan mainan ayat suci Al-Quran dan hadis yang ditakwilkan bagi menghalalkan tuduhan PAS itu sehingga umat berpecah belah, kaum kerabat keluarga terdekat putus ikatan dan kariah masjid bercakaran serta kenduri kendara dipulau.

Namun berpuluh tahun kemudiannya hakikat kebenaran membuktikan gabungan perikatan yang kini dikenali Barisan Nasional (BN) akhirnya menjadi rujukan PAS untuk bersama Pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) selepas mereka menyedari tanpa kerjasama sedemikian jauh panggang dari api untuk PAS menikmati kuasa tampuk pemerintahan.

Tapi malangnya, tatkala dalam gabungan BN, UMNO kekal sejak dulu sebagai peneraju mengetuai barisan dalam mencorak masa depan negara  secara muafakat, PAS pula di dalam PR hingga kini kekal sebagai balaci dan juak murahan yang hanya mampu mengekor dari belakang sambil angguk dan geleng mengikut arahan abang besarnya, DAP si kafir harbi.

Sudahlah jauh tertinggal di belakang dalam soal peri penting bermuafakat bersama kaum dan agama lain, bila di beri peluang
memperbetulkan langkah yang songsang terjerumus pula sebagai keldai dan kuda tunggangan sepanjang zaman hinggakan dasar dan prinsip memperjuangkan negara Islam dan Hudud sebagai undang-undang pun gagal dipertahankan.

Sekarang, setelah ramai menyedari betapa baghal, bebal dan keldainya PAS sejak dulu kala hingga kini, saban hari para ulama, agamawan dan tok guru-tok guru pondok mula berubah arah berpaling dari mendengar dusta PAS sebaliknya semakin mendekat diri bersama jamaah UMNO yang bukan sahaja disokong oleh majoriti umat malah terbukti berjaya menyatu padukan rakyat.

Tidaklah menjadi kejutan sekiranya beberapa detik sebelum PRU 13 secara rasmi membuka tirainya, PAS akan tiba-tiba tampil bermuka-muka menonjolkan kembali dirinya lebih Melayu dan Islamik dari UMNO selepas bertahun-tahun sejak bersama PR, PAS lebih selesa kelihatan liberal dan terbuka atas bawah sampaikan tergadai maruah.

Bezanya antara PAS dengan UMNO, walau kedua-duanya dikuasai oleh orang Islam, PAS terlampau kemaruk mengejar kuasa hingga agama dan maruah bangsa digadai dan gagal dipertahankan tatkala bersemuka dengan kekuatan si kafir harbi DAP dalam pakatan pembangkang.

UMNO pula walau tidak mempergunakan label dan istilah Islam dalam perjuangannya, tetap utuh memanfaatkan kuasa mendaulatkan Islam secara bijaksana dan tidak pula menindas atau terikut dengan arahan si kafir zimmi yang menjadi rakan kerjasama dalam BN.

Saat tikanya UMNO sesekali tergelintir dari landasan, tidak pula pimpinan UMNO lokek untuk muhasabah diri dan memperbetulkan kembali arah tuju perjuangan.

Jauh berbeza dengan PAS, sudahlah bebalan sepanjang zaman, tetap juga bodoh dan bangang enggan mengaku salah silap sendiri seolah-olah tujuh petala langit dan bumi mahu diarah mengikut perwatakannya yang sering khilaf dan terpesong dari arah tuju perjuangan.

Apa sahaja tingkah laku PAS sejak ia diperanakkan dari perut UMNO hinggalah derhaka menentang perjuangan UMNO diikuti hingga kini terus taksub dengan pegangan anti UMNO tapi mesra pada kafir harbi dan semakin meliberalkan Islam, segalanya itu menunjukkan PAS hanyalah sebuah parti politik sahaja yang serba tidak sempurna tapi bebal untuk mengakui kelemahan dek kerana perasan dengan label "Islam" yang ada pada nama partinya. 

Saturday 25 August 2012

Isu Hudud : Nik Abduh Selar Karpal



KOTA BHARU : Pemimpin tertinggi DAP terutama Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng diminta supaya mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian rasmi parti itu mengenai pelaksanaan syariat Islam di negara ini seperti hukum hudud. 

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, kenyataan itu amat penting bagi memperbetulkan persepsi rakyat selepas beberapa siri kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menolak hukum hudud dan negara Islam. 

Beliau berkata, pada masa yang sama, kepemimpinan tertinggi DAP juga perlu memberi nasihat kepada Karpal supaya berhenti daripada terus membuat kenyataan tersebut kerana ia akan menjejaskan hubungan dalam pakatan pembangkang. 

"Kita minta pemimpin DAP tidak kira siapa (Kit Siang atau Guan Eng) membuat kenyataan, paling tidak orang tahu DAP menolak kenyataan Karpal dan yang penting rakyat tahu DAP menjaga hubungan dalam pakatan. 

"Saya setuju dengan kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan (yang membidas karpal). Kenyataan Karpal Boleh menimbulkan andaian bahawa seolah-olah DAP tidak menjaga pengundi Melayu, seolah-olah DAP tidak kisah lansung sedangkan sudah pasti ia tidak betul. Mana ada parti tidak mahu undi rakyat.

"DAP perlu menasihati Karpal seperti juga Pas apabila pemimpin Pas buat kenyataan bercanggah dengan semangat pakatan mereka akan diberi nasihat macam Datuk Dr. Hassan Ali dan Nasharudin Md Isa," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nasrudin yang mendakwa Karpal semakin keterlaluan apabila merendah-rendahkan dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud mengatasi jenayah.

Nik Abduh berkata, kenyataan Karpal sememangnya keterlaluan kerana beliau telah menyentuh dasar perjuangan dan tidak menghormati Pas. 

"Semua benda beliau hendak sentuh, perlaksanaan syariat Islamadalah mendasari perjuangan Pas. Dasar perjuangan parti pembangkang lain memang banyak perkara tidak setuju sebab dasar yang berbeza, DAP tidak bersetuju dengan Pas, Pas tidak setuju dengan DAP, DAP tidak setuju dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi kita diam dahulu kerana kita mahu fokus untuk berjuang menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman.

"Jadi pada pandangan kami, Pas telah melaksanakannya, kita tidak sentuh dasar PKR dan DAP jadi sepatutnya ia juga diraikan oleh Karpal, memang benar hanya Karpal sahaja dalam DAP yang membuat kenyataan menolak hudud tetapi oleh kerana beliau adalah pengerusi DAP maka orang nak tahu kedudukan yang sebenar," katanya.

Ditanya apakah Pas perlu mengambil tindakan tegas sekiranya Karpal terus membuat kenyataan menolak hudud, beliau berkata ia terserah kepada kepimpinan pusat parti itu.

Sementara itu, dalam laman sosial facebooknya, Nik Abduh berkata, biarpun berhak untuk bersuara atas nama kebebasan, karpal tidak sepatutnya mamanaskan isu-isu yang 'setuju untuk tidak bersetuju' seperti mana hak kesepakatan dalam pakatan pembangkang.

"Sama ada kritikan beliau itu adalah atas premis mempertahankan sekularisme negara, atau jahil, atau keras pedal atau anti Islam, semua itu mendorong kepada andaian bahawa DAP tidak mesra agama Islam dan undi Melayu.

"Saya hairan, orang sehebat Karpal masih menari mengikut rentak yang Umno dan Barisan Nasional (BN) mahukan? Secara peribadi jika saya mengundi di kawasan beliau, saya tidak perlu berfikir dua kali untuk tidak mengundi beliau walaupun saya akan mengundi selainnya yang tidak sepertinya yang mungkin menggantikan beliau." Katanya.

#Petikan dari Utusan Malaysia 23/8/12

KHALID TERKAPAI-KAPAI KESEORANGAN DITINGGALKAN ANWAR



Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sedang berjuang mempertahankan kredibiliti pentadbirannya dalam keadaan keseorangan melawan serangan politik daripada Umno dan Barisan Nasional.

Pelbagai isu menghantui menteri besar yang dahulunya dikenali sebagai tokoh korporat yang disegani menerajui sebuah syarikat pelaburan Bumiputera terbesar di dunia (Permodalan Nasional Berhad) dan kemudiannya memimpin sebuah konglomerat perladangan (Guthrie Berhad).

Tatkala, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mencadangkan nama beliau sebagai calon menteri besar, Khalid di warkan-warkan akan memacu pembangunan ekonomi dan sosial negeri terkaya di Malaysia berbekalkan pengalaman luasnya di dalam sektor korporat.

Pelbagai perancangan serta program di lancarkan di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor di mana kepentingkan rakyat adalah segalanya bagi pemimpin Pakatan Rakyat.

Sebagai tanda persahabatan lama dan hutang budi kerana dilantik sebagai menteri besar, Anwar pun dilantiklah sebagai Penasihat Ekonomi Selangor - satu jawatan rasmi dengan gaji hanya RM1.

Begitulah hebatnya Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpinnya melakukan latihan perhubungan awam (PR exercise) untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka jauh lebih baik daripada BN yang telah mentadbir Selangor berterusan sejak merdeka hingga 2008.

Rakyat berfikir sudah tentu gabungan mantap pengalaman luas Khalid serta dibantu oleh bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun, mustahil segala apa yang dirancang Pakatan Rakyat akan menemui kegagalan. 

Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku sekarang kerana setelah empat tahun menawan Selangor, istana impian yang dibina di atas janji-janji yang sungguh reformis sifatnya kini telah bertukar menjadi igauan paling negri bagi pimpinan Pakatan Rakyat.

Program air percuma yang dicanang siang dan malam oleh Khalid dan barisan exconya kini bertukar menjadi krisis air yang bakal mengancam menamatkan karier politik beliau serta menenggelamkan bahtera Pakatan Rakyat di Selangor.

Khalid mengambil sikap berkonfrantasi dengan kerajaan pusat berhubung usaha mengambil alih aset air di Selangor sehingga menyebabkan krisis air menjadi semakin meruncing dan rakyat kebajikan rakyat diabaikan.

Skandal hutang Talam Corporation yang kononnya dilabel sebagai pendekatan revolusi cetusan idea Khalid kini bertukar menjadi satu skandal melibatkan ratusan juta ringgit dana awam.

Khalid berada dalam keadaan amat tertekan kerana tidak dapat mengemukan laporan audir terperinci mengenai urusan menyelesaikan masalah hutang Talam kepada kerajaan negeri.

Apatah lagi dalam usaha Anwar memujuk golongan muda menyokong Pakatan Rakyat, Unisel milik kerajaan negeri pula gagal menyediakan tempat penginapan bagi lebih 3,000 pelajar yang telahpun memulakan sesi pengajian mereka.

Kini kerajaan negeri bercadang menjual aset Unisel berupa 500 ekar tanah untuk melangsaikan hutang sebanyak RM15 juta kepada syarikat yang menguruskan kolej kediaman universiti tersebut.

Dalam lautan politik yang bergelora bagi Pakatan Rakyat Selangor, persoalan pertama yang tercetus di minda rakyat, di manakah Anwar ketika Khalid benar-benar memerlukan pertolongannya.

Anwar boleh dikatakan langsung tidak bersuara untuk mempertahankan kedudukan Khalid sebagai menteri besar malah membiarkan beliau terumbang ambing seorang diri mengemudi kapal Pakatan Rakyat di Selangor.

Anwar kini amat malu kerana gagal menjalankan tugas beliau menasihati menteri besar mengurus ekonomi Selangor malah tidak ada satu bukti pun ideanya boleh digunapakai untuk kemajuan negeri.

Rakyat mencemuh ego dan sikap angkuh beliau yang mendabik dada kononnya pandai dalam selok belok mengurus kewangan negara satu ketika dahulu tetapi kini terbukti ini adalah wayang dan silap mata Anwar yang pandai menipu rakyat.

Barisan exco serta pimpinan sekutunya dari DAP dan PAS yang dulunya berdiri teguh di belakang Khalid kini satu persatu sudah menjauhkan daripada kemelut politik yang membelit Khalid.

Seolah-olah terdengar bisikan hati mereka jikalau Khalid tenggelam mereka tidak akan turut sama menjadi korban penyelewengan yang berlaku.

Di satu sudut pula, Azmin Ali yang menguasai PKR Selangor sedang bertepuk tangan bersama-sama kroninya merayakan saat-saat kejatuhan Khalid.

Azmin juga menjauhi diri daripada membela menteri besar dan kemungkinan besar sedang sedia untuk memberi pukulan maut kepada Khalid pada bila-bila masa sahaja.

Bagi Azmin, inilah saat yang paling manis untuk membalas dendam politik dengan membiarkan Khalid tercungap-cungap macam nyawa ikan.

Begitu juga sekutu terkuat Khalid dalam PKR iaitu Wan Azizah Wan  Ismail selaku presiden parti tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu kerana tahu Khalid sememangnya tidak lagi boleh diselamatkan.

Seperti pepatah habis madu sepah dibuang, begitulah nasib diri Khalid yang dahulunya menjadi idola dan tatangan Pakatan Rakyat tetapi kini pengemis yang menagih simpati Anwar yang telah mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

ends 









Friday 24 August 2012

Dzulkifly Sesat Pertikai Perlaksanaan Hudud?



Seminggu dua kebelakangan ini isu Hudud bergema semula, sekaligus menggegarkan kembali arena politik negara dimasa yang sama ramailah yang akan tampil bersama hujah masing-masing bagi pihak kelompok yang disokong.

Sekitar tahun 1990 hinggalah pilihanraya umum tahun 1999 dulu, isu Hudud juga pernah mencuri tumpuan umum walaupun kerapkali ia hanya panas semasa menjelang pilihanraya dan mulai sejuk selepas keputusan pilihanraya diketahui.

Semasa isu hudud hebat dimanipulasi oleh PAS untuk kepentingan politik kepartiannya, banyak fatwa politik bergentanyangan dari mulut mereka termasuklah menjatuhkan hukum kafir, anti Islam dan sesat terhadap penyokong dan pemimpin UMNO.

Segalanya dilakukan hanya kerana UMNO berpendapat belum tiba masanya untuk negara kita melaksanakan hukum hudud disebabkan halangan populasi penduduk, kekangan kedudukan ekonomi ummah, liku-liku perundangan yang rumit serta suasana semasa yang belum mengizinkan perlaksanaannya.

Malah untuk menonjolkan kononnya PAS begitu serius memperjuangkan Hudud sebagai perundangan utama negara, PAS pernah secara tergesa-gesa membentangkan Draf Hudud di DUN Kelantan dan Terengganu walau hakikatnya dari segi persediaan praktikalnya satu bayang pun tidak kelihatan.

Lebih dari itu, PAS juga pernah mengwar-warkan konon hukum Hudud akan terlaksana serta merta sebaik ayam jantan belum habis berkokok tapi kemudiannya walau ayam jantan sudah beribu kali melaungkan kokokannya hingga kini draf hudud hanya kekal sebagai draf semata-mata.

Tapi semuanya itu masih tidak menghalang PAS untuk terus bersembang pasal Hudud dan memanipulasikan sebagai umpan politik bagi menandingi pengaruh UMNO dikalangan orang Islam malah strategi fatwa politik termasuk menududh UMNO telah sesat dan anti Islam terus digunapakai hingga sekarang.

Namun kini, apabila seorang pemimpin PAS yang datangnya dari kelompok pro Anwar Ibrahim dan dikenali sebagai puak Erdogan turut berkongsi pandangan sama dengan UMNO dalam isu perlaksanaan Hudud tentunya kita tertanya-tanya apakah hukum atau fatwa politik yang akan dihambur keluar oleh pemimpin PAS yang lain terhadap Dr Dzulkifli?

Dalam kenyataannya, Dr Dzulkifly Ahmad yang juga Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor secara terbuka menyatakan "sekarang bukan masa yang kondusif untuk hudud dilaksanakan kerana proses untuk merealisasikan undang-undang itu memerlukan perbincangan secara terbuka serta membabitkan banyak proses perundangan".

Tambah beliau lagi, "isu hudud kini semakin menjadi permainan politik. Dalam keadaan ini, jika ia tidak ditangani secara baik, banyak pihak akan terus tidak faham malah mungkin terkeliru mengenai hudud".

Membaca kenyataan beliau di atas yang disiarkan oleh Sinar Harian 23 Ogos 2012, jelas senada dengan alasan penangguhan perlaksanaan Hudud yang seringkali disebut oleh pemimpin UMNO, peliknya hingga sekarang tiada satupun komen balas atau kritikan keras yang menghentam Dr Dzulkifly.

Tapi bila sahaja UMNO yang menyebut sedemikian rupa bagi menjawab persoalan kenapa Hudud tidak dilaksanakan di Malaysia maka tidak semena-mena ramai pemimpin PAS akan segera memanipulasi ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis untuk menghalalkan hukuman kafir, sesat dan anti Islam yang ditujukan terhadap UMNO.

Entah apa respon rasmi PAS kelak, tapi rasanya fatwa politik mereka yang pernah menuduh UMNO telah sesat, kafir dan anti Islam masih boleh diguna pakai terhadap Dr. Dzulkifly kerana nadanya dalam isu Hudud mirip kepada alasan UMNO, tidak begitu?

Barangkali PAS hanya akan berdiam diri dari mengulas kenyataan Dzulkifly itu dan penyokongnya pula akan buat-buat tidak tahu, atau paling tidakpun mereka akan menganggapnya sebagai kenyataan peribadi sahaja, taktik biasa untuk mengelakkan jadi semakin terhimpit dan tersepit.