Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday 31 March 2012

Jual Tanah Masjid Bayan Mutiara Kerja Gila


Sudah diperlihatkan dengan jelas di hadapan mata, bagaimana rasis dan chauvinisnya DAP, khasnya Lim Guan Eng dalam memerintah Pulau Pinang.  Begitu juga dengan sifat kuku-besi dan tidak telusnya sehingga suatu ketika dahulu membawa kepada perletakan jawatan Tan Boo Chang, kounselor MPPP yang mewakili PKR, akibat tidak puas hati dengan isu sPICE. 

Kini, satu lagi bukti ketidaktelusan dan sifat kuku-besi Guan Eng terserlah apabila beliau bertindak menjual projek pembangunan Bayan Mutiara kepada pemaju swasta.   Pelan pembangunan asal Bayan Mutiara mengandungi 5 blok kondominium, kawasan komersial, tapak sekolah dan tapak masjid. 


Pembangunan Bayan Mutiara seluas 103 ekar direkabentuk oleh PDC dan perancangannya telah diluluskan pada 2008/2009 dengan menggunakan pakar perunding PDC Properties dan PDC Consultancy.  PDC juga mempunyai anak syarikat pembinaan iaitu PDC Nusabina yang mampu melaksanakan pembangunan ini.


Namun, entah atas alasan apa dan sebab apa, kesemua perancangan yang bakal memberi manfaat dan keuntungan lumayan kepada PDC dan rakyat ini tiba-tiba dibantutkan oleh Guan Eng apabila beliau menjual projek pembangunan ini kepada Tropicana Ivory Sdn Bhd iaitu syarikat usahasama pemaju Ivory Properties Group Berhad dan Dijaya Corp. Bhd. dengan harga RM1.1billion.  Untuk makluman, Nilai Pembangunan Kasar projek ini ialah RM10 billion. 


Selain itu, perjanjian pembelian ini juga menimbulkan persoalan konflik kepentingan kerana kedua-dua pihak yang terlibat dalam membuat keputusan iaitu Ketua Menteri Inc. (CMI) dan PDC, diketuai oleh Guan Eng sendiri.


Jika Guan Eng ikhlas ingin membantu rakyat dan menjana pendapatan negeri, tentu beliau tidak akan membuat keputusan sebegini. Jelas, ada sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang.  Sekali gus, slogan CAT atau (Cekap, Amanah dan Telus) langsung tidak memberi erti. 


Lebih menyedihkan ialah kelulusan asal projek ini adalah termasuk dengan pembinaan masjid.  Dengan penjualannya, maka tapak masjid tersebut juga dijual bersama.  Lanjutan dari itu, beberapa pemimpin UMNO telah tampil untuk mendesak Lim Guan Eng supaya menjelaskan hal yang sebenar dan mengembalikan tapak masjid berkenaan kepada Majlis Agama Islam negeri.


Sekretariat Selamatkan Tapak Masjid di Bayan Mutiara akan ditubuhkan jika terbukti Kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tapak masjid seperti yang terdapat dalam pelan pembangunan asal kepada syarikat pemaju swasta.


Maka satu lagi persoalan timbul, iaitu di manakah pemimpin-pemimpin PAS dalam isu ini?  Tidakkah mereka juga sensitif mengenai penjualan tapak masjid Bayan Mutiara ini?  Tidakkah mereka ingin memperjuangkan Islam sebagaimana yang dilaung-laungkan selama ini?


Yang pastinya, skandal Bayan Mutiara ini bukan sahaja membuktikan ketidaktelusan DAP, tetapi juga membuktikan sifat hipokrasi PAS dalam mempertahankan kedaulatan Islam. 


Selama ini juga PAS tidak pernah mengambil pusing soal pembinaan masjid atau platform dakwah yang kukuh untuk menyebar dan mendaulatkan Islam sama ada dari segi tarikat mahupun syariat.  Buktinya, selama 22 tahun memerimtah Kelantan, hanya satu masjid yang dibina oleh PAS dan selebihnya adalah dibina atas usaha UMNO.   Islam yang diperjuangkan oleh PAS hanyalah dari segi slogan dan pakaian semata-mata. Oleh itu, apalah erti tapak masjid Bayan Mutiara ini bagi PAS. 


Dengan sikap DAP yang rasis, tidak telus dan kuku-besi, serta sikap PAS yang tidak mengambil pusing nasib orang Melayu dan kedudukan agama Islam, kita menjangkakan yang kaum Melayu Pulau Pinang akan terus tertindas di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.  Secara tidak langsung, kaum-kaum lain juga akan terjejas kerana nampaknya kerajaan negeri langsung tidak meletakkan kepentingan negeri dan rakyat dalam membuat keputusan. 


Sebagai rakyat marhaen, kita hanya mampu bertanya mungkinkah ada sesuatu antara Lim Guan Eng dengan Tropicana Ivory Sdn Bhd? 


Tetapi jangan lupa, sebagai rakyat marhaen juga, kita punya kuasa untuk memilih kerajaan yang akan memerintah negeri dan juga negara.

Friday 30 March 2012

PASSWORD : Patuh kepada Undang-undang.. CLUE : SAPINA



KALAU dihitung jumlah saman yang dikemukakan Anwar terhadap orang-orang tertentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlahnya memang mampu menggegarkan jiwa. 

Maksudnya jumlah saman dan jumlah wang yang dituntut dalam saman tersebut.

Itu sahaja memberikan gambaran seolah-olah Anwar seorang yang patuh kepada undang-undang dan hanya akan merujuk kepada Mahkamah jika ada pertikaian berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh individu tertentu yang dirasakan mampu mencalarkan imejnya.

Kata kuncinya disitu ialah 'patuh kepada undang-undang'.

Tapi dalam soal hadir ke Mahkamah sebagai saksi bagi kes saman membabitkan seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe dan Hong Leong Bank ini, Anwar dilihat bersungguh-sungguh sangat nak mengelak. Bernama melapurkan peguam bagi pihak plaintif D Paramalingam mengekori Anwar 2 hari di Parlimen tapi masih gagal untuk menyampaikan saman.

Hari pertama kerana tidak berjumpa, hari kedua sudah berjumpa tapi Anwar enggan menerimanya.

Sedangkan seorang lagi yang turut dinamakan dalam saman tersebut, Tan Sri Quek Leng Chan telah menerima sapina dan dilapor akan mengemukakan permohonan untuk menolak sapina tersebut. Kenapa Anwar tidak mengikut jejak langkah yang serupa, itu yang merungsingkan. Dengan sebilangan peguam handal yang ada disekelilingnya, apa susah sangat ke nak menerima sapina dan kemudian kemukakanlah permohonan untuk menolak sapina tersebut di mahkamah.

Hal ini sebenarnya mengingatkan kita kepada sapina yang pernah dikemukakan peguam Anwar terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dalam kes Anwar meliwat Saiful Bukhari. Perdana Menteri menerima sapina tersebut tapi kemudiaanya mengemukakan permohonan untuk menolak sapina yang jelas bermotifkan politik itu. Apa kata Anwar dan penyokongnya masa itu? Najib penakut dan sebagainya kan?

Sekarang Anwar nak terima sapina pun enggan, itu kita nak berikan nama apa yang sesuai? Pengecut, takut, ayam?

Begitu juga halnya dengan saman RM 100 juta ke atas Datuk Nallakarupan dan Utusan Malaysia, sehingga artikel ini ditulis, masih tidak ada bayang yang writ saman tersebut telah diserah kepada 2 defendan yang dinyatakan pada awalnya.

Macam mana perbicaraan nak berjalan kalau writ saman tidak diserahkan? Kenapa tidak diserahkan, takut juga ke?

Apa yang boleh kita kata, semua ini membuktikan bahawa Anwar bukannya berminat nak patuh pada undang-undang. Dia hanya mahu kelihatan begitu (patuh pada undang-undang) sedangkan hakikatnya dia lebih berminat menyalahgunakan proses undang-undang bagi memberi kelebihan kepada cita-cita politiknya yang lebih besar – menjadi Perdana Menteri.

Kata lawan tetap lawan?

Isu KBBGate ini bukan kecil, ia isu besar. Dari segi jumlah wang telibat pun, ia mengatasi apa jua jumlah ‘salahguna’ wang yang dituduh kepada pemimpin UMNO sekarang. RM 445 juta yang dibayar bagi transaksi penjualan yang tidak berlaku itu merupakan isu yang penting untuk Anwar jawab. Apatalah lagi wang RM 445 juta itu dilupuskan dengan menggunakan wang rakyat apabila kerajaan membeli hutang-hutang lapuk dari bank sebagai sebahagian usaha pemulihan ekonomi sepanjang krisis ekonomi dari 1998 hingga 2000. (Anwar Ibrahim kena jawab nih, bukan pandai menudingkan jari kepada UMNO dan BN sahaja)

Atau sistem kewangan negara akan runtuh kerana bank-bank tidak mempunyai pusingan modal untuk memberi pinjaman seterus menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Dari segi nilai pun berbeza, RM 445 juta dahulu (1998) dan sekarang. Jadi penting untuk Anwar menjawab dan penting juga UMNO untuk mengkaji hal ini dengan serius kerana kitayakin, dengan sindrom UMNO fobia yang dialami Anwar sekarang, tidak mustahil dia akan menuduh UMNO ada terlibat dimana-mana.

Lebih-lebih lagi bila dia adalah Timbalan Presiden UMNO pada waktu itu.

Sumber : Beruang Biru

Ketua Pembangkang: Status Anwar boleh dicabar



Usul untuk mencabar kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang yang didakwa diselubungi pelbagai isu moral boleh dibawa pada persidangan Dewan Rakyat, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Wan Jaafar.

 
Bagaimanapun, beliau berkata untuk menggugurkan kedudukan seseorang anggota dewan memerlukan satu prosedur tertentu yang mana belum terdapat dalam peraturan dewan ketika ini.

Beliau berkata sesuatu usul yang yang bersangkutan dengan peribadi seseorang serta berlaku di luar dewan tidak mungkin membolekan individu itu digugurkan jawatan secara automatik kecuali ia berkaitan dengan kesalahan jenayah serta menderhaka kepada raja dan negara yang telah disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman.

"Namun ianya tetap perlu dibahas di dewan terlebih dahulu. Kita berpandu kepada tiga perkara iaitu peraturan, undang-undang dan Perlembagaan...tidak ada satu pun dari tiga elemen itu yang memberi ruang dan peluang seseorang boleh membuatkan satu usul dalam dewan untuk membuat satu impeachment terhadap seseorang.

"Terserah kepada budi bicara speaker untuk menerima atau menolak usul anggota untuk membahaskan perkara sebegitu dalam Dewan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan anggota Parlimen Kulim/Bandar Bharu Datuk Zulkifli Noordin semalam yang berkata anggota Parlimen berhak membawa usul kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen terhadap mana-mana anggota dewan termasuk Ketua Pembangkang berhubung perkara tertentu dan khusus.

Kenyataan itu turut disokong Pesuruhjaya Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah bahawa usul itu boleh dilakukan kerana jawatan Ketua Pembangkang yang disandang Anwar merupakan jawatan rasmi dan beliau memainkan peranan mustahak dalam sistem berparlimen.

Sementara itu, anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali pula percaya jika dibahaskan, usul 'impeachment' Anwar itu boleh berjaya bersandarkan kekuatan jumlah anggota Parlimen Barisan Nasional (BN), yang pasti akan turut mendapat sokongan anggota Parlimen Bebas.- Bernama

Thursday 29 March 2012

Kelmarin cakap sengini, Hari ini cakap cengitu.. Pulokkkkkkk???

Kelmarin cakap sengini,





Hari ini cakap cengitu,




Lah plakkkkkkkkkkk.. Apa pun tak boleh.. Apa boleh buat..

Kami tak mengutuk Khalid Ibrahim ni gagap, tetapi lidah biar lurus.. cakap perkara yang betul.. bukan memutar belitkan fakta.. Apa takut kena sergah dengan DAP ker??

Apa??? Dulu Raja Petra setuju dengan anda, anda sokong.. sekarang bila Raja Petra tak setuju lagi dengan anda, anda kata dia tak betul??

Sebenarnya andalah yang tak betul wahai Pakatan Pembangkang oi... Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.. Sudah-sudah lah onar kauuuuuuuuu.. yeop!!!!!

KEMPEN ANTI-LYNAS TERIMA DANA ASING?



 Pihak pembangkang khususnya PKR telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik.

Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.

Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.

Bermacam-macam tohmah dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek tersenut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang dilombong dari Australia.

Bagaimana pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk semua agensi yang bertanggungjawab dalam pelesenan dan pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

Malah ahli parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah mengesahkan tapak loji memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.

Sekaligus kenyataan yang datangnya dari seorang pakar dan professional seperti Dr Che Rosli menyanggah dakwaan-dakwaan berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan kempen anti-Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Jka dikaji sejarah kempen anti-Lynas, agak menghairankan mengapa DAP yang juga rakankongsi PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat membantah penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas.

DAP mahu menampakkan bahawa parti itu tidak anti-pembangunan dan pelaburan tetapi secara senyap dan sembunyi memberi dokongan kuat kepada kempen tersebut.

Ini terbukti dengan kehadiran dalam setiap demonstrasi dan bantahan yang diadakan sama di Kuantan atau di Kuala Lumpur.

Lebih daripada 90 peratus yang hadir terdiri daripada ahli dan penyokong DAP, hanya segelintir kecil penyokong PKR dan PAS menyertai mana-mana perhimpunan anti-Lynas.

Ini membuktikan bahawa wujud agenda tersembunyi yang tidak mahu didedahkan oleh DAP.

Menurut sumber dalaman kempen anti-Lynas sendiri, Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu menerajui kempen mampu bertahan lebih setahun kerana sokongan dana yang besar.

Dana tersebut dikatakan diberikan oleh sebuah negara Asia yang juga merupakan antara pengeluar terbesar nadir bumi dunia.

Kalau tidak masakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas yang besar mampu mengadakan kempen yang tersusun dan teratur, malah mampu membawa aktiviti-aktiviti mereka hingga ke Australia.

Semuanya ini memerlukan kewangan yang besar dan pembiayaan hanya mampu diberi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dan berasa terancam dengan wujudnya kilang Lynas di Gebeng.

Ertinya DAP dan PKR telah menjadi kuada tunggangan negara asing untuk menjejaskan ekonomi dan iklim pelaburan Malaysia.

Tindakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas bolehlah dianggap sebagai usaha khianat terhadap negara mereka sendiri dan sudah tentunya pihak berkuasa harus menyiasat sumber dana yang diperolehi serta agenda tersembunyi pembangkang dengan menggunakan rakyat yang dipergunakan.

PAS telah menghidu agenda jahat PKR dan DAP dan oleh kerana itu sejak awal algi telah menunjukkan sikap dingin terhadap usaha menentang projek tersebut.

Hakikatnya kempen anti-Lynas adalah contoh yang menjadi bukti kukuh bahawa dakwaan pihak pembangkang sememangnya menerima dana asing bagi mewujudkan ketidakstabilan politik di negara ini.

Pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk merampas kuasa politik sekalipun bersekongkol dan didokong dana besar negara asing.

Yang ini anda tentu suka.. tak percaya klik tengok sini..

KBB Gate Buat Anwar Tak Tidur Malam



SELAMA hari ini rakyat sering kali didoktrinkan dengan pemikiran bahawa Pakatan Rakyat berupaya membawa Malaysia ke satu tahap yang baru, dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN). Kunci kepada idea pembaharuan tersebut ialah dengan meletakkan Anwar sebagai ikon pemimpin yang suci, bersih dari segala penyalahgunaan kuasa dan rasuah – mengambil teladan dari rekodnya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum dipecat pada 1998 atas kesalahan moral.

Justeru, amat penting sekali Anwar dan Pakatan Rakyat ‘dilihat’ bebas dari sebarang unsur-unsur berkaitan rasuah dan salah guna kuasa. Kalau pun ada, ia perlu cepat-cepat di sapu ke bawah karpet sebelum ada yang nampak dan cuba mempersoalkan.

Paling tidak, tuduh UMNO sebagai dalang dan nescaya perkara itu akan cepat dilupakan. Inilah strateginya.

Tapi perkembangan mutakhir dalam kes saman antara ahli perniagaan Low Thiam Hoe dengan Hong Leong Bank Berhad berhubung skandal pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM 445 juta pada 1998, yang menyaksikan nama Anwar dan Pengerusi Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan turut terbabit, dipercayai akan mengubah pandangan rakyat terhadap ‘kesucian’ Anwar.

Latar belakang ini kes ini secara ringkasnya ialah wang sebanyak RM 445 juta telah dibayar untuk tujuan pengambilalihan KBB tapi pengambilalihan itu sendiri tidak pernah berlaku.

Di mana Anwar terlibat? Anwar terlibat hasil dari peranannya sebagai Menteri Kewangan dan hubungan baiknya dengan Quek yang menyaksikan transaksi wang itu berlaku ketika banyak proses lain berkaitan pengambilalihan masih belum selesai. Disamping itu, hubungan Anwar dengan pemilik asal KBB, syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC) yang dimiliki kroninya, Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah (yang juga penulis ucapannya) yang turut memainkan peranan penting dalam kes ini.

Suka juga nak disebutkan bahawa sejarah hubungan Anwar dengan Quek itu sendiri menarik untuk diperkatakan tapi penulis tinggalkan sementara kerana yang nak dibincangkankan ini jauh lebih penting.

Hakikat yang rakyat perlu tahu berkenaan kes ini, ada tekanan dari Anwar supaya jumlah wang yang besar tersebut dibayar kepada AMC tanpa menunggu proses ambil alih selesai kerana Anwar dikatakan terdesak untuk mendapatkan wang bagi menjatuhkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan segera sebelum mantan Perdana Menteri tersebut ‘difahamkan’ mengenai kesalahan seksual dan salah guna kuasanya oleh pihak polis.

Sebagai pengasas politik wang dalam UMNO, penggunaan wang untuk menjatuhkan pemimpin ini bukanlah satu yang mengejutkan. Anwar di dakwa pernah menggunakan wang sebanyak RM 200 juta (juga melalui hubungannya dengan Quek) pada 1992 untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Nasib baik arwah Ghaffar tidak meneruskan pertandingan setelah melihat jumlah pencalonan yang kurang, kalau tidak tahulah siapa yang togel dikerjakan Anwar untuk memuaskan nafsu politik serakahnya itu.

Tapi yang lebih penting disini ialah untuk rakyat menilai siapa dia Anwar. Dengan jenisnya yang bukan reti nak bertaubat, kita yakin Anwar akan meneruskan taktik menguasai parti pemerintah dan kerajaan melalui cara yang diasaskannya di dalam UMNO dahulu – wang.

Walaupun perkara ini berlaku 14 tahun dahulu, itu bukanlah satu masalah yang besar sebab individu yang melakukan itu masih orang yang sama. Kalau kes liwatnya dijadikan perbandingan, jelasnya tidak ada apa yang berubah mengenai Anwar, dia masih macam itu, masih macam dulu.

Pendek kata, kalau dulu dia liwat dan sekarang masih liwat, maka kalau dulu dia korup, sekarang dan selamanyalah dia akan korup.

Kita lihat selepas ini sama ada Anwar berani untuk tampil sebagai saksi dalam kes ini, atau dia akan menggunakan seluruh armada guamannya untuk memastikan dia tidak perlu hadir, seterusnya mengelak dari terkait dalam kes ini dengan apa cara sekalipun.

Malah sekarang pun kita dimaklumkan bahawa sapina ke atas Anwar gagal diserahkan walaupun peguam yang mewakili Thiam Ho, D Paramalingam menunggunya di Parlimen.

Kenapa Anwar mengelak, ini yang pelik. Kalau tak salah hadap sajalah, kenapa mesti mengelak?

Kesimpulannya, rakyat yang mengimpikan Malaysia akan bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar, sebenarnya hanya bermimpi di siang hari. Malah lebih teruk lagi, ada banyak kemungkinan negara kita akan bertambah hancur kerana kepimpinan di atas tidak boleh dipertikai dan ditegur dek kecenderungan Anwar menyalahgunakan kuasanya untuk memaksa pihak polis melakukan tindakan tertentu bagi menutup apa juga kesalahan yang ada kaitan dengannya.

Anwar terbukti bahaya dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kita.

Anwar tak layak jadi PM di Malaysia.. tetapi di negara Israel 'MUNGKIN' boleh..



Ulangi dakwaan bahawa Ketua Pembangkang biseksual, sedia hadapi saman RM500j

Datuk S Nallakaruppan tetap dengan pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Pembangkang itu seorang biseksual. 

Dengan nada tegas, bekas rakan karib Anwar itu berkata beliau sanggup disaman walaupun RM500 juta kerana mendakwa mempunyai bukti yang boleh menyokong kenyataannya dan bersedia mendedahkannya di mahkamah. 
Saya tidak boleh terima seorang biseksual sebagai menantu dan saya juga tidak boleh terima seorang biseksual sebagai pemimpin. - S Nallakaruppan

“Saya tetap dengan pendirian bahawa seorang biseksual tidak layak jadi Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang. Bukan di negara ini. Ini prinsip yang saya tetap pegang walaupun saya disaman RM500 juta,” katanya yang membaca kenyataan empat perenggan pada sidang media, di sini semalam.

Seterusnya baca di sini..

Kerajaan BN bagi sepoloh sen belanja berbillion bantu rakyat.. Pakatan Haram jadah??? Bagi senggit.. berjuta lesap.. Mana pergi???

Kerajaan Barisan Nasional, bagi sepoloh sen (10 sen), Kerajaan Barisan Nasional belanja berbilion RM nak bantu rakyat..

 

Kerajaan Pakatan Pembangkang bagi sehengget (RM1.00) kat Anwar Ibrahim, Kerajaan Pakatan Pembangkang merugi wang rakyat lagi.. Pasir hilang.. duit berjuta di rembat.. Nak bagi air pun.. air lombong.. itu ker dinamakan 'air free' yeop.. Alahai..

 

DIKALA negara serantau terutama Indonesia menaikkan harga minyak, negara kita yang tercinta ini mengekalkan harga produk petroluem tersebut dengan menambah 10 sen bagi setiap satu liter.  Jumlah itu nanti di darabkan lah dengan jumlah keseluruhan liter penggunaan minyak dalam negara kita.

harga-minyak-kekal

Silap-silap kosnya mau memakan bilion.

Sudah tentu pembangkang akan kata tindakan ini untuk memancing undi - macamlah yang depa janji segala bulan dan bintang dalam buku Jingga dan luar buku Jingga itu bukan sebab nak pancing undi.  Pancing undi juga tapi sebab depa yang buat, taklah mahu digambarkan begitu.

Pedulilah pancing undi atau tidak, yang penting kerajaan BN sekarang laksana apa yang dia janji dan cakap, sementara puak-puak pakatan harami ini janji, buatnya belum tentu.  Kalau Selangor dijadikan contoh, dari 31 janji manifesto 2008, yang baru dilaksanakan hanya 1, itupun sedang mengalami banyak masalah sekarang ini.

Dari bekalan yang hampir tidak cukup, sehingga kepada pemberian yang tidak menyeluruh (rumah pangsa tak dapat).

Keupayaan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menguruskan ekonomi dengan baik inilah yang rakyat perlu timbang dan ambil berat.  Disebalik segala macam pemberian yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2011, Oktober tahun lepas, kerajaan masih berjaya mengekalkan pemberian subsidi dan manfaat sedia ada.

Kalau kerajaan bagi BR1M tapi kurangkan bantuan penerima dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) umpamanya, itu cerita lain, masalahnya sekarang ini BR1M beri juga, wang bantuan dibawah JKM tak kurang sesen pun.

Jangan kita baca apa pembangkang tulis, semua pun rugi, semua pun tak jadi, penyelewengan sana sini dan sebagainya.

Itu kata mereka tapi rakyat boleh nilaikanlah sendiri macam mana kebolehan dan kebijakan kerajaan BN ini menguruskan kewangan negara dengan baik.

Memang penulis akui, minyak kita tidak akan kekal selamanya murah seperti sekarang, itu adat.  Sama juga, tidak akan ada sesiapa pun yang rela gajinya sama setelah bertahun-tahun berkhidmat.  Sampai satu masa kerajaan akan mengkajinya semula tapi percayalah kerajaan akan memastikan rakyat mempunyai wang untuk menampung kenaikan tersebut.

Pembangkang pun tak berani nak janji harga minyak akan kekal selamanya pada paras mana yang mereka janjikan sekarang.  Kalau depa berani, dah lama disebut dalam buku Jingga yang harga minyak akan dikekalkan pada paras sekian-sekian, selama mereka jadi kerajaan.

Tak berani nak janji pun, gebang sementara belum dapat bolehlah.

Yang penting, ekonomi perlu ada keseimbangan dan keseimbangan itulah yang berjaya diuruskan dengan baik oleh kerajaan BN sekarang.  Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang dibawah DAP, negeri itu hampir menjadi Singapura kedua kerana tanahnya yang terlalu mahal, tidak mampu dibeli orang tempatan melainkan rakyat dari republik tersebut.

Sedangkan BN, walaupun mengakui orang yang ada duit berhak membeli hartanah yang bersesuaian dengan pendapatan masing-masing, tapi hak rakyat yang kurang berkemampuan tidak diketepikan.  Ini yang penulis sebutkan keseimbangan.  Itu baru mengambil rumah sebagai contoh, yang lain lagi?

Adakah kerja ini mudah?  Sudah tentu tidak tapi kerajaan BN berjaya mengawalnya dengan baik.  Maka itu, undilah BN, tolak PAS, DAP dan PKR.

Sumber : Tambah Subsidi Minyak, Bukti Kerajaan Tidak Bankrap


SELANGOR!!! Maaf anda GAGAL!!!! Faham tu.. faham tu.. faham tu..


pix_gal0

Mohd Shamsudin pada sidang media selepas itu, berkata sebagai Speaker, Teng perlu adil sama ada kepada pihak kerajaan atau pembangkang ketika sesi perbahasan.

Berdasarkan SMS itu jelas Speaker memang berat sebelah dan kami di pihak pembangkang berasa tertipu lebih empat tahun lalu jika inilah sikap Speaker, katanya. 

Sumber : Speaker Selangor berat sebelah

 

Kepada pihak Pakatan Pembangkang yang budiman,

 

Sekiranya perkara macam inilah di katakan kecil dan remeh temeh, entahlah.. tak tau nak komen apa tahap pemikiran anda semua dalam menangani isu-isu rakyat.

 

Isu SMS di katakan isu kecil anak?? Entah lah.. Apa lah yang anda semua fikirkan demi rakyat?? Bagi menyokong BN Selangor selamanya, SMS yang di lihat kecil mampu memberi kesan yang hebat mengikut isunya tauuu. Ada tau ker??? Ker tak tau?????

 

Walawei... ini soal kepentingan rakyat lah... Apa anda telah fikirkan berkaitan rakyat yang telah mengundi anda??? Speaker Dewan Rakyat telah menghina rakyat Selangor. Terimalah akibatnya kelak di PRU-13.

 

Apa pun.., wahai sahabat di Pakatan Pembangkang.. Alhamdulillah, setelah kami memberi anda peluang mentadbir negeri dahulunya kami perintah.. sudah sampai masanya dan kesekelian kalinya bahawa kami di Barisan Nasional akan rampas kembali Selangor Darul Ehsan. Ingat tu.. Ingat tu.. Ingat tu.. Ingat tu..

 

Maaf, anda gagal!!!

 

Di sini anda lebih faham

Terlalu banyak makan duit haram, kasih ibu di buang.. MP siapalah tu???

Wallahahi wabillahi wataulahi, video ni bukan hipokrasi, tapi kebenaran..


Ummi Hafilda Berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa,YB Azmin Ali Telah Menghalalkan Kemungkaran Dan Menzalimi Ibunya Sendiri Dan Azmin Ali Juga Haramkan Anak-Anak Beliau Makan Di Rumah Ibu Beliau.


3rd April 2012: Three Years Of Excellence



We often hear complaints about how time is getting shorter and that it is hard to get anything done in a day. Years passed by so suddenly that we barely notice that our child has turned into a teen. A year, basically feels like a month especially when we talk about putting our plans into work or even draw a plan itself.


For leaders, 3 years is usually considered as mere ‘warming up’ stage. Putting things and people at their right places, draftingoals and drawing plans and eventually implementing them sometimes would take more than three years. Sometimes eader canonly see the results after he has retired and sometimes won’t even have a chance to see his plans being executed at all.

However, such is not the case for Datuk Seri Najib Tun Razak. He has been warming up long enough, in fact since his childhood days as he witnessed his father serving the people day in and day out as Prime Minister.herefore, Datuk Seri Najib has been in full gear when he was assigned to the cabinet at the age of 25 as Deputy Minister of Energy, Telecommunication and Post in 1978.
m
When he succeeded Tun Abdullah Ahmad Badawi in 2009 as Prime Minister, Datuk Seri Najib was more than ready to make things happen for Malaysia. In order to do that, he has been whole-heartedly serving us with undoubted dedication and commitment. And come this 3rd April 2012, which is exactly three years in power, Datuk Seri Najib is not only able to witness how his ideas are being implemented, but how some of them have actually shown positive results. In other words, he not only got to witness the process of transformation, but the final transformed products itself.

In his Government Transformation Plans (GTP), Malaysian government has implemented many measures to increase transparency and government accountability. These measures include the use of Key Performance Indicators (KPI) to hold ministers accountable for their work, using new media such as Twitter and Facebook to communicate with citizens about happenings in the government, opening previously closed government tenders to increased public participation and scrutiny, and soliciting public feedback on government spending.

In merely 3 years, Datuk Seri Najib’s hard work and brilliance can be judged clearly from the table below:

GTP performance 2010 and 2011
NKRA Overall Performance

 Please click image for clear 


Datuk Seri Najib is also quick to react to the rising cost of living. In order to ensure that it would not affect the rakyat, from 2010 to July 2011 alone, a total of RM36.7bilion was spent on cash hand-outs, subsidies and other form of assistance to the rakyat. Among the initiatives introduced under CoL are Kedai Rakyat 1Malaysia, 1Malaysia Rakyat Menu, 1Malaysia Clinics and Bantuan Rakyat 1Malaysia.

It is a shame that despite all these, the Oppositions of Malaysia continue to deny the goodness and the blessings that we consistently enjoy in Malaysia under the care of our leadership. Instead of spreading words about their accomplishments, the Oppositions keep trying to demean and degrade whatever that Datuk Seri Najib has achieved.

However, the facts laid out above and before our eyes are undeniable no matter how hard they try. Because figures don’t lie. But the Oppositions - the enemies of Datuk Seri Najib, do.

And lie is all they can do as they have proven to the rakyat that in 3 years, the Oppositions have not accomplished anything significant at all, in all 4 states under their rule. 

Kisah Cinta Politik Anwar-Azizah


Love story


Kalau dulu kita cuma mendengar kisah cinta monyet, cinta sejati, cinta palsu atau cinta tiga segi, tetapi hari ini ada satu lagi jenis cinta iaitu cinta politik. Cinta politik ini boleh dilihat dengan jelas di kalangan pemimpin-pemimpin yang terkantoi terutamanya dalam skandal yang melibatkan seks.
Contohnya, apabila seorang pemimpin itu tertangkap berkhalwat atau berzina, maka dengan segeralah dia menunjukkan cintanya terhadap isteri, seperti membawa isteri ke hulu ke hilir di hadapan media dan membuat kenyataan-kenyataan yang menunjukkan dia adalah suami penyayang dan mencintai isterinya.
Di Malaysia, drama cinta politik ini telah banyak kali dimainkan. Antara pelakon hebat yang melakonkan watak ini ialah Mat Sabu dan yang paling baru ialah Ustaz Badrolamin apabila masing-masing terkantoi berkhalwat.
Tetapi selain mereka, kita pasti tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini mahupun di dunia yang dapat menandingi kehebatan cinta politik Anwar – Azizah.
Kisah cinta Anwar-Azizah bermula di zaman belajar lagi di mana Anwar sering membawa Azizah ‘berdating’ dengan motorsikalnya. Namun, cinta mereka tidak direstui bapa Azizah atas sebab-sebab yang hanya orang tua itu yang tahu.
Sebagai hero, Anwar tidak berputus asa dan membawa Azizah lari. Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980, ala-ala Zack dan Azura versi 90-an, tanpa majlis yang meriah sepertimana pasangan lain.
Mengikut cerita Anwar di ceramah-ceramah, selama 32 tahun berkahwin beliau sempat membuktikan cintanya terhadap Azizah dengan membawa Azizah melawat Taj Mahal iaitu simbol cinta agung antara dua insan. Tetapi, kita tidak pasti pula sama ada lawatan itu dilakukan sebelum atau selepas Azizah mula resah dengan kehadiran Sukma Dermawan di rumah mereka.
Sukma Dermawan, iaitu adik angkat ‘homoseksual tersohor Asia’ telah pun wujud dalam hidup Anwar sejak awal lagi iaitu sekitar tahun 1977 di mana beliau tinggal dengan bapa dan ibu tiri Anwar di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku Petaling Jaya. Sukma berkongsi bilik dengan Anwar yang pada ketika itu masih bujang.
Setelah berkahwin, Anwar mengangkut Sukma bersamanya dan Azizah ke rumah mereka di Seksyen 17 Petaling Jaya dan kemudiannya ke Subang Jaya, dan berpindah lagi ke Seksyen 14 Petaling Jaya sehingga akhirnya menetap di Bukit Damansara di mana Sukma mendapat bilik persendirian yang khas.
Selain Sukma, cinta Anwar-Azizah juga diuji dengan kehadiran Azmin dan isterinya, Shamsidar. Khabarnya perhatian Anwar lebih tertumpu kepada Sukma, Azmin dan Shamsidar dan segala keinginan mereka dipenuhi sedangkan segala keperluan Azizah diremehkan sahaja dengan berbagai-bagai alasan. Walaupun kisah ini sudah menjadi rahsia umum dan rekod mahkamah, tetapi Anwar masih terus mengungkap cinta terhadap Azizah yang katanya, terus mekar mewangi.
Jelas, Anwar adalah seorang pencinta agung. Di dadanya penuh dengan cinta yang membuak-buak, melimpah ruah dan oleh itu, perlu diagih-agihkan kepada ramai orang tidak kira lelaki ataupun perempuan dari berbagai-bagai bangsa seperti Melayu, Indonesia, Pakistan, China mahupun Siam. Pendek kata, cintanya tidak mengenal jantina, usia mahupun bangsa selaras dengan pendirian partinya yang memperjuangkan kesamarataan.
Mungkin inilah yang dimaksudkan Azizah mengenai ‘Anugerah Tuhan’ yang menjadi suaminya yang sejak dari dulu tidak pernah lupa menyuapkan hati berulam jantung sebagai makanan hariannya.
Hakikatnya, Azizah mungkin boleh menipu diri sendiri bahawa Anwar mencintainya dan Anwar juga boleh menipu Azizah yang beliau masih mencintai isteri yang digelarnya sebagai ‘ikan sepat kering’ di hadapan Shamsidar.
Tetapi Anwar dan Azizah tidak boleh menipu sekalian rakyat Malaysia hanya dengan menceritakan kisah mereka menari dan berguling-guling menyanyi di hadapan Taj Mahal dengan kostum warna-warni yang ditukar 10kali. Cinta yang sebenar tidak perlu ditunjuk-tunjuk atau diceritakan kerana ia akan terserlah dengan sendirinya melalui pandangan mata dan senyuman.
Setakat ini, apa yang ada di mata Anwar apabila memandang Azizah, bukanlah cinta tetapi kuasa. Dan apa yang ada di mata Azizah apabila memandang Anwar pula adalah derita yang bercampur-baur dengan rasa jijik dan loya. Selain itu, kita juga dapat melihat secebis harapan di wajah Azizah apabila memandang Anwar. Harapan itu bukan berupa harapan agar Anwar berubah atau tetap mencintainya tetapi harapan agar dapat ke Putrajaya sebagai balasan ke atas segala pengorbanannya.
Justeru, inilah kisah cinta politik paling ulung dan agung, dan wajar mendapat pengiktirafan setaraf Taj Mahal yang kononnya pernah menjadi saksi lakonan mereka.