Kerajaan Barisan Nasional, bagi sepoloh sen (10 sen), Kerajaan Barisan Nasional belanja berbilion RM nak bantu rakyat..
Kerajaan Pakatan Pembangkang bagi sehengget (RM1.00) kat Anwar Ibrahim, Kerajaan Pakatan Pembangkang merugi wang rakyat lagi.. Pasir hilang.. duit berjuta di rembat.. Nak bagi air pun.. air lombong.. itu ker dinamakan 'air free' yeop.. Alahai..
DIKALA negara serantau terutama Indonesia menaikkan harga minyak, negara kita yang tercinta ini mengekalkan harga produk petroluem tersebut dengan menambah 10 sen bagi setiap satu liter. Jumlah itu nanti di darabkan lah dengan jumlah keseluruhan liter penggunaan minyak dalam negara kita.
Silap-silap kosnya mau memakan bilion.
Sudah tentu pembangkang akan kata
tindakan ini untuk memancing undi - macamlah yang depa janji segala
bulan dan bintang dalam buku Jingga dan luar buku Jingga itu bukan sebab
nak pancing undi. Pancing undi juga tapi sebab depa yang buat, taklah
mahu digambarkan begitu.
Pedulilah pancing undi atau tidak,
yang penting kerajaan BN sekarang laksana apa yang dia janji dan cakap,
sementara puak-puak pakatan harami ini janji, buatnya belum tentu.
Kalau Selangor dijadikan contoh, dari 31 janji manifesto 2008, yang baru
dilaksanakan hanya 1, itupun sedang mengalami banyak masalah sekarang
ini.
Dari bekalan yang hampir tidak cukup, sehingga kepada pemberian yang tidak menyeluruh (rumah pangsa tak dapat).
Keupayaan kerajaan BN pimpinan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menguruskan ekonomi dengan baik
inilah yang rakyat perlu timbang dan ambil berat. Disebalik segala
macam pemberian yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2011, Oktober
tahun lepas, kerajaan masih berjaya mengekalkan pemberian subsidi dan
manfaat sedia ada.
Kalau kerajaan bagi BR1M tapi kurangkan
bantuan penerima dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) umpamanya,
itu cerita lain, masalahnya sekarang ini BR1M beri juga, wang bantuan
dibawah JKM tak kurang sesen pun.
Jangan kita baca apa pembangkang tulis, semua pun rugi, semua pun tak jadi, penyelewengan sana sini dan sebagainya.
Itu kata mereka tapi rakyat boleh
nilaikanlah sendiri macam mana kebolehan dan kebijakan kerajaan BN ini
menguruskan kewangan negara dengan baik.
Memang penulis akui, minyak kita tidak
akan kekal selamanya murah seperti sekarang, itu adat. Sama juga, tidak
akan ada sesiapa pun yang rela gajinya sama setelah bertahun-tahun
berkhidmat. Sampai satu masa kerajaan akan mengkajinya semula tapi
percayalah kerajaan akan memastikan rakyat mempunyai wang untuk
menampung kenaikan tersebut.
Pembangkang pun tak berani nak janji harga minyak akan kekal selamanya pada paras mana yang mereka janjikan sekarang. Kalau depa berani, dah lama disebut dalam buku Jingga yang harga minyak akan dikekalkan pada paras sekian-sekian, selama mereka jadi kerajaan.
Tak berani nak janji pun, gebang sementara belum dapat bolehlah.
Yang penting, ekonomi perlu ada
keseimbangan dan keseimbangan itulah yang berjaya diuruskan dengan baik
oleh kerajaan BN sekarang. Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang
dibawah DAP, negeri itu hampir menjadi Singapura kedua kerana tanahnya
yang terlalu mahal, tidak mampu dibeli orang tempatan melainkan rakyat
dari republik tersebut.
Sedangkan BN, walaupun mengakui orang
yang ada duit berhak membeli hartanah yang bersesuaian dengan pendapatan
masing-masing, tapi hak rakyat yang kurang berkemampuan tidak
diketepikan. Ini yang penulis sebutkan keseimbangan. Itu baru
mengambil rumah sebagai contoh, yang lain lagi?
Adakah kerja ini mudah? Sudah tentu
tidak tapi kerajaan BN berjaya mengawalnya dengan baik. Maka itu,
undilah BN, tolak PAS, DAP dan PKR.
Salam... Tuan rumah... Mohon copy artikel ya?
ReplyDeleteBoleh.. silakan.. :)
ReplyDeleteaku nak undi BN mcmana DSRI Sahrizat senang saja dia dapat berjuta2..rakyat dapat RM5oo.oo shj tu pun tunggu 50tahun..Datuk sri Najib bini dia anak pinak dia lagi kaya raya bahkan semua pemimpin BN kaya raya..asal jadi calon berebut nak jadi awat ingat kami orang kampung tak tau ka UMNO punya hal. lu pikiag la sendiri banyak lagi GTPuteri kena terpong pemimpin2 umno. jgn kalut dgn Pakatan Rakyat depa dah kuat dah..negeri depa AUDIT NEGARA kata bersih.
ReplyDelete