Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 28 February 2011

PAS TAK YAKIN MENANG DI MERLIMAU


> Haji Yuhaizad Abdullah
> Berusia 38 tahun,
> Alamat rumah di batu 23 1/2, Kampung Chinchin, 77000 Jasin, Melaka (Anak jati Kampung Chinchin).
> Beliau dilahirkan dalam keluarga yang disegani di mana datuk sebelah ibunya adalah seorang Imam dan datuk sebelah ayahnya adalah Tok Sidang di kampungnya.inan.
> Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam DUN Merlimau, yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam, dipercayai mampu memberikan tentangan segit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Merlimau.

Dipetik dari blog pembangkang, ----->dipercayai mampu memberikan tentangan segit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Merlimau.
Jelas di sini mereka hanya percaya bahawa calon ini hanya mampu berikan tentangan sengit sahaja dan bukan dipercayai untuk menang.

Di sini kita dapat melihat betapa PAS membuang dan takut memaparkan gambar calon yang berimejkan Islam. Ini lah hipokrasi sebenar dan PAS juga menunjukkan betapa mereka takut kepada DAP dan menagih undi kaum ini yang mana dahulu mereka katakan bahawa UMNO adalah kafir kerana bersekongkol dengan MCA dan MIC.

Sunday 27 February 2011

Pembangkang gunakan Hindraf !!!

Pembangkang sengaja  mencetuskan fonemina jalanan untuk membakar semangat perkauman ketika  kempen PRK Merlimau dan Kerdau yang sedang rancak dijalankan.Ini saja jalan untuk mencari kemenangan secara kotor kerana pada dasarnya calon mereka sukar mengugat calon BN di kedua dua tempat ini.

Kekecohan yang diadakan oleh Hindraf ini  didalangi oleh parti pembangkang  dan mengharapkan cetusan api ini akan menyemarkkan semoga ianya  mengikut gerakan yang berlaku di Mesir.Ini tidak mungkin berlaku. Bukan di Malaysia malahan di Thailand juga pengganas jalanan gagal menumbangkan kerajaan Thailand,

Polis  diminta bertegas , rakyat tidak mahu menghadapi kekecohan yang tidak perlu ada di negara kita ini.Cukup sudah apa yang berlaku di Mesir tidak akan berlaku di Malaysia. Kami sayangkan keamanan.Akhirnya seratus lebih ditahan . Tahniah  pihak  polis kerana bertegas. Tangkap sumbat saja mereka ini ke penjara atau tahan saja di dalam ISA.

Saturday 26 February 2011

Pas mula lempar taik burukkan keperibadian calon BN Kerdau

Pas main taik dengan cubaan mahu menyerang peribadi calon BN di DUN Kerdau. Mereka mula menyebarkan fitnah dari kilang fitnah yang mereka dirikan di Kerdau.

Pas yang tidak ada upaya untuk menang mengharapkan sesuatu ajaib dengan melimparkan fitnah kepada calon BN. Menteri Besar Pas  tidak melengahkan masa menafikan fitnah yang mereka tabur , kalau nak tahu , buatlah laporan polis dan berjumpa sendiri dengan  Menteri Besar.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan dakwaan Pas bahawa calon Barisan Nasional (BN), Tuan Syed Ibrahim Syed Ahmad tidak memiliki ijazah daripada Universiti Al Azhar.

Menurutnya, dakwaan yang dibuat oleh Pas membuktikan mereka kekeringan isu dan idea dan terpaksa menabur fitnah dalam usaha mereka untuk memburuk-burukkan calon BN.

“Kalau mereka tak percaya dengan ijazah Tuan Syed Ibrahim dan sijil itu sijil tipu, saya cadangkan mereka buat laporan polis untuk menyiasat sijil yang dimiliki Tuan Syed Ibrahim.

“Untuk pengetahuan, Tuan Syed Ibrahim mempunyai sijil dalam bidang Bahasa Arab dari Universiti Al Azhar, siapa nak tengok boleh tengok, dan saya sendiri sudah berjumpa dengan dia dan melihat sijil yang dimilikinya,” katanya selepas Menteri Besar bila ditemui di Majlis Penyampaian Biasiswa Yayasan Pahang kepada pelajar-pelajar sekolah.

katanya lagi  dakwaan pihak pembangkang yang menuduh calon BN, Tuan Syed Ibrahim tidak mempunyai ijazah seperti yang dilaporkan dan ijazah yang dimiliki itu adalah ijazah palsu.

Menurut, sudah menjadi kebiasaan kepada pihak pembangkang pada setiap kali pilihan raya yang akan membuat pelbagai tohmahan atau fitnah bagi mengelirukan pengundi dan rakyat.

Sementara berhubung mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Adnan berkata BN sememang berkeyakinan akan memenangi pilihan raya yang bakal diadakan nanti bagaimanapun gerak kerja tetap dilakukan seperti biasa.

“Dalam setiap peperangan kita perlu yakin, ini bukan peperangan menggunakan senjata tetapi ini peperangan politik, kalau kita tidak yakin, kita tidak perlu masuk berperang.

“BN tetap akan menjalankan kerja seperti biasa, dan saya tahu rakyat Kerdau semuanya bijak, mereka tahu siapa yang mereka nak pilih untuk memperjuangkan nasib mereka,” katanya

PAS JUAL ISLAM

Pas jual Islam kerana kepentingan politik , hari ini jelas membuktikan bahawa PAS bukan sahaja menjual Islam tetapi menjual ahli ahlinya dan pimpin dan calon kepada DAP.

PAS sungguh taksub dan memerlukan DAP untuk memastikan bahawa mereka tetap menjadi kawan PAS untuk menumbangkan kerajaan BN.

Kini Kerajaan  Islam  Malaysia menghadapi satu perperangan politik yang  serius  kerana terpaksa berperang dengan PAS yang bekerjasama dengan kafir harbie untuk menjatuhkan kerajaan Islam Barisan Nasional di Malaysia.

Baru baru ini pemimpin mereka menyeru agar ahli PAS mempertaruhkan harta dan nyawa serta darah untuk memenangi PRU 13 dihadapkan dewan pemuda PAS. Ini adalah satu ugutan yang mata serius yang perlu ISA siasat.

GTPuteri menyeru agar semua rakyat Malaysia fikirkan akan nasib anak anak kita di masa hadapan kerana Pas kini  dikudakan oleh DAP yang anti Islam.

Thursday 24 February 2011

BN AKAN MENANG BESAR DI MERLIMAU - RAZAK AHMAD TERPILIH SEBAGAI CALON BN

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin, Roslan Ahmad hari ini diumumkan sebagai calon untuk menggalas cabaran Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, 6 Mac ini.

Pemilihan Roslan, 44, diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan BN Common Center di pekan Merlimau di sini.

Roslan merupakan anak kepada bekas Ahli Parlimen Jasin, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin dan anak saudara kepada bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.

Pengumuman beliau disambut dengan sorakan oleh kira-kira 2,000 penyokong parti komponen BN dan masyarakat Merlimau yang hadir.

Turut hadir pada majlis pengumuman tersebut ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas.

Pada sidang akhbar selepas pengumuman itu, Muhyiddin melahirkan keyakinan terhadap pemilihan Roslan sebagai calon BN dan menyifatkan keputusan itu sebagai tepat kerana Roslan adalah calon yang bersih dan dapat diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di Merlimau.

“Proses saringan calon dibuat banyak kali oleh saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kami dapati Roslan adalah calon yang paling sesuai.

“Beliau (Roslan) ada rekod, ada pengalaman, biasa jadi pemimpin di sini dan begitu dikenali. Kami harap pengundi di Merlimau berpuas hati dengan calon yang dipilih.

“Saya amat berharap pengundi di Merlimau dapat memberi sokongan yang kuat kepada Roslan untuk menjadi wakil rakyat dan memastikan BN memenangi kerusi ini,” katanya.

Muhyiddin juga percaya penampilan Roslan dengan dibantu oleh jentera BN negeri yang diterajui oleh Mohd. Ali bukan sahaja membolehkan BN menang tetapi lebih penting meraih majoriti undi yang lebih besar.
Beliau turut menolak andaian bahawa pemilihan Roslan adalah berdasarkan legasi kepimpinan bapa serta bapa saudaranya.

“Perkara paling penting yang kita lihat ialah keperibadian dan kebolehan Roslan sendiri. Beliau adalah calon paling berpotensi untuk menang,” katanya lagi.

Beliau menegaskan, BN mampu mempertahankan kerusi DUN Merlimau bersandarkan kemenangan yang dicapai pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas, Parlimen Batu Sapi, Parlimen Hulu Selangor dan terbaru di DUN Tenang.

Katanya, kemenangan itu dibantu oleh kesedaran orang Melayu, Cina dan India yang dapat menerima dengan positif dasar-dasar yang dibawa oleh kerajaan.

“Ia membawa impak positif apatah lagi situasi ekonomi yang bertambah rancak memperlihatkan sokongan masyarakat pelbagai kaum terhadap kepimpinan BN menerajui negara,” ujarnya.

Sehubungan itu, Muhyiddin tidak menolak Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau akan turut memihak kepada BN selain bakal mencatat majoriti undi yang lebih besar.

Beliau seterusnya mengingatkan semua pemimpin dan ahli BN supaya jangan terlalu yakin akan menang serta memandang remah calon pembangkang walaupun DUN Merlimau dilihat cukup selesa buat BN.

Program merasmikan jentera pilihan raya Puteri UMNO dan Squad Voice Speak Up oleh Ketua Menteri Melaka








Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Haji Mohad Ali Rustam telah merasmikan Jentera pilihan raya Puteri UMNO dan juga  Squad Speak Up Negeri Melaka semalam . Jentera Pilihan Raya Puteri UMNO sudah bersedia untuk turun padang bagi memastikan kemenangan  Barisan Nasional di Merlimau. Squad GT Puteri juga akan berada di Merlimau bagi membantu kempen PRK Merlimau dan memastikan kemenangan besar Barisan Nasional.

Wednesday 23 February 2011

MENOLAK CALON BN KERDAU SAMA SEPERTI TOLAK CAHAYA ISLAM

Pas  sudah hilang keyakinan apabila calon BN diumumkan . Nyata Calon BN bukan lah calon yang calang calang dan yang merupakan calon yang lebih baik dari pemimpin Pas Pahang lagi. Calon BN ini berilmu dan punya  pemahaman agama yang tinggi jika di bandingkan dari mana mana calon Pas Pahang sendiri.

Ini bukan lawan kita, mustahil bagi kita untuk mencari seorang calon yang boleh menandingi ciri ciri yang dimiliki oleh  Syed Ibrahim Syed Ahmad ini di kalangan anak tempatan. Sudut mana akan kuat serang  calon ini melainkan kita fitnah saja beliau kerana  jika mahu kita perkatakan  tentang peribadi calon ini beliau memang hebat. Begini lah bunyi suara suara sumbang dari kem Pas Pahang ketika ini.

Pas hanya berharap satu satu ajaib saja jika mahu memenangi DUN Kerdau ini. Siapa yang tak kenal dengan anak tempatan ini, Syed Ibrahim ini sememangnya popular di kalangan orang orang tempatan dan memang menjadi satu kerugian jika anak  tempatan ini yang serba berpengetahuan tentang dunia dan akhirat ini di tolak. Beliau bukan datangnya dari calang calang keluarga. Isterinya juga seorang guru agama yang punya Ijazah Sarjana Muda (Usulludin).

Menentang calon agama ini samalah seperti menentang kebangkitan Islam kerana  bakal wakil rakyat ini akan menerangi Kerdau dengan cahaya Islam.
Oleh: Puteri Rang Bulan
NAIB Ketua Bahagian UMNO Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad dijulang oleh para penyokongnya selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau 6 Mac ini. Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri di Dataran Seri Ketimbit, Kerdau, Temerloh, 22 Feb. -

biodata :
Nama : Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
Umur : 44 tahun
Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
Status : Berkahwin
Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Bil Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan

Pendidikan
(i) Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
(ii) Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
(iii) Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
(iv) Universiti Al azhar

Pengalaman Kerjaya
(i) Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
(ii) Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 – 2000)
(iii) Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov – Dis 2000)
(iv) Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 -)

Pengalaman Politik
(i) Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
(ii) AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
(iii) AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
(iv) Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
(v) Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
Biodata Isteri
Nama : Sharifah Farunai Syed Ahmad
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 19-01-1966

Pendidikan
(i) Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
(ii) Ijazah Sarjana Muda (Usulludin.

Pengalaman
Guru Sek Menengah Agama Darul Naim

Ketua Puteri UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Kesihatan turut bersama pemimpin dan ahli komponen Barisan Nasional di Kerdau semalam.





Monday 21 February 2011

Pas gagal dakwah pemimpin DAP - macam DAP yang dakwah Pas pula !

Pas disifatkan gagal untuk menyebarkan dakwah kepada bukan Islam di negara ini biarpun telah menjalinkan kerjasama yang erat dengan DAP. 

Malah dua tokoh agama di negeri ini menyifatkan Pas sanggup menjadi 'bisu' semata-mata untuk menjaga hati pemimpin parti itu demi untuk menang dalam pilihan raya walaupun DAP sering mengganggu gugat urusan agama suci ini. 

Mudir Pondok Sa'adah Ad-Dhaghari, Geting, Zainal Abidin Awang berkata, tujuan Pas bukan untuk berdakwah kepada bukan Islam kerana ia jelas dapat dilihat apabila mereka sanggup menjual ideologi sendiri semata-mata mahu bersahabat dengan DAP. 

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Minda Pondok berkata, kenyataan-kenyataan daripada kepemimpinan parti itu juga menunjukkan bahawa mereka tidak yakin untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud seperti dasar perjuangan penubuhannya. 

"Tidak ada apa-apa perubahan yang dibawa oleh Pas selepas berkawan dengan DAP, malah lagi teruk jika dibandingkan pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah pihak pembangkang sekarang. 

"Exco DAP telah berani campur tangan dalam hal ehwal Islam, sudah teruk sangat mereka 'menyerang' Islam. Apa yang Pas buat, di mana suara mereka yang katanya mahu berdakwah kepada DAP," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengakui tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam kepada sekutu politiknya itu. 

Sementara itu, Jurucakap Minda Pondok, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman berkata, Pas terlalu banyak berdolak-dalik berhubung pendirian dan hala tuju parti itu apabila bekerjasama dengan DAP. 

"Pas berdolak-dalih dan sudah lari daripada prinsip berkerjasama DAP, pada suatu ketika dahulu dia kafirkan UMNO kerana bersama MCA, sekarang mereka bersama dengan DAP pula, apa sudah jadi. 

"Kenyataan pemimpin Pas seperti Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Nik Abdul Aziz dan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah amat longgar.

"Prinsip negara Islam sudah tidak dibincangkan lagi, mereka sudah tidak yakin untuk tubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. 

"Mungkin kerana dari segi kerusi yang dimenangi DAP menyebabkan DAP monopoli dalam pakatan pembangkang. 

"Oleh itu, saya melihat kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Nik Abdul Aziz hanya mahu menang pilihan raya kerana dendam, memang ada benarnya," ujar beliau.

Sunday 20 February 2011

“Tunjuk Kabinet Bayangan”, Najib Cabar Pakatan Pembangkang

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pembangkang yang begitu berhasrat untuk memerintah negara supaya memperlihatkan bayangan kabinet mereka kepada rakyat.Namun beliau berkata kalau di negara luar, penubuhan kabinet bayangan di kalangan parti pembangkang merupakan satu perkara biasa.

“Di Malaysia kita cuma ada kabinet kerajaan sahaja. Pembangkang tidak mampu dan tidak tahu untuk memberikan portfolio kepada tokoh yang sesuai di kalangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis jamuan rakyat dan sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Politeknik di Merlimau Sabtu malam yang dihadiri kira-kira 10,000 orang rakyat.

Perdana Menteri berkata pembangkang merupakan parti yang belum diuji dan buat masa sekarang, mereka hanya pandai membuat gambaran untuk menunjukkan yang mereka padu.

“Tetapi macam mana mereka hendak tubuh kerajaan, kalau mereka masih gagal membuat perkara yang mudah (bentuk kabinet bayangan) macam ini pun tidak mampu,” katanya.

Najib juga mengajak rakyat supaya memerhatikan keadaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini semakin nazak akibat perpecahan yang sedang berlaku dari dalam parti itu.

Beliau mahu rakyat melihat keadaan di mana seorang demi seorang pemimpin penting di dalam PKR meninggalkan parti itu seperti ketua pemuda, ketua wanita, ahli-ahli dewan undangan negeri dan parlimennya.

Secara berjenaka, beliau berkata beliau mahu menggelarkan parti PKR sebagai “Parti Keluar Ramai-Ramai”.

Mengenai Pas pula, beliau mahu rakyat melihat secara mendalam tentang janji-janji yang telah dibuat oleh parti itu kerana sehingga sekarang belum terdapat  perkara yang benar-benar berkesan yang telah dilakukan parti itu kecuali melaungkan slogan semata-mata.

Perdana Menteri melahirkan rasa syukur kerana gagasan 1Malaysia yang beliau ilhamkan diterima baik oleh rakyat ke arah mengerakkan negara dan rakyat ke tahap yang lebih maju.

Pembangkang sentiasa tidak puas hati

 Pembangkang sentiasa tidak akan berpuas terhadap apa jua keputusan yang berpihak kepada Barisan Nasional (BN), tetapi akan mendiamkan diri jika keputusan itu menyebelahi mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihak pembangkang termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Kim tidak berasa puas hati atau bersetuju dengan apa sahaja dilakukan oleh kerajaan termasuk walaupun perkara itu member kebaikan kepada rakyat.

“Dia (Teng) memang memanjang masa tak puas hati. Bila masa dia puas hati. Kalau kita berjaya sikit dia tak puas hati, dia cuma puas hati kalau dia berjaya,” katanya.

Beliaua berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Teng yang tidak berpuas hati degan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengistyiharkan tiada kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang, yang diwakili oleh Badrul Hisham Abdullah.

Pada 16 Januari lalu, Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong kerana mendakwa aBadrul Hisham tidak menghadiri sidang DUN selama enam bulan.

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan Badrul Hisham kekal sebagai wakil rakyat Pelabuhan Klang setelah mendengar saman pemula yang difailkan oleh Badrul Hisham terhadap Teng.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof turut memerintahkan Teng membayar kos pembiacaraan sebanyak RM40,000 terhadap tindakannya sehingga menyebabkan kes itu dibawa ke mahkamah

Melayu sudah bosan dengan Nik Aziz dan Pas !!!!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya terpaksa mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

Perubahan pendirian itu dipercayai ekoran kebimbangan Pas terhadap penurunan sokongan masyarakat Melayu yang kian ketara dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Nik Abdul Aziz berkata, parti-parti politik perlu bertanggung jawab untuk mempertahankan hak orang-orang Melayu kerana mereka adalah masyarakat dominan negara ini.

Hari ini PAS mula menyedari akan tanggung jawab mempertahankan orang Melayu sedangkan sebelum ini mereka yang hanya menumpukan kepada Agama tetapi tidak pula memandang akan bangsa yang majoriti menganut agama Islam di Negara ini.

PAS selama ini tidak memperdulikan Melayu tetapi hanya mementingkan kuasa menggunakan perisai agama untuk mendapatkan kuasa dari rakyat. PAS banyak melukakan hati orang Melayu khususnya orang UMNO hanya kerana mahu menjadi kerajaan.

Orang Melayu kini mula bangkit dan tidak lagi menghormati Nik Aziz apatah lagi PAS. Orang melayu sudah mula bertindak menyuarakan rasa tidak puas hati akan tindak dan juga laku Nik Aziz yang menjual Islam demi mendapatkan kuasa sebagai kerajaan.

Orang melayu kini mulai menolak PAS, menolak Nik Aziz dan ramai yang sudah menganggap beliau sebagai ulamak songsang, ulamak gila kuasa.

Orang Melayu sudah mula sedar bahawa UMNO tidak pernah menjual Islam untuk memperolehi undi dari rakyat. Hanya PAS yang sanggup mengadaikanIslam kerana mahukan kuasa.

Berdasarakan keputusan pilihan raya kecil yang diadakan baru baru ini , jelas orang Melayu sudah tidak boleh menerima lagi kepimpinan Nik Aziz dan mereka juga sudah muak dengan fatwa fatwa politik Nik Aziz. PAS juga tertekan dengan dua PRK yang diadakan minggu hadapan kerana jika PAS kalah ini memastikan bahawa PAS sudah ditolak oleh rakyat.
oleh: Puteri Saadong