Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 31 October 2012

Alamak !...Khalid kata tiada masalah air di Selangor, sebab hari-hari hujan...

air-selangorxx 
Ada perumpamaan ‘Bagai air menitik ke batu, lama-lama lekuk juga’.

Bagaimanapun, dalam isu air di Selangor, hati Tan Sri Khalid Ibrahim masih belum cair dan keras membatu malah beliau memberi pelbagai alasan bagi menidakkan Projek Langat 2 yang bertujuan mengatasi krisis air di Lembah Klang dan Selangor selepas 2016.

Terbaru, Menteri Besar itu berkata, tidak ada masalah kekurangan air di Selangor.
Alasan beliau, hujan setiap hari kebelakangan ini, malah berlebihan air hingga sebabkan banjir.

Katanya, ini menyebabkan air mentah dan air terawat cukup.

Ini yang buat ada wartawan yang dengar sidang media Khalid di lobi Parlimen pada Selasa, gelak sakan.

“Macam tu, Khalid kena doa hujan setiap hari,” kata seorang wartawan.

Khalid ..Khalid, sebelum ini beliau buat kenyataan air cukup sebab air masih banyak dalam empangan.

Kesannya, ada yang ketawakan beliau kerana tak tahu bezakan air mentah dengan air dirawat.

Kali ini, Khalid main silap mata dan terus cakap pusing-pusing pasal isu air selepas cadangan teknologi Membran oleh kerajaan Selangor dilihat tidak praktikal untuk jangka masa panjang walaupun kosnya lebih murah.

Selain beri alasan hari-hari hujan, Khalid kata bekalan air cukup sekiranya masalah air tidak terhasil atau NRW (Non Revenue Water) dapat dikurangkan.

Khalid punyai kira-kira macam ni : Jumlah NRW sebanyak 33 peratus atau kira-kira 1.5 juta liter sehari dan lebih daripada mencukupi berbanding 1.1 juta liter sehari yang dihasilkan Langat 2.

Katanya, kalau NRW dapat dikurangkan 10 hingga 15 peratus sahaja,bermakna ‘air memang cukup’.

Kalau tidak cukup juga, kerajaan Selangor mahu guna teknologi Membran sebab kosnya cuma RM800 juta sahaja berbanding RM3 bilion bagi Langat 2.

Dalam sidang media itu, Khalid yang disifatkan Menteri Besar Cemerlang bertegas mahu adakan perjumpaan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tujuannya hendak terangkan pasal cadangan kerajaan Selangor untuk laksanakan teknologi Membran.

“Kalau teknologi yang kita cadangkan ini betul, kita minta (Pusat) terima. Kita akan susun semula dan masukkan projek Langat 2 sebagai program jangka panjang,” katanya.

Sebelum itu ketika sesi soal jawab, Khalid bertegang leher dengan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon yang menegaskan, Pusat tegas dengan keputusannya untuk meneruskan Projek Langat 2 dengan alasan ia lebih menjimatkan serta dapat mengatasi krisis bekalan air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Noriah juga berkata teknologi membran yang dicadangkan oleh kerajaan Selangor hanya dapat memberikan kesan penyelesaian jangka pendek dan ia tidak praktikal untuk jangka masa panjang.

Berdasarkan kajian sejak 1990 an, kami mendapati keputusan terbaik dan lebih menjimatkan adalah menerusi projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor,” katanya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Khalid Ibrahim.

Khalid mencelah ketika Noariah menjawab pertanyaan lisan ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Noriah turut mengesahkan tidak ada bukti yang dapat mengesahkan bahawa teknologi membran yang dikemukakan oleh kerajaan Selangor itu dapat meningkatkan kapasiti air bersih di negeri itu.

"Kami berharap Menteri Besar Selangor akan menukar fikiran dan meletakkan kepentingan rakyat dahulu melebihi apa jua," katanya.

Kenyataan itu, menyebabkan Khalid terus mempertahankan kenyataannya pasal teknlogi Membran dan mengulangi bahawa tiada krisis air di Selangor ketika ini.

Lepas ini, entah apa lagi ‘idea’ Khalid untuk melambatkan kelulusan projek Langat 2.

Jika beliau terus berkeras, kata wartawan tadi pasal Khalid kena berdoa setiap hari supaya hujan ada kewajarannya.

Tuesday 30 October 2012

[MESTI BACA] GEMPAR! Blogger Pembangkang Keluarkan Video "Nik Aziz Wahabi...?"



Sumber : nusanaga.blogspot.com

Tajuk asal video yang dimuat naik oleh Topeng Perak adalah TGNA Wahabi..?


MyMassa dah tengok video ini sampai habis. MyMassa rasa elok untuk pembaca sama-sama tonton video ini untuk memberi kefahaman yang lebih kenapa sekolah-sekolah pondok di Kelantan menentang PAS Kelantan.

*Sebar-sebarkan.

Monday 29 October 2012

SOP hospital dikaji semula untuk perkhidmatan lebih baik: Rosnah


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan kini di peringkat akhir mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) di setiap hospital di bawah kendaliannya bagi mewujudkan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, cadangan kementerian ialah untuk mengeluarkan garis panduan berbentuk polisi itu akhir tahun ini. 
"Kita juga menggalakkan penyertaan pihak seperti PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), hospital di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan hospital swasta. 

"(Langkah ini) supaya wujud satu SOP yang bakal menjadi garis panduan untuk pengendali hospital serta pegawai-pegawai perubatan dan kakitangan sokongan di setiap hospital," katanya ketika menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) pada sidang Dewan Rakyat hari ini. 

Nurul Izzah ingin tahu langkah kementerian dalam menetapkan SOP di hospital berikutan kejadian kegagalan bekalan elektrik di PPUM baru-baru ini. 

Terdahulu, ketika menjawab soalan Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) berhubung dakwaan pesakit tidak mendapat rawatan terutama yang dimasukkan ke hospital pada hujung minggu, Rosnah berkata, perkara itu boleh dirujuk kepada pegawai perubatan atau jururawat bertugas. 

Namun, pesakit dinasihat membuat aduan secara rasmi kepada pengurusan hospital jika ia terus berlaku bagi membolehkan siasatan dilakukan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap mana-mana kakitangan terbabit. 

Dalam pada itu, Rosnah mengakui bilangan kakitangan hospital adalah lebih kecil pada hujung minggu berbanding waktu biasa. 

Beliau bagaimanapun menegaskan bukan menjadi amalan di hospital kendalian Kementerian Kesihatan untuk membiar pesakit menahan sakit sehingga rawatan sesuai diberikan bila minggu baharu bermula. 

"Adalah menjadi tanggungjawab pegawai termasuk pakar perubatan untuk memberi rawatan kepada pesakit," katanya. - BERNAMA 

Sunday 28 October 2012

Puteri cabar Selangor beri rasional mahu lupus aset RM321j

Klik pada gambar untuk besar

"Sebagai seorang bekas ahli korporat, sepatutnya Menteri Besar berfikiran lebih matang dan meningkatkan pembangunan negeri dan rakyat tanpa membabitkan penganiayaan terhadap rakyat"

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia



Sumber : Berita Harian

Saturday 27 October 2012

Bila Nik Aziz akan bersara?

 Gambar masa Nik Aziz sakit.. Sekarang dia sihat walafiat..
 
SUDAH pastilah ramai pemimpin dan penyokong Pas tidak selesa apabila ada pihak yang cuba mendesak Datuk Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada jawatan Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas.

Walaupun mereka memahami keterbatasan yang ada kepada tok guru yang sudah 45 tahun berkecimpung dalam dunia politik namun mereka tidak mahu meminta beliau berehat.

Bagi sesetengah pemimpin dan penyokong Pas, Nik Abdul Aziz adalah tonggak kekuatan parti itu sama ada di Kelantan atau seluruh negara.

Sebut sahaja siapa sahaja dalam Pas sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Harun Taib, Datuk Haron Din atau Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kesemua mereka dianggap tidak mampu menandingi populariti Nik Abdul Aziz.

Malahan ada yang menilai kekuatan Pas banyak bergantung kepada Nik Abdul Aziz terutamanya di Kelantan. Tanpa beliau belum pasti Pas akan mampu berdiri megah sejak 1990 di negeri Cik Wan Kembang itu.

Selain Pas yang dilihat begitu bergantung kepada Nik Abdul Aziz, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP juga mahu Menteri Besar Kelantan itu terus berada dalam kepimpinan Pas.

Mereka tidak mahu Nik Abdul Aziz berundur kerana pengaruh beliau amat penting dalam usaha untuk memastikan penyokong-penyokong Pas terus memberi sokongan kepada pakatan pembangkang.

Tambahan pula Nik Abdul Aziz sering dilihat pembela paling utama pemimpin-pemimpin pembangkang yang berhadapan dengan masalah.

Bagaimanapun sama ada penyokong Pas mahupun pakatan pembangkang, mereka terlupa bahawa populariti Nik Abdul Aziz bukanlah seperti dahulu lagi.

Penulis masih ingat bagaimana satu ketika dahulu, pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan cukup berhati-hati kalau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz, mereka bimbang kenyataan yang dibuat boleh mengurangkan sokongan.

Mereka takut kalau-kalau kenyataan membidas Nik Abdul Aziz akan memberi kesan kepada sokongan politik mereka kerana kononnya  Nik Abdul Aziz cukup dihormati seluruh lapisan rakyat Kelantan.

Penulis tidak menafikan fakta berkenaan kerana Nik Abdul Aziz adalah pemimpin paling popular dalam kalangan penyokong pembangkang bukan sahaja di negeri tersebut tetapi juga di seluruh negara.

Mungkin faktor-faktor inilah yang menyebabkan Nik Abdul Aziz sukar untuk bersara. Sebab itulah beliau menyatakan pada 3 Februari lalu bahawa beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur tetapi ditolak oleh Pas Kelantan.

"Saya nak sebut satu rahsiauntuk tidak bertanding, tapi disergah oleh Pas Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik sehingga ke hari ini," kata Nik Abdul Aziz ketika itu.

Jesteru timbul persoalan bilakah Nik Abdul Aziz akan bersara dan menyerahkan kedudukannya kepada pemimpin lain dalam Pas?

Sebenarnya, apa yang perlu diakui oleh pemimpin dan penyokong Pas ialah Nik Abdul Aziz tidak begitu berpengaruh seperti suatu masa dahulu.

Penulis diberitahu bagaimana di warong-warong kopi di Kelantan, sudah ada keberanian di kalangan rakyat negeri itu untuk mengkritik Nik Abdul Aziz secara terbuka. Mereka tidak segan silu atau takut-takut lagi seperti mana sikap pemimpin-pemimpin Umno Kelantan suatu ketika dahulu.

Walaupun keputusan pilihanraya umum 2008 menyaksikan Pas terus berkuasa di Kelantan namun populariti Nik Abdul Aziz semakin merudum.

Selain tindak tanduk beliau mengenai kenyataan-kenyataannya yang acap kali mencetuskan polemik, corak pentadbiran Pas Kelantan juga turut menunjukkan pelbagai kelemahan.

Keputusan pilihanraya kecil Dewan Undagan Negeri (DUN) Manek Urai tidak berapa lama dulu menyaksikan Pas menang dengan majoriti tipis 56 undi diikuti dengan kekalahan di DUN Galas sudah menjadi bukti bahawa Pas tidak boleh bergantung kepada Nik Abdul Aziz selama-lamanya.

Tambahan pula ketika ini, pelbagai kelemahan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan semakin terdedah dan menyaksikan bagaimana sudah ada dalam fikiran rakyat negeri itu mahu mengubah haluan politik mereka.

Keadaan ini berlaku kerana dalam Pas, mereka terlalu takut untuk meminta Nik Abdul Aziz berundur biarpun mereka tahu sejauh manakah kudrat Mursyidul Am berusia 81 tahun tersebut.

Mungkin kerana keadaan itulah, Nik Abdul Aziz pernah berkata, beliau tidak akan menetapkan sebarang tempoh masa untuk berundurserta tidak akan tunduk kepada tekanan dan gesaan daripada luar parti itu.

"Saya sendiri lebih tahu mengenai kesihatan saya dan parti (Pas) lebih tahu keadaan dan kedudukan saya.Kalau saya rasa kesihatan saya semakin teruk atau parti minta saya berundur, saya berundur.

"Selagi tubuh saya sihat dan parti tidak minta saya berundur, saya tidak akan berundur," kata Nik Abdul Aziz dalam satu majlis baru-baru ini.

Persoalannya siapakah di dalam PAs yang berani meminta Nik Abdul Aziz untuk berundur? Apatah lagi pemimpin-pemimpin Pas amat bergantung kepada populariti tok guru itu seolah-olah 'Nik Abdul Aziz itu Pas dan Pas adalah Nik Abdul Aziz.

Tafsiran ini berlaku kerana biar pun Pas mempunyai Presiden dan barisan kepimpinan politiknya, namun populariti dan pengaruh mereka tidaklah sehebat Nik Abdul Aziz.

Mereka tidak mahu jika Nik Abdul Aziz benar-benar bersara,ia akan menyebabkan pengaruh Pas juga merosot dan paling ditakuti ialah krisis politik di Kelantan berikutan persaingan untuk mengantikan Nik Abdul Aziz.

Oleh itu tidak perlulah mana-mana pihak menaruh harapan bahawa Nik Abdul Aziz tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang atau bersara daripada politik.

Apatah lagi sudah ada ura-ura Menteri Besar yang sudah 22 tahun memimpin Kelantan itu akan bertanding di kerusi parlimen dan DUN dalam pilihan raya Umum ke-13.

"Boleh jadi ya dan boleh jadi tidak. Semuanya ada kemungkinan. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing berhubung desas-desus ini. Mungkin kalau dilihat dari segi kesihatan akan ada yang kata tahap kesihatan membataskan beliau(Nik Abdul Aziz) untuk bertanding dua kerusi. Namun harus diingat, beliau mempunyai aura tersendiri yang mungkin diperlukan oleh pakatan pembangkang.

"langkah meletakkan Mursyidul Am Pas di kedua-dua kerusi berkenaan dilihat akan memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang terutamanya Pas kerana ia akan memberi keyakinan kepada rakyat untuk menyokong parti itu memandangkan beliau dilihat tokoh yang mampu memimpin Kelantan dan Malaysia amnya," Kata bekas Pengarah Plihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haroon kepada sebuah portal berita baru-baru ini.

Begitu hebatnya sandaran pakatan pembangkang kepada terutamanya Pas kepada Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun satu perkara yang sering dilupakan oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong tentang Nik Abdul Aziz ialah rakyat tahu menilai sejauh manakah kemampuan Menteri Besar Kelantan itu untuk terus berpolitik.

Mungkin Pas boleh terus bergantung kepada Nik Abdul Aziz namun semua itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada parti itu di masa depan.

Bak kata ADUN Gaal, Dr. Nik MAzian Mohamed, pemimpin Pas tidak wajar 'melepaskan baton' hanya selepas mereka 'lenguh di tengah jalan.'

Wednesday 24 October 2012

Mansor,Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang temberang...rakaman suara bukti sah balon Guan Eng


mansor-guan-eng 
Aduh mak...dimana agaknya Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dari PKR nak sorok muka.Rasanya cacing pun lari kelam kabut kalau beliau nak bersembunyi tahan malu dalam lubangnya.

Ini ekoran pendedahan sensasi rakaman suara beliau balon sakan bosnya,Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa satu mesyuarat dengan geng PKRnya di Pulau Pinang baru-baru ini.

Semua orang sudah dengar pada 24 Ogos lalu beliau buat muka selamba dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Guan Eng menafikan ada mengata pada Setiausaha Agung DAP itu.

Sudah itu selepas sidang akhbar berkenaan...semuanya dengan stail biasa....berlakon tunjuk solidariti berpeluk angkat tangan bersama termasuk Pengerusi PAS Pulau Pinang Datuk Salleh Man.
 

mansor-guanneng513

Waktu itu kisah beliau didakwa mengata Guan Eng ' tokong',angkuh dan sombong baru secebis terdedah yakni baru tulisan di blog-blog tapi belum keluar rakaman suara lagi.
Isnin malam di Buletin Utama TV3 menyiarkan rakaman suara perbualan Mansor dengan geng PKRnya di mesyuarat itu.

Nyata sekali apa yang didakwa benar.

Mansor sebiji-sebiji kedengaran mengata Guan Eng angkuh dan sombong.

Beliau juga dipercayai cop Guan Eng 'tokong' dalam kontek jangan main-main kerana Ketua Menteri itu sangat berpengaruh di kalangan kaum Cina di negeri itu.

Semasa sidang akhbar beliau pusing kata ia dalam konteks sanjungan tinggi rakyat Pulau Pinang pada Guan Eng.

Kedengaran jelas mereka berpakat tidak mahu ' bagi jalan' kepada DAP nak tambah kerusi di Pulau Pinang.

Ini termasuk rancangan pasang ' orang ketiga' untuk berdepan dengan calon DAP.

"Guan eng macam tokong u know..to the chinese…
You cannot deny that..he is just like a tokong…
Itu yang buat dia org sombong,,,very2 angkuh and arrogant..
Get ourselves stronger..
Every seat kita target nak bertanding..kena ada orang
Stock ready candidates for areas nak bertanding
I have already asked Lau to identify areas for PKR to stand
Dia lawan kacau tempat kita, kita kena lawan" - itu antara kata-kata Mansor.
Dari siaran rakaman itu apa yang jelas Mansor temberang sahaja semasa sidang akhbar 24 Ogos menafikan hal berkenaan.

Rakaman itu juga membuktikan ada perang dingin sakan antara PKR dan DAP di Pulau Pinang.

Masing-masing nampaknya nak potong memotong berebut kuasa.

Apa pula Mansor hendak kelentong selepas terdedah rakaman suara di mesyuarat itu?

Bagaimana reaksi Guan Eng bila dengar sendiri kata-kata timbalannya yang menyakitkan hati itu ?

Bos terbesar semua mereka,Datuk Seri Anwar Ibrahim tentu jenuh kena cari alasan dan main drama hendak tutup hal itu.
 
Kata orang Pulau Pinang, ' susah nak kambus yang ni...terngaga luas dah'.

Apa pun jangan hairan jika masing-masing buat muka sardin macam tak ada hal yang berlaku antara mereka.

Kalau bab lagi besar video seks yang 99.9 peratus tulin boleh buat kering kontang gam mulut...apa sangat kisah balon membalon ini.

Monday 22 October 2012

MCA tunjuk bukti mereka tidak lemah

mca-tshirt1
Ada persepsi umum yang kata MCA kini sudah lembik sejak calonnya banyak kalah pada pilihanraya umum ke 12 Mac 2008.Malah ada juga yang lebih drastik anggap parti utama komponen Barisan nasional itu kini sudah ' nyawa ikan'.

Sebaliknya siapa saja yang ada di Perhimpunan Agung MCA di bangunan ibupejabatnya di Kuala Lumpur yang dirasmi Datuk Seri Najib Tun Razak pagi Ahad dapat merasai semangat baru parti itu.

Malah Perdana Menteri yang teruja dengan penampilan sempoi parti itu pada perhimpunan  kali ini  dengan tema Battle Without Fear  berharap MCA luarbiasa bersemangat ini satu petanda  detik perubahan positif untuk sama sama berkerja keras dengan rakan BN lain pada PRU13.
 
Berbeza dengan tradisi perhimpunan dimana semua perwakilan memakai baju dan seluar putih - semua perwakilan ternasuk pimpinan utama MCA turun memakai t-shirt biru yang bertulis pelbagai slogan semangat  termasuk kecam pembangkang.


mca-lovepm

Pada ucapannya Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan MCA sudah bersatu dan siapa sedia untuk menewaskan DAP.

Katanya MCA sudah berentap dengan DAP dalam 10 pilihanraya umum dan menewaskan mereka tujuh kali.

Najib sendiri telah menyampaikan ucapan yang cukup menarik dan bersemangat untuk membuka mata perwakilan parti itu tentang realiti keadaan di negara ini yang terus makmur dan berpadu sejak capai kemerdekaan serta jangan memperjudikan masa depan negara dengan janji kosong pembangkang.

Antaranya beliau menghuraikan mengenai soal pendidikan yang dianggapnya dekat dengan hati orang Cina.

Perdana Menteri mengulangi bahawa di Malaysia sahaja dimana pendidikan Cina menjadi sebahagian dari pendidikan kebangsaan.

mca-thsirt2

Sedangkan menurutnya ia tidak di Indonesia,Thailand dan Singapura.

"Mana pergi pejuang-pejuang pendidikan Cina di Singapura ?....Bo Liau (tak ada) ,"katanya.

Najib juga mengimbang kembali semasa menjadi Menteri Pelajaran beliau telah mengambil risiko pinda Akta Pendidikan Sekolah Cina.

"Tapi masa Anwar pegang jawatan itu ( lebih awal darinya ) apa pasal tidak buat ?Sekarang sebaliknya cuba tunjuk ambil berat sangat nak perjuangkan,"ujarnya.

Dalam ucapan itu beliau mengumumkan peruntukkan RM30 juta untuk bantu sekolah-sekolah Cina di seluruh negara.

Katanya sebenarnya Presiden MCA memohon RM50 juta darinya.

Kata Perdana Menteri lagi beliau marah pakatan pembangkang bukan kerana mereka hendak ' jawatan saya' atau hendak rampas Putrajaya tetapi kerana mereka tidak ada program untuk memacu negara ke pencapaian lebih gemilang.


mca-bxx

Beliau menggangap kegagalan pakatan pembangkang umum kabinet bayangannya kerana mereka sama sendiri tidak sepakat.

"Mungkin Mat Sabu boleh jadi Menteri Wanita,"katanya secara berjenaka.
Menurut beliau disamping tidak mempunyai dasar sama ,mereka juga tidak mempunyai simbol sama."Adakala bulan.adakala roket atau simbol mata,bagaimana mereka hendak 
meyakinkan rakyat,"katanya.

Beliau membangkitkan tentang ada pandangan bahawa pakatan pembangkang harus diberi peluang memerintah dan mereka boleh ditendang dalam pilihanraya umum akan datang jika prestadi tidak memuaskan.

"Jangan perjudikan masa depan negara dan ambil risiko ini.Jangan kata limam tahun malah dalam tempoh setahun sahaja negara ini boleh hancur,"kata Najib.
 
Beliau juga mencabar jika DAP sebuah parti pelbagai kaum ia harus letak calon di kawasan majoriti Melayu pada PRU13

Saturday 20 October 2012

Saya masuk politik bukan untuk jawatan, Saifuddin Abdullah

Saya masuk politik bukan untuk jawatan, Saifuddin Abdullah
Saifuddin: ‘Saya ada kepercayaan saya sendiri dan pendirian saya sendiri’
 
KUALA LUMPUR – Meskipun ditohmah dan dipertikaikan pelbagai pihak kerana pembawakan watak politiknya yang dilihat berbeza dan agak liberal, Datuk Saifuddin Abdullah mengakui bahawa perjuangannya membawa budaya politik baru bukan mudah.

Namun bagi wakil rakyat penggal pertama ini, ia bukanlah satu sebab atau alasan untuk beliau berputus asa dari terus mara ke hadapan.

“Saya ada kepercayaan saya sendiri dan pendirian saya sendiri tentang beberapa perkara yang asas, yang fundamental dan saya cukup yakin ia benar dan selagi ia tidak dibuktikan salah dan saya percaya ia benar, saya akan terus lakukan perkara itu," kata ahli Majlis Tertinggi Umno ini.

Katamya, "sama ada ia dapat diterima atau tidak, sama ada ia akan diterima cepat atau lambat, sama ada ia akan diterima sebahagian atau keseluruhan, pada saya, masa yang akan menentukan."

"Kita hanya perlu lakukan apa yang perlu kita lakukan,” kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian Online.

Saifuddin ditanya cabaran yang perlu dihadapinya apabila sering tampil dengan idea yang berbeza daripada kerajaan sehingga ada yang kurang senang.

Anak kelahiran Temerloh ini bertanding pada Pilihan Raya Umum 2008 atas tiket Umno-Barisan Nasional.

Beliau menang dengan undi sebanyak 21,381 menewaskan Ahmad Nizam Hamid dari PKR, yang mendapat 18,940 undi. Beliau dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno pada 2009. Saifuddin juga merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh sejak 2009.

Beliau turut mendapat kepercayaan memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi oleh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ciri-ciri kepimpinan dan sikapnya yang liberal acapkali mendapat perhatian umum dan ada ketikanya disalah tafsir.

Diminta mengulas tentang budaya politik baru yang dibawa beliau menyebabkan dirinya merasa tertekan apabila diasak pelbagai pihak termasuk dalam kerajaan sendiri, Saifuddin menegaskan, beliau yakin dengan apa yang diperjuangkannya.

“Tidak! Saya masuk politik bukan sebab kerjaya… bukan untuk naik pangkat, bukan untuk jawatan.

"Jadi sebab itu, saya tidak ada masalah memikirkan semua itu. Yang paling utama ialah saya ada idealisme saya sendiri.

“Yang pertama ialah integriti politik, yakni politik yang berasaskan idealisme perjuangan yang dari segi amalannya politik ilmu, bukan politik ampu, bukan politik bambu.

“Politik kebijaksanaan, ataupun politik hikmah, bukan politik sumpah seranah atau pun fitnah. Politik bakti dan bukan politik untuk meraih undi,” katanya.

Bahkan menurut Saifuddin, dalam dunia politik baru yang segar, beliau percaya kepada kerangka urus tadbir baru di mana kerajaan, golongan peniaga dan masyarakat boleh duduk semeja sebagai rakan pembangunan yang tulen di samping inovasi demokrasi.

“Landskap politik sudah berubah. Takkan kita hendak menjalankan demokrasi itu pada takuk yang lama. Kita perlu ada inovasi misalnya macam mana kita hendak menjalankan proses membuat keputusan.

“Pemikiran politik yang progresif. Takkanlah kita sudah 50 tahun merdeka, Umno dan Barisan Nasional hanya bergantung kepada kakitangan kerajaan dan profesional untuk menggubal,  misalnya bajet. Bukan tidak boleh, tetapi saya kira rakyat sudah mula bertanya, yang dari Umnonya mana?” katanya lagi. 

Sumber : Sinar Harian

Friday 19 October 2012

KETIKA BANGSAMORO DERITA , ANWAR PULA DIJAMU ARAK & NYANYI-NYAIAN OLEH ESTRADA

BANGSAMORO DERITA, ESTRADA JAMU ANWAR ARAK DAN NYANYI-NYANYIAN

Presiden PAS itu berkata, Pakatan pembangkang mengalu-alukan perjanjian damai yang dimeterai di Manila Isnin antara kerajaan Filipina dan MILF.

“Ia sebagai satu penyelesaian yang sangat baik dan positif kepada keamanan serantau dan antarabangsa. Jadi kita harapkan semua perjanjian itu dilaksanakan sebaik-baiknya,” katanya.

Malaysia bertanggungjawab menjadi pengantara perundingan damai antara kedua-dua pihak itu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Oktober lalu.

Selain itu Abdul Hadi turut berharap isu berhubung konflik perkauman yang berlaku di Rakhine, Myanmar membabitkan etnik Rohingya dapat diselesaikan secara rundingan damai.

“Kita harap ia diselesaikan secara aman dan adil, itu harapan kita. Begitu juga di selatan Thailand, kita mahu supaya keamanan wujud di selatan Thailand dengan ada pendamaian semua pihak,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar ketika mencelah jawapan Hadi kepada satu soalan,seolah-olah melihat peranan Malaysia dalam mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina, seperti orang ‘jealous’.

Bagi Ketua Pembangkang itu, soal Moro bukan isu baru kerana sudah ada tiga atau empat perjanjian sebelum ini.

“Selepas Presiden (Filipina) baru, Benigno Aquino…dia ambil inisiatif awal untuk adakan rundingan dan Malaysia beri sokongan,” katanya.

Tegas Anwar lagi, “FAKTANYA, (ini) Inisiatif Presiden baru, kerana inisiatif beliaulah dapat penyelesaian. Bukan sahaja perjanjian tetapi perlaksanaan,”.

Sebaliknya, Anwar menuduh Malaysia ‘lembab’ kerana gagal suarakan pendapat bagi menyelesaikan isu di Rohingya, Myanmar padahal boleh menyuarakan isu Moro.

Untuk rekod misi kemanusiaan yang dipelopori oleh Kelab Puteri 1Malaysia yang disertai 50 sekarelawan baru pulang dari kawasan bergolak di Myanmar itu.

Mereka membawa 500 tan bantuan untuk membantu penderitaan orang Rohingya.

Mungkin Anwar kena baca balik kisah bagaimana rumitnya hendak mengendalikan misi itu.Akhirnya misi Kelab Putera itu yakni misi antarabangsa terbesar dibenar kerajaan Myanmar masuk ke kawasan itu.Ini adalah hasil dari dokongan kuat kerajaan dan pengaruh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tentu sukar bagi pembangkang mahupun Anwar sendiri mengiktiraf peranan Malaysia apatah lagi Najib turut berada sama di Istana Malacanang di negara itu menyaksikan detik bersejarah tersebut.Ini sebagai pengitirafan peranan Malaysia dalam usaha damai itu.

Mungkin juga Anwar kecewa kerana usaha itu tidak berjaya ketika beliau masih dalam kerajaan dahulu.

Sebagai rekod, MILF adalah pecahanan daripada Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) yang ditubuhkan dan dipimpinan Nur Musuari.

MILF dipimpin Salamat Hashim (bekas timbalan Misuari) memulakan perundingan mereka sendiri dengan kerajaan Filipina pada 1997.

Perundingan ini dihentikan apabila usaha peperangan habis-habisan (all out war) dijalankan oleh Presiden Joseph Estrada pada tahun 2000.

Tentu ramai rakyat negara ini masih ingat isteri Anwar Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Nurul Izzah pernah bertemu Estrada dan bekas presiden itu menggambarkan Anwar sebagai kawan baiknya.
Perundingan disambung semula selepas Estrada dijatuhkan dan Presiden Gloria Macapagal Arroyo meminta bantuan Malaysia menjadi fasilitator dalam proses perundingan seterusnya

Wartawan Philippine Daily Inquirer, Fernando del Mundo pula menggambarkan bekas Presiden dan bekas banduan, Joseph Estrada itu meraikan makan malam mewah, arak dan lagu kepada tetamu istimewa Anwar Ibrahim di kediaman mewahnya, Polk Street, Greenhills, San Juan.

Apa yang cuba digambarkan di sini adalah berkenaan hubungan akrab Anwar dan Joseph Estrada. Jadi apabila Estrada menggambarkan perwatakan Anwar mengikut kaca matanya sebagai sahabat baiknya, maka gambaran yang diberikan Estrada lebih tepat.

Sekali lagi disoal : Kenapa Estrada menggambarkan Anwar sebagai “tokoh pejuang yang berjuang untuk menuntut hak- hak minoriti di Malaysia” ?

Anwar berjuang menuntut hak-hak minoriti kumpulan mana di Malaysia ? Apakah bukti-buktinya ?
Apakah kesungguhan Anwar ‘berjuang’ memberi kalimah Allah kepada penganut Kristian adalah termasuk hak minoriti di Malaysia ? Kenapa mesti Anwar yang memperjuangkan pemberian kalimah Allah, sedangkan alim ulama yang lebih arif dalam bidang Islam tidak memperjuangkan pemberian kalimah Allah kepada Kristian itu ?

Ramai alim ulama Islam di Malaysia, seperti Dr Harun Din, Tan Sri Harussani Zakaria, Taib Azamuddin yang lebih arif dalam bidang agama daripada Anwar menolak cadangan pemberian kalimah Allah itu, tetapi Anwar bertegas juga mahu perjuangkan ? Kenapa ?
Anwar lebih hebat ilmu agama dari Mufti Perak, bekas Imam Besar Wilayah Persekutuan dan Timbalan Mursyidul Am PAS itu ?

Soalnya, benarkah kaum Kristian merupakan minoriti di Malaysia ? Kalau benar sekali pun kenapa Anwar amalkan konsep terpilih,  kenapa Anwar tidak perjuangkan agama Sikh dan Taois yang lebih minoriti daripada Kristian ?. Kenapa hanya Kristian ?

Berbeza dengan sikap sahabat baik Anwar, Joseph Estrada, walaupun beliau dikenali sebagai tokoh demokrasi, tetapi beliau memperjuangkan hak kaum majoriti di Filipina. Kaum majoriti di Filipina adalah Kristian, manakala kaum minoriti di sana adalah Islam yang lebih tertumpu di Selatan Filipina.

Sewaktu Estrada menjadi Presiden Filipina beliau dianggap penindas dan pemusnah yang kejam ke atas penganut Islam yang merupakan penganut minoriti.

Hinggakan Majlis Ulama Bangsamoro (Filipina) mengeluarkan fatwa mengistiharkan “Joseph Estrada Sebagai Musuh Islam ” kerana tindak tanduknya sangat anti Islam. 

Thursday 18 October 2012

Antara Dua.. Dosa Jalan Raya atau Pahala Sedekah paksa?? Nak masuk syurga lah katakan..??


Nah!!! Itu soalan yang sewajarnya diajukan kepada puak - puak Parti Angguk Saja tu. Sebelum ini diorang keluarkan kenyataan pasal Lebuh Raya Kuala Krai ke Kota Bharu.

Kononnya, kata diorang, Kerajaan Pusat telah melakukan satu dosa besar kerana tidak membina jalan tersebut untuk kegunaan rakyat.
Malah, sewaktu Majlis Pecah Tanah untuk membina 'Lebuh Raya Rakyat' tu, Si Nik Aziz tu kata, buat jalan ni boleh dapat pahala. 

Maka sebab tu dia mintak supaya rakyat bersama - sama dengan Rejim PAS Kelantan untuk sama - sama menyumbang bagi membina lebuh raya tersebut.

Perkara tu memang tak dinafikan. Buat jalan ni dapat pahala. Tapi, yang jalan lain dibina oleh pihak Kerajaan, Si Nik Aziz nak kira apa? Nak kira berdosa pulak ke?

Sesuka hati diorang je nak buat hukum terhadap orang lain ye. Sesuka hati diorang je nak ubah fatwa ikut sedap anak tekak diorang.

Sekarang, Menteri Kerja Raya dah dedahkan bahawa Rejim PAS Kelantan tak pernah pun hantar permohonan nak mintak buat Lebuh Raya tu. Apa pulak diorang nak kata?

Andaikata la, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya bersetuju untuk membina Lebuh Raya tu, apa yang Rejim PAS Kelantan nak kata?

Diorang nak kata yang Kerajaan ni prihatin terhadap rakyat? Jangan harap la!!! Paling tidak pun diorang akan kata yang diorang dah berjaya buktikan Kerajaan tak bertanggungjawab.

Itu je alasan yang diorang akan bagi. Tapi persoalan yang lebih besar diorang perlu jawab ialah, apa akan jadi dengan duit derma yang telah diberikan oleh rakyat sebelum ni?

Sudah la duit - duit sumbangan tu semuanya tak direkodkan secara 'detail', tak de pulak orang yang buat audit. Jadi, jangan heran la kalau duit - duit tu semua hilang dalam poket puak - puak PAS ni. Poket diorang tu memang ada 'Bermuda Triangle'!!!
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, beliau hanya dihubungi seorang exco kerajaan negeri itu bagi memaklumkan mengenai cadangan pembinaan lebuh raya tidak bertol berkenaan.


"Saya setuju kalau nak bincang atau minta bantuan teknikal. Tapi nak bina lebuh raya tidak bertol ini kalau tak silap saya akan menelan belanja sebanyak RM1.8 bilion," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 bagi Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.



Bagaimanapun Shaziman berkata, kerajaan persekutuan akan memberi keutamaan kepada cadangan pembinaan lebuh raya tersebut dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).



"Kerajaan pusat akan laksanakan, cuma berperingkat-peringkat. Kalau nak bantuan teknikal atau kerjasama kita boleh bagi. Cuma saya tak yakin sangat boleh kutip derma.



"Kerajaan tak pernah batalkan projek naik taraf lebuh raya persekutuan Kota Bharu-Kuala Krai. Projek itu hanya ditangguhkan sementara untuk kerajaan menilai semula dan mencari alternatif lebih baik berbanding skop asal," katanya.
Sumber : Semut Hitam

Wednesday 17 October 2012

Harakahdaily: Shahnon terima kerjasama politik Pas-DAP-PKR

 

SHAH ALAM - Susulan siri kenyataan Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad dalam beberapa media sejak minggu lalu, antara lain dilaporkan mengecam kerjasama politik Pas-DAP, portal milik Pas pula mengetengahkan pendirian Sasterawan Negara itu semalam, memetik berkata beliau akan "istiqamah bersama dengan" parti itu.

Shahnon, bekas Ahli Parliman Sik dan ahli seumur hidup Pas berkata, beliau yakin menerusi kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, dapat melangkah ke Putrajaya.

"Saya istiqamah bersama dengan Pas menerusi kepimpinan ulama,” kata beliau dipetik portal rasmi Pas, Harakahdaily.

Portal itu berkata, Shahnon berkata demikian ketika ziarah mahabbah Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Dr. Khairuddin A. Razali ke rumah beliau di Minden, Gelugor, pagi semalam.

"Saya istiqamah bersama dengan Pas menerusi kepimpinan ulama. Saya sangat yakin, insya-ALLAH menerusi tahaaluf siyaasi yang merupakan persefahaman bersama antara tiga parti; Pas, PKR dan DAP, kita bakal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat."

Portal itu menyebut, beliau juga mengajak seluruh rakyat Malaysia merujuk kepada artikelnya yang menjelaskan kenapa bersama Pas dalam buku tulisan bertajuk "Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi" yang dikeluarkan pada 2006 selepas beliau tidak lagi menjadi Ahli Parlimen Sik.

Artikel beliau bertajuk "Penglibatan Ku dalam Jema'ah Pas" dalam buku tersebut, menjelaskan secara terperinci sebab beliau bersama dengan Pas iaitu menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran.

Kata portal itu, Shahnon turut melahirkan kebimbangan terhadap akhbar dan media perdana yang mempergunakan wawancara dengan beliau untuk menggambarkan seolah-olah beliau tidak lagi bersama dengan Pas.

Katanya, selain Dr. Khairuddin, ziarah mahabbah tersebut juga diiringi oleh Timbalan Pesuruhjaya III Pas Pulau Pinang, Fauzi Yusof merangkap Timbalan Ketua Dewan Ulama Pulau Pinang.

Minggu lalu, Bernama memetik Shahnon berkata, perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP.

Beliau berkata, apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana ia sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

Shahnon juga dipetik berkata, sangat menyedihkan kerana kerjasama Pas dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

"Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan Pas," katanya.

Beliau berkata, dasar Pas sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.

Sumber : Sinar Harian

Tuesday 16 October 2012

Mulut Puaka dia ni wajib kita tolak

Orang macam Rafizi Mulut Puaka nih tak guna nak percaya.. Entahlah... sesapa yang percaya dengan kedangkalan akal fikiran dia.. GTP tak tau nak komen apa..

Cuba kita bayangkan dan fikirkan.. Kes NFC beriya-iya dia terjah keluarga Dato' Shahrizat.. Bukannya NFC tak nak bayar pun hutang piutang tuh.. Mereka lagi tau kalau tak bayar hutang apa hukumnya..

Pemikiran Rafizi anak mak lampir memang dikhaskan untuk memutarbelit sesuatu perkara.. Haiiiiii.. rasa terpanggil pulak bila dia antara yang mengesyorkan agar PTPTN dimansuhkan.. sedangkan masa nak mewujudkan PTPTN dulu.. boss dia ada dalam kabinet.

Cuba kita fikirkan sejenak.. Kenapa Rafizi beriya-iya benor nak kacau Dato' Shahrizat?? Keduanya.. kenapa dia beriya-iya bebenor nak mansuhkan PTPTN?? Bukan kah kedua-duanya tetap memberi kesan?? 

GTP memang rasa dia nih.. gilo tak berpunco..

Senang cerita.. Rafizi Ramli mulut mak lampir nih usahlah kita percaya.. Dari 2 yang terkeluar dari mulutnya.. semua autaaaaaaaaaa... Nikan nak suruh dia merapu-rapu sampai 10 perkara.. "Heiiiiii.. Kita bakoooooo jerrrrr.." - Sekadar ulang skrip Cerita Hantu Mak Limah Balik Kampung..


 Petikan di bawah di ambil dari Sinar Harian Online.. Macam bagus mamat lembu nih.. Apa hak dia nak menafikan apa yang kerajaan perlu buat?? Sedangkan.. dia sendiri patut sedar.. orang akan kenang dia sebagai peluru tabur fitnah sampai bila-bila..

Keputusan Kerajaan Persekutuan yang mahu mengambil tindakan sivil ke atas National Feedlot Corporation (NFCorp), sepertimana dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2011 semalam, tidak "mencukupi."
 
Sebaliknya tegas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Kerajaan Pusat perlu mendapatkan kembali dana RM250 juta yang disalurkan bagi membiayai Projek Pusat Fidlot Kebangsaan (PFN).
 
“Apabila kerajaan mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan sivil terhadap NFCorp, sedang NFCorp adalah sebuah syarikat yang mengalami kerugian dan tiada harta, kerana semua wang itu telah dipindahkan ke syarikat lain,” katanya yang dihubungi Sinar Harian Online hari ini.
 
Mengulas lanjut, Rafizi mendesak kerajaan supaya menguna pakai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) bagi merampas dan membekukan segala harta yang diperolehi keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang memiliki NFCorp.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan semalam menyatakan beberapa langkah yang dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap NFCorp berikutan kegagalannya memenuhi syarat perjanjian yang ditandatangani dan prestasi projek yang tidak dicapai.

Salah satu langkah yang dipertimbangkan adalah mengambil tindakan undang-undang sivil.

Sementara itu, dalam kenyataan dikeluarkan kemudian, Rafizi berkata, PKR menolak langkah mengambil tindakan undang-undang sivil ke atas NFCorp atas dasar ia tidak menjamin bahawa dana awam RM250 juta dapat dikutip sepenuhnya.

Kata beliau, perjanjian yang dimeterai adalah di antara kerajaan dan NFCorp, maka sebarang tindakan undang-undang sivil seperti saman akan hanya melibatkan NFCorp.

Malah katanya, perlakuan penyelewengan dan pembelian aset mewah yang tidak ada kena-mengena dengan projek fidlot kebangsaan banyak berlaku di dalam syarikat-syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Shahrizat, bukannya NFCorp.

"Syarikat-syarikat ini secara undang-undang tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab atau obligasi kepada kerajaan atau pun perjanjian dana awam RM250 juta kerana ia hanya melibatkan NFCorp, maka ia tidak boleh disaman.

"NFCorp tidak mempunyai aset yang besar dan mengalami kerugian sejak ia beroperasi. Jika Kerajaan Persekutuan berjaya sekali pun dalam tindakan saman sivilnya, NFCorp boleh sahaja diisytiharkan muflis tetapi tidak masih mampu membayar kembali RM250 juta yang dipinjam," katanya lagi.

Oleh itu kata beliau, PKR sejak dari awal lagi mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengenakan “jaminan peribadi” agar semua harta mereka boleh disita bagi mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang diselewengkan.

Rafizi juga berkata, beliau mengalu-alukan pendedahan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengenai NFC kerana ia melambangkan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang hanya mahu melengah-lengahkan tindakan diambil ke atas NFC.

"Pendirian Kerajaan Persekutuan yang hanya mahu mengambil tindakan undang-undang sivil, bukannya tindakan tegas dengan mengenakan jaminan peribadi atau pembekuan aset/sita aset di bawah AMLA mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak berniat mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang telah disalurkan kepada NFCorp," katanya sambil menambah, PKR akan tetap bersuara demi memastikan segala usaha diambil untuk mendapatkan kembali wang RM250 juta tersebut.
 

Tambah sikit lagi,
Ganggu gugat Rafizi anak Mak Lampir dalam isu NFC tidak ubah seperti mana orang awam lain meminjam dengan bank. Prosidur ianya adalah sama. Sebarang pinjaman yang diluluskan perlu di bayar tidak mengira menyokong kerajaan ataupun tidak.

Rafizi anak Mak Lampir hanya pakar manipulate isu.. Dia sepatut tanya pada diri.. pembiayaan PETRONAS yang menanggung belajarnya dulu.. berkawan dengan orang tak kenang budi.. jadilah tu..