Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 31 January 2012

Israel mengaku Anwar, Abang Long Yahudi!!


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kecewa dan tidak berasa terkejut dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melindungi keselamatan Israel.

Dr Mahathir juga membidas bekas timbalannya itu yang selalu menjejaskan nama baik negara di mata dunia.

Beliau mendakwa ketua pembangkang itu itu sememangnya mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dahulu lagi.

"Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan siri syarahan Razak berjudul 'A Malaysian Approach ro Public Leadership' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Sebagai pemimpin yang telah lama mengenali perwatakan Anwar, Dr Mahathir berkata motif dan tujuan pemimpin pembangkang itu adalah untuk menonjol dan mempromosikan diri sendiri kononnya beliau adalah pemimpin moden dan liberal sekaligus mengharapkan pujian daripada negara Barat.

"Saya tak hairan kerana saya tahu dia (Anwar) sangat rapat dengan mereka (Israel). Dia amat mesra dengan ramai anggota Kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi," dakwanya.

Ditanya mengenai kepimpinan Anwar, Dr Mahathir berkata tanpa sebarang hala tuju dan agenda pembangunan untuk negara dan rakyat, bekas timbalan perdana menteri itu berkeinginan besar untuk merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri.

Jelasnya, hanya pemimpin yang memahami kehendak rakyat dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja mampu membawa negara ke tahap yang lebih maju dan ternyata kualiti itu tidak dimiliki oleh Anwar.

"Dia dan penyokong dia kata perjuangan utama mereka ialah mara ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Apa program dia (Anwar), tak ada apa.

Dia kata dia liberal kepada semua orang, pemimpin untuk semua, jadi dia dapat sokongan dan mungkin menjadi Perdana Menteri," katanya.

Dalam temu bual dengan akhbar Wall Street Journal baru-baru ini, Anwar menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel. - Bernama

Sumber : Sinar Harian 


Mukhriz: Anwar khianati Palestin, umat Islam

Kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel dianggap mengkhianati Palestin dan umat Islam sedunia.

Penasihat Yayasan Keamanan Global Perdana Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata setiap kali zionis Israel membunuh rakyat Palestin yang beragama Islam atau Kristian, mereka menggunakan alasan mempertahankan keselamatan negara.

"Kini seorang yang bercita-cita tinggi mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia pula menggunakan alasan sama dalam menyokong negara pengganas Israel.

"Jika pengganas, termasuk negara pengganas menzalimi mangsanya, patutkah kita bersimpati dengan pengganas ataupun mangsa?" katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata alasan yang sama juga digunakan apabila jentolak Israel merobohkan rumah-rumah rakyat Palestin di Tebing Barat dan apabila rakyat Gaza dibunuh.

Katanya, alasan itu turut digunakan dengan melanggar beratus-ratus resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan juga semasa aktivis Freedom Flotilla dibunuh. - Bernama

Sumber : Sinar Harian

Kenyataan Anwar mengenai Israel sungguh mengejutkan: Duta Palestin

 


Duta Palestin ke Malaysia Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.

“Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abughoush berkata, oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.
 
“Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

“Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah,” katanya.

- BERNAMA

Sumber : n9kini.net


Monday 30 January 2012

GTP Bongkar!!! Al Yahuddss.. Klik tengok..

Masih ramai ek menyokong Anwar Yahudi??? Masih ramai ek yang buta hati menganggap Anwar ni mulia?? Apa pun, semua itu tak penting kerana berjiwa Yahudi itu dia, bukan GTP..


Membongkar kisah Yahudi!!! Klik sini, wajib baca..




Friday 27 January 2012

Trio T cabar.. berhenti tipu rakyat

Trio Dato T minta disaman sebab video2 seks Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.

Cabaran itu dibuat oleh salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.

Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.

‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baca sepenuhnya di Utusan Malaysia sini

Thursday 26 January 2012

Kaitan Bangsa Dengan Bisnes - Tun Dr. Mahathir

1. Seorang pengerusi badan Kerajaan berkata pembangunan negara ini akan tergendala selagi ada usaha mengaitkan bangsa dengan bisnes.

2. Kita akui yang pengerusi berkenaan mempunyai kebolehan tertentu yang menyebabkan ia dilantik oleh Kerajaan sebagai pengerusi, tetapi orang lain tidak mempunyai sifat tertentu dan masih perlu diberi pertimbangan dalam perniagaan dan lain-lain berasas kepada bangsa mereka.

3. Benarkah pengambilan kira bangsa dalam perniagaan di Malaysia melalui dasar DEB menghalang pertumbuhan ekonominya? Dunia mengakui bahawa Malaysia yang berbilang kaum ini lebih cepat dan tinggi tahap pembangunannya dari negara-negara membangun yang lain yang tidak mempunyai masalah bangsa untuk diambilkira.

4. Memang mungkin jika masalah kaum tidak menghantui Malaysia pertumbuhannya menjadi lebih pesat. Tetapi apabila agihan kekayaan begitu luas di antara kaum, besar kemungkinan permusuhan akan berlaku antara kaum yang miskin dengan kaum yang kaya.  

5. Permusuhan ini sudah tentu akan menyebabkan ketegangan dalam masyarakat dan menjadikan negara tidak stabil dan terdedah kepada huru hara dan rusuhan. 

6. Keadaan seperti ini akan menghalang pelaburan, dagangan dan perusahaan. Dalam iklim seperti ini ekonomi tidak mungkin tumbuh dengan baik. Pembangunan akan terjejas.

7. Yang jelas ialah mengenepikan masalah bangsa dalam negara berbilang kaum, tidak juga menjamin kepesatan pembangunan.

8. Kata pepatah Melayu, telan mati pak, luah mati emak.

9. Namun adalah lebih baik pembangunan terlewat sedikit daripada kehancuran akibat rusuhan.

Sumber : Che Det

GTP menulis,

GTP hormat dengan negarawan ulung ini. Nak harapkan negarawan di dalam PAKATAN HARAM tak payah lah. 

Tiada yang lebih fitnah dari fitnah belaka dakwaan PAKATAN HARAM ni. Walau pun 1 ketika dahulu PAKATAN HARAM merupakan juara fitnah sehingga ke Israel, tapi jangan haraplah, rakyat Malaysia akan terus mempercayai fitnah segala fitnah dan segalanya fitnah belaka.

Kita akan terus membersihkan segala yang batil kerana yang batil di bumi Malaysia ini adalah hadir dari kebatilan dan akhlak katak sejumlah pemimpin PAKATAN HARAM.


Sebagai rakyat Malaysia, mari semua orang kita terus kepada fitrah berfikir sebelum membuat keputusan.


Dosa besar walau pun boleh di sorok dari kepercayaan umum, tidak pernah terfikir ker Allah Maha Adil.


Jangan la sampai nak menghancurkan negara disebabkan kerakusan ingin bertakhta.

Rasullaullah Nabi Junjungan Mohamad Abdullah juga pernah bersabda bahawasanya berniaga itu pekerjaan yang paling mulia dan di tuntut sekali.


Rezeki kehidupan seharian itu, 80% datangnya dari rezeki meniaga. Manusia hidup pun dari hasil berniaga. Apa ada hal?? Bantulah manusia meniaga. Bukan tau nak dengki khianat saja.


Di dunia ini, yang paling sukar sekali hendak meniaga ialah bangsa Melayu. Bukan kerana bangsa Melayu tidak menerima segala bentuk bantuan dan sokongan.


Tetapi kewujudan hasat dengki, fitnah dan khianat dari mereka yang tidak puas hati melihat Melayu lain gigih berusaha.


Bangsa Melayu jangan membunuh bangsa Melayu dengan hulu bahasa. Hulu bahasa lebih pedih dari hujung pedang.
 
Bila yang meniaga itu Melayu, kita tetap akan sokong. Kenapa?? Tidak bangga melihat Melayu berjaya meniaga??




Muhd Sha'ani Abdullah tidak perlu lagi jadi suara SUHAKAM kerana tidak bertindak ADIL.. Bard Simpson yang kata.. Tak caya, klik lah tengok.. Apa darrrr..

Polis Tak Bodoh, Yang Bodoh Adalah Pesuruhjaya Suhakam


Semalam ketua sebuah pertubuhan tidak berdaftar yang dikenali sebagai ABU yang mana ianya diketuai oleh orang yang kalah dalam perebutan jawatan Ketua AMK Pusat di tangan Shamsul Iskandar telah pergi membuat laporan di Suhakam berhubung insiden di Kampung Jalan Kebun Sabtu lepas.
 
Saya tidak mahu pertikai hak dia untuk membuat laporan kepada Suhakam. Tetapi apa yang mengejutkan adalah kenyataan daripada Pesuruhjaya Suhakam , Muhd Sha'ani Abdullah, selepas beliau menerima laporan berkenaan.
 
Beliau terus naik angin dan berkata polis bodoh serta tidak matang dalam menangani kejadian tersebut. 
 
Sungguh mengejutkan !

 
Dengan laporan dari sebelah pihak yang mewakili pertubuhan tidak berdaftar dan entah apa yang dikelentong mereka, tanpa memanggil polis memberi penjelasan terlebih dahulu, Pesuruhjaya Suhakam terus cop polis bodoh.
 
Bukan polis yang bodoh, yang bodoh adalah Muhd Sha'ani Abdullah.
 
Sebagai Pesuruhjaya Suhakam, Sha'ani mempunyai standard yang jauh lebih tinggi dari pemimpin pertubuhan yang tidak berdaftar dan beliau mesti tahu fakta serta tahu tanggungjawab beliau.

 
Suhakam sebagai sebuah badan bebas yang berfungsi seperti sebuah mahkamah dan Sha'ani sendiri sebagai seorang pesuruhjaya yang berfungsi seperti seorang hakim sepatutnya perlu dengar penjelasan dari kedua-dua pihak sebelum membuat kesimpulan dan mengeluarkan sebarang kenyataan. 
 
Kerajaan menubuhkan Suhakam dan menyalurkan bantuan berpuluh juta setahun kepada Suhakam adalah untuk tujuan hak asasi rakyat. Bukannya untuk pertahankan kerajaan, bukan untuk berlawan dengan kerajaan dan bukan untuk pesuruhjayanya bermain politik. 
 
Muhd Sha'ani tidak patut lagi berada dalam Suhakam kerana beliau sendiri sudah tidak ada ciri-ciri hak asasi. Beliau tidak beri peluang kepada polis untuk mempertahankan hak asasi mereka, sebaliknya beliau terus mengcop polis bodoh.
 
Ciri-ciri hak asasi sudah tidak ada dalam dirinya dan mana mungkin orang-orang yang tiada ciri-ciri hak asasi terus berada dalam sebuah badan yang memperjuangkan hak asasi. Dia harus berundur dari jawatannya itu secara sukarela. Kalau dia tak berundur juga maknanya dia bodoh. 
 
 
GTP nak cakap apa pun tak tau lah dengan pengasas SAMM dan ABU nih.. Banyak sangat produk asas yang dia nih cuba duk mencuba.. tapi menyalak tetap 'tang tu jugak'..
 
Ko nih dah betul-betul jadi orang bulan.. Ke kanan kau hebohkan Hindraf, ke kiri ko hebohkan Bersih 2.0 la.. 901 la.. AUKU la.. Macam-macam kau cuba pusing tapi semua pun 'kong ko ling kong'.

 GTP langsung tak takut malah kalau jumpa si Bard Simpson nih memang nak tunjal kepala dia dengan jari-jari halus GTP nih.. hihi..

 GTP tak takut dengan perjuangan yang mahu melihat UMNO/BN terus gagah di bumi Allah Malaysia ini.

GTP juga setuju dengan pandangan RBF Online ni.. lebih baik Muhd Sha'ani Abdullah ni jadi muka buku saja dari jadi muka tembok yang tak reti bahasa objektif penubuhan SUHAKAM.

Nampaknya, di pihak pengurusan SUHAKAM kena menilai sendiri dan perlu mengambil tindakan sewajarnya.

Ni bukan cerita sebelum terjadi apa-apa.. ini sudah terjadi dan berlaku pun.. langsung tiada apa-apa tindakan bijak dari pengurusan.. jangan sampai cara dan adab dah carca marba baru nak kata kita perlu mengubahnya..

Sebagai pejuang cyber, GTP pun rasa jelak juga.. Bertindak adillah kepada semua dan mengambil kira semua aspek.
 
Pendek kata, sila ambil tindakan ke atas Muhd Sha'ani Abdullah, Pesuruhjaya Suhakam

AMARAN : Berhenti menuduh dan mengfitnah UMNO dan BN kerana kerosakan adalah kerja dan tugasan PAKATAN HARAM dan sekutunya.. Deyyyy Matcha Bard Simpson!!! Apa daaaaar..

ADUN PKR Sendiri Dakwa Chegubard Punca Pergaduhan Di Kelang?

 
Sedutan dari blog
Jika dilihat dalam video yang ditayangkan memperlihatkan anak anak melayu Jln Kebun bertindak biadap keatas program yang dijayakan Pakatan DAP,PAS, PKR. Anak melayu dilihat menyerang mereka yang berada dalam dewan MBSA. Itu yang dipaparkan dalam video tersebut.
 
Mengapa Pakatan mengadakan program HINDRAF di Kg Jln Kebun sedangkan kawasan tersebut 100% orang Melayu? Dan mengapa program Hindraf diadakan pada waktu Maghrib? Apakah anda nampak motif utama mereka?
 
Sekarang ini Pakatan PAS, DAP, PKR melalui media upahan mereka memainkan video tersebut yang mana seolah olah UMNO dalang dalam pergaduhan tersebut. Hakikatnya mereka Pakatan lah yang mencetuskan pergaduhan tersebut kerana dilakukan didalam sebuah penempatan yang 100% Melayu.
 
Suhaimi Shafie Adun Sri Muda dari PKR turut melahirkan rasa kecewa berhubung pekara tersebut dan meminta pihak penganjur iaitu Chegubard bertanggungjawap diatas apa yang telah berlaku. Beliau juga turut menyatakan tidak mengetahui program Hindraf yang dianjurkan oleh Chegubard. Chegubard juga tidak langsung meminta kebenaran dari beliau untuk mengadakan program malam tadi.
 
Apa pun yang diulas mengenai video KLIK ... Kejadian tersebut hakikatnya Kg Jln Kebun penduduknya adalah 100% Orang Melayu. Apakejadahnya HINDRAF mengadakan program didalam Kg Jln Kebun? Fikir fikirkan lah....
 

Wednesday 25 January 2012

Chegu Bard Bedul kaki gaduh

Chegu Bard Dan Hindraf Biadap Punca Pergaduhan Di Jalan Kebun !



Pada Sabtu malam Ahad yang lepas telah berlaku satu pergaduhan yang melibatkan pertubuhan haram hindraf dengan penduduk-penduduk kampung Jalan Kebun, Klang.

Kampung Jalan Kebun

Kampung berkenaan terletak bersempadan antara Shah Alam dan Klang.

Penduduknya 6000 orang dan 100 % melayu.

Penduduk mempunyai semangat persaudaraan serta kejiranan yang tinggi dan tidak berpecah belah walaupun berbeza fahaman politik.

Masjid sentiasa ‘hidup’ dengan aktiviti dan solat berjemaah sentiasa ramai walaupun pada waktu Zuhur dan Asar pada hari bekerja.

Penduduknya sangat sensitif dalam soal agama dan bangsa sejak zaman-berzaman.

Majlis

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shahrin telah menganjurkan satu majlis ceramah yang dinamakan Tamatkan Rejim Umno dan juga kempen ABU (Asal Bukan Umno) di Dewan MBSA Kampung Jalan Kebun.

Pertubuhan haram hindraf dan Pas turut sama terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Penganjuran program tidak dimaklumkan kepada pihak polis.

Kampung Jalan Kebun terletak dalam Dun Sri Muda yang mana wakil rakyatnya adalah dari parti PKR. Adun berkenaan juga tidak dimaklumkan tentang penganjuran program tersebut oleh Badrul Hisham.

Punca Pergaduhan

Seperti yang kita semua tahu, pengikut-pengikut hindraf kurang ajar. Mereka pernah menyerbu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri pada tahun 2008.

Mereka masuk ke kampung melayu dan buat seperti kampung mereka. Langsung tidak tahu untuk menghormati adat dan agama orang lain. Bukan setakat tidak tahu hormat, malah mereka melakukan provokasi terhadap penduduk kampung pula.

Pada jam 7.30 malam iaitu pada waktu Maghrib, penyokong-penyokong hindraf berkumpul di tepi jalan di hadapan dewan tempat ceramah diadakan dalam keadaan bersorak dan menjerit-jerit sambil mengibarkan bendera hindraf.

Gelagat mereka telah mengundang kemarahan penduduk kampung kerana mereka tidak menghormati waktu Maghrib serta penduduk sekitar.

Penduduk memberi amaran , tetapi mereka tidak mengendahkannya. Berita tersebut tersebar ke serata kampung. Berduyun-duyun penduduk kampung datang ke dewan berkenaan. Berlaku pertengkaran dan cabar mencabar yang membawa kepada pergaduhan.

Sewaktu pergaduhan berlaku Badrul Hisham selaku penganjur utama menyembunyikan diri. Selepas semuanya selesai barulah dia muncul dengan berlagak sebagai seorang hero.

Ulasan Peristiwa
Dalam hal ini kesalahan perlu diletak diatas bahu penganjur,kerana mereka yang menyalakan api terlebih dahulu.

Pergaduhan tidak akan berlaku sekiranya penganjur tidak memilih lokasi di kawasan yang sensitif. Banyak lagi dewan lain yang ada untuk mereka mengadakan ceramah , tetapi kenapa mereka heret hindraf ke kawasan melayu yang sensitif ? Tidak lain tidak bukan untuk tujuan provokasi.

Pergaduhan juga tidak akan berlaku sekiranya penyokong-penyokong hindraf tidak bersorak-sorak sambil mengibar bendera di tepi jalan pada waktu Maghrib.

Sekiranya Adun Sri Muda dari parti PKR dan pihak polis dimaklumkan terlebih dahulu tentang penganjuran ceramah di kawasan berkenaan ,sudah pasti mereka juga akan menghalangnya kerana mereka tahu keadaan tempat tersebut.

Kebiasaannya ceramah-ceramah politik diadakan selepas waktu Isyak. Tetapi di Kampung Jalan Kebun pada hari berkenaan ceramah bermula serentak dengan waktu Maghrib.

Badrul Hisham memang terkenal sebagai seorang kaki provok dan orang yang suka menimbulkan kekacauan. Tidak mustahil dia telah merancang semua itu supaya pergaduhan tercetus kerana ingin mencari publisiti murahan.

Badrul cuba menyalahkan pihak polis dengan menuduh polis lambat bertindak. Selama ini dialah orang yang terkenal dengan sikap suka memaki hamun polis.

Dalam hal ini polis tidak boleh dipersalahkan. Apabila sudah tersepit barulah dia ingatkan polis. Kenapa sebelum anjurkan program dia tidak maklumkan kepada polis ?

Itulah sebabnya penting kebenaran atau permit dari polis sebelum sesuatu program dianjurkan. Tidak lain tidak bukan supaya senang pihak polis bersedia jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Sumber: http://sel13.com/archives/1279

Tuesday 24 January 2012

Apa juga kata Pakatan Haram, Populariti PM jauh ke hadapan

Populariti Najib Sentiasa Berada Di Hadapan Anwar


Datuk Seri Najib Razak merupakan pemimpin pilihan untuk rakyat Malaysia kata Datuk Seri Chua Soi Lek, berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya kerap kali bercakap bohong.

Presiden MCA itu juga percaya, pembebasan daripada pertuduhan liwat terhadap Anwar telah membersihkan imej perdana menteri dan bukannya ketua pembangkang tersebut, dan membuktikan ketelusan Badan Kehakiman - garisan yang digunakan pentadbiran Najib selepas keputusan dibuat pada 9 Januari lalu.

Sehubungan itu, Dr Chua (gambar) menolak dakwaan bahawa pembebasan tersebut meletakkan kedua-dua musuh politik itu setaraf, dan mustahil akan mempunyai satu kesan besar dalam keputusan pilihan raya umum akan datang.

“Dari sejak mula, ia bukanlah berada dalam kedudukan yang setaraf dan kajian-kajian telah menunjukkaj Najib lebih popular berbanding dalam caranya yang tersendiri.

“Kajian mereka (pembangkang) juga mengesahkannya. Jadi, ini bermakna, mereka tidak bermula di atas padang yang sama,” jelas Dr Chua kepada The Malaysian Insider dalam temuramah eksklusif di sini.

Berdasarkan analisis pembebasan Anwar yang mendapat liputan meluas, penganalisis berpendapat, kedua-dua pesaing politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berada dalam keadaan sama-sama di hadapan bagi merebut sokongan rakyat kumpulan pertengahan Malaysia.

Tambah mereka, dengan berakhirnya kes liwat tersebut, kedua-dua belah pihak mula beralih perhatian membangunkan ekonomi dan pembaharuan bagi memastikan Malaysia kekal kempetitif.

“Kesan positif daripada kes berkenaan telah menyeimbangkan padang permainan mereka,” menurut Ibrahim Suffian daripada Merdeka Centre kepada The Malaysian Insider.

Namun begitu, jelas Dr Chua, populariti awal Anwar menurun apabila beliau kembali semula ke dalam arena politik beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya rasakan beliau telah beberapa kali digelar penipu, pertama, apabila mereka katakan mereka akan mengambil alih kerajaan. Saya masih ingat lagi saya pernah menerima SMS yang mengatakan Agong akan menerima angkat sumpah daripada Anwar sebagai perdana menteri yang baru.

“Apabila anda terlalu kerap berbohong, akan tiba masanya di mana orang akan hilang kepercayaan terhadap kamu,” katanya.

Dr Chua merujuk kepada cubaan rampasan kuasa oleh Anwar pada 16 September, apabila ketua pembangkang itu telah menggembar-gemburkan akan berlakunya pembelotan beramai-ramai daripada BN yang akan menyaksikan pakatan pembangkang menawan Putrajaya.

Percubaan yang gagal itu terus menghantui Anwar sejak beberapa tahun, dengan pemimpin BN melaungkan kepada masyarakat,insiden itu menunjukkan betapa ketua pembangkang itu kerap menipu dan membohongi rakyat.

“Kemudian, rakyat, apa yang digelar “PM yang dilantik” itu, apa lagi yang dia telah buat?

“Ini kerana RPK (penulis blog Raja Petra Kamaruddin) telah menegaskan — dalam masa tiga tahun, dia (Anwar) telah pergi luar negara 60 atau 100 kali. Bolehkah anda bayangkan? Pergi ke seluruh dunia, memberi ceramah. rakyat boleh melihat samada beliau hanya memutarkan isu, dan bermain politik,” kata Dr Chua lagi.

Sebaliknya pula, menurut bekas Menteri Kesihatan ini, Najib tetap fokus dalam pentadbirannya dan melakukan perubahan terhadap ekonomi negara.

“Sama ada kamu memihak kepada Najib atau tidak, beliau telah bekerja keras bagi melakukan transformasi ekonomi negara ini dan kesemua petunjuknya menunjukkan, terutamanya pelaburan langsung asing kita meningkat,” tambahnya.

Menurut Dr Chua, komuniti perniagaan adalah “kumpulan yang praktikal” yang berpegang kepada penyampaian adalah lebih utama berbanding retorik politik, dan bagi penghormatan tersebut, Najib telah jauh mendahului Anwar dari segi perbandingan populariti.

Didorong oleh faktor rasa bagus berikutan pembebasan Anwar dan pemberian-pemberian tunai daripada Belanjawan 2012, secara meluasnya, menjangkakan Najib akan melaksanakan pilihan raya dalam masa terdekat, memandangkan mandat BN memerintah akan tamat pada bulan Mei 2013.
 
Sumber : Politik Harian

Sunday 22 January 2012

Graduan Perempuan pula di cari ugut bunuh PM


Gejala menyalahgunakan kemudahan aplikasi laman sosial Facebook dikalangan pengguna laman tersebut akhirnya memakan diri,jika sebelum ini diberitakan seorang pelajar lelaki dari USM ditahan gara-gara membuat entri untuk meletakkan bom ke dalam helikopter yang akan dinaiki oleh PM,kini pelajar perempuan pula ditahan kerana meluahkan kata-kata berbaur ugutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam facebook miliknya.

Walaupun mungkin niat hanya sekadar “gurauan nakal”tetapi perkara ini tidak boleh dianggap remeh,apatah lagi ugutan tersebut ditujukan kepada pemimpin negara.Ikuti berita sepenuhnya

ALOR SETAR: Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Sungai Petani, di sini, ditahan selepas didapati menghamburkan kata-kata berbaur ugutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam laman sosial facebook miliknya.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, polis mengesan aktiviti itu pada jam 10 malam kelmarin sebelum menjejaki pelajar berkenaan berikutan kata-katanya mampu mengancam nyawa pemimpin negara termasuk menggunakan perkataan lucah.

Katanya, pihaknya menahan pelajar jurusan pergigian berusia 20 tahun di pusat pada jam 9 pagi semalam sebelum diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di Sungai Petani.

“Ketika keterangan diambil, kami turut memanggil keluarganya supaya mengetahui aktiviti anak mereka. Pelajar itu dibebaskan petang tadi (semalam) selepas mendapat jaminan daripada keluarganya.

“Berdasarkan keterangan pelajar itu, kami akan memanggil satu pihak lagi yang dipercayai mempunyai kaitan dengan perbuatan berkenaan dan siasatan terperinci sedang dijalankan daripada segenap penjuru,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Ahmad berkata, pihaknya turut merampas telefon bimbit termasuk komputer riba milik pelajar itu supaya semakan secara menyeluruh dapat dijalankan.

Menurutnya, pihaknya mengambil keputusan untuk membebaskan pelajar berkenaan kerana dia turut terbabit dengan peperiksaan selain tidak mahu mengganggu pembelajaran selepas mendapat jaminan daripada keluarganya.

GTP Kata, apa nak jadi dengan graduan dalam Malaysia nih?? Tak reti langsung bersyukur.. Hebat lah tu..

Sumber : Encik Nakal

Mata Hati Buta.. 2 Graduan Berani Jual Negara

HOT : ALASAN BODOH 2 GRADUAN UiTM YANG TAK RETI BERSYUKUR SERTAI DAP??

Tahniah EP ucakpan pada kedua-dua anak Melayu ini kerana berjaya membutakan hati mereka untuk menyertai DAP. Setelah ditatang bagai minyak yang penuh oleh kerajaan sejak dari sekolah rendah, menengah dan universiti dasar-dasar yang digubal bagi memastikan anak Melayu di Malaysia mendapat pendidikan yang terbaik, mereka masih tidak bersyukur dan bertindak untuk menjadi tali barut parti yang hendak menjahanamkan orang Melayu di bumi ini..

Dua graduan muda jurusan undang-undang daripada UiTM yang berminat dengan politik telah memilih untuk menyertai DAP. Mereka adalah Fairuz Azhan Amirruddin dan Dyana Sofya Mohd Daud.

Fairuz Azhan, 25, merupakan seorang penulis manakala Dyana Sofya, 24, seorang peguam.
Penyertaan mereka dilihat sebagai keseinambungan populariti parti tersebut di kalangan profesional Melayu yang semakin meningkat.

Kedua-dua mereka telah diperkenalkan dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP Perak di sini hari ini.

Dalam sidang media itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mengalu-alukan penyertaan Fairuz dan Dyana berkata, kemasukan mereka ke dalam DAP mengingatkan beliau kenangan manisnya menceburi bidang politik 46 tahun yang lalu.
Mari kita lihat apa sebabnya kedua-dua anak Melayu yang tak reti nak bersyukur ini menyertai DAP. Alasan yang diberikan oleh mereka agak mencurigakan..penuh dengan penipuan..EP rasa alasan ini bukannya diberikan kedua-dua budak itu tetapi mungkin dikarang oleh wartawan roketkini sudapat dapat mengangkat nama Lim Guan Eng..
Sementara itu, Fairuz Azhan menjelaskan beliau menyertai DAP kerana tidak sanggup berdiam diri melihat negara semakin lama semakin dirosakkan oleh kerajaan UMNO-BN.
Beliau mengambil contoh kadar hutang negara yang semakin meningkat akibat sikap tidak bertanggungjawab kerajaan kini dan secara langsung menyebabkan rakyat menderita kerana pemotongan subsidi dan juga pengenalan cukai baru seperti GST yang bakal menambah beban rakyat.

“Saya juga percaya dengan ideologi yang dibawa oleh parti. Mengikut pemahaman saya, Deklarasi Setapak yang menegaskan tujuan penubuhan DAP adalah untuk mempertahankan Perlembagaan negara. Ini juga bermaksud, DAP  mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi, menzahirkan kedaulatan Raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, dan kedudukan istimewa bumiputera.

“Saya juga berpegang kepada ideologi demokrasi sosial yang kejayaannya boleh dilihat di Pulau Pinang. Saya juga yakin bahawa DAP merupakan platform yang terbaik untuk membebaskan minda masyarakat daripada politik perkauman dan politik ketakutan.”

Dyana Sofya pula berpendapat bahawa kejayaan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meyakinkan beliau untuk memilih DAP sebagai wadah politiknya.

“Bayangkan jika kejayaan CAT di Pulau Pinang boleh diketengahkan ke peringkat kerajaan pusat? Bukankah semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan mendapat faedah secara lebih adil dan saksama?

“Kemiskinan tegar telah dihapuskan di Pulau Pinang dan kemakmuran negeri bertambah berlipat kali ganda. Mengapa kita tidak boleh mengimpikan itu di peringkat nasional?” katanya.
EP harap selepas ini tiada lagi mahasiswa UiTM yang sanggup membodohkan diri dan mereka untuk menyertai parti rasis ini kononnya kerana perjuangan parti ini..Kalau dah mesyuarat Exco Khas di Pulau Pinang dibuat pada ketika orang Islam menunaikan solat Jumaat, Tak rasis lagi ke tu??
 
Sumber : Empayar Pemuda

Saturday 21 January 2012

Anwar halalkan berselingkuh pula

 
Apa maknanya berselingkuh? Kalau cari dalam wikipedia, maksudnya persetubuhan sama ada secara normal atau sebaliknya.
Perselingkuhan adalah hubungan antara individu baik laki-laki maupun perempuan yang sudah menikah ataupun yang belum menikah dengan orang lain yang bukan pasangannya. - Wikipedia
Baru - baru ni dalam temubual bersama dengan BBC, Si Ketua Penipu tu dikatakan telah mendakwa bahawa hukuman terhadap sodomi ini sebagai undang - undang lapuk.

Malam semalam, sewaktu mengadakan majlis kesyukuran kerana dilepaskan dari kes liwat dia terhadap Mohd Saiful, Si Ketua Penipu tu telah menghalalkan pulak 'Perselingkuhan' ni.

Kata dia, umat Islam tidak dibenarkan untuk menghukum seseorang melakukan 'perselingkuhan' kecuali ianya dilakukan dihadapan khalayak ramai.
"Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?... Bukan mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh," tegasnya di hadapan tetamu yang hadir di kediamannya di Segambut Dalam, malam tadi.
Maknanya, kalau nak buat kerja - kerja seperti meliwat dan berzina tanpa pernikahan sekali pun, ianya boleh dilakukan. Janji jangan depan orang ramai.

Selagi ianya dilakukan ditempat persendirian, maka perbuatan tersebut boleh dianggap 'Halal'. Adakah itu yang dia maksudkan?

Takkan la Si Ketua Penipu tu tak tau yang perbuatan berzina diluar pernikahan ni adalah haram disisi Islam. Inikan pulak nak meliwat. 

Tak kira la sama ada ianya dilakukan secara terang - terangan mahupun secara sembunyi - sembunyi ditempat persendirian.

Dalam kes dia pulak, bukannya orang lain pergi buat laporan terhadap dia dan mengatakan yang dia meliwat Mohd Saiful. Mohd Saiful tu sendiri yang buat laporan tersebut.

Jadi, adakah orang yang menjadi mangsa liwat ni tak boleh buat laporan sebab perselingkuhan tu dilakukan bukan ditempat awam?

Nampak sangat Si Ketua Penipu tu cuba nak menegakkan benang yang basah dengan menghalalkan pulak 'perselingkuhan' ni melalui hukum Islam. Kalau dah haram tu, haram la jugak!!! Itu pun dia tak faham - faham jugak ke!!!

Wednesday 18 January 2012

AWAS : Pocong berkeliaran di Pejabat Agung PAS di temui.. Betul ker??

Kerja Bodoh! Adam Adli N The Geng (Mahasewel) Bawa Pocong Di Chow Kit!

 

 Korang nak kapankan sapa tu bro?

Klik sini tengok.. Huh!!!!

Lokasi : di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sapa yang lupa diri sangat nih???


Apa nak jadi lah dengan anak-anak Pak Ali nih. Kalau ia pun nak gaduh anak beranak tak perlu lah nak bermuka-muka...

Orang lain pun ada adik beradik, tak pula sampai macam korang nih. Sudah-sudahlah..

Petikan Umi Ali;
"Harapan saya agar Azmin kembali ke pangkuan keluarga dan meninggalkan (perjuangan) Anwar," katanya. Klik sini tengok

p/s : Huwa huwa huwa.. Kelakar ker?? Pedas lah sangat..

Petikan Zulkifli Noordin (Facebook)
Lps Hasan Ali dgn Mustapa Ali,ari ni Azwan Ali lwn Umi Hafilda Ali plk! Umi buat repot polis Azwan nk bunuh dia..aawww! Mcm2 hal ank2 Ali ni yop!
p/s : Apa nak jadi anak PAk Ali ni?? Klik sini

Tuesday 17 January 2012

Hebat lakonan Wardina , baru cuba untuk saingi lakonan Wan Azizah

Hari ini Puteri terbaca lagi cerita pasal rumah  Wardina di rompak dan seakan akan cerita ini sengaja di drag panjang apabila anak  Wardina pula mahu  pencuri jadi orang baik. Yang dirompak tidak berapa sangat , tetapi cerita dah tiga kali puteri baca. macam ada  yang tak kena saja. Puteri  mahu menulisnya tetapi puteri kata biarlah , tenguk dulu sandiwara  Wardina ini. kenapa dah tak lakukan.

Apakah sebenar yang mahu disampaikan oleh Wardina, hidup di Kuala Lumpur sekarang tidak selamat.  Kerajaan sekarang gagal jaga keselamatan rakyat.Dia juga berkata dalam twitternya sekarang banyak rompak dan minta rakyat berhati hati. macam wakil rakyat. baca ini

Apa pula pendedahan blogger  RBF tentang isu ini.kata RBF ada ke orang yang sedang Troma boleh bertwitter dan Face book. Mungkin juga  populariti Wardina kini sudah meredum, rakat sudah meluat dengan perangai sombong bongkak perasan lawa dia .baca sini





Kempen Kebersihan alam sekitar rupanya.. Dapat tander Alam Flora ker??

 PAKATAN pembangkang yang semakin teruja untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) telah melancarkan satu gagasan iaitu ‘Membersihkan Malaysia’.


Dalam kongres yang berlangsung di Alor Setar, kelmarin mereka menyatakan ia adalah ‘Tawaran Jingga’ untuk mengundang seluruh rakyat dalam misi berkenaan kononnya yang membersihkan negara ini daripada pelbagai kekotoran pengurusan pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Persoalan siapakah yang harus dibersihkan? Malaysia, BN, UMNO atau pakatan pembangkang sendiri yang dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi meraih kuasa politik?

Hakikatnya, daripada pakatan pembangkang menumpukan perhatian kepada usaha membersihkan Malaysia mereka sepatutnya membersihkan dahulu segala kepincangan yang berlaku dalam negeri-negeri yang diterajui oleh mereka iaitu seperti di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.

Mereka sepatutnya membuat kaji selidik bertanya kepada rakyat di negeri-negeri berkenaan apakah mereka berpuas hati dengan pemerintah Pas di Kedah dan Kelantan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor dan DAP di Pulau Pinang. Usah bersikap ibarat ‘gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak’.

Bukankah kaji selidik yang dijalankan oleh pelbagai pihak sebelum ini sudah menunjukkan bahawa populariti pakatan pembangkang semakin merudum.

Pakatan pembangkang masih lagi dibuai kejayaan pada tahun 2008 dan beranggapan sentimen rakyat masih kekal menyokong mereka seperti mana pada tahun tersebut.

Tetapi mereka terlupa, BN sudah tidak lagi meratapi keputusan buruk tersebut, sebaliknya bangkit melakukan perubahan bagi meraih sokongan rakyat.

BN sudah banyak belajar daripada kesilapan yang dilakukan pada tahun 2008 tetapi bagaimana dengan pembangkang?

Mereka mahukan ‘membersihkan Malaysia’ tetapi diri sendiri pun belum tentu bersih. Kalau betul pembangkang mahu berbuat demikian, maka pastikan bukan sahaja bersih tetapi juga dilihat bersih.

Jangan bersekongkol dengan pemimpin yang ada masalah moral dengan menganggap ia fitnah dan urusan peribadi, jangan cuba menutupi kelemahan pentadbiran di negeri- negeri yang mereka kuasai dengan alasan bantahan rakyat dalam pelbagai isu yang berlaku ada perancangan UMNO dan BN.

Jelaslah sikap pembangkang seperti mana kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak pernah berubah, mereka sentiasa sahaja mencari kesalahan kerajaan BN semata-mata untuk meraih undi.

Walaupun mereka secara diam-diam mengakui di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pelbagai transformasi dilakukan dalam semua bidang, namun mereka enggan mengakui.

Sebab itulah apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan BN dianggap tidak betul belaka, tidak ada sekelumit pun pengiktirafan yang diberikan biar pun mereka mengetahui apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah baik.

Malang sekali kepada Malaysia kerana mempunyai satu barisan pembangkang yang bukannya bersikap check and balance tetapi lebih kepada usaha merebut kuasa politik dalam pilihan raya. Keghairahan untuk memenuhi impian pemimpin utama mereka menjadi Perdana Menteri telah menyebabkan segala kebaikan kerajaan mahu dilupakan.

Namun begitu kita yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan politik sempit dan merebut kekuasaan yang sedang diuar-uarkan pembangkang melalui slogan ‘Bersihkan Malaysia’.

Rakyat terutamanya golongan yang terpedaya dengan slogan ‘Harapan Baru’ yang diuar- uarkan oleh pakatan pembangkang pada tahun 2008 sudah sedar akan kesilapan mereka.

Ternyata sekali ‘Harapan Baru’ yang kononnya akan membawa kecemerlangan kepada rakyat jika memilih pembangkang hanyalah omong kosong sahaja.

Rakyat sudah lihat bagaimana ‘kelam-kabutnya’ pemerintahan PKR, DAP dan Pas di negeri-negeri yang mereka kuasa.

Di Pulau Pinang pelbagai kontroversi berlaku, di Kedah. Pas dilihat tidak membawa apa-apa kemajuan, di Selangor kerajaan negeri terus berpolitik sehinggakan isu air pun tidak boleh diselesaikan sementara masalah sampah menjadi ‘ancaman terbaru’ kepada penduduk manakala di Kelantan, sejak 1990 negeri itu hanya kaya dengan slogan tetapi kehidupan rakyat semakin tertekan.

Oleh itu hasrat pakatan pembangkang untuk ‘Membersihkan Malaysia’ hanya satu lagi slogan dalam usaha ‘mempedayakan’ rakyat menyokong mereka.

Justeru adalah wajar rakyat terutamanya golongan atas pagar memikir semasak-masaknya propaganda baru pakatan pembangkang tersebut. Mereka perlu menilai dan meneliti setiap hujah pembangkang melalui slogan ‘Membersihkan Malaysia’ itu.

Cuba bertanya apa yang hendak dibersihkan, kerajaan BN sudah melakukan pelbagai perubahan dalam semua perkara yang selama ini menjadi kontroversi.

Biar pun ada tindakan tersebut tidak memuaskan hati pihak lain tetapi kerajaan terpaksa melakukannya dalam usaha memastikan tiada perkara yang akan dipolitikkan oleh pembangkang.

Malahan dari semasa ke semasa, pelan transformasi yang dibawa oleh Najib semakin diterima oleh rakyat dan mula mendatangkan kesan kepada sokongan politik untuk BN.

Semua ini meresahkan pakatan pembangkang kerana mereka mengetahui kepimpinan Najib berbeza dengan kepimpinan negara pada tahun 2008.

Justeru mahu tidak mahu mereka perlu mencari alasan bagi memburuk-burukkan kerajaan seolah-olah kalau pembangkang memerintah, Malaysia akan menjadi lebih baik.

Tetapi cuba bertanya apa lagi pembangkang hendak lakukan, segala-galanya sudah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan BN, tiada pihak yang tertindas atau tidak dibela, tidak ada mana-mana kelompok yang dipinggirkan dan tidak ada mana-mana golongan yang dianiaya.

Malahan kerajaan BN juga menunjukkan ketelusan dalam setiap perkara yang dilakukan termasuklah memerangi rasuah, tidak ada sikap berat sebelah dan tidak tolak ansur.

Namun malangnya tiada pengiktirafan daripada pembangkang, sebaliknya mereka menganggap kalau kena puak mereka itu konspirasi dan fitnah, kalau kena puak BN, mereka akan anggap itu sandiwara.

Maknanya, buatlah apa pun kebaikan atau tindakan, yang pasti tidak akan satu patah pun pujian yang akan diterima daripada pembangkang. Namun begitu biarlah pembangkang dengan agenda politik mereka kerana matlamat mereka hanya untuk merebut kuasa politik berbanding BN yang bertungkus-lumus melakukan pelbagai pendekatan dan tindakan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Justeru tidak apa-apa yang perlu dikhuatiri dengan slogan ‘Membersihkan Malaysia’ kerana rakyat tahu menilai, siapakah yang sepatutnya ‘dibersihkan’, BN yang sudah banyak menabur jasa dan terus berusaha meningkatkan taraf hidup mereka atau pembangkang yang tidak melakukan apa-apa selain berusaha merebut kuasa!

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my

Sumber Pendua : n9kini.net