Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday, 31 January 2012

Israel mengaku Anwar, Abang Long Yahudi!!


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kecewa dan tidak berasa terkejut dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melindungi keselamatan Israel.

Dr Mahathir juga membidas bekas timbalannya itu yang selalu menjejaskan nama baik negara di mata dunia.

Beliau mendakwa ketua pembangkang itu itu sememangnya mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dahulu lagi.

"Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan siri syarahan Razak berjudul 'A Malaysian Approach ro Public Leadership' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Sebagai pemimpin yang telah lama mengenali perwatakan Anwar, Dr Mahathir berkata motif dan tujuan pemimpin pembangkang itu adalah untuk menonjol dan mempromosikan diri sendiri kononnya beliau adalah pemimpin moden dan liberal sekaligus mengharapkan pujian daripada negara Barat.

"Saya tak hairan kerana saya tahu dia (Anwar) sangat rapat dengan mereka (Israel). Dia amat mesra dengan ramai anggota Kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi," dakwanya.

Ditanya mengenai kepimpinan Anwar, Dr Mahathir berkata tanpa sebarang hala tuju dan agenda pembangunan untuk negara dan rakyat, bekas timbalan perdana menteri itu berkeinginan besar untuk merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri.

Jelasnya, hanya pemimpin yang memahami kehendak rakyat dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja mampu membawa negara ke tahap yang lebih maju dan ternyata kualiti itu tidak dimiliki oleh Anwar.

"Dia dan penyokong dia kata perjuangan utama mereka ialah mara ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Apa program dia (Anwar), tak ada apa.

Dia kata dia liberal kepada semua orang, pemimpin untuk semua, jadi dia dapat sokongan dan mungkin menjadi Perdana Menteri," katanya.

Dalam temu bual dengan akhbar Wall Street Journal baru-baru ini, Anwar menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel. - Bernama

Sumber : Sinar Harian 


Mukhriz: Anwar khianati Palestin, umat Islam

Kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel dianggap mengkhianati Palestin dan umat Islam sedunia.

Penasihat Yayasan Keamanan Global Perdana Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata setiap kali zionis Israel membunuh rakyat Palestin yang beragama Islam atau Kristian, mereka menggunakan alasan mempertahankan keselamatan negara.

"Kini seorang yang bercita-cita tinggi mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia pula menggunakan alasan sama dalam menyokong negara pengganas Israel.

"Jika pengganas, termasuk negara pengganas menzalimi mangsanya, patutkah kita bersimpati dengan pengganas ataupun mangsa?" katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata alasan yang sama juga digunakan apabila jentolak Israel merobohkan rumah-rumah rakyat Palestin di Tebing Barat dan apabila rakyat Gaza dibunuh.

Katanya, alasan itu turut digunakan dengan melanggar beratus-ratus resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan juga semasa aktivis Freedom Flotilla dibunuh. - Bernama

Sumber : Sinar Harian

Kenyataan Anwar mengenai Israel sungguh mengejutkan: Duta Palestin

 


Duta Palestin ke Malaysia Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.

“Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abughoush berkata, oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.
 
“Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

“Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah,” katanya.

- BERNAMA

Sumber : n9kini.net


1 comment:

  1. APA lagi yang boleh Umno jadikan modal untuk memburukkan DS Anwar? Kes liwat, hancur lebur. Kes video seks hitam putih, jadi bahan ketawa. Kes jam Omega, pihak Polis kata "forget it". kes video seks di Thailand, lagi memalukan kerana tarikh yang kononnya video dirakam itu, Anwar berada di KL dan hadir sidang akhbar di Pejabat PAS....Bab sokong Israel ini, adakah berani Najib berdebat dengan Anwar. `Taubat lahom' bak kata Mat Sabu...Sebab itu, tidak hairan ramai di kalangan rakan-rakan yang berkata, mereka akan meminta borang memasuki Umno esok, sekiranya hari ini Najib berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan Anwar.
    Najib tidak akan berani. Walaupun kononnya mereka ada bukti dan fakta bahawa Anwar sokong Israel dan ejen Amerika, mampus Najib tidak akan berani berdebat dengan Anwar. Sebab apa? Sebab, Umno hanya bergantung kepada media pencacai mereka untuk memperbodohkan rakyat!
    Di dalam debat, kepintaran berhujah sahaja tidak cukup, tetapi kekuatan untuk memberikan keyakinan kepada orang ramai adalah melalui fakta serta bukti yang kukuh. Atas sebab ini lah, Najib amat takut untuk berdebat dengan Anwar!.

    ReplyDelete