Apakah motif Musa Hitam mempertikaikan tarikh Tun Mahathir berada di
Malaysia pada hari tragedi Mamali dan dua tiga hari selepas kejadian
tersebut? Musa telah berkata, “Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika
kejadian itu bahkan, “Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada
di Kuala Lumpur.”
Kemunculan Musa Hitam secara tiba-tiba di arena politik negara
seolah-olah cuba membantu pakatan pembangkang dalam mencetuskan
provokasi dikala mereka ketandusan isu dilihat sebagai tindakan terdesak
beliau “seperti dibayar”. Ataupun adakah Musa Hitam “dihantui” rasa
bersalah memandangkan beliau merupakan orang yang mengeluarkan arahan
pembunuhan ke atas Ibrahim Libya pada pagi 19 November. Dia sendiri yang
menandatangani Kertas Putih.
Mengimbas kembali Peristiwa Memali yang berlaku apabila polis cuba
menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat. Musa Hitam telah mengeluarkan
arahan pembunuhan ke atas Ibrahim Libya pada pagi 19 November. Dia
sendiri yang menandatangani Kertas Putih. Sebagai seorang bercita-cita
amat tinggi Musa Hitam telah mengingkari nasihat Tun Mahathir supaya
menangkap Ibrahim Libya hidup-hidup. Namun kini beliau cuba mengalihkan
isu seperti mahu menyalahkan Tun Mahathir sedangkan Musa Hitam merupakan
Menteri Dalam Negeri pada waktu itu.
Walaubagaimanapun Musa Hitam tidak pernah kita persalahkan
memandangkan tindakan tersebut ekoran dari tindakan ganas para pelampau
agama. Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah
ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya
dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.
Sebenarnya tindakan Musa Hitam menuduh Tun Mahathir ada di Malaysia
dua tiga hari selepas kejadian Mamali memang satu tindakan yang amat
kurang cerdik. Pembohongan beliau telah dapat dikesan dengan begitu
nyata.
Dalam ucapan Kit Siang pada 19 November 1985 jelas menunjukkan bahawa
Tun Mahathir telah berada di China pada 20 November 1985. Kit Siang –
“Tomorrow, the Prime Minister, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed, will be
leading a 250-strong delegation to China, the third Malaysian Prime
Minister to visit China after the establishment of diplomatic relations
between Malaysia and the People’s Republic of China 11 years ago.” kata
Kit Siang, ketika itu menjadi Ahli Parlimen Bandar Melaka. Salah seorang
delegasi ke China adalah Tan Sri Lee Lam Thye.
Manakala dalam Akhbar Singapura turut melaporkan Tun Mahathir Ke
China. Akhbar Singapura, Straits Times pada 20 November 1985 bertajuk ”
“Mahathir to call on Zhao today”, referring to Zhao Ziyang, the Premier
of the State Council of the People’s Republic of China”. Pada 24
November 1985, Straits Times memetik laporan Reuters bertajuk “I accept
China stand on CPM: Mahathir”.
Dalam artikel tersebut menyebut, Tun Mahathir hadir pada 20 November
1985 untuk lawatan 8 hari dengan delegasi sejumlah 130 orang ahli
perniagaan dan 20 orang diplomat.
Lawatan itu termasuklah ke Xian,
Canton, Hanzhou dan Shanghai. Dalam mukasurat sama, Straits Time turut
melaporkan kejadian yang berlaku di Baling, “Baling incident: Law is
supreme, says Musa.”
Tambahan pula Musa Hitam turut menghantar Mahathir Di Lapangan
Terbang. Gambar dari NST bertarikh 20 November 1985 dengan tulisan
bertulis “Datuk Musa Hitam and Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad smile as
seven-year-old Putri Mohamed Noh comes up to bid the Prime Minister
farewell at the Subang Airport. The Prime Minister is leaving for China
for a nine-day official visit.”
Selain dari itu juga ada bukti bergambar Kepulangan Tun Mahathir Dari
China. Gambar dari NST bertarikh 28 November 1985, bertulis “The Prime
Minister, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad being greeted by the newly
elected MCA president Mr Tan Koon Swan and MCA youth leader Senator Kee
Yong Wee (far right) upon arrival at the Subang Airport. Behind Dr
Mahathir is MCA secretary-general Datuk Lee Kim Sai. Dr Mahathir is
returning from a visit to China.”. Ini membuktikan fakta bahawa Tun
Mahathir memang berada di Cina pada
20 hingga 28 November 1985.
Semasa Tun Mahathir di China beliau telah memeriksa Perbarisan dan
gambar itu merupakan bukti Tun Mahathir di sana. Gambar dari NST yang
menunjukkan Tun Mahathir memeriksa perbarisan di Peking, China ketika
lawatan rasmi. Gambar tersebut bertulis “Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad memeriksa perbarisan setibanya di Peking untuk lawatan
rasminya ke China.”. Gambar ini tidak bertarikh tetapi bertulis tahun
sahaja iaitu 1985.
Arkib Ucapan Tun Mahathir juga merupakan bukti yang dapat menyangkal
tuduhan Musa Hitam. Tun Mahathir menyampaikan 8 ucapan di China.
Menerusi arkib ucapan Tun Mahathir pada 1985, satu ucapan bertajuk “The
Welcoming Banquet Hosted by H.E. Zhao Ziyang, Premier of the State
Council of the People” pada 20 November 1985. Kemudian pada 22 November
1985, Tun Mahathir memberikan satu lagi ucapan bertajuk “The Return
Banquet Hosted in Honour of H.E. Premier Zhao Ziyang”. Pada hari yang
sama Tun Mahathir memberikan ucapan yang ketiga bertajuk “Qing Hua
University, Beijing, Regional Co-Operation: Challenges and Prospects”.
Lima lagi ucapan Tun Mahathir disampaikan antara tarikh 23 hinga 27
November 1985 di Hangzhou, Xian dan Guangzhou China.
Tulisan Akademik lawatan Tun Mahathir ke China turut menjadi bukti.
Dalam buku karya Joseph Chinyong Liow bertajuk “China and Southeast
Asia” mukasurat 290, bertulis “Mahathir first visit to Beijing, in 1985,
was also his only visit in the 1980s”. Artikel ini mengesahkan lagi
lawatan Tun Mahathir pada era 1980an hanyalah pada tahun 1985 sahaja.
Pembohongan Musa Hitam turut terbongkar dengan Kajian yang
mengesahkan Lawatan Tun Mahathir Ke China. Dalam buku tulisan Dr Pobzeb
Vang bertajuk “Five Principles Of Chinese Foreign Policies” mukasurat
404 menyatakan “On November 20-28, 1985, Malaysian Prime Minister,
Mahathir Mohamad visited China and he meet with Chinese Premier Zhao
Ziyang and other Chinese government officials and leaders”.
Rakyat Malaysia perlu tahu bahawa kewujudan puak pelampau agama ini
mengancam keselamatan negara. Namun tindakan pakatan pembangkang menabur
fitnah tentang isu Mamali turut dilihat sebagai tindakan provokasi
melampau untuk mengancam keselamatan negara. Anak-anak kecil dan ibu-ibu
menjadi benteng di hadapan semasa peristiwa Mamali. Ini jelas mereka
mempergunakan wanita dan kanak-kanak dalam agenda menentang negara.
Gelagat makcik-makcik yang seperti dirasuk jelas dalam dilihat dalam
video Mamali. Tindakan pihak polis sebenarnya lebih kepada tindakan
mempertahankan diri.
Tambahan pula ayah Ibrahim Libya sendiri menceritakan kesesatan
mereka. Sebelum ini timbul isu PAS “makan duit” Tabung Mamali disamping
cuba mewujudkan ciri-ciri kurafat kononnya mangsa Mamali mati syahid
sedangkan mereka telah mengganas. Kubur mangsa Mamali telah ditabur
minyak wangi untuk mewujudkan unsur “syahid”. Sesungguh Islam mahukan
kesederhanaan dalam kehidupan. Tindakan puak pelampau bukan tindakan
Islam. Wasatiyyah iaitu kesederhanaan yang dituntut dalam Islam.
No comments:
Post a Comment