Siti Kasim, wanita yang mendakwa sebagai Melayu dan Islam serta menyokong kalimah Allah diguna oleh semua pihak
Komen: Terasa ‘geli geleman’ apabila Lim Kit Siang menobatkan Ally
Hazran Hashim, Siti Kassim dan Mohd Nor Izzat Johari sebagai wira tidak
didendang melalui tulisan di blognya baru-baru ini.
Bagi yang kurang arif, Mohd Nor Izzat adalah guru yang mengkritik
sistem SBA. Ally Hazran pula adalah antara orang-orang Melayu yang
membawa bunga dan buah-buahan ke gereja Holy Family di Kajang sebagai
tanda ‘memihak kepada Kristian dalam isu kalimah ‘Allah’.
Manakala Siti
Kassim adalah ahli Majlis Peguam yang menyatakan kekesalan terhadap
Nurul Izzah kerana menafikan kenyataan sendiri yang menyokong hak murtad
oleh umat Islam.
Kita yakin bahawa Kit Siang sendiri merasa geli untuk memuji mereka
ini kerana bukan senang bagi beliau untuk memuji atau membela orang
Melayu. Bukan kita tidak tahu bahawa selama ini Kit Siang dan partinya
tidak pernah membela atau memuji individu Melayu kecuali jika mempunyai
agenda politik tertentu untuk DAP.
Oleh itu, melalui artikel tersebut, kita dapat melihat bahawa Lim Kit
Siang sebenarnya begitu terdesak untuk menepis imej rasis yang terpasak
kuat di dalam salur darah keturunannya.
DAP terlalu bencikan orang Melayu dan tidak mungkin akan menerima,
jauh sekali meletakkan Melayu di tempat yang tinggi tanpa agenda di
sebalik batu.
Buktinya, DAP pernah membodohkan diri membela seorang wanita yang
dipercayai warga Cina yang dipaksa berbogel dan ketuk ketampi ketika di
dalam tahanan polis. Namun, apabila terbukti yang terlibat adalah
seorang Melayu, DAP diam membisu dan tidak ingin lagi membela beliau.
Sikap rasis DAP bukan ilusi tetapi boleh dilihat secara jelas apabila
mereka meroboh gerai dan merampas tanah orang-orang Melayu di Pulau
Pinang tanpa belas kasihan.
Kemuncak rasisnya DAP ialah apabila parti itu sengaja mengenepikan
perwakilan Melayu yang telah lama berjuang bersama mereka dan sanggup
memanipulasi undi bagi memastikan seorang Cina yang memakai nama Melayu
iaitu Zairil Khir Johari memenangi jawatan CEC semata-mata kerana enggan
membiarkan seorang Melayu tulin memegang jawatan dan mewakili Melayu
dalam parti itu.
Oleh itu, apabila DAP tiba-tiba mengangkat tiga orang Melayu di atas
sebagai wira, kita melihatnya sebagai hipokrasi yang sungguh memualkan.
Apatah lagi apabila selama ini, DAP tidak pernah mengiktiraf
wira-wira negara seperti Mat Kilau, Left. Adnan, Kanang Anak Langkau dan
lain-lain. Malah, DAP mengangkat Chin Peng si komunis musuh negara
pula sebagai wira.
Gelaran ‘wira’ merupakan gelaran yang diberi kepada manusia yang
berjasa kepada negara. Jasa itu pula bukanlah alang-kepalang, tetapi
selalunya melibatkan keselamatan dan nyawa, sebelum membolehkan
seseorang itu layak digelar wira.
Nampaknya, ‘standard’ wira di kalangan Melayu bagi DAP amat rendah
sekali di mana seseorang itu hanya perlu bersetuju dengan DAP,
mengkritik kerajaan atau menentang undang-undang yang berkaitan Islam
juga sudah dikira layak digelar wira. Lagi hebat penentangan terhadap
kerajaan, lagi hebatlah keperwiraannya di mata DAP.
Pengiktirafan yang begitu tinggi dari Kit Siang terhadap ketiga-tiga
Melayu ini membuktikan betapa Kit Siang tidak punya sedikit pun semangat
nasionalisme dan hanya melihat dunia dari segi politik sempit perkauman
Cina semata-mata. Kit Siang tidak mampu menghayati semangat
keperwiraan sebenar para pahlawan negara tetapi memusatkan seluruh
perjuangannya dan hidupnya demi kuasa politik DAP, yakni kaum Cina.
Berdasarkan hakikat ini, kita tertanya-tanya, apakah Melayu-melayu di
atas bangga menerima pengiktirafan Kit Siang? Sedarkah mereka bahawa
mereka sebenarnya bukanlah wira kepada sesiapa, melain alat untuk DAP
mencapai matlamat mereka semata-mata? Sedarkah para ‘wira’ ini bahawa
DAP tidak akan memuji sesiapa dari kaum Melayu jika pujian itu tidak
boleh dipergunakan untuk kepentingan Cina?
No comments:
Post a Comment