Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 28 November 2013

[MODE PAU 2013 sudah mari] 5,726 perwakilan sertai PAU 2013

  • 5,726 perwakilan sertai PAU 2013Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh (kanan) menunjukkan beg yang akan diedarkan kepada perwakilan Umno selepas mengadakan sidang media mengenai Perhimpunan Agung Umno 2013 di Menara Datuk Onn diKuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,726 anggota perwakilan Umno dari seluruh negara dijadual menghadiri perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bermula Isnin depan.
  
Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata daripada jumlah itu, 2,759 hadir untuk perhimpunan agung, manakala perhimpunan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri masing-masing akan disertai 989 anggota perwakilan.
  
"Sebanyak 101 wakil 32 parti dari 28 negara juga telah mengesahkan kehadiran dan sebanyak 80 anggota perwakilan dari 73 Kelab Umno Luar Negara dan tujuh badan perhubungan negara juga akan hadir," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Umno di sini hari ini.
  
Berhubung usul yang akan dibahaskan pada perhimpunan itu, Tengku Adnan berkata ia akan merangkumi ucapan dasar Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak, ekonomi, agama dan pendidikan.
  
Anggota perwakilan juga dijangka membangkitkan isu berhubung pemilihan parti Oktober lepas dan persiapan bagi pilihan raya umum ke-14, katanya.
 
Tengku Adnan berkata presiden parti mungkin menekankan kepada beberapa garis panduan mengenai bagaimana Umno harus bergerak ke arah pilihan raya umum akan datang.
  
"Akan ada perkara yang harus diperbetulkan dan beberapa perubahan untuk dilakukan dan bagi kami maju ke hadapan untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.
  
Tengku Adnan juga memaklumkan sebanyak 1,724 petugas media dari 118 agensi media tempatan dan antarabangsa, media baharu termasuk blogger akan membuat liputan perhimpunan itu.
  
Laman Media diwujudkan di aras dua PWTC dan sidang media akan diadakan di bilik Pulau Pinang untuk kegunaan naib-naib presiden dan ketua pergerakan sayap serta pemimpin tertinggi parti, katanya.
  
"Kami juga akan meningkatkan kawalan keselamatan di laman media bagi mengelakkan orang bukan media daripada memasuki kawasan berkenaan," jelas beliau.
  
Tengku Adnan menambah kata setiap petugas media diminta untuk memakai kad yang dikeluarkan Umno semasa membuat liputan.
   
Tengku Adnan juga memaklumkan bahawa pelbagai program diadakan sepanjang perhimpunan berlangsung dimulai dengan Persidangan Kelab Umno Luar Negara pada Ahad ini (1 Disember) di Dewan Tun Ismail, PWTC.
  
Satu forum antarabangsa bertemakan politik kesederhanaan dan prinsip kestabilan akan diadakan pada Isnin dan Selasa.
  
Perdana menteri dijadual menyampaikan ucap tama pada forum itu manakala bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual menghadiri majlis jamuan tengah hari bersama peserta forum itu.
  
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dijadual merasmikan majlis penutup forum itu. - Bernama

Portal dedah Anwar berbohong isu pekerja Bangladesh di Dewan Rakyat

anwar-bnbbc513
Ini bukan kali pertama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim KANTOI, dan bukan juga kali pertama kantoi tanpa ada rakaman video, cuma barangkali ini kali pertama Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kantoi bersama rakaman video di Dewan Rakyat.
Ia berhubung isu pekerja Bangladesh, pada 19 November lalu, dan didedahkan oleh portal Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional, BNBBC.MY.
Dalam satu laporan eksekusif Khamis, BNBBC.MY melaporkan  Anwar yang selalu dikecam kerana dikatakan kerap berbohong tidak mungkin berani berbuat demikian di Dewan Rakyat yang dianggap dewan mulia kepada ahli-ahli Yang Berhormat.
Bagaimanapun, jika sesiapa yang berada di Dewan Rakyat pada 19 November lalu atau meneliti hansard, jangan terperanjat dengar Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong menafikan kenyataan hanya selepas beberapa minit perkara itu keluar mulutnya.
Insiden berlaku ketika  Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Hamzah Zainuddin sedang menjawab perbahasan bajet kementeriannya apabila ahli parlimen Permatang Pauh mencelah mengenai cadangan kerajaan membawa 500 ribu pekerja Bangladesh.
Anwar yang bangun mencelah antara lain berkata, “…saya faham hubungan baik Malaysia-Bangladesh yang harus dipertahankan sehingga hendak bawa 500,000 pekerja Bangladeshdan mengenepikan kepentingan penganggur di Malaysia. Itu satu soal lain, mungkin akan didaftar oleh SPR kemudian……”
Hamzah ketika meneruskan penggulungan menjelaskan “ Yang Berhormat Permatang Pauh katahendak bawa 500,000 orang Bangladesh untuk ke Malaysia dan akhirnya akan diregisterkan sebagai pengundi. Itu seperti pembohongan yang dibuat dan yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi…”
Beliau bermaksud Anwar berbohong dengan menuduh 500,000 rakyat Bangladesh akan didaftar sebagai pengudi.
Anwar kemudiannya bangun menafikan secara berterusan sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara beliau dengan Hamzah.
“Saya tidak check hansard, ada atau tidak saya akan akan daftar..saya kata jangan didaftarkan. Boleh bohong macam inikah?,”
“…Saya kata jangan, bukan saya kata didaftarkan. Semua ada dengar. Saya minta orang UMNO kalau berani, cakap yang benar…,”
“..Saya tidak kata 500,000 didaftarkan sebagai SPR, oleh SPR. Saya kata jangan ulang daftar,” tegas Anwar.
Malah, beliau berkata, “ saya bantah sebab ada tuduhan pembohongan. I challenge, esok check Hansard exactly apa saya kata dan you must withdraw kalau saya tidak tuduh kata 500,000 ini akan daftar. Kalau you sanggup begitu,then we take it. Kalau you cannot…”.
Memang patut Hamzah berkata, Anwar berbohong kerana kenyataan Ketua Pembangkang itu pada permulaan pencelahan mengatakan ‘ mungkin akan daftar tetapi selepas itu menafikan dengan mengatakan ‘saya kata jangan daftar’.
Sahlah, memang Anwar suka ‘u turn’ cakap sama seperti isu 40,000 ribu Bangladesh yang didakwanya mengundi Barisan Nasional pada PRU 13.
Akhirnya beliau menafikan ada membuat dakwaan tersebut dan menyalahkan media pro UMNO yang kononnya.
Itulah kehebatan Anwar  malah bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip dalam ceramah selepas keluar parti itu pernah beri petua bagaimana hendak tahu waktu bila Anwar berbohong.
Kesimpulannya kata Zahid antara pemimpin yang rapat dengan Ketua Umum PKR itu, kalau hendak tahu waktu bila Anwar berbohong adalah ketika Ketua Pembangkang itu ‘buka saja mulut’. – 

Tuesday 26 November 2013

[Sudah dijangka] Kes intip: Pesuruhjaya Tinggi Singapura dipanggil beri penjelasan...

anifahamanus
Wisma Putra akan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura Selasa bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan terdapat aktiviti pengintipan yang dilakukan republik itu terhadap Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, buat masa ini kerajaan Malaysia sedang meneliti kesemua laporan terkini oleh media berhubung  sebarang aktiviti pengintipan yang dilakukan oleh mana-mana negara terutamanya Singapura.
Sekiranya dibuktikan benar, katanya, kerajaan Malaysia menolak serta mengutuk keras perbuatan tersebut selain akan memastikan kedaulatan negara kekal terpelihara.
" Perbuatan mengintip kawan baik atau jiran tidak boleh diterima malah bertentangan dengan semangat sebenar serta komitmen jitu kejiranan.
"Malaysia dan Singapura ketika ini sedang menikmati manfaat hasil daripada hubungan kukuh di antara kedua- dua perdana menteri dan akan meluaskan lagi kerjasama ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Anifah, kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa tindakan berhubung dakwaan aktiviti pengintipan oleh Amerika Syarikat dan Australia sebelum ini.

Sunday 24 November 2013

[Itulah dia.. PAS..] Antara Pertahan Maruah Dengan Kuasa, Akhirnya Pas Akan Pilih Kuasa

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris melihat kemelut yang melanda kepimpinan parti PAS dan DAP sejak akhir-akhir ini sebagai bukti bahawa prinsip perjuangan kedua-dua parti ini jelas berbeza.
Jelas beliau perjuangan Pas hendak menegakkan negara Islam sejak dari dulu lagi, tapi sejak akhir-akhir ini berubah kerana hendak menjaga hati rakan pakatan mereka DAP yang terang-terang menolak negara Islam.
hadi_anwar_kit
“Jadi, saya lihat tidak ada garis pertemuan antara mereka, cuma semata-mata untuk menghadapi pilihan raya, Pas sanggup melenyapkan perjuangan negara Islam dengan menggantikannya dengan negara kebajikan.
“Tidak hairan, pengerusi DAP, Karpal Singh terus memperkata dengan lantangnya untuk mengharamkan parti yang berlabelkan agama dan perkauman.
“Jadi, tidak mengiktiraf Islam secara terang-terangan apa yang menjadi teras perjuangan Pas tetapi Pas ini yang berkehendakkan kuasa, jadi mereka sanggup melonggarkan hasrat dan kesungguhan mereka untuk mempertahankan Islam sebagai kekuatan utama parti mereka,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerantut.
Tambah beliau lagi Pas kini sebagai parti Islam sanggup, hatta ketika pemimpim DAP seperti Karpal Singh serang sekalipun, mereka  masih berlembut, cuma nampak sedikit kekecohan di Pulau Pinang.
nik-aziz-dap
“Tetapi saya bimbang ini hanya satu sandiwara, kerana Pas hendakkan kuasa memerintah, dia sanggup buat desakan untuk Karpal Singh meminta maaf, namun sehingga ke hari ini, Karpal tidak nampak pun berhasrat untuk meminta maaf. Di mana kesungguhan pemimpin Pas dalam menegakkan, memperkatakan bahawa negara ini diperintah mengikut undang-undang Islam? Bagi saya itu hanya gimik sahajalah.
“Saya juga bimbang apa yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin Pas ini dalam desakan untuk Karpal meminta maaf ini sekadar gimik pemimpin Pas untuk berhadapan dengan pemilihan parti. Sesiapa yang seolah-olah hendak ‘bantai’ Karpal Singh ini, merekalah yang menjadi juara dalam Pas, tapi di belakang, mereka minum teh atau kopi secawan dengan Karpal Singh,” ujarnya lagi.
Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan agar ahli-ahli Pas menilai pemimpin mereka ini benar-benar hendak memperkatakan perjuangan Islam, benar-benar marah dengan DAP ini yang anti-Islam atau sekadar hanya untuk menarik perhatian ahli-ahli parti untuk memilih mereka dalam pemilihan kepimpinan Pas.
“Jika kumpulan ini terus dipilih perwakilan Pas, saya rasa benda yang sama akan berlaku. jadi Pas tidak akan diberi penghormatan selayaknya dalam kepimpinan DAP,” tambahnya. -MediaUMNO

Friday 22 November 2013

Puteri UMNO ambik serius masalah cawangan 'tutup kedai'

excoputeriumno
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengambil perhatian serius terhadap permasalahan peringkat akar umbi pergerakan itu sehingga ada yang ‘tutup kedai’.
Ketuanya, Mas Emieyati Samsudin menegaskan langkah turun bersemuka dengan pemimpin puteri akar umbi dan bahagian bagi mengenalpasti permaalahan dan mendengar sendiri cadangan untuk penambahbaikan  termasuk hal cawangan puteri ‘mati’ atau ditutup.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama exco SESI 2013/2016 sayap itu di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pagi Rabu.
Beliau menjawab soalan tentang adanya Cawangan Puteri yang tidak aktif hingga ada yang terpaksa ‘tutup kedai’ semasa mesyuarat pemilihan UMNO baru-baru ini, mengulas lanjut, beliau memberitahu Biro Keahlian dan Pendaftaran Pemilih yang dipengerusikan Naib Ketua Zahida Zarikh Khan akan mengembelingkan usaha kearah memperkasakan keahlian sediada bagi memastikan tiada lagi Cawangan Puteri yang dikatakan ‘tutup kedai’ tersebut.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pergerakan puteri  akan mengadakan ‘retreat team building’ exco puteri UMNO Malaysia dan mengadakan ‘brainstorming’ dikalangan pemimpin puteri bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.
Sebelum itu Mas Emieyati memberitahu sidang media beliau telah lantik tiga orang exco dan dua lagi belum diputuskan. Salah seorang adalah Datin Norsabrina Azizan yang kalah dalam pertandingan jawatan Naib Ketua pergerakan itu pada pemilihan baru-baru ini.
Beliau juga telah membuat pelantikan pegawai, exco, ketua dan naib ketua puteri negeri-negeri disamping mereka juga telah mengangkat sumpah kerahsiaan.
Menurut Mas Emieyati, tiga perkara utama difokuskan iaitu memperbanyakkan keahlian dalam sayap itu, menambah daftar pemilih dan menjadi agen dalam UMNO Bahagian bagi mencari pemilih baru bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
Disamping itu, katanya, tumpuan akan diberikan pada latihan kepimpinan, sahsiah dan kemahiran selain daripada meneruskan program-program berteraskan agama, ekonomi, pendidikan dan kebajikan.
Untuk Perhimpunan Agung UMNO 2013, Mas Emieyati memberitahu sayap itu akan melancarkan tabung bencana taufan di Filipina, kempen menderma darah dan program mencari bakat anak muda dalam bidang tertentu.
Soal pelantikan barisan kepimpinan dalam sayap itu, beliau memberitahu telah memaklumkan kepada Presiden, Timbalan Presiden dan semua pengerusi badan perhubungan UMNO negeri-negeri.
Mengenai pelantikan tersebut, beliau berkata, “pelbagai latarbelakang, ada profesional, ada yang berpengalaman dalam puteri disamping ada yang lama dan baru diharapakan kepimpinan baru ini dapat membawa suara wanita muda disamping membantu UMNO serta Barisan Nasional (BN).
 Ditanya bagaimana untuk memastikan exco puteri menjalankan tanggungjawab dan tidak hanya mahu glamur, beliau berkata, penting adalah kerja bukannya untuk glamur atau cari populariti.
“Kepimpinan puteri pada era sekarang adalah untuk membantu mengembalikan keyakinan dengan kerja yang lebih baik dan mantap untuk UMNO,” tambahnya.
Mengulas tentang kebebasan membahas usul dalam perhimpunan agung, beliau berkata, kita sewajarnya lebih terbuka menerima kritikan pedas atau yang tidak sedap didengar, ianya perlu diambil secara positif.
Mengenai keahlian puteri, Mas Emieyati mensasarkan keahlian puteri mencecah angka 500,000 orang dalam penggal pertama kepimpinan beliau dan keahlian puteri sehingga 15 November 2013 berjumlah 368,481 orang.

Puteri UMNO Tumpu Tiga Fokus Utama Perkasakan Parti

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mas Ermieyati Samsudin berkata, pergerakan tersebut menggariskan tiga perkara utama yang perlu diberi tumpuan di dalam usaha memantapkan parti di masa hadapan.
Ujarnya, tiga perkara tersebut adalah menfokuskan berkenaan daftar pemilihan yang akan diberi penekanan utama, kedua, tumpuan pada latihan, kepimpinan, sahsiah dan kemahiran selain daripada program-program berteraskan agama, ekonomi, pendidikan dan kebajikan.
mas-ermieyati-zahida-zarik-mesyuarat-pertama-puteri-umno-lantikan-exco-baru-2013-pemilihan-pwtc
“Selain itu kita juga akan melancarkan tabung bencara bagi mangsa taufan Haiyan di Filipina dan juga program mencari bakat muda,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di Menara Dato’ Onn.
Tambah beliau, apa yang penting sebenarnya, Pergerakan Puteri kali ini akan memberikan banyak penekanan tentang gerak kerja dan memantapkan lagi Pergerakan Puteri itu sendiri untuk membantu UMNO serta Presiden dan Timbalannya.
“Oleh itu kita telah membuat keputusan untuk terus menggunakan tagline Puteri Harapan UMNO selain tagline Puteri Generasi Wanita Prihatin.
“Kita mahu Puteri terus bergerak ke hadapan di dalam mengembling tenaga untuk berhadapan Pilihan Raya Umum ke 14 pada 2018,” ujarnya lagi.
Di dalam mesyuarat tersebut juga, Mas Ermieyati turut mengumumkan senarai baru kepimpinan pergerakan tersebut dengan menyaksikan secara keseluruhannya menampilkan muka-muka baru .
Barisan kepimpinan ini adalah hasil daripada suara akar umbi ketika Pemilihan UMNO baru-baru ini dan beliau berharap barisan baru ini dapat membawa suara wanita muda di dalam membantu BN khususnya UMNO untuk mendapatkan keyakinan orang muda terhadap parti.
“Kita ingin mengubah stigma bahawa Puteri hanya mencari glamor… Kali ini saya telah memberi penekanan bahawa kerja adalah menjadi keutamaan demi parti. Saya yakin Puteri akan membuat yang terbaik untuk UMNO. – MediaUMNO
PENGERUSI TETAP
Azlieza Bt. Azizan
Ketua Puteri Bahagian Tangga Batu, Melaka
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Nurul Huda Bt. Nordin Ahmad
Ketua Puteri Bahagian Tapah, Perak
KETUA
YB Mas Ermieyati Bt.Samsudin
Bahagian Masjid Tanah, Melaka
NAIB KETUA
Zahida Bt. Zarikh Khan
Ketua Puteri Bahagian Pandan, Selangor
PENOLONG SETIAUSAHA
Fahariyah Bt. Md Nordin
Ketua Puteri Bahagian Ledang, Johor
PENOLONG BENDAHARI
Nazliah Bt. Ali
Ketua Puteri Bahagian Tawau, Sabah
KETUA PENERANGAN
Haryaty Bt. Hamzah
Ketua Puteri Bahagian Kota Melaka, Melaka
YB NorSabrina Bt. Azizan
Ketua Puteri Bahagian Kulim Bandar Bharu, Kedah
Dr. Nur Faizah Bt. Ali
Puteri Bahagian Kota Melaka, Melaka
Natasia Bt. Roslan
Puteri Bahagian Gombak, Selangor
SETIAUSAHA KERJA
Noor Hashimah Bt. Nordin
Puteri Bahagian Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan
puteri-umno-lantikan-exco-baru-2013-pemilihan-pwtc

GTP mengucapkan tahniah kepada kepimpinan baru Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 2013 - 2016.

Salam Perjuangan dan tahniah kepada yang menerima mandat dari akar umbi pada pemilihan lalu.. Transformasi telah terlaksana demi kelangsungan survival politik matang Puteri..

Tahniah dan sesuatu yang amat 'tersendiri' apabila Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Puan Mas Ermieyati Samsudin turut meletakkan tugas, peranan dan tanggungjawab kepada calon yang kalah pada pemilihan lalu. Walaupun mereka kalah di dalam pemilihan bersaudara ini.. namun idea dan visi mereka tetap diperlukan.

Siapa kata calon kalah tidak boleh memberi khidmat untuk sama-sama memperkasakan parti UMNO? In Shaa Allah dengan gandingan di bawah kepimpinan  YB Puan Mas Ermieyati Samsudin selaku KP3UM dan Zahida Zarikh Khan selaku NKP3UM.. Pergerakan Puteri UMNO Malaysia akan melebarkan sayapnya lagi di seluruh pelusuk negara dengan kesinambungan peranan yang dimainkan oleh mantan-mantan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia terdahulu..

Terbaik!!!


Thursday 21 November 2013

Shafee Abdullah tetap ketuai team pendakwa rayuan kes liwat Anwar

shafieabdullahxx
Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tetap akan muncul sebagai ketua team pendakwa dalam rayuan terhadap pembebasan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim melibatkan SAaiful Bukhari Azlan.
Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan Khamis menolak rayuan Anwar yang mempertikai kelayakan Shafee tangani kes rayuan terhadapnya.
Mahkamah Rayuan di Putrajaya akan mendengar kes rayuan berkenaan pada 11 dan 12 Disember ini.

Wednesday 20 November 2013

[Tahniah] 70 Peratus Muka Baharu Terajui Kepimpinan Puteri Negeri


Seramai 70 peratus muka baru menganggotai senarai kepimpinan tertinggi Pergerakan Puteri Umno di peringkat negeri bagi sesi 2013/2016.
Ketua Pergerakan Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin berkata, daripada 30 ahli kepimpinan yang dilantik itu hanya dua muka lama dikekalkan dalam jawatan mereka.
"Dari segi kepimpinan, orang lama tak ramai, hanya dua muka lama yang dikekalkan iaitu Norashimah Md Nowar (Ketua Puteri Bahagian Sik, Kedah) dan Salbiah Mohamed (Ketua Puteri Bahagian Gerik, Perak). Selebihnya terdiri daripada muka-muka baharu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pergerakan itu di sini, Rabu.
Antara yang menjadi agenda pada mesyuarat itu adalah mengenai keahlian baharu, daftar pemilih, fungsi pergerakan itu sebagai agen untuk merekrut ahli baharu dan beberapa program pembangunan sahsiah, ekonomi dan kebajikan.
Menurut Mas, beliau yakin barisan kepimpinan baharu itu dapat membantu mengembalikan keyakinan orang muda terhadap Umno khususnya Barisan Nasional (BN). "Kita berada dalam era untuk mengembalikan semula keyakinan golongan muda. Ini bukan masanya untuk glamor, kerja kena baik dan mantap. Kita akan sama-sama buat yang terbaik untuk Umno," katanya.

[Mat Serabut] Dilema Ahli PAS Mendahulukan Parti Atau Menjaga Kepentingan PR

Mat Sabu Khomeini
Petang Jumaat, 22 November 2013 yakni dua hari dari sekarang PAS akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan yang dijangkakan paling sengit dalam sejarah parti itu berikutan pertembungan terbuka di antara puak yang dilabel sebagai ulama PAS dengan sekumpulan pemimpin berideologi Anwarinas yang berfahaman liberal.

Menariknya dalam pertembungan kali ini kedua-dua puak lebih tersusun gerakan mereka berbanding dua pemilihan sebelumnya terutama sekali dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PAS yang kini disandang oleh Mohamad Sabu dari kumpulan Anwarinas.

Jika congak kira di atas kertas dijadikan sandaran gayanya seperti wakil kumpulan ulama PAS iaitu Nik Amar Nik Abdullah mempunyai peluang untuk merampas jawatan tersebut memandang imej agama yang dimilikinya sesuai dengan tuntutan resolusi yang diputuskan semasa Multaqa Ulamak Se-Malaysia September lepas.

Mereka sedar semenjak kumpulan Anwarinas hampir menguasai PAS pada pemilihan 2011 setelah merampas jawatan Timbalan Presiden di masa yang sama turut merangkul ketiga-tiga posisi Naib Presiden serta menguasai hampir sebahagian besar AJK PAS Pusat, hala tuju parti itu semakin tersasar dari landasan.

Dalam tempoh lebih dua tahun itu jugalah sekurang-kurangnya dua pemimpin PAS dari kumpulan ulama iaitu Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali terpaksa dikorbankan gara-gara kekuatan pengaruh kumpulan Anwarinas dalam PAS yang terlalu mendahulukan aspirasi PR berbanding kepentingan PAS.

Disebabkan itu jugalah bagi kumpulan ulama PAS pemilihan ini medan penting untuk melunaskan dendam disamping membuktikan kelangsungan pengaruh mereka setelah diasak bertubi-tubi oleh puak Anwarinas.

Tapi jika faktor gerak kerja kempen diambil kira ternampak seperti Mat Sabu masih berpeluang untuk mengekalkan jawatan selain wujudnya asakan kuat dari rakan sepakatan PAS dalam PR yang lebih yakin kemenangan Mat Sabu amat penting untuk merapatkan lagi hubungan politik sesama pemimpin pembangkang.

Mat Sabu seperti diketahui umum cukup aktif meliberalkan PAS dalam usahanya meraih sokongan pengundi bukan Islam dan hasil usahanya itu sedikit sebanyak menyumbang kepada kejayaan PR yang hasilnya kini turut dinikmati ramai pemimpin PAS pro Anwarinas yang menjadi tok wakil di kawasan Parlimen dan DUN yang mempunyai pengundi bercampur.

Memilih Mat Sabu untuk kekal dengan jawatannya sekarang bermaksud kemenangan untuk PR dan ia tentu mengembirakan pimpinan DAP dan PKR. Kemenangan Mat Sabu mungkin juga diraikan segelintir pemimpin PAS yang menyanjung Ayatollah Khomeini yang kebetulan saat ini sedang tersepit disebabkan ancaman golongan ulama PAS.

Sebaliknya andai Nik Amar yang terpilih ia satu peluang untuk golongan ulama PAS bangkit memperbetulkan landasan perjuangan parti selanjutnya meraih semula sokongan orang Melayu Islam.

Yang pastinya, kedua-dua puak tahu pemilihan 2013 ini adalah soal hidup mati kerjaya politik masing-masing dalam parti, yang menang tidak akan tunggu lama untuk menyejukbekukan pengaruh lawannya yang kalah sama seperti yang berlaku selepas pemilihan PAS 2011.

Ini dilema besar untuk ahli PAS terutama sekali bagi perwakilan parti itu dalam tempoh 48 jam terakhir menjelang Muktamar PAS Ke-59 kerana dalam tempoh ini mereka perlu memutuskan antara mendahulukan aspirasi parti atau mengutamakan kepentingan PR yang mana satu prioriti mereka.

Tuesday 19 November 2013

[Yang ini memang lawak] 40 Ribu Bangla Mengundi Dalam PRU 13, PM Bangladesh Pun Terkejut Beruk

pmbangla

DHAKA, 19 Nov — Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya 40,000 warga Bangladesh mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina, pemimpin kerajaan negara Asia Selatan itu turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam pengundian pada PRU-13.

Najib berkata jika kononnya lawatan beliau ke Bangladesh dengan misi hendak berjumpa dan berterima kasih kepada pengundi Bangladesh yang telah mengundi BN dalam PRU lepas, ternyata misi beliau gagal kerana beliau tidak berjumpa dengan seorang pun daripada pengundi yang didakwa itu.

“Nampaknya misi yang kedua ini gagal kerana saya tidak dapat jumpa 40,000 orang Bangladesh yang dikatakan telah mengundi Barisan Nasional,” katanya secara sinis dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Dua Hala dengan kerajaan Bangladesh di sini.

Kata Najib perdana menteri Bangladesh turut mempersoalkan dakwaan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai mustahil kerana untuk mengundi di Malaysia, seseorang warga Bangladesh perlu menukar kerakyatan mereka kepada warganegara Malaysia.

“Dia kata memang tidak ada (tidak wujud) tindakan untuk kita (kerajaan Malaysia) memberi 40,000 kewarganegaraan pada orang Bangladesh,” kata Najib.

Pada PRU-13, pakatan pembangkang mendakwa BN menggunakan 40,000 rakyat Bangladesh untuk mengundi parti gabungan berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Belanjawan 2014 peringkat dasar di Dewan Rakyat menyelar dakwaan tersebut dan mendedahkan bahawa dalam tempoh 10 tahun yang lepas, hanya 12 orang Bangladesh yang telah mendapat kerakyatan dan menjadi warganegara Malaysia.

"Memang Karpal buat tahi..."

abubakarchik
Calon Naib Presiden PAS, Datuk Abu Bakar Chik (gambar) menyifatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh sengaja mencari pasal dalam pakatan pembangkang selepas beliau dianggap berbohong apabila menafikan telah meminta pendaftaran PAS dibatalkan.

Sambil menggunakan istilah 'buat tahi' bagi merujuk tindakan Pengerusi DAP itu, Abu Bakar berkata, PAS akan berdepan dengan masalah yang dicetuskan Karpal tersebut.
"Memang Karpal buat tahi (cari pasal) dengan pakatan, tapi insya-Allah, PAS akan basuh tahi (tangani masalah) dia. Kita tidak mabuk (terpedaya) dengan tahi dia," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Terengganu Isnin.
Beliau mengulas tindakan Karpal yang memberi amaran kepada Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan selain menuduh Raja Ahmad Iskandar berbohong.
Kenyataan Karpal itu ekoran tindakan Raja Ahmad Iskandar meminta Karpal memohon maaf kepada PAS selepas beliau didapati berbohong ketika menafikan pernah meminta pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum dan agama termasuk Pas dibatalkan kerana membahayakan negara.
Sedangkan, Raja Ahmad Iskandar mendakwa, beliau mempunyai cakera padat (CD) yang mempunyai rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Karpal di Pulau Pinang pada 5 November lalu ketika Karpal membuat kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Abu Bakar turut mempertahan serta bersetuju dengan tindakan Raja Ahmad Iskandar dan beliau sendiri telah merujuk kepada transkrip sidang akhbar yang dibuat Karpal.
Malah, katanya, kenyataan Karpal itu juga bukan hanya bercanggah dengan PAS sebaliknya dengan partinya sendiri iaitu DAP.
Walau bagaimanapun, Abu Bakar tetap menyifatkan kenyataan Karpal itu dibuat atas kapasiti peribadi, bukan kenyataan rasmi DAP.
Ditanya sama ada PAS perlu meneruskan kerjasama dengan DAP ekoran pelbagai kenyataan kontroversi Karpal, Abu Bakar berkata, beliau melihat tindakan Karpal itu hanyalah kesilapan yang sering dilakukan banyak pihak.
"Orang lama macam Karpal lagilah cakap macam-macam, takkan kerana ada orang buat silap seperti itu kita mahu putuskan hubungan," katanya.
Walau bagaimanapun, beliau turut menyifatkan Pengerusi DAP itu bukan lagi pemimpin yang sesuai dengan zaman sekarang ekoran pelbagai kenyataan kontroversi yang sering dibuat beliau.
"Untuk (minta) dia berundur itu, kita tidak mahu kata apa-apa, itu terpulang kepada parti, tapi itu pandangan saya," katanya.
Berhubungan desakan Raja Ahmad Iskandar supaya Karpal memohon maaf, Abu Bakar berkata, perkara tersebut memang boleh dilakukan.
"Tetapi masalahnya sejauh manakah dia ikhlas untuk minta maaf, kita tidak tahu. Tidak mengapalah selepas muktamar nanti saya akan komen jika Karpal tidak tarik balik kenyataannya,'' katanya

Sunday 17 November 2013

Muktamar PAS: Perlu Untuk Hadi Awang Tanya Kepada Anwar Ibrahim

muktamar pas 2013
Sudah tidak dapat disorokkan lagi, bahawa dalam muktamar PAS kali ini adalah berkenaan pertembungan dua golongan iaitu golongan ulamak, dan juga golongan Anwarinas atau dikenali sebagai liberal, atau sarkastik politik melabelkan mereka “ularmak”.

Sebenarnya, dua golongan ini telah bertelagah sejak muktamar yang lepas, waima cuba dinafikan oleh golongan kepimpinan tertinggi parti. Kali ini, mereka tidak mampu untuk bermuka-muka dari hakikat persaingan pada muktamar kali ini. Ulamak, atau liberal.

Pantauan terhadap pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat menunjukkan mereka sangat condong kepada golongan Anwarinas. Hari demi hari, kenyataan mereka secara jelas mendukung golongan Anwarinas. Harapan ini menunjukkan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat cukup takut jika PAS kembali ke tangan ulamak PAS. Pimpinan DAP dan PKR cukup risau jika hakikat bahawa sekian lama mereka boleh mengatur dan memperlekeh PAS bakal berakhir di tangan golongan ulamak PAS. Oleh itu, dengan cara apapun, DAP dan PKR akan cuba mempertahankan golongan Anwarinas yang ternyata memberi banyak manfaat kepada mereka.

Mat Sabu, penyandang jawatan Timbalan Presiden PAS dilihat mengetuai golongan Anwarinas. Ini bukanlah satu rahsia lagi.

Ramai yang berpendapat bahawa jika Mat Sabu terus menghuni takhta Naib Presiden PAS, ia memberi kelebihan kepada UMNO. Ini berikutan cara berpolitik Mat Sabu yang sangat menjengkelkan, selain mengutarakan kenyataan-kenyataan yang sensitif kepada tiang seri orang Melayu, iaitu agama, bangsa dan negara.

Peningkatan sokongan Melayu kepada BN pada PRU lalu boleh dijadikan asas walaupun tidak bersifat total. Namun begitu, perubahan yang berlaku ke atas PAS meresahkan kebanyakkan golongan atas pagar yang berpendapat bahawa mereka boleh bergantungharap kepada PAS. Apatah lagi, tahaluf siyasi yang diwar-warkan sangat merugikan PAS, sedangkan maksud keseluruhan tahaluf siyasi haruslah memberi manafaat yang lebih besar dari apa yang PAS sedang nikmati. Keadaan inilah yang membuatkan ramai ahli PAS, atau pemimpin PAS kecewa dengan kepimpinan PAS masakini.

Maka, adalah benar sekiranya Mat Sabu dan kuncu-kuncunya terus menguasai PAS, maka Insha Allah, dengan izin Allah, UMNO akan lebih kuat berbanding PRU13.

Golongan ulamak pula kali ini dipimpin oleh Nik Mohd Amar, yang akan bertanding menentang Mat Sabu. Ia bukanlah sesuatu yang mudah, kerana nama besar di dalam PAS seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa juga kecundang dalam arus politik PAS.

Penulis pula melihat perlunya untuk golongan ulamak PAS mengungguli setiap jawatan yang dipertandingkan. Kemenangan golongan ini bermakna akan ada jalan pembuka bicara, santun bersahut untuk titian silaturahmi antara PAS dan UMNO; dua parti terbesar yang mewakili Islam dan Melayu.

Dalam perkara ini, penulis harus meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara melebihi sentimen partisan. Memang bukan mudah untuk melihat kedua-dua parti ini bergabung menjadi satu, namun bagi penulis, langkah pertama sangat penting untuk sebuah perjalanan berjuta batu.

Tidak perlu bergabung pun tidak mengapa, asalkan sekiranya persepakatan boleh dicapai dalam perkara-perkara berkenaan Islam dan Melayu. Tidak menjadi satu pun tidak mengapa, asalkan Melayu dan Islam itu sama-sama dipelihara.

Andaikan golongan ulamak PAS menang pada muktamar kali ini, suka kiranya penulis melontarkan kata-kata ini kepada Tuan Presiden PAS, Hadi Awang.

“Perlu lagi ke untuk tanya Anwar Ibrahim?”

Cuba anda tanya sendiri kepada Hadi Awang. Beliau mengerti.

Friday 15 November 2013

Ini bukan parlimen rimba lagi.. ini dah macam parlimen orang gila.. Aduhhhh.. MP Pembangkang.. Mahu alih tumpuan plak..

parlimen100Gelagat ahli-ahli parlimen pembangkang bikin kecoh dan bersikap ikut suka hati seperti pada sidang Dewan Rakyat Khamis sungguh memalukan dan tidak matang. Malah Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar yang geram kata ' mereka ingat dewan ini tepi jalan ke ?'.

"Kalau nak bercakap macam kat pasar, kita (ahli parlimen BN) pun boleh cakap macam itu.  Tetapi kita ada undang-undang dan peraturan. Memang sudah jadi tabiat pembangkang buat kecoh di mana saja, baik dalam pilihanraya mahupun dalam dewan


"Apa saja keputusan semuanya salah. Bagi saya mereka hanya nak dapatkan political mileage. Konon nak tunjuk  hormati undang-undang, tetapi mereka sendiri yang tak ikut. Mereka cakap macam bercakap dalam demonstrasi.


"Pembangkang ramai-ramai berhujah nak lawan Speaker seorang. Kalau semua orang bercakap, Speaker nak dengar cakap siapa?. Pembangkang memang tak hormat undang-undang dan peraturan" kata Noh.


Sementara iatu Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz menganggap pembangkang sudah hilang rasional dan sengaja mengganggu supaya usul menggantung Ahli Parlimen Padang Serai tidak dibentangkan.


"Kalau inilah trend yang ada dalam dewan, mungkin satu hari boleh jadi macam apa yang berlaku di Taiwan dan luar negara. Pada saya ini tidak wajar. Seharusnya semua ahli dewan, baik dari BN atau pembangkang supaya menghormati setiap peraturan mesyuarat yang ditetapkan dan dipersetujui semua pihak," katanya.


"Pembangkang bikin kecoh macam sarkas itu memang sesuatu yang dijangka. Tetapi apa yang mendukacitakan ialah mereka tidak menghormati institusi parlimen. Ia memalukan. Perangai yang dipamerkan menujukkan mereka ahli parlimen yang tidak matang.


"Saya tengok mereka koyak-koyakkan kertas dan biarkan ia bertabur merata tempat sedangkan selama ini kita mengajar anak-anak muda supaya menghormati orang dan jangan buang sampah sesuka hati. Perangai ahli-ahli pembangkang macam budak-budak," kata Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad.


Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Madius Tangau berkata pembangkang sudah mencemari institusi parlimen. Katanya mereka tidak dapat membezakan antara individu dan institusi.


"Perangai ahli-ahli parlimen pembangkang yang terjerit-jerit dan mengoyakkan kertas biarlah dilihat oleh semua orang dan dinilai sendiri oleh rakyat," katanya.


Ahli Parlimen Libaran, Juslie Ajirol sependapat dengan Madius. Katanya sikap ahli-ahli parlimen berkenaan tidak bertanggungjawab dan biadap.


"Nampaknya pembangkang tak berminat menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat dan negara. Budak-budak tadika pun tak buat perangai macam itu. Rakyat harus menilai gelagat wakil-wakil rakyat itu," katanya.


"Menjerit atau mengoyak kertas tidak akan menjejas usul yang dibawa. Pada pandangan orangramai, ahli parlimen tidak bersatu. Soal kenapa saya tidak membawa usul tetapi Hajah Nancy Shukri tidak membawa sebarang perbezaan kerana kami berdua mewakili kerajaan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.


"Sebelum ini memang berlaku tekanan yang memuncak di parlimen. Tetapi hari ini "terpuncak betul" dan semua orang telah buat benda tak elok. Bagaimana nak jadi pemimpin jika tunjuk perangai tak bagus? Orang muda nanti terikut-ikut perangai samseng," tambah Shahidan


Mengulas mengenai pembangkang yang mahu Speaker digantung, Shahidan berkata Speaker dilantik mengikut undian maka tafsirannya adalah muktamad.


"Kalau semua orang nak buat tafsiran, ia bukan jadi parlimen rimba sahaja, tetapi parlimen gila," katanya

Selalunya kita ajer 'dia' nak serang.. pssssst.. nak tau nih, siapa Yang Sedang Mencaturkan PAS? GTP tanya ajer..

pasaljuburi
Menjelang Muktamar PAS 24 November ini, bukan sahaja politik dalaman PAS semakin bergolak, tetapi ia turut menyaksikan rakan sekutunya, DAP, sama-sama menyibuk, mengacah dan menjentik PAS agar menari mengikut rentak mereka.

PAS menjadi bertambah kelam kabut apabila sebuah laman facebook melaporkan petikan kenyataan AJK Kerja PAS Pusat iaitu Dr. Siti Mariah Mahmud yang menyarankan agar Majlis Syura Ulama dibubarkan saja. Beliau juga dilaporkan berkata bahawa cadangan melantik Presiden dan Timbalan Presiden PAS di kalangan Ulama sebagai cadangan yang kurang bijak.

Bagaimanapun, Dr. Mariah kemudiannya dikatakan menafikan kenyataan tersebut. Sehingga kini, tiada siapa yang dapat mengesahkan kisah sebenar mengenai laporan facebook itu.

Benar atau tidak, kita semua tahu bahawa PAS telah lama membelakangkan Majlis Syura termasuk pemimpin dari kalangan Ulama sendiri. Antaranya, isu mengenai Kalimah Allah di mana PAS dilihat berada dalam keadaan kabur dan keliru, tidak tahu untuk berpegang kepada pendirian Majlis Syura atau keputusan Pakatan Rakyat.

Di kalangan akar umbi PAS, mereka menganggap Majlis Syura sebagai badan tertinggi mengatasi segala yang lain. Namun mereka lupa bahawa PAS tertakluk di bawah kerjasama dengan Pakatan Rakyat yang mana secara automatik meletakkan keseluruhan parti itu di bawah satu payung yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Justeru, semua keputusan wajib mengambilkira pandangan sekutu PAS iaitu DAP dan PKR, serta wajib pula diluluskan oleh Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Umum tahu bahawa DAP dan PKR sama sekali tidak bersetuju sekiranya Ulama menerajui PAS.

Dengan kemasukan golongan Anwarinas secara meluas di dalam PAS, maka tidak mustahil bahawa PAS sedang dicatur dari dalam agar menepati pendirian PKR/Anwar Ibrahim.

Manakala, dari luar pula, PAS sedang dicatur oleh DAP. Contohnya, kenyataan Karpal sebenarnya hanyalah sebagai ujikaji terhadap reaksi PAS, mungkin untuk mengenalpasti secara tepat siapakah yang paling lantang menentang DAP dan siapa pula yang menyokong. 

Selain itu, kenyataan Karpal juga boleh dijadikan sebagai alat untuk menonjolkan mereka yang bakal bertanding dalam Muktamar nanti.

Inilah masanya bagi mereka untuk menunjuk ‘Islam’ dan ‘lantang’ menempelak Karpal. Inilah masanya untuk menunjuk sebagai pejuang tulin yang tidak gentar dengan kafir harbi.

Malangnya, percaturan PAS hanyalah sebahagian dari mainan politik DAP dan PKR yang jauh lebih besar dari sekadar pemilihan parti. Kita pasti, sepertimana kenyataan Karpal mengenai parti berasaskan agama, isu mengenai saranan pembubaran Majlis Syura adalah sebenarnya suara DAP dan PKR.

Percaya atau tidak, PAS kini sedang berhadapan dengan cabaran yang melibatkan akidah dan iman. PAS sedang diasak dari dalam dan dari luar agar menghumbankan saja golongan Ulama yang degil tidak dapat menerima pendekatan liberal dan plural DAP dan PKR.

Persoalannya, mampukah golongan Ulama PAS menolak asakan mereka? Apakah ahli-ahli PAS menyedari apa yang sedang berlaku di dalam parti mereka?

Apapun, hanya Muktamar PAS yang dapat memberikan jawapan kepada semua persoalan ini. Sekiranya golongan Anwarinas berjaya memegang jawatan penting, maka bersedialah untuk PAS yang hanya Islam pada nama. Sekiranya balaci DAP juga turut berjaya menduduki jawatan tinggi, maka bersedialah PAS untuk menghapuskan terus nama ‘Islam’ pada parti mereka.

OneBeruang Biru

Thursday 14 November 2013

Terima kasih Datuk Rosnah : Kerajaan Peruntuk RM1.4 Bilion Naik Taraf PLUS

alt
 
KUALA LUMPUR  - Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan dinaiktaraf di beberapa lokasi dalam usaha kerajaan menangani masalah kesesakan akibat pertambahan bilangan trafik ketika musim perayaan.
 
Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, projek bernilai RM1.437 bilion itu melibatkan jarak keseluruhan sepanjang 63.3 kilometer dalam kertas cadangan pembinaan lorong tambahan keempat.
 
"Pada masa ini, kerja pembinaan sedang giat dijalankan dengan kemajuan kerja fizikal di tapak ialah 35 peratus," katanya di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Datuk Seri Ong Ka Chuan (BN-Tanjong Malim) yang meminta Menteri Kerja Raya mengatakan langkah kerajaan dan kaedah berkesan dalam mengendalikan pengaliran trafik bagi mengelakkan kesesakan di PLUS pada musim perayaan dan percutian.
 
Justeru itu projek tersebut dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2014 melibatkan kawasan Rawang-Sungai Buloh sepanjang 13 kilometer, Shah Alam-Sungai Buloh (16 kilometer), Bukit Lanjan-Jalan Duta (tujuh kilometer) dan Persimpangan Nilai Utara-Seremban (27 kilometer).

Tindakan MP pembangkang melampaui batas.. Macam kera sumbang..

kecoh1xx

Cacamarba dan amat memalukan...itu yang dapat disimpulkan gelagat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada sidang Dewan Rakyat pagi Khamis.
Sidang Dewan Rakyat kecoh hampir sejam setengah.Ini gara-gara cubaan mereka untuk melengahkan pembentangan usul untuk gantung Ahli Parlimen PKR Padang Serai,N Surendran kerana menghina Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ia bermula pada jam 11.30 pagi sejurus selesai sesi soal jawab.
dewan-riuh2-500
Belum pun Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee yang ambilih alih pengerusikan sidang dari Pandikar dapat memulakan prosiding usul ,kalangan Ahli Parlimen pakatan sudah buat kecoh.
Antaranya mempersoalkan kesahihan tempoh waktu  notis sehari yang perlu diberi kepada semua Ahli Parlimen untuk usul dapat dibentangkan.
Suasana macam dalam pasar berterusan hingga jam 12.30 tengahari bila Ronald yang hilang sabar dengan gelagat mereka mengarahkan keputusan dibuat atas usul berkenaan.
Semua Ahli Parlimen kata setuju sebaliknya dibantah oleh Ahli Parlimen pembangkang.
dewan-riuh3-500
Melihat keadaan terus hangat,pada jam 12.40 tengahari Ronald kemudian arahkan undi belah bahgi dibuat yakni kira ikut kepala siapa setuju dan siapa tidak.
Dari undi itu dibuat 92 Ahli Parlimen setuju Surendran di gantung enam bulan.Ahli Parlimen pakatan tidak undi.
Surendran berada dalam dewan sewaktu kekecohan itu.Beliau masuk ke dalam dewan jam 11.30 pagi.
dewan-riuh4-500
Pada Selasa lalu beliau diusir keluar dewan oleh Pandikar kerana degil tidak mahu ikut arahan selepas usulnya minta dewan bincang isu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) roboh kuil Hindu di Jalan P Ramlee Kuala Lumpur ditolak.
Ekoran pengusiran itu beliau tidak dibenar masuk dewan selama dua hari.
Di luar dewan kemudian Surendran telah buat sidang akhbar mendakwa Speaker bagi fakta yang segalanya salah serta bersikap bias.
dewan-riuh5-500
Ini mendoriong pihak kerajaan mengemukakan usul untuk mengantung beliau kerana telah menghina institusi Speaker Dewan Rakyat.
Apapun sekitar jam 10.20 pagi semasa sesi soial jawab Surendran tiba-tiba muncul masuk ke dalam dewan.
Pandikar yang ketika itu mempengerusikan sidang terus halau beliau keluar kerana kata belum cukup dua hari.
dewan-riuh6-500
Suasana dewan semasa kecoh juga diwarnai oleh perbuatan mereka koyak lertas uusl serta menjerit-jerit kearah Timbalan Speaker dan Ahli Parlimen BN.
Mereka antara lain menjerit ' Parlimen Mugabe' dan  'Speaker bias'.Ada yang keterlaluan jerit 'gantung Speaker'.
Kalangan Ahli Parlimen BN turun ramai-ramai kerana geram melihat gelagat mereka yang terus cuba memperlekehkan Speaker.
dewan-riuh8-500
Ronald bagaimanapun menunjukkan sikap tegas beliau minta teruskan sidang hingga waktu rehat tengahari pada jam 1 tengahari.
Kalangan pemerhati melihatnya tidak lebih dari aksi Ahli Parlimen pembangkang untuk cetus persepsi konon kerajaan dan Speaker tidak adil pada mereka.
Namun dakwaan Surendran pada Speaker semasa sidang media di lobi Parlimen Selasa lalu adalah perbuatan amat serius.