Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 19 November 2013

"Memang Karpal buat tahi..."

abubakarchik
Calon Naib Presiden PAS, Datuk Abu Bakar Chik (gambar) menyifatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh sengaja mencari pasal dalam pakatan pembangkang selepas beliau dianggap berbohong apabila menafikan telah meminta pendaftaran PAS dibatalkan.

Sambil menggunakan istilah 'buat tahi' bagi merujuk tindakan Pengerusi DAP itu, Abu Bakar berkata, PAS akan berdepan dengan masalah yang dicetuskan Karpal tersebut.
"Memang Karpal buat tahi (cari pasal) dengan pakatan, tapi insya-Allah, PAS akan basuh tahi (tangani masalah) dia. Kita tidak mabuk (terpedaya) dengan tahi dia," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Terengganu Isnin.
Beliau mengulas tindakan Karpal yang memberi amaran kepada Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan selain menuduh Raja Ahmad Iskandar berbohong.
Kenyataan Karpal itu ekoran tindakan Raja Ahmad Iskandar meminta Karpal memohon maaf kepada PAS selepas beliau didapati berbohong ketika menafikan pernah meminta pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum dan agama termasuk Pas dibatalkan kerana membahayakan negara.
Sedangkan, Raja Ahmad Iskandar mendakwa, beliau mempunyai cakera padat (CD) yang mempunyai rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Karpal di Pulau Pinang pada 5 November lalu ketika Karpal membuat kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Abu Bakar turut mempertahan serta bersetuju dengan tindakan Raja Ahmad Iskandar dan beliau sendiri telah merujuk kepada transkrip sidang akhbar yang dibuat Karpal.
Malah, katanya, kenyataan Karpal itu juga bukan hanya bercanggah dengan PAS sebaliknya dengan partinya sendiri iaitu DAP.
Walau bagaimanapun, Abu Bakar tetap menyifatkan kenyataan Karpal itu dibuat atas kapasiti peribadi, bukan kenyataan rasmi DAP.
Ditanya sama ada PAS perlu meneruskan kerjasama dengan DAP ekoran pelbagai kenyataan kontroversi Karpal, Abu Bakar berkata, beliau melihat tindakan Karpal itu hanyalah kesilapan yang sering dilakukan banyak pihak.
"Orang lama macam Karpal lagilah cakap macam-macam, takkan kerana ada orang buat silap seperti itu kita mahu putuskan hubungan," katanya.
Walau bagaimanapun, beliau turut menyifatkan Pengerusi DAP itu bukan lagi pemimpin yang sesuai dengan zaman sekarang ekoran pelbagai kenyataan kontroversi yang sering dibuat beliau.
"Untuk (minta) dia berundur itu, kita tidak mahu kata apa-apa, itu terpulang kepada parti, tapi itu pandangan saya," katanya.
Berhubungan desakan Raja Ahmad Iskandar supaya Karpal memohon maaf, Abu Bakar berkata, perkara tersebut memang boleh dilakukan.
"Tetapi masalahnya sejauh manakah dia ikhlas untuk minta maaf, kita tidak tahu. Tidak mengapalah selepas muktamar nanti saya akan komen jika Karpal tidak tarik balik kenyataannya,'' katanya

No comments:

Post a Comment