Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday, 17 November 2013

Muktamar PAS: Perlu Untuk Hadi Awang Tanya Kepada Anwar Ibrahim

muktamar pas 2013
Sudah tidak dapat disorokkan lagi, bahawa dalam muktamar PAS kali ini adalah berkenaan pertembungan dua golongan iaitu golongan ulamak, dan juga golongan Anwarinas atau dikenali sebagai liberal, atau sarkastik politik melabelkan mereka “ularmak”.

Sebenarnya, dua golongan ini telah bertelagah sejak muktamar yang lepas, waima cuba dinafikan oleh golongan kepimpinan tertinggi parti. Kali ini, mereka tidak mampu untuk bermuka-muka dari hakikat persaingan pada muktamar kali ini. Ulamak, atau liberal.

Pantauan terhadap pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat menunjukkan mereka sangat condong kepada golongan Anwarinas. Hari demi hari, kenyataan mereka secara jelas mendukung golongan Anwarinas. Harapan ini menunjukkan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat cukup takut jika PAS kembali ke tangan ulamak PAS. Pimpinan DAP dan PKR cukup risau jika hakikat bahawa sekian lama mereka boleh mengatur dan memperlekeh PAS bakal berakhir di tangan golongan ulamak PAS. Oleh itu, dengan cara apapun, DAP dan PKR akan cuba mempertahankan golongan Anwarinas yang ternyata memberi banyak manfaat kepada mereka.

Mat Sabu, penyandang jawatan Timbalan Presiden PAS dilihat mengetuai golongan Anwarinas. Ini bukanlah satu rahsia lagi.

Ramai yang berpendapat bahawa jika Mat Sabu terus menghuni takhta Naib Presiden PAS, ia memberi kelebihan kepada UMNO. Ini berikutan cara berpolitik Mat Sabu yang sangat menjengkelkan, selain mengutarakan kenyataan-kenyataan yang sensitif kepada tiang seri orang Melayu, iaitu agama, bangsa dan negara.

Peningkatan sokongan Melayu kepada BN pada PRU lalu boleh dijadikan asas walaupun tidak bersifat total. Namun begitu, perubahan yang berlaku ke atas PAS meresahkan kebanyakkan golongan atas pagar yang berpendapat bahawa mereka boleh bergantungharap kepada PAS. Apatah lagi, tahaluf siyasi yang diwar-warkan sangat merugikan PAS, sedangkan maksud keseluruhan tahaluf siyasi haruslah memberi manafaat yang lebih besar dari apa yang PAS sedang nikmati. Keadaan inilah yang membuatkan ramai ahli PAS, atau pemimpin PAS kecewa dengan kepimpinan PAS masakini.

Maka, adalah benar sekiranya Mat Sabu dan kuncu-kuncunya terus menguasai PAS, maka Insha Allah, dengan izin Allah, UMNO akan lebih kuat berbanding PRU13.

Golongan ulamak pula kali ini dipimpin oleh Nik Mohd Amar, yang akan bertanding menentang Mat Sabu. Ia bukanlah sesuatu yang mudah, kerana nama besar di dalam PAS seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa juga kecundang dalam arus politik PAS.

Penulis pula melihat perlunya untuk golongan ulamak PAS mengungguli setiap jawatan yang dipertandingkan. Kemenangan golongan ini bermakna akan ada jalan pembuka bicara, santun bersahut untuk titian silaturahmi antara PAS dan UMNO; dua parti terbesar yang mewakili Islam dan Melayu.

Dalam perkara ini, penulis harus meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara melebihi sentimen partisan. Memang bukan mudah untuk melihat kedua-dua parti ini bergabung menjadi satu, namun bagi penulis, langkah pertama sangat penting untuk sebuah perjalanan berjuta batu.

Tidak perlu bergabung pun tidak mengapa, asalkan sekiranya persepakatan boleh dicapai dalam perkara-perkara berkenaan Islam dan Melayu. Tidak menjadi satu pun tidak mengapa, asalkan Melayu dan Islam itu sama-sama dipelihara.

Andaikan golongan ulamak PAS menang pada muktamar kali ini, suka kiranya penulis melontarkan kata-kata ini kepada Tuan Presiden PAS, Hadi Awang.

“Perlu lagi ke untuk tanya Anwar Ibrahim?”

Cuba anda tanya sendiri kepada Hadi Awang. Beliau mengerti.

No comments:

Post a Comment