Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday, 27 May 2012

Sudah terang lagi bersuluh. cakap Dr. Zul Noordin tuuuu..

 Gambar dolu-dolu yeop. Sekarang?? Mampoihhhhh.. tak mau la teman yeop

Teman tertarik dengan cabaran-cabaran yang dibuat oleh beberapa tokoh yang punya hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dahulu. Pendedahan oleh rakan karib Anwar iaitu Datuk Nallakarupan bahawa Anwar adalah seorang pengamal seks bebas "biseksual" sangat menggemparkan. Ini diikuti dengan pendedahan demi pendedahan oleh Umi Hafilda, Datuk Eskay Shazryl Abdullah, Anuar Shaari, Senator Ezam Mohd. Nor, dan ramai lagi tentang kegiatan seksual luar tabie Anwar sangatlah membimbangkan.

Apa yang menarik perhatian teman ialah pendedahan mereka diikuti dengan cabaran supaya Anwar menyaman mereka jika ianya tidak betul. Malah ada yang mencabar supaya Anwar membuat sumpah mubahalah, mahupun sumpah la'nat untuk menafikan pendedahan mereka.

Isu ini penting kerana Anwar mahu menjadi Perdana Menteri. Dia nak jadi pemimpin negara. Kalau Anwar setakat nak jadi Presiden Kelab LBGT teman tak peduli pun. Kalau Anwar setakat nak jadi Pengerusi Badan Kebajikan Mak Nyah Sedunia teman tak kisah. Tetapi Anwar nak jadi PM! Dia nak memimpin umat Islam, rakyat Malaysia dan negara ini! Jadi soal moral, akhlak, integriti dan kewibawaan Anwar sangat penting. Kalau calon menantu pun kita sangat berkira akhlaknya, inikan pulak calon Perdana Menteri yang diwar-warkan oleh pakatan pembangkang.

Bercakap soal saman menyaman dan kredibiliti Anwar ini dalam isu seksual ini, teman rasa orang yang pertama Anwar patut saman ialah Karpal Singh. Ini kerana Karpal lah orang yang mendedahkan perlakuan seks luar tabi'e Anwar. Jangan lupa pada 22 Oktober 1997, Karpal lah yang mendedahkan Anwar sebagai peliwat didalam Parlimen. Dan Karpal lah yang mendesak Kerajaan supaya membuuat siasatan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Karpal pada masa itu adalah peguam yang telah berjumpa dengan mangsa liwat Anwar iaitu pemandunya sendiri Azizan Abu Bakar dan juga Umi Hafilda Ali. Bukan sahaja dalam Parlimen, malah Karpal mengulangi dakwaan dia punya bukti Anwar peliwat didalam ceramah. Kata YB Wee Choo Keong, beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh mendakwa Anwar peliwat di Federal Hotel.

Malahan kata YB Wee Choo Keong, disebabkan pendedahan Karpal itu lah PAS mengadakan ceramah di Taman Melewar. Beliau yang hadir diatas pentas dalam ceramah itu mendengar sendiri bagaimana pemimpin PAS mengisytihar dan melabel Anwar dengan gelaran Al-Juburi (tapi hari ni mereka pulak yang mengangkat Al-Juburi ni sebagai pemimpin agong mereka).

Bukan itu sahaja, Karpal tetap konsisten mempertikaikan kredibiliti Anwar. Ini terbukti apabila pembohongan 16 Sept terbongkar, Karpal adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang menegaskan Anwar tidak layak menjadi pemimpin dan Karpal mendesak Anwar supaya bertaubat dan mengundur diri daripada politik.

Tetapi yang peliknya sampai hari ni Anwar tidak pernah menyaman Karpal. Sedangkan pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Kerajaan mengambil tindakan, menyebabkan pihak polis membuat siasatan, menyebabkan pihak pendakwaraya mendakwa Anwar, dan membawa kepada Tun Dr. Mahathir memecat Anwar. Pendekkata, pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Anwar tersungkur.

Jadi adalah sangat tidak logik bagi Anwar jika dia langsung tidak mengambil tindakan terhadap Karpal. Amat tidak masuk aqal bagi Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah. Amat menghairankan Anwar tidak menyaman Karpal.

DAN yang paling tidak masuk akal, bukan sahaja Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah, malahan Anwar melantik Karpal menjadi peguamnya di Mahkamah dalam kes yang sama jenisnya iaitu meliwat stafnya sendiri!

Pada teman, sebelum nak menyaman Datuk Nallakarupan, sebelum nak menyaman Datuk Eskay Shazryl, sebelum nak menyaman Umi Hafilda, teman cabar Anwar supaya menyaman Karpal Singh!

So Anwar, the ball is in your hand! Now let us see whether you have the balls to sue Karpal Singh that leads to your disgraced and downfall.

Adios amigos, grasias amigos!

Wallaha'alam & wassalam!

Zulkifli Bin Noordin

Sepanduk N.A.J.I.B Diarak Di Putrajaya Sempena Himpunan Jutaan Belia

 

N.A.J.I.B, Najib Adalah Jaguh Inspirasi Belia, itulah sepanduk yang diarak 250 belia dari Majlis Belia Pulau Pinang (MBPP) sebagai tanda sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Himpunan Jutaan Belia.

Wakil MBPP Mohd Rashwan Klawan berkata belia Pulau Pinang itu turut membawa sepanduk memaparkan kata-kata keramat Najib yang mereka kumpul.

“Kami membuat persiapan mengumpul dan menghiasi mutiara kata Perdana Menteri sejak minggu lepas lagi. Kata-kata ini diambil dalam surat khabar.  Ini adalah tanda sokongan belia Pulau Pinang kepada PM.

“Kami berterima kasih pada kerajaan kerana memberi peluang kami di seluruh Malaysia berkumpul di sini, dan ini menunjukkan kerajaan prihatin dengan kegiatan sosial kami,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa kumpulan belia membawa sepanduk yang tertulis kata-kata seperti “Kami sokong dasar kerajaan”, berarak sejauh 6 kilometer sambil melaungkan 1 Malaysia walaupun cuaca panas terik kerana semangat cintakan negara mengatasi segala-galanya.

Turut kelihatan Majlis Belia Sabah yang membawa bendera gergasi tanda menyokong perhimpunan ini, dan rata-rata mereka menuntut golongan itu diberi lebih peluang mendekati serta terlibat dalam program kerajaan.

Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan kira-kira dua juta belia menghadiri edisi kali ini, dan terdapat 500 aktiviti serta 1,000 persembahan sepanjang lima hari program itu berlangsung.

GELOMBANG Suara 2 juta belia

Kehadiran dua juta belia pada Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara 2012 di sini ‘mewarnai’ bandar raya pentadbiran ini dengan pelbagai kegiatan sehingga turut menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta barisan Kabinetnya.

Foto
Foto
 


Warga belia yang datang dari pelosok negara sejak Rabu lalu mengambil bahagian dalam 500 aktiviti yang disediakan membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan selama lima hari sambutan yang berakhir hari ini.
Warna-warni sambutan itu pula diserikan dengan kemunculan beberapa kelompok belia yang memakai kemeja-T merah, biru, merah jambu bertulis ‘I Love PM’ (Saya Sayang PM) yang turut menarik perhatian Perdana Menteri.

Najib secara berseloroh berkata, perkataan `Saya Sayang PM’ itu tidak akan menimbulkan rasa cemburu isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, kerana ia dilakukan atas dasar rasa hormat belia kepada pemimpin negara.

Himpunan Jutaan Belia 2012 yang disifatkan sebagai belia ‘menawan’ Putrajaya adalah antara 10 karnival terbesar di dunia dengan menyaksikan khemah untuk ekspo dan pameran sepanjang enam kilometer di Persiaran Perdana, di sini.

Terdahulu, Najib dan isteri serta beberapa menteri Kabinet meluangkan masa kira-kira satu setengah jam melawat tapak pameran sambil beramah mesra dengan belia.
Aktiviti yang dilawati termasuk My Kampung Art yang menyaksikan Najib disambut dengan tarian tradisional dan kawad kreatif daripada kira-kira 1,700 sukarelawan, sebelum menyerahkan sijil Malaysia Book of Records (MBOR) kepada Akademi Tatih Seni yang berjaya mencipta rekod baru mencanting dan mewarna batik terpanjang, iaitu 263.3 meter.

Najib ketika berucap merasmikan himpunan berkenaan berkata, negara ini tidak boleh bergantung harap masa depannya kepada belia yang ‘demo crazy’ (gila berdemonstrasi).

“Demokrasi bukan bererti rusuhan jalanan, membaling batu dan menendang anggota polis, itu bukan demokrasi, itu ‘demo crazy’ namanya,” katanya.

Justeru, beliau menggariskan lima ciri belia yang negara boleh bergantung masa depan, iaitu mereka yang cintakan keamanan, beradab, berhemah mulia, tertib dan menghormati undang-undang yang berupaya menjamin `hari ini lebih baik berbanding hari esok.’

“Kalau kita melakarkan imej seorang liar, yang sedang menendang seorang anggota polis yang sedang terbaring di atas jalan, bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan kita, gambaran belia yang sedang melonjak-lonjak atas kereta polis, bukan gambaran belia yang sopan santun yang boleh kita bergantung harap untuk masa depan,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata, keadaan dan kemajuan negara yang lebih baik pada hari ini berlaku kerana kira-kira 55 tahun lalu, belia pada masa itu serta orang dewasa membuat pilihan yang tepat serta bijak ketika memilih kerajaan.

Najib berkata, belia perlu tahu menilai antara kaca dan permata dalam aspek memilih kerajaan kerana suara mereka adalah keramat untuk memilih kerajaan yang boleh menjamin masa depan negara, sekali gus menjadikan esok lebih baik berbanding hari ini.

“Belia ada kuasa untuk memilih, gunakan kuasa itu dengan penuh kematangan, penuh bijaksana, jangan termakan hasutan, fitnah dalam internet (dengan) ucapan oleh pihak tidak bertanggungjawab menghasut,” katanya.

Beliau juga berkata, majoriti belia adalah yang cintakan keamanan seperti mereka yang hadir pada himpunan itu.

“Saya nak tunjukkan imej himpunan kita ini, bagaimana kita duduk dalam keadaan aman, tak ada ketakutan, tak ramai pun anggota polis, polis pun agak lega, polis pun tak rasa cemas orang ramai pun tak rasa cemas, inilah gambaran belia yang boleh menjamin hari esok lebih baik daripada hari ini,” katanya.

Pada majlis itu, Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, menyerahkan ‘Deklarasi Belia Sahabat Keamanan’ kepada Perdana Menteri yang antara lain mengandungi ikrar belia Malaysia menyokong keamanan.

Anwar mulakan provokasi, maki hamun

 

UMNO Bahagian Lembah Pantai mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanggungjawab memulakan provokasi dengan memaki hamun ahli sayap itu sehingga tercetus kekecohan pada ceramah Parti Keadilan Rakyat (PKR), Khamis lalu.

Ketua Pemudanya, Datuk Mohamad Sazali Kamilan, berkata melalui ucapan Anwar, Penasihat PKR itu ada menyebut perkataan ‘Pemuda UMNO Sial, Pemuda UMNO Celaka’ sehingga menimbulkan kemarahan ahli sayap ketika itu sedang membuat simulasi pilihan raya di kawasan sekitar.
 
Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO menafikan sekeras-kerasnya ahli sayap itu bertindak ganas sehingga mencetuskan kekecohan di situ.
 
“Kita menolak sekeras-kerasnya kenyataan malam itu malam berdarah Lembah Pantai.

“Memang tiada pergaduhan di situ, tetapi oleh kerana kita melihat provokasi dimulakan Ketua Pembangkang ketika Pemuda UMNO bahagian tengah melakukan simulasi, jadi faham-fahamlah, apa akan berlaku?

“Kalau PKR kata ada yang tercedera (disebabkan Pemuda UMNO), kami bukan nak mempersalahkan sesiapa tapi ada juga ahli kita yang cedera.

“Kita juga ada gambar menunjukkan ahli UMNO, Muhd Saiful Bukhari cedera terkena batu, ” katanya pada sidang media bagi menafikan dakwaan PKR itu di Rumah BN Lembah Pantai, semalam.
 
Sazali berkata demikian bagi mengulas dakwaan PKR bahawa pemuda UMNO bertindak ganas pada ceramah pembangkang itu dengan membaling batu dan telur sehingga mencederakan seorang warga tua dan kanak-kanak.

Beliau berkata, tindakan Penasihat PKR itu didakwa kerana rasa tercabar berikutan kehadirannya di kawasan Lembah Pantai tidak mendapat sambutan, sekali gus gagal meraih sokongan pada peringkat akar umbi.

Bagaimanapun, katanya Pemuda UMNO tidak berhasrat membuat laporan polis berikutan tidak mahu menuduh mana-mana pihak.