Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 14 November 2013

Terima kasih Datuk Rosnah : Kerajaan Peruntuk RM1.4 Bilion Naik Taraf PLUS

alt
 
KUALA LUMPUR  - Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan dinaiktaraf di beberapa lokasi dalam usaha kerajaan menangani masalah kesesakan akibat pertambahan bilangan trafik ketika musim perayaan.
 
Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, projek bernilai RM1.437 bilion itu melibatkan jarak keseluruhan sepanjang 63.3 kilometer dalam kertas cadangan pembinaan lorong tambahan keempat.
 
"Pada masa ini, kerja pembinaan sedang giat dijalankan dengan kemajuan kerja fizikal di tapak ialah 35 peratus," katanya di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Datuk Seri Ong Ka Chuan (BN-Tanjong Malim) yang meminta Menteri Kerja Raya mengatakan langkah kerajaan dan kaedah berkesan dalam mengendalikan pengaliran trafik bagi mengelakkan kesesakan di PLUS pada musim perayaan dan percutian.
 
Justeru itu projek tersebut dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2014 melibatkan kawasan Rawang-Sungai Buloh sepanjang 13 kilometer, Shah Alam-Sungai Buloh (16 kilometer), Bukit Lanjan-Jalan Duta (tujuh kilometer) dan Persimpangan Nilai Utara-Seremban (27 kilometer).

No comments:

Post a Comment