Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 20 November 2013

[Tahniah] 70 Peratus Muka Baharu Terajui Kepimpinan Puteri Negeri


Seramai 70 peratus muka baru menganggotai senarai kepimpinan tertinggi Pergerakan Puteri Umno di peringkat negeri bagi sesi 2013/2016.
Ketua Pergerakan Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin berkata, daripada 30 ahli kepimpinan yang dilantik itu hanya dua muka lama dikekalkan dalam jawatan mereka.
"Dari segi kepimpinan, orang lama tak ramai, hanya dua muka lama yang dikekalkan iaitu Norashimah Md Nowar (Ketua Puteri Bahagian Sik, Kedah) dan Salbiah Mohamed (Ketua Puteri Bahagian Gerik, Perak). Selebihnya terdiri daripada muka-muka baharu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pergerakan itu di sini, Rabu.
Antara yang menjadi agenda pada mesyuarat itu adalah mengenai keahlian baharu, daftar pemilih, fungsi pergerakan itu sebagai agen untuk merekrut ahli baharu dan beberapa program pembangunan sahsiah, ekonomi dan kebajikan.
Menurut Mas, beliau yakin barisan kepimpinan baharu itu dapat membantu mengembalikan keyakinan orang muda terhadap Umno khususnya Barisan Nasional (BN). "Kita berada dalam era untuk mengembalikan semula keyakinan golongan muda. Ini bukan masanya untuk glamor, kerja kena baik dan mantap. Kita akan sama-sama buat yang terbaik untuk Umno," katanya.

No comments:

Post a Comment