Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday, 22 April 2014

RAFIZI SELAMBA JE MEMALUKAN AZMIN!!!


Nampak gayanya Si Rafizi ni dah makin besar kepala. Nak pulak bila dia duduk dalam kumpulan Si Siputdin tu dan bergandingan dengan Si Nurul Izzah.

Maka dengan selamba je dia memalukan Si Azmin tu dalam laman media dan membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PKR tu sebelum ni.

Apa yang dilakukan oleh Si Rafizi ni jelas menunjukkan yang dia semakin merasakan diri dia lebih baik dari orang lain. Malah Si Azmin tu pun tak betul jadinya.

Si Rafizi tu kata, pembentukan trio yang diwujudkan diantara dia, Siputdin dan Nurul Izzah sebelum ini tidak menggugat mana - mana calon yang bertanding. 
"Saya tidak melihat itu sebagai kartel atau kumpulan atau apa-apa... Contohnya saya, Nurul Izzah dan Datuk Saifudin, kami berpendapat bahawa tumpuan parti mesti kepada kepimpinan muda. Itu pandangan kami. Kami berkempen atas platform itu.


"Kami berpendapat parti mesti lakukan lebih untuk membenarkan lebih ramai pemimpin muda untuk mengambil alih," katanya ketika ditemui pemberita.
Jauh sekali jika ianya bakal memecah-belahkan hubungan didalam parti dimasa akan datang. Walhal, selama ini pun, parti dia tu memang tengah mengalami konflik kepimpinan.

Tu pasal la dia yang cerdik pandai tu terpaksa buat rancangan untuk melaksanakan agenda 'Langkah Kajang' bagi menyelesaikan konflik yang melanda Parti Kecohkan Rakyat tu.

Malangnya, rancangan dia yang cerdik tu pun GAGAL jugak akhirnya. Sampai hari ini, konflik yang melanda PKR bukan sahaja belum selesai, malah ianya bertambah buruk.

Dengan wujudkan kumpulan - kumpulan tertentu dalam PKR sepanjang pemilihan kali ini, kita dapat lihat dengan jelas bahawa parti tu kini dah berpecah kepada 3 kumpulan.

Ada satu kumpulan tu Anti pada Azmin. Yang satu kumpulan Pro Azmin. Dan yang satu kumpulan tu pulak bertanding sebab nak memalukan Azmin.

Pokok pangkalnya, ahli dalam PKR ni sebenarnya dah menyampah dengan perangai Si Azmin tu sebagai Timbalan Presiden. Dia pulak yang melebih - lebih dari Presiden.

Jadi, sebab itulah dalam pemilihan kali ini, ramai yang menawarkan diri untuk merampas jawatan Timbalan Presiden tu dari dia. Kiranya, musuh utama Si Azmin ni bukan la dari kalangan orang UMNO atau BN. Sebaliknya, sesama dia sendiri!!!

No comments:

Post a Comment