Gejala menyalahgunakan kemudahan
aplikasi laman sosial Facebook dikalangan pengguna laman tersebut
akhirnya memakan diri,jika sebelum ini diberitakan seorang pelajar
lelaki dari USM ditahan gara-gara membuat entri untuk meletakkan bom ke
dalam helikopter yang akan dinaiki oleh PM,kini pelajar perempuan pula
ditahan kerana meluahkan kata-kata berbaur ugutan kepada Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam facebook miliknya.
Walaupun
mungkin niat hanya sekadar “gurauan nakal”tetapi perkara ini tidak boleh
dianggap remeh,apatah lagi ugutan tersebut ditujukan kepada pemimpin
negara.Ikuti berita sepenuhnya
ALOR
SETAR: Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi
swasta (IPTS) di Sungai Petani, di sini, ditahan selepas didapati
menghamburkan kata-kata berbaur ugutan kepada Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak, dalam laman sosial facebook miliknya.
Ketua
Polis Negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, polis mengesan aktiviti itu
pada jam 10 malam kelmarin sebelum menjejaki pelajar berkenaan berikutan
kata-katanya mampu mengancam nyawa pemimpin negara termasuk menggunakan
perkataan lucah.
Katanya, pihaknya
menahan pelajar jurusan pergigian berusia 20 tahun di pusat pada jam 9
pagi semalam sebelum diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah
Kuala Muda di Sungai Petani.
BANYAK YG HANYA BERANI MENYALAK TETAPI TAK BERANI TANGGUNG DGN SALAKAN MEREKA...
ReplyDeleteHATI KECIL SANGAT NAK TUNJUK KUAT SEBAB BILA KENA TANGKAP CONFIRM NANGIS...
PEJUANG HAMAS...
alaaa... polis malaysia kejam sangat. tangkap tak sampai 24jam, lepas tu bebaskan. nanti bila siasatan dibuat yg ambil masa LAMBAAAAAT sangat hingga rakyat sudah lupa isunya, barulah nak buat dakwaan. si pesalah pun minta maaf. habis cerita. kes tutup?. mudahkan? adakah itu nilai maruah dan nyawa pemimpin negara kita?! pdrm tolong jawap???
ReplyDelete