Apa maknanya berselingkuh? Kalau cari dalam wikipedia, maksudnya persetubuhan sama ada secara normal atau sebaliknya.
Perselingkuhan adalah hubungan antara individu baik laki-laki maupun perempuan yang sudah menikah ataupun yang belum menikah dengan orang lain yang bukan pasangannya. - Wikipedia
Baru
- baru ni dalam temubual bersama dengan BBC, Si Ketua Penipu tu
dikatakan telah mendakwa bahawa hukuman terhadap sodomi ini sebagai
undang - undang lapuk.
Malam
semalam, sewaktu mengadakan majlis kesyukuran kerana dilepaskan dari
kes liwat dia terhadap Mohd Saiful, Si Ketua Penipu tu telah
menghalalkan pulak 'Perselingkuhan' ni.
Kata
dia, umat Islam tidak dibenarkan untuk menghukum seseorang melakukan
'perselingkuhan' kecuali ianya dilakukan dihadapan khalayak ramai.
"Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?... Bukan mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh," tegasnya di hadapan tetamu yang hadir di kediamannya di Segambut Dalam, malam tadi.
Maknanya,
kalau nak buat kerja - kerja seperti meliwat dan berzina tanpa
pernikahan sekali pun, ianya boleh dilakukan. Janji jangan depan orang
ramai.
Selagi ianya dilakukan ditempat persendirian, maka perbuatan tersebut boleh dianggap 'Halal'. Adakah itu yang dia maksudkan?
Takkan
la Si Ketua Penipu tu tak tau yang perbuatan berzina diluar pernikahan
ni adalah haram disisi Islam. Inikan pulak nak meliwat.
Tak kira la sama ada ianya dilakukan secara terang - terangan mahupun secara sembunyi - sembunyi ditempat persendirian.
Dalam
kes dia pulak, bukannya orang lain pergi buat laporan terhadap dia dan
mengatakan yang dia meliwat Mohd Saiful. Mohd Saiful tu sendiri yang
buat laporan tersebut.
Jadi, adakah orang yang menjadi mangsa liwat ni tak boleh buat laporan sebab perselingkuhan tu dilakukan bukan ditempat awam?
Nampak
sangat Si Ketua Penipu tu cuba nak menegakkan benang yang basah dengan
menghalalkan pulak 'perselingkuhan' ni melalui hukum Islam. Kalau dah
haram tu, haram la jugak!!! Itu pun dia tak faham - faham jugak ke!!!
makan yg curi curi sedap bro...
ReplyDelete