Ada
persepsi umum yang kata MCA kini sudah lembik sejak calonnya banyak
kalah pada pilihanraya umum ke 12 Mac 2008.Malah ada juga yang lebih
drastik anggap parti utama komponen Barisan nasional itu kini sudah '
nyawa ikan'.
Sebaliknya siapa saja yang ada di Perhimpunan Agung MCA di bangunan
ibupejabatnya di Kuala Lumpur yang dirasmi Datuk Seri Najib Tun Razak
pagi Ahad dapat merasai semangat baru parti itu.
Malah Perdana Menteri yang teruja dengan penampilan sempoi parti itu
pada perhimpunan kali ini dengan tema Battle Without Fear berharap
MCA luarbiasa bersemangat ini satu petanda detik perubahan positif
untuk sama sama berkerja keras dengan rakan BN lain pada PRU13.
Berbeza dengan tradisi perhimpunan dimana semua perwakilan memakai
baju dan seluar putih - semua perwakilan ternasuk pimpinan utama MCA
turun memakai t-shirt biru yang bertulis pelbagai slogan semangat
termasuk kecam pembangkang.
Pada ucapannya Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan MCA sudah bersatu dan siapa sedia untuk menewaskan DAP.
Katanya MCA sudah berentap dengan DAP dalam 10 pilihanraya umum dan menewaskan mereka tujuh kali.
Najib sendiri telah menyampaikan ucapan yang cukup menarik dan
bersemangat untuk membuka mata perwakilan parti itu tentang realiti
keadaan di negara ini yang terus makmur dan berpadu sejak capai
kemerdekaan serta jangan memperjudikan masa depan negara dengan janji
kosong pembangkang.
Antaranya beliau menghuraikan mengenai soal pendidikan yang dianggapnya dekat dengan hati orang Cina.
Perdana Menteri mengulangi bahawa di Malaysia sahaja dimana pendidikan Cina menjadi sebahagian dari pendidikan kebangsaan.
Sedangkan menurutnya ia tidak di Indonesia,Thailand dan Singapura.
"Mana pergi pejuang-pejuang pendidikan Cina di Singapura ?....Bo Liau (tak ada) ,"katanya.
Najib juga mengimbang kembali semasa menjadi Menteri Pelajaran beliau telah mengambil risiko pinda Akta Pendidikan Sekolah Cina.
"Tapi masa Anwar pegang jawatan itu ( lebih awal darinya ) apa pasal
tidak buat ?Sekarang sebaliknya cuba tunjuk ambil berat sangat nak
perjuangkan,"ujarnya.
Dalam ucapan itu beliau mengumumkan peruntukkan RM30 juta untuk bantu sekolah-sekolah Cina di seluruh negara.
Katanya sebenarnya Presiden MCA memohon RM50 juta darinya.
Kata Perdana Menteri lagi beliau marah pakatan pembangkang bukan
kerana mereka hendak ' jawatan saya' atau hendak rampas Putrajaya tetapi
kerana mereka tidak ada program untuk memacu negara ke pencapaian lebih
gemilang.
Beliau menggangap kegagalan pakatan pembangkang umum kabinet bayangannya kerana mereka sama sendiri tidak sepakat.
"Mungkin Mat Sabu boleh jadi Menteri Wanita,"katanya secara berjenaka.
Menurut beliau disamping tidak mempunyai dasar sama ,mereka juga tidak mempunyai simbol sama."Adakala bulan.adakala roket atau simbol mata,bagaimana mereka hendak
Menurut beliau disamping tidak mempunyai dasar sama ,mereka juga tidak mempunyai simbol sama."Adakala bulan.adakala roket atau simbol mata,bagaimana mereka hendak
meyakinkan rakyat,"katanya.
Beliau membangkitkan tentang ada pandangan bahawa pakatan pembangkang
harus diberi peluang memerintah dan mereka boleh ditendang dalam
pilihanraya umum akan datang jika prestadi tidak memuaskan.
"Jangan perjudikan masa depan negara dan ambil risiko ini.Jangan kata
limam tahun malah dalam tempoh setahun sahaja negara ini boleh
hancur,"kata Najib.
Beliau juga mencabar jika DAP sebuah parti pelbagai kaum ia harus letak calon di kawasan majoriti Melayu pada PRU13
No comments:
Post a Comment