Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday 20 February 2011

“Tunjuk Kabinet Bayangan”, Najib Cabar Pakatan Pembangkang

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pembangkang yang begitu berhasrat untuk memerintah negara supaya memperlihatkan bayangan kabinet mereka kepada rakyat.Namun beliau berkata kalau di negara luar, penubuhan kabinet bayangan di kalangan parti pembangkang merupakan satu perkara biasa.

“Di Malaysia kita cuma ada kabinet kerajaan sahaja. Pembangkang tidak mampu dan tidak tahu untuk memberikan portfolio kepada tokoh yang sesuai di kalangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis jamuan rakyat dan sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Politeknik di Merlimau Sabtu malam yang dihadiri kira-kira 10,000 orang rakyat.

Perdana Menteri berkata pembangkang merupakan parti yang belum diuji dan buat masa sekarang, mereka hanya pandai membuat gambaran untuk menunjukkan yang mereka padu.

“Tetapi macam mana mereka hendak tubuh kerajaan, kalau mereka masih gagal membuat perkara yang mudah (bentuk kabinet bayangan) macam ini pun tidak mampu,” katanya.

Najib juga mengajak rakyat supaya memerhatikan keadaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini semakin nazak akibat perpecahan yang sedang berlaku dari dalam parti itu.

Beliau mahu rakyat melihat keadaan di mana seorang demi seorang pemimpin penting di dalam PKR meninggalkan parti itu seperti ketua pemuda, ketua wanita, ahli-ahli dewan undangan negeri dan parlimennya.

Secara berjenaka, beliau berkata beliau mahu menggelarkan parti PKR sebagai “Parti Keluar Ramai-Ramai”.

Mengenai Pas pula, beliau mahu rakyat melihat secara mendalam tentang janji-janji yang telah dibuat oleh parti itu kerana sehingga sekarang belum terdapat  perkara yang benar-benar berkesan yang telah dilakukan parti itu kecuali melaungkan slogan semata-mata.

Perdana Menteri melahirkan rasa syukur kerana gagasan 1Malaysia yang beliau ilhamkan diterima baik oleh rakyat ke arah mengerakkan negara dan rakyat ke tahap yang lebih maju.

No comments:

Post a Comment