Pembangkang sentiasa tidak akan berpuas terhadap apa jua keputusan yang berpihak kepada Barisan Nasional (BN), tetapi akan mendiamkan diri jika keputusan itu menyebelahi mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihak pembangkang termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Kim tidak berasa puas hati atau bersetuju dengan apa sahaja dilakukan oleh kerajaan termasuk walaupun perkara itu member kebaikan kepada rakyat.
“Dia (Teng) memang memanjang masa tak puas hati. Bila masa dia puas hati. Kalau kita berjaya sikit dia tak puas hati, dia cuma puas hati kalau dia berjaya,” katanya.
Beliaua berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Teng yang tidak berpuas hati degan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengistyiharkan tiada kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang, yang diwakili oleh Badrul Hisham Abdullah.
Pada 16 Januari lalu, Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong kerana mendakwa aBadrul Hisham tidak menghadiri sidang DUN selama enam bulan.
Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan Badrul Hisham kekal sebagai wakil rakyat Pelabuhan Klang setelah mendengar saman pemula yang difailkan oleh Badrul Hisham terhadap Teng.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof turut memerintahkan Teng membayar kos pembiacaraan sebanyak RM40,000 terhadap tindakannya sehingga menyebabkan kes itu dibawa ke mahkamah
No comments:
Post a Comment