Love story
Kalau dulu kita cuma mendengar kisah cinta monyet, cinta sejati,
cinta palsu atau cinta tiga segi, tetapi hari ini ada satu lagi jenis cinta
iaitu cinta politik. Cinta
politik ini boleh dilihat dengan jelas di kalangan pemimpin-pemimpin yang
terkantoi terutamanya dalam skandal yang melibatkan seks.
Contohnya,
apabila seorang pemimpin itu tertangkap berkhalwat atau berzina, maka dengan
segeralah dia menunjukkan cintanya terhadap isteri, seperti membawa isteri ke
hulu ke hilir di hadapan media dan membuat kenyataan-kenyataan yang menunjukkan
dia adalah suami penyayang dan mencintai isterinya.
Di
Malaysia, drama cinta politik ini telah banyak kali dimainkan. Antara pelakon
hebat yang melakonkan watak ini ialah Mat Sabu dan yang paling baru ialah Ustaz
Badrolamin apabila masing-masing terkantoi berkhalwat.
Tetapi
selain mereka, kita pasti tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini mahupun di
dunia yang dapat menandingi kehebatan cinta politik Anwar – Azizah.
Kisah
cinta Anwar-Azizah bermula di zaman belajar lagi di mana Anwar sering membawa
Azizah ‘berdating’ dengan motorsikalnya. Namun, cinta mereka tidak direstui
bapa Azizah atas sebab-sebab yang hanya orang tua itu yang tahu.
Sebagai
hero, Anwar tidak berputus asa dan membawa Azizah lari. Mereka akhirnya
diijabkabulkan pada 28 Februari
1980, ala-ala Zack dan Azura
versi 90-an, tanpa majlis yang meriah sepertimana pasangan lain.
Mengikut
cerita Anwar di ceramah-ceramah, selama 32 tahun berkahwin beliau sempat
membuktikan cintanya terhadap Azizah dengan membawa Azizah melawat Taj Mahal
iaitu simbol cinta agung antara dua insan. Tetapi, kita tidak pasti pula sama
ada lawatan itu dilakukan sebelum atau selepas Azizah mula resah dengan
kehadiran Sukma Dermawan di rumah mereka.
Sukma
Dermawan, iaitu adik angkat ‘homoseksual tersohor Asia’ telah pun wujud dalam
hidup Anwar sejak awal lagi iaitu sekitar tahun 1977 di mana beliau tinggal dengan
bapa dan ibu tiri Anwar di No. 27, Jalan SS1/43,
Kampung Tunku Petaling Jaya. Sukma berkongsi bilik dengan Anwar yang pada
ketika itu masih bujang.
Setelah
berkahwin, Anwar mengangkut Sukma bersamanya dan Azizah ke rumah mereka di
Seksyen 17 Petaling Jaya dan kemudiannya ke Subang Jaya, dan berpindah lagi ke
Seksyen 14 Petaling Jaya sehingga akhirnya menetap di Bukit Damansara di mana
Sukma mendapat bilik persendirian yang khas.
Selain
Sukma, cinta Anwar-Azizah juga diuji dengan kehadiran Azmin dan isterinya,
Shamsidar. Khabarnya perhatian Anwar lebih tertumpu kepada Sukma, Azmin dan
Shamsidar dan segala keinginan mereka dipenuhi sedangkan segala keperluan
Azizah diremehkan sahaja dengan berbagai-bagai alasan. Walaupun kisah ini sudah
menjadi rahsia umum dan rekod mahkamah, tetapi Anwar masih terus mengungkap
cinta terhadap Azizah yang katanya, terus mekar mewangi.
Jelas,
Anwar adalah seorang pencinta agung. Di dadanya penuh dengan cinta yang
membuak-buak, melimpah ruah dan oleh itu, perlu diagih-agihkan kepada ramai
orang tidak kira lelaki ataupun perempuan dari berbagai-bagai bangsa seperti
Melayu, Indonesia, Pakistan, China mahupun Siam. Pendek kata, cintanya tidak
mengenal jantina, usia mahupun bangsa selaras dengan pendirian partinya yang
memperjuangkan kesamarataan.
Mungkin
inilah yang dimaksudkan Azizah mengenai ‘Anugerah Tuhan’ yang menjadi suaminya
yang sejak dari dulu tidak pernah lupa menyuapkan hati berulam jantung sebagai
makanan hariannya.
Hakikatnya,
Azizah mungkin boleh menipu diri sendiri bahawa Anwar mencintainya dan Anwar
juga boleh menipu Azizah yang beliau masih mencintai isteri yang digelarnya
sebagai ‘ikan sepat kering’ di hadapan Shamsidar.
Tetapi
Anwar dan Azizah tidak boleh menipu sekalian rakyat Malaysia hanya dengan
menceritakan kisah mereka menari dan berguling-guling menyanyi di hadapan Taj
Mahal dengan kostum warna-warni yang ditukar 10kali. Cinta yang sebenar tidak
perlu ditunjuk-tunjuk atau diceritakan kerana ia akan terserlah dengan
sendirinya melalui pandangan mata dan senyuman.
Setakat
ini, apa yang ada di mata Anwar apabila memandang Azizah, bukanlah cinta tetapi
kuasa. Dan apa yang ada di mata Azizah apabila memandang Anwar pula adalah
derita yang bercampur-baur dengan rasa jijik dan loya. Selain itu, kita juga
dapat melihat secebis harapan di wajah Azizah apabila memandang Anwar. Harapan
itu bukan berupa harapan agar Anwar berubah atau tetap mencintainya tetapi
harapan agar dapat ke Putrajaya sebagai balasan ke atas segala pengorbanannya.
Justeru,
inilah kisah cinta politik paling ulung dan agung, dan wajar mendapat
pengiktirafan setaraf Taj Mahal yang kononnya pernah menjadi saksi lakonan
mereka.
No comments:
Post a Comment