Sidang
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berakhir semalam (27
Mac 2012)tentunya akan terakam dalam sejarah tanahair sebagai
persidangan yang paling memalukan kerajaan negeri yang diterajui PR Selangor
berikutan kesilapan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim menghantar mesej
BBM.
Tujuan
Teng menghantar mesej BBM itu asalnya hanya untuk tatapan barisan exco negeri
dari DAP, PKR & Pas dalam usahanya untuk memandu arah persidangan bagi
manfaat politik PR, tapi sebaliknya yang berlaku apabila mesej itu turut
diterima oleh ADUN Bebas Datuk Dr. Hasan Ali yang sebelum ini adalah exco Hal
Ehwal Islam negeri.
“This is possibly the last winding up sessions for exco,
oppoturnity should be fully used to talk about our success in the past 4 years
like what Yaacob is doing now”.
“Ini mungkin sesi penggulungan yang terakhir untuk exco, peluang
harus digunakan sepenuhnya untuk bercakap tentang tentang kejayaan kita sejak
empat tahun lepas seperti yang Yaacon lakukan sekarang”. – Speaker DUN Selangor, Teng Cheng Kim (DAP), 27 mac 2012
Peristiwa memalukan dalam persidangan DUN Selangor itu tidak
pernah berlaku di mana-mana negara kecuali inilah satu-satu yang pernah wujud
di atas muka bumi apabila speaker kantoi menghantar mesej arahan yang bias dan
memihak semasa mempengerusikan persidangan.
Rujukan :
Original link - Speaker Dewan
Peranan Speaker
Umum
mengetahui tugas dan tanggungjawab seorang speaker selain mengawal perjalanan
dewan, speaker juga perlu berlaku adil dan tidak memihak sekalipun dirinya
adalah pemimpin parti politik tertentu.
Dalam
laman sesawang DUN Selangor sendiri telah menjelas peranan & tugasan
speaker yang mesti berlaku adil, telus dan mengutamakan integriti sepanjang
mempengerusikan persidangan Dewan Undangan Negeri.
“Tuan Speaker adalah Pengawal dan Pentadbir perjalanan Dewan
Undangan Negeri semasa bersidang termasuk menetapkan Aturan Urusan Mesyuarat
dan masa bersidang. Mengikut tradisi Parlimen dan Peraturan Tetap bagi Dewan
Undangan Negeri Selangor yang ada, Tuan Speaker juga adalah Pengerusi beberapa
Jawatankuasa Tetap Dewan bagi menjaga kepentingan Dewan. Mengikut kelaziman Majlis Mesyuarat
Dewan Undangan Negeri, Tuan Speaker tidak mengambil bahagian dalam perbahasan
dan hendaklah bersikap adil semasa mengendalikan mesyuarat atau perbahasan”.
Bila dalam persidangan dewan
undangan pun speaker PR dari DAP tidak mampu berlaku adil & bersikap telus,
besar kemungkinannya dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri juga tentu saja
ada berlaku ketirisan & ketidaktelusan.
Misalnya
dalam urusan pembahagian tender & kontrak kerajaan, perlantikan jawatan dan
pengurusan kewangan negeri yang sebelum ini pun banyak menimbulkan keraguan
ramai terhadap ketelusannya.
Dari
kejadian ini dapat disimpulkan yang DAP sememangnya sekian lama telah menguasai
arah tuju pentadbiran negeri, ini sekaligus menimbulkan persoalan terhadap keupayaan
Menteri Besar dalam tadbir urus negeri.
Ketelusan dan keadilan
Andainya
pemimpin PR bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan keadilan dan ketelusan,
inilah masanya untuk mereka mengambil langkah pembetulan dengan melantik
individu lain bagi menggantikan tempat Teng Chang Kim.
Jika
tidak sanggup mengambil tindakan tersebut terhadap Teng yang terbukti telah
mencemar kewibawaan kerajaan negeri, maka seseorang mesti mengambil
tanggungjawab memikul beban kesalahan tersebut.
Mungkin
Khalid Ibrahim lebih elok memikirkan semula kelayakannya selaku Menteri Besar
selepas tanggungjawabnya mengawal selia exco-exco negeri telah diambil alih
oleh speaker dari DAP.
Itu saja
jalannya untuk mengembalikan semula kepercayaan masyarakat terhadap keadilan
& ketelusan yang kerap dilaungkan oleh PR selain menegakkan semula
integriti & kredibiliti Dewan Undangan Negeri sebagai badan yang mulia dan
dihormati.
GTP kata : Speaker nih dah ting tong.. Bias bias bias.. tahap bahaya dah nih yeop..
GTP kata : Speaker nih dah ting tong.. Bias bias bias.. tahap bahaya dah nih yeop..
No comments:
Post a Comment