SELAMA
hari ini rakyat sering kali didoktrinkan dengan pemikiran bahawa Pakatan Rakyat
berupaya membawa Malaysia ke satu tahap yang baru, dibandingkan dengan Barisan
Nasional (BN). Kunci kepada idea pembaharuan tersebut ialah dengan meletakkan
Anwar sebagai ikon pemimpin yang suci, bersih dari segala penyalahgunaan kuasa
dan rasuah – mengambil teladan dari rekodnya sebagai Menteri Kewangan dan
Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum dipecat pada 1998 atas kesalahan
moral.
Justeru, amat penting sekali Anwar dan Pakatan Rakyat ‘dilihat’
bebas dari sebarang unsur-unsur berkaitan rasuah dan salah guna kuasa. Kalau
pun ada, ia perlu cepat-cepat di sapu ke bawah karpet sebelum ada yang nampak
dan cuba mempersoalkan.
Paling tidak, tuduh UMNO sebagai dalang dan nescaya perkara itu
akan cepat dilupakan. Inilah strateginya.
Tapi perkembangan mutakhir dalam kes saman antara ahli
perniagaan Low Thiam Hoe dengan Hong Leong Bank Berhad berhubung skandal
pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM 445 juta pada 1998, yang
menyaksikan nama Anwar dan Pengerusi Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan turut
terbabit, dipercayai akan mengubah pandangan rakyat terhadap ‘kesucian’ Anwar.
Latar belakang ini kes ini secara ringkasnya ialah wang sebanyak
RM 445 juta telah dibayar untuk tujuan pengambilalihan KBB tapi pengambilalihan
itu sendiri tidak pernah berlaku.
Di mana Anwar terlibat? Anwar terlibat hasil dari peranannya
sebagai Menteri Kewangan dan hubungan baiknya dengan Quek yang menyaksikan
transaksi wang itu berlaku ketika banyak proses lain berkaitan pengambilalihan
masih belum selesai. Disamping itu, hubungan Anwar dengan pemilik asal KBB,
syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC) yang dimiliki kroninya, Hamzah
Harun dan Mohd Faiz Abdullah (yang juga penulis ucapannya) yang turut memainkan
peranan penting dalam kes ini.
Suka juga nak disebutkan bahawa sejarah hubungan Anwar dengan
Quek itu sendiri menarik untuk diperkatakan tapi penulis tinggalkan sementara
kerana yang nak dibincangkankan ini jauh lebih penting.
Hakikat yang rakyat perlu tahu berkenaan kes ini, ada tekanan
dari Anwar supaya jumlah wang yang besar tersebut dibayar kepada AMC tanpa
menunggu proses ambil alih selesai kerana Anwar dikatakan terdesak untuk
mendapatkan wang bagi menjatuhkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan
Presiden UMNO dengan segera sebelum mantan Perdana Menteri tersebut
‘difahamkan’ mengenai kesalahan seksual dan salah guna kuasanya oleh pihak
polis.
Sebagai pengasas politik wang dalam UMNO, penggunaan wang untuk
menjatuhkan pemimpin ini bukanlah satu yang mengejutkan. Anwar di dakwa pernah
menggunakan wang sebanyak RM 200 juta (juga melalui hubungannya dengan Quek)
pada 1992 untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun
Ghaffar Baba. Nasib baik arwah Ghaffar tidak meneruskan pertandingan setelah
melihat jumlah pencalonan yang kurang, kalau tidak tahulah siapa yang togel
dikerjakan Anwar untuk memuaskan nafsu politik serakahnya itu.
Tapi yang lebih penting disini ialah untuk rakyat menilai siapa
dia Anwar. Dengan jenisnya yang bukan reti nak bertaubat, kita yakin Anwar akan
meneruskan taktik menguasai parti pemerintah dan kerajaan melalui cara yang
diasaskannya di dalam UMNO dahulu – wang.
Walaupun perkara ini berlaku 14 tahun dahulu, itu bukanlah satu
masalah yang besar sebab individu yang melakukan itu masih orang yang sama.
Kalau kes liwatnya dijadikan perbandingan, jelasnya tidak ada apa yang berubah
mengenai Anwar, dia masih macam itu, masih macam dulu.
Pendek kata, kalau dulu dia liwat dan sekarang masih liwat, maka
kalau dulu dia korup, sekarang dan selamanyalah dia akan korup.
Kita lihat selepas ini sama ada Anwar berani untuk tampil
sebagai saksi dalam kes ini, atau dia akan menggunakan seluruh armada guamannya
untuk memastikan dia tidak perlu hadir, seterusnya mengelak dari terkait dalam
kes ini dengan apa cara sekalipun.
Malah sekarang pun kita dimaklumkan bahawa sapina ke atas Anwar
gagal diserahkan walaupun peguam yang mewakili Thiam Ho, D Paramalingam
menunggunya di Parlimen.
Kenapa Anwar mengelak, ini yang pelik. Kalau tak salah hadap
sajalah, kenapa mesti mengelak?
Kesimpulannya, rakyat yang mengimpikan Malaysia akan bebas dari
rasuah dan penyalahgunaan kuasa dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat
pimpinan Anwar, sebenarnya hanya bermimpi di siang hari. Malah lebih teruk
lagi, ada banyak kemungkinan negara kita akan bertambah hancur kerana
kepimpinan di atas tidak boleh dipertikai dan ditegur dek kecenderungan Anwar
menyalahgunakan kuasanya untuk memaksa pihak polis melakukan tindakan tertentu
bagi menutup apa juga kesalahan yang ada kaitan dengannya.
Anwar terbukti bahaya dan tidak layak untuk menjadi Perdana
Menteri kita.
No comments:
Post a Comment