KALAU dihitung jumlah saman yang dikemukakan Anwar terhadap orang-orang
tertentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlahnya memang mampu
menggegarkan jiwa.
Maksudnya jumlah saman dan jumlah wang yang dituntut
dalam saman tersebut.
Itu sahaja memberikan gambaran seolah-olah Anwar seorang yang patuh kepada
undang-undang dan hanya akan merujuk kepada Mahkamah jika ada pertikaian
berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh individu tertentu yang dirasakan
mampu mencalarkan imejnya.
Kata kuncinya disitu ialah 'patuh kepada undang-undang'.
Tapi dalam soal hadir ke Mahkamah sebagai saksi bagi kes saman membabitkan
seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe dan Hong Leong Bank ini, Anwar dilihat
bersungguh-sungguh sangat nak mengelak. Bernama melapurkan peguam bagi pihak
plaintif D Paramalingam mengekori Anwar 2 hari di Parlimen tapi masih gagal
untuk menyampaikan saman.
Hari pertama kerana tidak berjumpa, hari kedua sudah berjumpa tapi Anwar
enggan menerimanya.
Sedangkan seorang lagi yang turut dinamakan dalam saman tersebut, Tan Sri
Quek Leng Chan telah menerima sapina dan dilapor akan mengemukakan permohonan
untuk menolak sapina tersebut. Kenapa Anwar tidak mengikut jejak langkah yang
serupa, itu yang merungsingkan. Dengan sebilangan peguam handal yang ada
disekelilingnya, apa susah sangat ke nak menerima sapina dan kemudian
kemukakanlah permohonan untuk menolak sapina tersebut di mahkamah.
Hal ini sebenarnya mengingatkan kita kepada sapina yang pernah
dikemukakan peguam Anwar terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
dan isteri dalam kes Anwar meliwat Saiful Bukhari. Perdana Menteri menerima
sapina tersebut tapi kemudiaanya mengemukakan permohonan untuk menolak sapina
yang jelas bermotifkan politik itu. Apa kata Anwar dan penyokongnya masa itu?
Najib penakut dan sebagainya kan?
Sekarang Anwar nak terima sapina pun enggan, itu kita nak berikan nama apa
yang sesuai? Pengecut, takut, ayam?
Begitu juga halnya dengan saman RM 100 juta ke atas Datuk Nallakarupan dan
Utusan Malaysia, sehingga artikel ini ditulis, masih tidak ada bayang yang writ
saman tersebut telah diserah kepada 2 defendan yang dinyatakan pada awalnya.
Macam mana perbicaraan nak berjalan kalau writ saman tidak diserahkan?
Kenapa tidak diserahkan, takut juga ke?
Apa yang boleh kita kata, semua ini membuktikan bahawa Anwar bukannya berminat nak patuh
pada undang-undang. Dia hanya mahu kelihatan begitu (patuh pada undang-undang)
sedangkan hakikatnya dia lebih berminat menyalahgunakan proses undang-undang
bagi memberi kelebihan kepada cita-cita politiknya yang lebih besar – menjadi
Perdana Menteri.
Kata lawan tetap lawan?
Isu KBBGate ini bukan kecil, ia isu besar. Dari segi jumlah wang telibat
pun, ia mengatasi apa jua jumlah ‘salahguna’ wang yang dituduh kepada pemimpin
UMNO sekarang. RM 445 juta yang dibayar bagi transaksi penjualan yang tidak
berlaku itu merupakan isu yang penting untuk Anwar jawab. Apatalah lagi wang RM
445 juta itu dilupuskan dengan menggunakan wang rakyat apabila kerajaan membeli
hutang-hutang lapuk dari bank sebagai sebahagian usaha pemulihan ekonomi
sepanjang krisis ekonomi dari 1998 hingga 2000. (Anwar Ibrahim kena jawab nih, bukan pandai menudingkan jari kepada UMNO dan BN sahaja)
Atau sistem kewangan negara akan runtuh kerana bank-bank tidak mempunyai
pusingan modal untuk memberi pinjaman seterus menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Dari segi nilai pun berbeza, RM 445 juta dahulu (1998) dan sekarang. Jadi
penting untuk Anwar menjawab dan penting juga UMNO untuk mengkaji hal ini
dengan serius kerana kitayakin, dengan sindrom UMNO fobia yang dialami
Anwar sekarang, tidak mustahil dia akan menuduh UMNO ada terlibat dimana-mana.
Lebih-lebih lagi bila dia adalah Timbalan Presiden UMNO pada waktu itu.
Sumber : Beruang Biru
No comments:
Post a Comment