Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday, 24 June 2011

Resah Ihsan terhadap Anwar Ibrahim

Perhimpunan Bersih pada 9 Julai 2011 tidak akan membersihkan hati busuk manusia bernama Anwar Ibrahim. Biarpun bertopengkan wanita bernama Ambiga, rakyat Malaysia terutamanya berbangsa Melayu cuma akan dikambing hitamkan.

Dalam portal rasmi UMNO, Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata perhimpunan Bersih yang akan diadakan pada 9 Julai ini sebenarnya untuk melarikan tumpuan rakyat terhadap isu moral yang sedang dihadapi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Malah sikap sebenar Anwar Ibrahim walaupun ditutupi oleh ketaatan isterinya Datin Wan Azizah bersama anak sulung kesayangannya, Nurul Izzah tidak akan membawa erti. Ini kerana anak lelaki tunggal Anwar sendiri berasa malu dan berasa berdosa besar berbapakan Anwar.

Ihsan, jarang-jarang kita jumpa dalam media politik. Ihsan anak lelaki Anwar yang tidak suka kan publisiti dan kurang senang dengan apa yang berlaku didalam kemelut yang melanda keluarganya. Terutama papanya yang nakal dan tak sudah-sudah dengan kontroversi, skandal seks, kes liwat dan kes china doll.

 Khabarnya  anak Anwar Ibrahim ini ada menyatakan hasratnya untuk menyertai UMNO di peringkat pemuda di Selangor.

Ihsan, paling kanan di hadapan, satu-satu anak lelaki Anwar. Sejak laporan bekas pembantu sulit Anwar, Saiful Bukhari, Ihsan dikatakan telah desak ayahnya menafikan dakwaaan tersebut dengan bersumpah, tetapi Anwar enggan. Ini membuatkan Ihsan kecewa dan tidak hadir dalam semua acara penting politik ayahnya.
Apakah kerana kecewa Ihsan berubah sikap?
Pada sidang akhbar yang dibuat oleh Anwar berhubung isu liwat yang dilaporkan oleh Saiful Bukhari, Ihsan tidak hadir sama. Paling ketara ialah wajah Nurul Izzah yang sugul dan runsing. Seolah menyembunyikan sesuatu, kebiasaaanya Izzah sentiasa tersenyum dan tenang. Apakah Izzah gelisah tentang apa yang berlaku pada Ihsan?

No comments:

Post a Comment