Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 29 June 2011

WARDINA terkejut .... Ehh Abang Azmin pun ada.....?????

Wardina nafi keras sokong PKR, Bersih

KUALA LUMPUR 28 Jun - Selebriti popular yang juga pengacara rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sekali gus menyokong perhimpunan haram Bersih.
Beliau berkata, tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya oleh penulis-penulis blog adalah suatu perkara yang serius dan mengaibkan dirinya dan keluarga.
Justeru, katanya, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel yang tersiar termasuk gambar-gambar lamanya di dalam blog, tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin.
"Saya nyatakan di sini bahawa saya tidak menyokong mana-mana parti, sama ada parti pembangkang atau pun kerajaan dan saya juga bukan ahli PKR.
"Buat masa ini, saya tidak ada niat untuk menjadi calon dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan tentang gambar dan penulisan yang disiarkan menerusi blog yang memberi gambaran bahawa beliau menyokong perhimpunan Bersih dan PKR.
Menyentuh tentang kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat, Sabtu lalu, Wardina berkata, beliau hadir sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan.
"Oleh sebab itulah saya hadir pada karnival tersebut tetapi saya tidak pun diberitahu Azmin Ali akan hadir sama.
"Apabila saya dijemput minum oleh penganjur, saya terkejut kerana Azmin Ali pun ada. Tak kan saya nak beredar.
"Saya kesal apabila ada yang berfikiran jumud dan mudah untuk membuat interpretasi tanpa menghubungi saya untuk dijelaskan keadaan sebenar.
"Tidak seperti Utusan Malaysia yang menghubungi saya terus untuk mendapatkan jawapan," katanya.
Beliau berkata, ekoran tuduhan yang dilemparkan, beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi menuntut supaya semua artikel berkaitan dengan dirinya yang dikaitkan dengan parti politik, diturunkan segera.
"Jika penulis blog berkenaan gagal berbuat demikian, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana negara kita, ada undang-undang," katanya.-UTUSAN

Nota: Wardina tak tahu siapa yang ambil bahagian selain dia dan dia tak tahu program itu anjuran siapa ???  SENDIRI FIKIR MA....KATANYA DIA NAK SAMAN , TAK DIA HANYA NAK LAPORKAN SAJA  KAT SKKM SURUH TURUN KAN ARTIKEL TUH, KITA TUNGGU LAH ARAHAN SKMM.

10 comments:

  1. Isshhhhh takanlah dia tak tahu siapa penganjur program tersebut sebelum dia accept jemputan tu....kalau dah memang penyokong pembangkang mengaku jelah...

    ReplyDelete
  2. Itulah gambar Wardina ketika dia lari dari rumah dan menderhaka pada ibu bapanya.

    Gambar itu menunjukkan dia perempuan jalang yang tak layak nak bercakap memberi motivasi pada ibu-obu muda.

    Dia pun tak bermoral dan tak ada adap.

    Egonya ... nak saman orang. Nak PC pun bawak loyar.

    Ingat orang tak kenal Wardina sebenar disebalik kepura-puraan tudungnya.

    ReplyDelete
  3. Wardina Artis Ego29 June 2011 at 17:34

    Wardina

    Lu ingat orang takut ke sama SKMM sampai nak suruh artikel diturunkan.

    Lu sapa nak suruh orang turunkan artikel

    ReplyDelete
  4. hahahaha...nk spin plak dh

    ReplyDelete
  5. Aku bukan mahu membela sesiapa, bagi aku perkara yang lepas itu lepas lah. sekarang dia sudah bertaubat dan insaf, tidak boleh kah kita bagi peluang kedua kepada dia? dia juga insan yg tak pernah tidak melakukan kesilapan. kita juga pernah melakukan kesilapan kan? sebab kita ini makhluk Allah. Kita bersifat baharu. kalau boleh jangan lah diungkit2 cerita2 lama Wardina, gambar2 sexy dia dsb sebab kesian kat dia. kalau kita ditempat dia mcmana? kalau boleh turunkan semua artikel yang mengaibkan orang lain. aku rasa Wardina sudah cuba mengelak dari menghadirkan diri ke upacara Mesra Rakyat tu tapi nak buat mcm mana dah yg menjemput tu ialah pejabat YB. sama jugak lah dengan kes Datuk Siti Nurhaliza dulu. tapi Datuk Ct boleh elak sebab dia dpt sijil sakit dari doktor.

    Aku rasa elok lah kita stop kontroversi ini. baik je derang nak join UMNO terus terbantut kerana mereka ini kita boleh jadikan contoh orang yang telah insaf. kita jgn fikirkan diri kita sahaja. dan aku yakin bahawa mereka (Wardina dan Datuk Siti Nurhaliza) tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa. dan aku minta korang jangan kutuk aku kerana aku ahli UMNO tegar dan aku tidak suka perpecahan orang Melayu lagi.

    ReplyDelete
  6. maaf ya? bila masa dia minta maaf dan kata dia bertaubat yg dia kata dia tak tau siapa jemput dia dan nak saman blogger yg siarkan artikel tentang jemputan tu... so fikir2kanlah ya hati rian

    ReplyDelete
  7. beginilah bila orng mula nak bertaubat mcm2 kena hina..xkan nak bertaubat nak mintak maaf nak cerita kat satu malaysia, bukan korang yg ampunkan..Allah yg mengampunkan dosa hamba-hambanya..
    salah ke kalau dia nak saman?? hak dia kan??

    ReplyDelete
  8. pesanan saya pada wardina....eloklah selidik dulu...penganjurnya...ikut contoh dato siti...kita boleh cari makan jgn sampai org makan kita pulak...org ketawa kita pula menangis...kerana apapun yg kita ucapkan tak semudah org nak percayakan...kerana kita mesti tahu......kerana sekali kita jatuh org angkat...2 kali jatuh org angkat...3 kali kita jatuh org mesti kata kita berlakon.....wallah huwaalam

    ReplyDelete
  9. Jawab kat Akhirat la

    ReplyDelete
  10. membaca tiap patah perkataan wardina , aku rasa pelik , di atak tahu siapa audien datang ? dia tak tahu siapa panel yang akan dijemput ???

    sesuatu majlis , biasanya pengacara akan diberikan senarai nama ahli-ahli panel yang akan serta , berapa orang dan siapa2 orangnya ? apa tajuk topik yg akan diperkatakan , dan berapa lama masa diberikan utk majlis itu !

    apabila wardina mengatakan dia tak tahu Azmin datang , ketara sanggat dia bohong !!

    cakap bkn main , agamawan konon ..cakap pasal dosa pahala , , tudung lagak bkn main , huhhhh ...pembohong jugak rupanya !

    balik Aceh la Wardina !! kau tu bukan orang Malaysia pun , kau tu pendatang ...

    ReplyDelete