Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 14 June 2011

Karpal Singh boleh sumbat Anwar dalam penjara bila bila masa saja - Hasan Ali akan Keluar PAS ?

PAS kini menerima bahangnya apabila ramai dari pemimpin yang selama ini menyokong ulamak dan menyangka bahawa parti mereka adalah parti perjuangkan Islam terkedu apabila melihat semua ulamak disingkirkan oleh Kumpulan Ardogan dalam pemilihan PAS yang lalu.

Kini baru mereka sedar, baru mereka percaya bahawa Hasan Ali dan ulamak dalam PAS menghadapi masalah ekoran dari kepimpinan nik Aziz yang taksub kepada Anwar Ibrahim. Dalam PAS sekarang siapa saja yang mahu bangunkan Islam akan disingkir kerana akan mengecilkan hati DAP. Siapa bela Anwar Ibrahim sahaja yang akan  dinobatkan sebagai pemimpin,

DAP bijak mencorakkan politik mereka , sokong Anwar Ibrahim dan biarkan dia masuk penjara. Bila Anwar masuk penjara orang lain akan ambil alih sebagai ketua pembangkang. Karpal Singh peguam Anwar bila bila masa sahaja boleh masukkan Anwar ke dalam penjara.

UMNO Gombak kini bergolak , kemungkinan  Hasan juga akan kehilangan kerusi  Gombak atas tiket PAS  pada pilihanraya yang akan datang, Hasan mungkin akan bertanding sebagai ahli Bebas, Apa guna lagi Hasan duduk dalam PAS jika kehadirannya sebagai melukut di tepi gantang dan suaranya adalah suara yang tidak laku lagi.

Ada lah lebih baik Hasan Ali bertanding di bawah kerusi bebas, Ramai dijangka akan mengikut jejak Hasan Ali, Bersedialah rakan rakan PAS untuk tinggalkan PAS kerana DAP akan gantikan PAS.

No comments:

Post a Comment