Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 7 June 2011

Haji Hadi akan jadi Perdana Menteri apabila Anwar dipenjarakan

PAS kini merubah strategi untuk menjadikan parti mereka  sebagai sebuah parti yang diterima oleh berbilang kaum kerana Haji Hadi telah mencongak dan telah nampak lorong untuk beliau mengisi kerusi Perdana menteri sekiranya PR berjaya menawan Malaysia. Haji Hadi pasti Anwar akan dijatuhkan hukuman dan pasti bahawa Anwar akan sangkut dalam isu liwat dan akan dipenjarakan di Sungai Buluh.

Selain dari DAP , Haji Hadi lah orang yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri. Agak sukar untuk mana mana pemimpin DAP dilantik  sebagai Perdana Menteri. Inilah strategi yang digunakan oleh PAS dan mereka bermain secara selamat sekarang dan akan terus setia bersama Pakatan Rakyat sambil mengharapkan Anwar akan sangkut dalam salah satu dari tuduhan yang beliau hadapi.

PAS terpaksa mendekati masyarakat majmuk yang tinggal di Malaysia dan terpaksa membuang  slogan slogan dan juga branding Islam bagi mendapatkan sokongan penyokong berbangsa asing yang tidak suka akan perjuangan Islam PAS. PAS sekarang sedaya upaya mahu melabelkan parti mereka sebagai sebuah parti yang lebih liberal dan terbuka,

PAS kini tidak akan mempersoalkan isu Hudud lagi , Pas sekarang tidak lagi memperjuangkan isu isu yang berkaitan Islam. PAS sekarang  mahu menunjukkan bahawa mereka lebih terbuka dan menerima semua kaum sesuai dengan slogan "PAS for All".

No comments:

Post a Comment