Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 8 June 2011

TUN M kata Karpal Singh yang berjaya menghalang PAS melaksanakan Hudud

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.  

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

Selepas muktamar PAS baru-baru ini, Tun Dr Mahathir melalui blognya menulis dengan berkata, Karpal yang berjaya menyekat mendirikan negara Islam yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah tercapai.

"yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai," tulis Mahathir.

Benar apa yang dikatakan oleh Tun , Hari ini PAS tidak lagi memperjuangkan Hudud, APS terpaksa akur dengan kehendak DAP dan juga PAS terpaksa  menghormati Karpal Singh yang pernah berkata langkah mayat beliau dahulu sebelum PAS mehu melaksanakan Hudud.
Hari ini PAS mahu jadi popular dikalangan bangsa asing dan bangsa asing juga tidak lagi atkut untuk mengundi PAS kerana PAS tidak lagi akan melaksanakan Hudud. Senang cerita PAS tidak akan membangun  bersama Islam lagi. PAS kini akan membangun bersama DAP.

1 comment:

  1. Satu pandangan yang analitikal dan kritis, amat bersetuju dengan pandangan Dr M, dan inilah masanya. Ambil peluang, bina kekutan dalaman, hindari perpecahan, tekalkan perjuangan, iku perkembangan, jangan jumud, istiqamah, dampingi rakyat, insyaalah akan lebih berjaya.

    ReplyDelete