Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 9 June 2011

BERSIH satu provokasi yang mengundang pengaliran darah - Pihak berkuasa perlu halang.




Apa kah faedah dan kuntungan kepada rakyat , perhimpunan bersih ini diadakan, Apakah yang mahu dibersihkan ??

Apakah  ini semua??? Bukan kah menyusahkan rakyat dan bukankah ini semua akan mencetuskan api rusuhan?

Pada Julai nanti ialah perhimpunan yang diadakan pada tahun 2007 yang lepas telah mendatangkan kemurkaan kepada Yang di-Pertuan Agong. Perhimpunan BERSIH yang dicadangkan diadakan pada Julai ini.

Ketenteraman rakyat akan terganggu dan rezeki peniaga akan tertutup keselamatan anak anak akan menjadi satu kerisauan kepada ibu dan ayah.

Apakah keuntungan yang akan kita perolehi dengan demonstrsi yang akan mencetuskan huru hara ini, wartawan wartawan asing akan mengambil kesempatan memburukkan negara. Pelabur akan jadi takut untuk melabur di Malaysia.

Bagi kita yang pernah membaca dan melihat betapa kerugian sesebuah negara apabila berlakunya  satu satu demonstrasi besar besaran oleh rakyat pastin tidak mahu demonstrasi bersih ini diadakan apatah lagi ianya menjadi satu demonstrasi tahunan oleh pihak pembangkang. Kita tidak perlu mengikuti apa yang dilakukan oleh negara asing.

Exco  Puteri UMNO,  YB Nolee Ashilin apabila dihubungi mengharap pihak berkuasa menghalang  demonstrasi bersih ini kerana ianya tidak langsung membawa kebaikan malahan menyusah dan menganggu kententaramana awam. Pihak polis perlu bertegas kerana takut peristiwa yang tidak diingini berlaku.

Kita tidak pasti sama ada pihak yang anti program demonstrasi bersih ini juga akan turut serta dan bertembung dipertengahan program.

Jika ini berlaku akan tercetuslah satu pertempuran dan pertumpahan darah yang mana ianya mungkin  sebagai menyalakan api pertembungan antara dua pihak.

Pastinya pihak polis akan dipersalahakan apabila cuba mengawal demonstrasi apabila ianya  mungkin bertambah ganas, pihak polis tidak ada pilihan dan  pihak polis janganlah tunduk kepada kehendak mereka yang mahu mengambil bahagian dalam demonstrasi ini.

Majikan pula perlu membekukan cuti dan jangan membenarkan mereka mengambil cuti dan sesiapa yang enggan mematuhi sila singkirkan mereka dari syarikat. Pihak berluasa perlu tegas menangani gejala rusuhan ini.

No comments:

Post a Comment