Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday, 30 September 2012

Kenyataan Orang Islam Ada Masalah Jiwa – Anwar Makin Celaru Identiti


Jika benar apa yang ditulis oleh Eddie Barnes di dalam akhbar The Scotsman keluar daripada mulut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ianya bukanlah satu perkara yang memeranjatkan.
 
Cumanya dikhuatiri boleh melelabarkan lagi pandangan bukan Islam kepada masyarakat Islam dan Anwar seharusnya memberikan penjelasan yang sepatutnya dan bukannya mengambil langkah sedemikian, kata Presiden Majlis Belia Malaysia, Muhamed Maliki Mohamad Rafie.
 
Maliki mengulas  artikel yang ditulis oleh Eddie Barnes di dalam akhbar The Scotsman yang antara lain menyatakan persetujuan Anwar bahawa terdapat masalah di dalam jiwa umat Islam… mereka mudah marah dan beremosi.
 
Penasihat  PKR  itu didakwa berkata demikian ketika diminta mengulas reaksi keras umat Islam terhadap filem menghina Islam seperti disiarkan baru-baru ini.
 
Mengulas lebih lanjut Maliki seterusnya menambah hakikat tersebut menyerlahkan bahawa Anwar hari ini terjerumus ke arah kecelaruan identiti yang mana seolah-olah  boleh berubah mengikut kesesuaian tertentu.
 
“Jika benar itulah yang dikatakan Anwar, ianya tidak sepatutnya keluar daripada pemimpin apatah lagi beliau merupakan pemimpin yang hadir daripada NGO Islam. Kenyataan sebegitu sepatutnya Anwar tahu kesan buruk masyarakat luar kepada Islam.
 
“Apa yang kita bimbangi akan melebarkan lagi perspektif Islamophibia dan sepatutnya beliau terangkan apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.
 
Berikut petikan akhbar yang memuatkan kenyataan Anwar : On the violent reaction to the blasphemous video insulting Islam, he (Anwar) agrees there is a problem with the muslim psyche… people are easily enraged and emotional.’’
 
Maliki seterusnya berkata itu kontroversi terbaru itu akan menjelaskan lagi penilaian orang ramai terhadap Ketua Pembangkang berkenaan. -MediaUMNO

Thursday, 27 September 2012

Bajet Pakatan: Hasil Kurang, Belanja Tinggi, Masuk Akalkah?


SESIAPA yang ada kesempatan silalah lihat bajet 2013 Pakatan Rakyat yang diumumkan ‘pakar ekonomi’ lulusan sastera terkemuka negara, Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen semalam.
 
Atau kalau malas nak tengok, biar penulis berkongsi perkara mengarut yang disebut dalam bajet bayangan tersebut sebab penulis dah mengkaji. Ini memang dah kerja penulislah untuk mengkaji benda-benda tak berfaedah dibuat Pakatan haram ini untuk dijadikan modal penulisan.
 
Jangan orang kata kita hentam keromo saja, kondem tapi tak baca.
 
Baiklah, disebutkan bahawa bajet itu ada 7 teras utama – percayalah, ini hanya ayat nak bagi nampak gempak saja.
 
Sebetulnya ada satu teras saja, dalam bajet itu Pakatan haram ini menjanjikan semua yang murah dan percuma, dari harga petrol, harga makanan sehinggalah kepada pendidikan dan tol percuma.
 
Dalam masa yang sama ‘kerajaan Malaysia’ dibawah regim Pakatan haram ini akan kehilangan hasil yang banyak.  Antara yang menyumbang kepada kehilangan hasil tersebut ialah, untuk menampung kenaikan royalti 20% kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu, menghapuskan hutang PTPTN, menaikkan subsidi kesihatan, makanan murah sampai kiamat dan sebagainya lagi.
 
Disamping itu, JANJI WAJIB iaitu menurunkan harga minyak akan menyebabkan peningkatan perbelanjaan kerajaan dalam jumlah yang banyak.
 
Difikir dari semua ini, dimana logiknya kerajaan negara ini mampu melaksanakan semua janji tersebut?  Kalau dah hasil kurang, dari mana datang sumber alternatif untuk tampung kenaikan yang pelbagai.
 
Tapi macai jangan bimbang, jawapan kepada persoalan ini, Pakatan haram sudah sediakan awal iaitu meningkatkan kualiti tadbir urus, mengurangkan rasuah, tender tebuka dan bla, bla bla.  Cuma masalahnya, semua yang disebutkan itu tidak boleh nak diukur dengan angka, jadi payah nak dijustifikasikan bagaimana semua itu mampu menampung kehilangan hasil kerajaan yang banyak ini.
 
Sudahlah tu, harga makanan dan harga petroleum yang banyak berkait dengan pasaran dunia ini akan turun kekal rendah selama-lamanya.  Eh, mestilah selama-lamanya, kalau setakat kekal murah 5 tahun saja, baik tak payah kondem kerajaan sekarang bagai nak rak bila setiap kali naikkan harga minyak dan makanan.
 
Nak menampung penurunan ini bermaksud menaikkan subsidi aka perbelanjaan kerajaan.  Duit keluar lagi, tapi hasil masuk kekal rendah, macam mana tu?
 
Sebetulnya bajet ini tidak dibuat berasaskan maklumat ekonomi yang betul, sebalik berdasarkan populariti dengan tujuan menarik minat rakyat untuk mengundi Pakatan haram ini.  Justeru, apa pun perancangan yang tidak dibuat berdasarkan maklumat yang lengkap, ia bermaksud perancangan tersebut akan menemui jalan kegagalan.
 
Malah sekarang pun dah nampak banyak tak kena.  Contohnya, cukai eksais kenderaan yang kata nak dihapuskan Pakatan haram ini (rujuk sini), sebenarnya hanya dikurangkan 20%.  

Maksudnya, dari kadar sekarang maksimum 105%, kurang 20% tinggal 85%.
 
Relatifnya masih tinggi lagilah, tapi dia gebang harga kenderaan akan berkurang dengan drastik.  Drastik apa kalau setakat kurang 20%?  Konon nak tiru macam negara luar, tapi negara luar mana ada duti eksais untuk kenderaan?
 
Nampak tak penipunya Pakatan Rakyat tu.
 
Pendek kata, bajet ini akan kekal bajet bayangan (tidak akan jadi kenyataan), sebab itu boleh boh apa sahaja asal sedap telinga mendengar.  Macam manifesto Selangor 2008 lah, semua benda pun dia lambak dalam tu, tapi part execution, hanya satu (air percuma 20m3), itupun bukan semua merasa selain mutu perkhidmatan yang tak berkualiti.

Tuesday, 25 September 2012

Guna jet: Itulah penyakit Anwar, ego: Zahrain


zahrain70
Itulah penyakit Datuk Seri Anwar Ibrahim, dia ego dan nak tunjuk dirinya besar.Begitu gambaran ahli parlimen Bebas Datuk Seri Zahrain Hashim pasal Ketua Pembangkang tersebut yang menaiki jet khas ke Sabah dan Sarawak , baru-baru ini.

Menurut Zahrain, Anwar berbuat demikian kerana mahu menyakinkan orang Sabah untuk menunjukkan dirinya hebat apabila sampai ke negeri itu seperti standard Perdana Menteri.

Bekas rakan karib Anwar itu juga mempersoalkan jawapan Ketua Umum PKR itu bahawa jet itu ditaja.

“Kalau ditaja, siapa dan kenapa taja?. Bukan senang orang nak bagi jet. Kita tau (jet)didaftarkan di Amerika. Kalau ditaja, mungkin ada undang sebalik batu,” katanya kepada Agendadaily.

Beliau hairan jawapan Naib Presiden PKR, Tian Chua mengatakan bahawa jet itu disewa sedangkan Anwar kata ditaja.

“Jika sewapun, bukan murah. Ini penyakit Anwar. Dia rasa besar dan berstatus hebat. Saya hairan pemimpin PAS dan DAP juga naik padahal mereka selalu cakap soal keadilan dan ketelusan,” katanya.

Sementara itu mengulas itu Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang menghina umat Islam yang membantah filem Innocence of Muslims, Zahrain berpendapat, Ngeh dan pemimpin partinya tidak sensitif pasal isu orang Islam.

“Walaupun sudah minta maaf tetapi cara dia bercakap macam musuh Islam.

Bagi saya orang islam boleh maaf sebab itu cara org Islam bagaimanapun kita harus sedar, musuh tetap musuh. Atas sebab itu kita kena lawan beliau,” tegasnya.

Zahrain hairan kenapa DAP hanya meminta orang Islam menerima permohonan maaf Ngeh tanpa mengambil tindakan sedangkan jika berlaku pada pemimpin parti lain, mereka yang lantang bersuara.

Beliau juga kecewa kerapa PAS sepatahpun tidak bercakap pasal Ngeh yang menghina orang Islam dan Islam.

“Bagi saya, orang bercakap begitu harus dianggap musuh. Kalau PAS perjuang Islam, Ngeh haruslah dianggap musuh. Soal maaf, cerita lain,”katanya.

Zahrain percaya kerana kerusi dan jawatan lebih penting, PAS sanggup berkompromi dalam isu Ngeh.
Sehubungan itu, beliau minta rakyat bukan sahaja menolak DAP tetapi PAS dalam PRU ke 13 nanti.

Saturday, 22 September 2012

Bila Ngeh Koo Ham mengutuk Pemimpin UMNO.. kita faham.. Tapi ahli DAP yang mengutuk ahli PAS lagu ana pula??



PAS cakap sokongan bukan Islam kepada mereka meningkat, kesan daripada 'dakwah' mereka kepada DAP.

Tapi kalau berdasarkan senario di atas, bukan Islam hanya sokong PAS kerana KUASA. Perhimpunan yang PAS buat sendiri pun kena kutuk dengan geng-geng ni.

*Komen gambar nombor dua tu memang tak boleh terima. Apa sal nak salahkan BN kalau yang dalam gambar tu angkat bendera PAS. Nampaknya, golongan macam ni akan menyalahkan BN / UMNO walaupun yang buat tu puak pembangkang.

Friday, 21 September 2012

Penglibatan Pergerakan Puteri turun padang di Himpunan Aman 'Innocence of Muslims'



Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, yang diketuai oleh Dato' Rosnah Shirlin Rashid Shirlin bersama barisan EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Ketua-Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri beserta ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO negeri berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap kebiadaban, penerbit Innocence of Muslims, menghina Nabi Muhammad SAW dan kesuciaan agama Islam dunia.

Kemarahan umat Islam dunia bermula sejak Innocence of Muslims, di terbitkan melalui youtube minggu lalu.

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersama-sama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan barisan NGO bersatu dan berpadu agar filem ini diharamkan, penerbitannya ditarik balik oleh youtube international dan penerbit tersebut diambil tindakan undang-undang dan dihukum dengan hukuman setimpal.

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersatu padu menentang musuh Islam. 

BERIKUT perkembangan semasa menjelang Himpunan Aman di lokasi berbeza di ibu negara iaitu pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Masjid Kampung Baru:
 
2.45 petang: Lima wakil menyerahkan memorandum kepada wakil Kedutaan AS.
 
2.30 petang: Lima wakil dipilih untuk menghantar memorandam kepada Kedutaan AS.
 
2.30 petang: Khairy berkata, Pemuda tidak bermusuh dengan Kerajaan Perancis dan Amerika Syarikat,  tetapi mahu mereka hormati agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Semua pemimpin Himpunan Aman anjuran Pemuda Umno sudah selesai berucap.
 
2.25 petang: Tian Chua, Nurul Izzah, Salehuddin Ayub, masing-masing Naib Presiden PKR dan Pas, turut serta dalam perhimpunan. Salehuddin berkata, "kami umat Islam dan bukan Islam, kami mengutuk tindakan hina Islam." Mereka tuntut Presiden AS Barrack Obama minta maaf dan bertanggungjawab dalam hal ini
 
2.25 petang: Dianggarkan 3,000 orang hadir pada Himpunan Aman di kawasan Masjud Kampung Baru.
 
2.25 petang: Khairy juga kesal dengan sikap pemimpin pembangkang yang mengutuk umat Islam yang menegakkan keadilan bagi agama mereka.
 
2.20 petang: Peserta sudah sampai di hadapan kedutaan tetapi dihalang oleh polis.
 
2.20 petang: Khairy berkata, tujuan perhimpunan yang diadakan hari ini adalah untuk mengecam filem dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.
 
2.10 petang: Ketua Putera Umno, Datuk Azeez Rahim memberi ucapan - menegaskan Kelab Putera 1Malaysia bersama rakyat Malaysia mengkritik penerbitan filem. Beliau bagi tujuh hari kepada Datuk Ngeh Koo Ham letak jawatan, dan jika tidak bermakna DAP menyokong tindakannya
 
2.06 petang: Peserta himpunan anjuran Pemuda Pas mula berarak ke kawasan Kedutaan AS. Peserta lebih kurang 3,000 orang.
 
2.00 petang: Datuk Ibrahim Ali berkata Perkasa sampaikan tahniah kepada Khairy atas penganjuran Himpunan Aman hari ini.
 
2.00 petang: Exco Pemuda Umno, Lokman Adam memulakan ucapan di Masjid Kampung Baru
 
1.55 petang: Polis mengeluarkan arahan media hanya dibenar berada di satu kawasan, di depan Kedutaan AS bagi menjamin keselamatan semasa himpunan.
 
1.45 petang:  Datuk Hasan turut mengecam beberapa pemimpin dunia bukan beragama Islam dan beberapa NGO yang menyokong penyiaran filem mengutuk Islam dan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW
 
1.40 petang: Mursyidul Am Tibai, Zahid Md Arip turut berucap dan mempertikaikan pemimpin DAP yang mengecam tindakan umat Islam berhimpun hari ini.
 
1.40 petang: Anggota polis mula berkumpul dan menutup jalan bagi laluan kenderaan di hadapan Kedutaan AS.
 
1.35 petang: Kumpulan media juga kelihatan sudah tiba di kawasan pekarangan Masjid di mana demonstrasi akan berlangsung sebaik sahaja selesai solat Jumaat. Peserta demonstrasi kelihatan tenang.
 
1.30 petang: Dianggarkan lebih 1,000 orang peserta demonstrasi berada di Masjid Tabung Haji. Unit Amal Pas turut hadir
 
1.30 tengah hari: Turut hadir Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
 
1.14 tengah hari: Sekarang peserta perhimpunan menurunkan tandatangan pada kain rentang bantahan yang dipasang di pekarangan Masjid Kampung Baru.
 
1.15 tengh hari: Ketibaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan timbalannya Datuk Razali Ibrahim.
 
1.10 tengah hari: Kawasan pekarangan Masjid Kampung Baru sesak dengan jemaah dan peserta perhimpunan yang ingin menunaikan solat Jumaat
 
1 tengah hari: Kelihatan Ketua Pemuda Umno negeri dan bahagian dari seluruh negara termasuk Exco Pemuda berada di pekarangan Masjid Kampung Baru
 
12.55 tengah hari: Duta AS dilihat keluar dari bangunan kedutaan.
 
12.45 tengah hari: Keadaan di pekarangan Kedutaan AS kelihatan tenang.
 
12.45 tengah hari: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Datuk Zulkifli Noordin turut hadir bagi menyertai Himpunan Aman anjuran Pemuda Umno di Kampung Baru.
 
12 tengah hari:  Orang mula membanjir Masjid Kampung Baru bagi menunaikan solat Jumaat.
 
11.30 pagi: Pihak pengurusan Masjid Kampung Baru telah menutup laluan masuk ke masjid berkenaan bagi memudahkan jemaah menunaikan solat Jumaat.
 
11 pagi: Peserta mula tiba di Masjid Kampung Baru secara berperingkat, ada di antara mereka ahli Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai perhimpunan itu.
 
10 pagi: Keadaan di Masjid Kampung Baru seperti biasa dan peserta perhimpunan aman anjuran Pemuda Umno yang membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW masih belum tiba.
 
10 pagi: Keadaan di kawasan Kedutaan AS seperti biasa dan kelihatan orang ramai menjalani urusan mereka walaupun kedutaan akan ditutup pada jam 11 pagi. Anggota polis juga telah ditempatkan di kawasan berkenaan.


















PUTERI AKAN TURUT BERHIMPUN MENGECAM PENGHINAAN TERHADAP BANGINDA NABI MUHAMMAD SAW ESOK DI KG BARU

PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA AKAN BERSAMA SAMA PEMUDA UMNO MALAYSIA DAN NGO AKAN BERHIMPUN  SECARA AMAN  BAGI MENZAHIRKAN  RASA KESAL TERHADAP PENGHINAAN KEPADA JUNJUNGAN   MULAI NABI   MUHAMAMAD SAW DAN AGAMA  ISLAM DALAM FILM  "INNOCENCE OF MUSLIM " YANG AKAN DI ADAKAN PADA :

TARIKH : 21 /9/12 @JUMAAT
LOKASI : MASJID  JAMEK KAMPUNG BARU KL
MASA : 2.00 PETANG .
SEMUA AHLI AHLI PUTERI DIHARAP DAPAT MENGHADIRKAN DIRI DI TEMPAT DAN WAKTU YANG TERTERA DIATAS, SOKONGAN ANDA AMAT DI HARGAI.
- RADIN : SUK  PUTERI UMNO MALAYSIA.

Thursday, 20 September 2012

Puteri Umno kecam 'tweet' Koo Ham


KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan, Jalur Tiga (JATI) mengecam kenyataan Pengerusi DAP Perak,Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman sosial twitternya yang mempertikaikan tindakan umat Islam membantah dan menentang filem 'Innocence Of Muslims'.
 
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan Ngeh yang menyatakan bahawa umat Islam membuang masa kerana memprotes tayangan video dan filem tersebut sebagai biadab dan tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam di negara ini.
 
"Di saat umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia merasa marah dengan penghinaan dalam filem tersebut, terlalu malang untuk seorang pemimpin di negara ini yang mengaku memperjuangkan nasib rakyat berbilang bangsa dan agama membuat kenyataan sebegitu rupa," kata Rosnah dalam satu kenyataan di sini, semalam.
 
Katanya, kenyataan Ngeh itu juga memperlihatkan perangai sebenar pemimpin DAP yang tidak menghormati Islam selepas Pengerusi Kebangsaannya, Karpal Singh, menolak hukum hudud sebelum ini.
 
Menurut Rosnah lagi, lebih malang apabila tiada seorang pun pemimpin PAS bersuara terhadap kenyataan tersebut dan parti yang mengakui memperjuangkan Islam ini seolah-olah 'reda' dengan apa sahaja kenyataan pemimpin DAP yang menghina agama Islam.
Sementara itu, Presiden JATI, Datuk Hasan Ali dalam satu kenyataan pula berkata, kenyataan Ngeh sebagai mencabar maruah dan kesabaran umat Islam di negara ini.
 
Hasan  menyatakan rasa kesal terhadap pengerusi DAP Perak itu yang gagal menjaga sensitiviti umat Islam sedangkan beliau merupakan ahli politik yang dianggap senior di negara ini, apatah lagi DAP mempunyai pakatan dengan parti Pas.
 
"Ngeh pastinya sudah dapat membaca reaksi umat Islam yang sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan kesucian agama Islam dan dalam konteks di negara ini ianya diterjemahkan melalui demontrasi dan ia juga diadakan di kebanyakan negara Islam yang lain," katanya.
 
Beliau juga melabelkan Pas sebagai parasit kerana hanya berdiam diri tanpa sebarang tindakan mahupun kenyataan berhubung isu tersebut.
 
Terdahulu, Ngeh dalam laman twitternya mengeluarkan kenyataan umat Islam hanya membuang masa dengan bercadang mengadakan bantahan besar-besaran Jumaat depan.
 
Sebelum ini, penyiaran filem 'Innocence of Muslims' menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana menghina Nabi Muhammad SAW berikutan motif filem tersebut jelas menghina agama Islam.
 
Filem yang diarahkan oleh Sam Bacile itu mencetuskan tunjuk perasaan di kalangan umat Islam di seluruh dunia sebagai tanda protes serta beberapa siri serangan termasuk ke atas bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Libya sehingga meragut empat nyawa. - Bernama

Sumber : Sinar Harian

Wednesday, 19 September 2012

Bawalah jentolak halang, kerajaan pusat tetap teruskan projek Langat 2 - TPM


Kalau hendak bawa jentolak, nak sekat Projek Langat 2, buatlah, kerajaan Pusat tetap akan teruskan.
 
Itu mesej jelas kepada kerajaan PKR Selangor yang tidak habis-habis spin dan hendak halang projek Langat 2 demi survival politik pembangkang sedangkan krisis air semakin hampir jika loji rawatan Air Langat 2 gagal disiapkan dalam tempoh terdekat.
 
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan bertekad teruskan projek itu kerana mahu buktikan bahawa kerajaan ada sekarang adalah bertanggungjawab.
Muhyiddin mempersoalkan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang masih bertegas tidak mahu projek itu dilaksanakan.
 
“Nak kata bodoh, tak tahu lah. Tunjuk air dalam empangan. Kita (rakyat) nak air dirawat. Nak rawat perlu loji. Yang ada sekarang 37 tetapi sudah penuh kapasiti dan terpaksa operasi 24 jam. Kalau rosak, tak dapatlah air bersih,” katanya.
 
Dalam maksud lain, membujur lalu melintang patah sekalipun, kerajaan Pusat akan meneruskan projek itu berdasarkan peruntukkan undang-undang sedia ada selain ambil kira kesulitan bakal dihadapi penduduk Lembah Klang  jika krisis air itu berlaku.
 
"Kalau tak diselesaikan segera, kalau tak dibenarkan kerajaan pusat teruskan projek Langat 2 mungkin satu krisis air yang besar akan berlaku, bukan sahaja menimpa Selangor tetapi kawasan Putrajaya dan Kuala Lumpur di mana jumlah penduduknya mungkin lima atau enam juta atau lebih daripada itu," katanya.
 
Kesan daripada penangguhan projek Langat 2, Muhyiddin berkata beliau difahamkan terdapat kira-kira 200 projek di Selangor terpaksa ditangguhkan kerana tidak diberikan 'Certificate of Fitness (COF)' oleh kerajaan negeri.
 
"Kerana dikatakan kalau dikeluarkan (COF) maka kerajaan negeri bertanggungjawab mengeluarkan utiliti iaitu bekalan air bersih, jadi tak mampu dibuat maka tak keluar la sijilnya, lihat bagaimana kerugian besar kepada negeri dan rakyat Selangor," katanya.
 
Muhyiddin menegaskan perkara itu ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Selayang di Rawang, pagi Sabtu.
 
Sehubungan itu, Timbalan Presiden UMNO itu berkata, perkara itu tersebut antara pelbagai isu yang tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan pembangkang di Selangor.
 
Kepincangan dan ketidakupayaan pembangkang memerintah negeri itu katanya menjadi ramuan mencukupi bagi Barisan Nasional (BN) merampas kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13..
 
"Dan kalau kita lihat daripada apa isu dan apa permasalahan yang sudah timbul di negeri Selangor ini, sudah banyak sekali yang telah pun saya kira menyentuh setiap perasaan rakyat Selangor dan juga rakyat Malaysia, apa yang telah dan sedang berlaku," katanya.
 
Malah katanya menerusi beberapa sesi lawatan turun padang sebelum ini, beliau yakin sudah wujud petanda gelombang rakyat yang mahukan kerajaan BN kembali memerintah Selangor.
 
"Saya tahu, saya turun banyak tempat, banyak yang salam-salam saya... mereka bertanya,Tan Sri bila pilihan raya. Dah tak tahan dah Tan Sri kami nak sokong nak menangkan BN dalam pilihan raya'," kata Muhyiddin dan menambah bahawa trend yang sama juga berlaku di Kedah.
 
Namun begitu, beliau berkata anggota Umno dan BN perlu bersedia dari sekarang kerana pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan segala permasalahan dalaman, terutamanya perbuatan mensabotaj parti perlu dielakkan.
 
"Ini bukan satu perkara kecil, nak kembalikan kuasa, bukan sekadar kuasa tetapi kuasa kerana maruah. Dengan kuasa dapat membela bangsa, agama dan negara, memajukan masyarakat, memakmurkan masyarakat, soal pokok kembali kepada kita, 'Are we ready' (Adakah kita bersedia),"katanya.
 
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, jentera pilihan raya BN juga perlu memberi tumpuan kepada pusat daerah mengundi (PDM), sebagai tempat di mana parti dapat terlibat secara langsung dengan pemilih di kawasan yang berkenaan.
 
"Kita tak nak apa yang berlaku di Kelantan pada pilihan raya umum 2004 berulang kembali. Kita kalah di Dewan Undangan Negeri, kalah dengan dua undi tetapi dengan sebab itu kita gagal merampas kembali negeri Kelantan," katanya.

Tuesday, 18 September 2012

Berdepan saman rakyat.. Kerajaan Negeri Selangor berdiam diri??




Air Percuma : 2,000 Saman Akan Difailkan Di Mahkamah Tinggi Shah Alam Esok

KAJANG 18  Sept – Penduduk Pangsapuri Angsana, Bandar Mahkota Cheras hari ini menyerahkan memorandum menuntut Kerajaan Negeri menunaikan janji berhubung isu pemberian air percuma kepada Peguambela, Kamarudin Ahmad.

Penyerahan memo tersebut diadakan di Kawasan Pangsapuri Angsana dan turut dihadiri oleh Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan.

Kamarudin berkata beliau akan memfailkan 2,000 saman tuntutan terhadap kerajaan negeri, di Makhamah Tinggi Shah Alam pada 19 September ini.

“Penduduk tidak perlu risau mengenai kos guaman kerana saya akan memberikan perkhidmatan percuma kepada mereka.

“Cuma saya berharap agar mereka (penduduk) tampil ke hadapan untuk menuntut hak mereka kepada kerajaan kerana sebagai pengguna, mereka berhak membuat sedemikian ,” katanya pada sidang media di Pangsapuri Angsana di sini, Isnin.

Sebelum ini, seramai 711 pengguna air di Selangor memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Sementara itu, Datuk Sohaimi berkata, beliau melihat situasi ini sebagai satu penindasan kepada rakyat negeri Selangor yang telah dijanjikan dalam manifesto dan mereka di anak tirikan.

“Tindakan menyaman kerajaan negeri ini adalah satu tindakan yang telah difikirkan oleh rakyat sebagai satu pengajaran (kepada kerajaan negeri),”tambahnya lagi.

Sementara itu, penduduk Pangsapuri Angsana mengadakan demonstrasi bagi menuntut hak mereka kepada kerajaan Selangor yang enggan memberikan air percuma di kawasan itu.

Demontrasi secara aman dengan menyaksikan lebih kurang 100 orang penduduk turun padang bagi melaungkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan yang mempergunakan mereka sebagai golongan bawahan. -MediaUMNO

Monday, 17 September 2012

Khatib pergunakan nabi dalam khutbah Jumaat samalah hina dengan hina nya pembikinan film "Innocent muslim"

30 laporan telah dibuat ke atas khatib Ustaz Halizal Bin Allias, Khatib Jemputan yang bertanggungjawap menyampaikan Khutbah Jumaat yang mengunakan Rasulullah S.A.W sebagai bahan politik di Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, Kulim, Kedah pada 07 September yang lalu. Khatib tersebut telah di jemput oleh Mohamad Kamil Bin Mahdzir, Pengerusi Masjid Jamek An-Najah untuk menyampaikan Khutbah Jumaat yang menjadi kontroversi ketika ini.
 

Menurut sumber maklumat, mimbar Masjid berkenaan sering kali di gunakan Pengerusi Masjid sebagai tempat berpolitik setiap kali Khutbah Jumaat dengan menjemput khatib dari luar yang pro kepada PAS sebagai Khatib Jemputan.

 Khutbah yang di sampaikan tidak pernah langsung menggunakan teks khutbah yang telah di sediakan Majlis Agama Islam Kedah hingga membuat anak khairiah mempersoalkan tindakan Pengerusi Masjid berkenaan menggunakan kesempatan di atas jawatannya berpolitik dalam Masjid. Banyak laporan telah di buat kepada pihak Majlis Agama namun tiada tindak balas dari pihak Majlis Agama yang seolah-olah berpihak kepada parti politik.

Azizan Rela Kedah Kalah

Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah yang sebelum ini dikhabarkan sering keluar masuk hospital kini semakin sihat. Cakapnya dan gelaknya juga sudah kembali kuat. Jika beliau dikatakan hampir pasti akan meletakkan jawatan atau tidak akan bertanding kerana sebab-sebab kesihatan, kini kata-kata itu perlu difikirkan semula.

Azizan nampaknya begitu bersemangat untuk bertanding lagi dan meletakkan jawatan tentulah jauh sekali.

Keadaan ini menyebabkan musuh-musuhnya yang berada di dalam selimut, di dalam lipatan, di atas bumbung, di dalam kereta dan sebagainya semakin resah. Walaupun begitu banyak serangan di lakukan mereka secara terbuka, nyata sehinggalah kepada cara halus untuk menjatuhkan Azizan, Azizan nampaknya akan terus kekal dan tidak berganjak.

Apatah lagi apabila golongan pro-Ulama di dalam PAS kini dikatakan mula bangkit setelah mendapat tiupan semangat baru dari Nasharuddin. Azizan yang berada dalam kelompok Ulama difahamkan amat sukar bertoleransi dengan puak Anwarinas. Beliau juga menolak kumpulan Syiah mentah-mentah serta enggan berkompromi dengan DAP.

Pendirian Azizan inilah yang menyebabkan beliau enggan melepaskan jawatannya. Ini kerana, kesemua musuh-musuh dalaman yang mensasarkan jawatannya adalah terdiri dari sama ada golongan Anwarinas, Syiah atau talibarut DAP. Antaranya ialah Phahrolrazi, Mahfudz dan Mat Sabu.

Sumber-sumber dalaman membayangkan yang Azizan lebih rela PAS kalah di Kedah daripada menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada mana-mana dari mereka di atas. Bagi Azizan, biarlah UMNO yang menerajui asalkan bukan golongan pro-LGBT, Syiah atau alat kafir harbi.

Kita sanjung prinsip dan pendirian Azizan. Namun, kita ingin ingatkan Azizan bahawa prinsip yang mulia sahaja belum cukup untuk memastikan negeri terpelihara dan rakyat hidup sejahtera.

Benar, membiarkan puak-puak LGBT, Syiah dan Kafir harbi memerintah adalah berdosa tetapi pemimpin yang gagal menangani masalah rakyat, membiarkan negeri terus mundur, tidak peka dengan kemusnahan alam sekitar dan tidak mampu menjana pendapatan negeri juga berdosa.

Jelas, pemimpin yang sebegini adalah tidak layak berada di tempatnya.

Bukan Azizan tidak tahu bahawa keadaan negeri Kedah adalah semakin merosot dari sebelumnya. Anak-anak syarikat kerajaan negeri seolah-olah masih ‘terpinga-pinga’ walaupun sudah hampir sepenggal PAS memerintah.

Azizan langsung tidak punya perancangan untuk meningkatkan pelancongan di Kedah, malah pusat pelancongan sedia ada juga tidak dipelihara dengan baik. Segala projek besar yang digembar-gembur konon bakal memacu ekonomi Kedah, hanya tinggal cakap kosong belaka kerana tiada siapa yang mahir untuk melaksanakannya. Lebih buruk, bila begitu ramai yang menjadi tamak haloba akibat tidak pernah merasa atau bermimpi akan mampu duduk di mana mereka berada.

Projek peninggalan BN yang telah berjaya seperti Kulim Hi-Tech Park juga kini telah menampakkan masalah akibat ketidakcekapan dan ketamakan pihak pengurusan. Namun, Azizan langsung tidak menyedarinya.

Kedah kini bergerak ke belakang dan bukannya ke hadapan gara-gara mempunyai pemimpin yang tidak layak berada di tempatnya.

Azizan pasti tahu bahawa menurut Islam, meletakkan sesuatu yang bukan di tempatnya adalah satu ketidakadilan. Dan ketidakadilan pasti membawa kepada kemusnahan.

Justeru, jika Azizan benar-benar seorang yang berpegang kepada prinsip yang mulia, maka Azizan juga wajib memikirkan mengenai ketidakadilan yang sedang dilakukannya terhadap rakyat Kedah. Mungkin elok jika Azizan membantu mengembalikan saja Kedah ke tangan BN untuk kebaikan semua.

Saturday, 15 September 2012

Artis Dibayar Ribuan Ringgit Untuk Burukkan Kerajaan



Zed Zaidi antara pemimpin persatuan artis yang lantang bersuara.
 
PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mendedahkan terdapat segelintir artis dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,32, berkata, artis-artis berkenaan akan hadir dalam ceramah-ceramah anjuran parti politik berkenaan dan mereka akan diberi imbuhan yang nilainya melebihi jumlah bulanan ketika mereka aktif dalam dunia seni sebelum ini.

“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni.

“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

Zed diminta mengulas mengenai kecenderungan segelintir artis yang mengaku sudah berhijrah tetapi bertindak menyertai parti politik tertentu dengan menghasut rakyat membenci kerajaan.

Kata Zed, tidak ada artis yang akan melakukan kerja secara suka rela setiap masa kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap sebaliknya mereka melaksanakan sesuatu tanggungjawab itu untuk mendapat imbuhan.

Katanya, parti politik berkenaan pula terpaksa menggunakan artis kerana golongan berkenaan mempunyai pengaruh kuat dalam menarik orang ramai menghadiri ceramah yang dianjurkan.
Malah ujarnya, ada juga artis yang terpaksa berbuat demikian untuk mengalih perhatian bagi menutup kisah hitam masing-masing sebelum ini.

“Ada juga artis yang berhijrah tetapi bukannya benar-benar berhijrah sebaliknya sekadar mahu menutup kisah buruk diri yang pernah dilakukan semasa bergelar artis.

"Ia bukan langkah yang bijak sebaliknya mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu sebelum pilihan raya umum sahaja.

“Selepas pilihan raya, saya pasti artis-artis ini akan senyap kerana sudah tiada jemputan untuk mereka sertai ceramah,” katanya.

Ditanya benarkan golongan berkenaan tidak mendapat tempat di persada seni kerana penghijrahan yang dibuat Zed berkata, perkara itu sebenarnya tidak berlaku jika perubahan berkenaan dilakukan dengan ikhlas dan baik.

Bagaimanapun apa yang dikesalkan golongan berkenaan mengambil pendekatan memburuk-burukkan dunia seni sendiri serta menghentam pihak-pihak tertentu.

“Kalau nak berubah tu, berubahlah! Tak ada siapa yang larang tetapi mereka berubah dengan mengutuk dan menghina orang lain. Sebab itulah secara tidak langsung mereka diketepikan,” jelasnya.

Sehubungan itu Zed berkata, sekiranya terdapat mana-mana artis yang mahu berubah mereka diminta untuk tidak terlibat dalam kancah politik kerana ia akan merosakkan reputasi diri mereka sendiri.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Zed Zaidi mengundang para artis dan orang ramai menyertai Majlis Mega Raya MySeniman yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini pada 17 September depan.

Acara yang akan bermula pukul 12 tengah hari itu turut membuka peluang kepada orang ramai dan para artis menjadi ahli persatuan itu.

Thursday, 13 September 2012

Soalan Terbuka buat Ostat Kak Abby Dari Puteri !!!

Gt-Puteri berharap ada blog yang akan memanjangkan tulisan  Puteri ini kerana Puteri ada persoalan kepada  Ostaz Abby yang baru mendapat hidayah untuk masuk PAS. Ostaz kata sejak dia masuk PAS dia dapat tahu banyak pasal Islam berbanding dahulu sewaktu berlakon. Apakah sebelum ini kak Abby tak tahu langsung pasal Islam? 

Apakah yang sebenarnya yang dapat Kak Abby belajar setiap malam dipentas ceramah yang sentiasa menabur fitnah dan memburukkan kerajaan dan juga pemimpin.Apakah itu Islam yang Kak  Abby pelajari dan cari ?

Puteri tidak mewakili Puteri UMNO secara umum nya kerana Puteri secara peribadi ingin bertanya kepada Ostaz Abby? apakah hukumnya menyertai Puteri UMNO ? apakah kami ini semua kapir atau kami ini semua sesat dan tidak akan dapat mencium langsung pintu syurga? 

Sebenarnya kami ini semua mengucap dua kalimah syahadat sembahyang lima waktu , menutup aurat dan mematuhi  syarait syariat Islam. Apakah Fatwa Pujangga Ostaz Abby yang kini telah boleh mengeluarkan fatwa setelah beberapa bulan menjadi penceramah PAS. Sudah naik pangkat menghampiri ulamak kot. 

Kami benar benar mahu tahu apakah pandangan Kak Abby yang sudah merasakan Kak Abby kini terlebih Islam dari orang lain malahan terlebih Islam dari orang yang jauh berilmu dan tidak mengukur Islam dengan lojik akal sahaja. Harap dapat jawapan dari Kak Abby.

Naib Ketua Puteri Cawangan Taman Seri Gombak.

Tuesday, 11 September 2012

Suaram dah terima lebih setengah juta dari George Soros??


Bukan sikit-sikit, lebih setengah juta dana asing yang diterima olah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan lebih membimbangkan dana berjumlah RM558,000 diterima dari NGO yang dikaitkan dengan spekulator mata wang, George Soros (gambar).

Mendedahkan perkara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan dokumen masing-masing bertarikh 17 Oktober 2007, 18 Disember 2008 dan 12 Februari 2010, dana berjumlah keseluruhan AS$188,775.65 diterima Suaram daripada Open Society Institute di New York di mana Soros ialah pengasas dan pengerusi NGO terbabit.

Beliau berkata, daripada siasatan didapati surat tawaran penyaluran dana itu dialamatkan kepada Pengarah Eksekutif dan Pemangku Pengarah Suaram.

“Saya dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa Suaram tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), jadi mengikut undang-undang mereka tidak boleh menerima wang atau menandatangani apa-apa perjanjian.

“Kalau dia (Suaram) mahu kata ia dilaksanakan melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB), kenapa e-mel, faks dan surat-menyurat menggunakan nama Suaram bukan SISB,” katanya pada Isnin.

 Ismail Sabri berkata, bagaimana sebuah pertubuhan yang tidak didaftarkan boleh menerima sejumlah besar dana dan pihaknya berharap Bank Negara Malaysia (BNM) menyiasat perkara itu.

“Rabu ini, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mengadakan mesyuarat dengan BNM dan ROS untuk membincangkan perkara ini,” katanya.

Menurutnya, amat malang jika Soros terbabit dalam penyaluran dana itu kerana dia terkenal sebagai penyangak mata wang yang mensabotaj ekonomi banyak negara.

“Daripada siasatan awal, kita memang mendapati wujud pertalian dan memang malang apabila ada pihak di negara ini bersekongkol dengan individu yang dikenali sebagai penyangak mata wang,” katanya.

Akhbar semalam melaporkan siasatan SSM mendapati wujud keraguan dan kekeliruan dalam dokumen dan penyata kewangan SISB yang membiayai Suaram. SISB pula mendapat pembiayaan dana asing sejak 2008 daripada empat sumber antarabangsa iaitu Open Society Institute (NGO di New York), National Endowment for Democracy (NGO di Washington), Southeast Asian Centre for e-Media dan Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur.-10/9/2012

Sunday, 9 September 2012

VIDEO BODYGUARD ANWAR HALA PISTOL ARAH ORANG AWAM !! SEBIJIK MACAM TAYYIP EDORGAN

Detik mencemaskan terpaksa dilalui beberapa pemuda apabila bodyguard anwar mengacukan pistol terhadap mereka..Inilah politik samseng yang diamalkan oleh PKR dan Anwar sendiri untuk menakutkan rakyat..


Itu baru pegang jawatan ketua pembangkang, kalau dah pegang jawatan tertinggi dalam kerajaan nanti apalah nasib rakyat jika menentang Anwar nanti, boleh jadi anwar arahkan polis menembak siapa saja yang menghalang cita citanya.

Sama seperti Tayyip Edorgan presiden Turkey dimana bodyguard beliau melepaskan tembakkan kepada sekumpulan penunjuk perasaan yang memprotes kempen pilihanraya beliau..

Tayyip Edorgan salah sorang idola Anwar jadi segala bentuk kempen menjadikan Malaysia seperti negara republik itu sama seperti yang dilakukan Anwar di Malaysia..

ANWAR MENGENALI SYAITAN YANG DIKENALI



Peribahasa Inggeris yang terjemahan langsungnya ditukis "lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal" kini bermain di mulut Anwar Ibrahim. Kita sangat kasihan dengan Anwar Ibrahim, kerana kurang membaca sebaliknya turut mentafsir secara "word by word" kiasan yang ditulis oleh Tun Dr. Mahathir.

Anwar mengandaikan dirinya dan kumpulannya sebagai Malaikat, dan mengandaikan orang-orang di dalam kerajaan sebagai Syaitan. Apakah SS Tan Sri Harussani dan YB Nasharudin Mat Isa lebih Syaitan dari Anwar Ibrahim?

Adakah Anwar Ibrahim lebih Malaikat daripada Datuk Nallakarupan, atau dua-mdua mereka Syaitan Magnum?

Adakah Datuk Harun Din lebih Syaitan kerana bersetuju dengan YB Nasharudin atau Anwar Ibrahim lebih Malaikat kerana bersama-sama dengan Karpal Singh yang Anti Islam!

Malaikat dan Syaitan kedua-duanya Makhluk Allah, hanya sanya Syaitan dan Iblis dilaknat kerana tidak hendak mengakui keRasulan Nabi Muhammad SAW kekasih Allah.

Maka berkatalah Iblis kepada Allah SWT, " Aku akan menyesatkan umat Nabi Muhammad sampai hari Kiamat".

Maka di keluarkanlah Iblis dari Syurga, beranak pinak iblis-iblis dengan banyaknya di alam ini, dengan tujuan menyesatkan umat Islam.

Maka, apabila Anwar Ibrahim membaca peribahasa itu dalam bahasa Melayu, dia tersilap besar kerana mengandaikan dirinya Malaikat dan orang lain Syaitan!

Hari ini, Anwar akan marah kalau YB Nasha tidak dibuang dari Pas, kerana Anwar Ibrahim mengaggap YB Nasha itu Syaitan yang dikenali! Bagi ANwar, Karpal Singh adalah Malaikat kerana Anti Islam!

Friday, 7 September 2012

Bandingkan Lelaki Ini dengan Abby Abadi


Lelaki ini pernah menjalani kehidupan lebih teruk daripada artis-artis di Malaysia.



Namun apabila beliau sedar dan diberi hidayah oleh Allah SWT, kini beliau menjadi pendakwah.


Sila tonton video ini.

Kemudian bandingkan penghijrahan artis-artis Malaysia yang selepas 'mendapat hidayah' terus berjuang atas pentas politik. Dan kemudiannya menyamakan perjuangan politik mereka dengan dakwah.

Jika argumen Abby Abadi bahawa berjuang atas tiket PAS adalah dakwah, adakah perjuangan lelaki ini dan Yusuf Islam adalah sia-sia kerana di tempat mereka tiada parti yang menjual agama seperti PAS???

Anda nilaikan..

Sila ke link ini untuk perbandingan.. :)

Kredit kepada web mymassa.. Terima kasih info..

Thursday, 6 September 2012

Anwar Lebih Islam Dari Nik Aziz ?

Anwar pula yang berikan tazkirah di Masjid , apakah kelulusan beliau dan apakah kelayakkan beliau untuk memberikan Tazkirah di Masjid yang telah menjadi gempar baru baru ini di Kedah. Betul lah Anwar ini macam sesumpah. 

Kenapa sebelum memberi tazkirah Anwar tidak mahu bersumpah bahawa dia tidak meliwat Saiful, Walaupun kes ini reda seketika  tetapi masih ramai yang beranggapan ianya  hanya lah sementara saja.Anwar akan dihukum juga setelah mahkamah rayuan menerima rayuan Saiful . Anwar tentu tahu tentang ini.

Tak payah menipu lah kalau  mahu kata Anwar Anwar seratus peratus akan bercerita pasal agama dalam masjid itu dihadapan kariah masjid  berkenaan, Memang layak lah Anwar diusir , kenapa tak gunakan balai raya untuk memberi ceramah politik ?

Kenapa Anwar sekarang berubah mahu berceramah di masjid. Anwar tak takut ke disumpah laknat kerana terlalu banyak  disumpah.Itulah sebabnya Anwar yang jadi ketua pembangkang kerana Nik Aziz lebih rendah ilmu agama nya dari Anwar Ibrahim.Bila ajak bersumpah di masjid tak mahu , berceramah boleh pula.

OLEH: gengu guliguli gengugi




Wednesday, 5 September 2012

PAS BIARKAN DAN TENGUK SAJA ABBY ABADI SESAT LARAU JAUH ????


Padan lah ada pemimpin  PAS dan pakatan tidak takut membuat  kerja kerja jijik seperti sumbang mahram , khalwat dengan Isteri orang tertangkap berzinah dengan isteri orang dalm coach keretapi rupa rupanya mereka ini diberikan akses ke Syurga terus  oleh  Nik Aziz dan kesian lah dengan orang orang arab yang tak menyertai parti khususnya parti PAS kerana apabila mati nanti dan kata Abby (Ostazah Maggie insin) tuhan akan tanya kita datang dari parti mana. Contoh tuhan tanya Abby Abadi :"Abby Abadi ..... awak dari parti apa ???? " Abby jawab : PAS tuhan"



Sesat gila Abby ni, tak ada ke sesiapa yang mahu mabil dia jadi isteri kerana rasanya tidak ada siapa yang akn cemburu jika dia dikahwini biar hilang penyakit insinnya,

Ustaz Azhar juga ada menegurnya , Abby dengan lantang menjawab kerana tidak boleh menirima teguran ustaz berkenaan. Dia juga bertelagah dengan Dr Asri sehingga Dr Asri menegurnya , BACA SINI untuk memberi pendapat perlu  belajar ilmu agama , Abby hanya main lojik akal saja, Inilah yang di banggakan oleh PAS. PAS hanya membisu dan mebiarkan saja Abby jadi bahan belasahan dan membiarkan Abby terus sesat menyesatkan . Inikah sebuah parti yang baik ? SEBUAH PARTI MEMPERGUNAKAN ABBY UNTUK KEMPEN POLITIK DAN MEMBIARKAN ABBY SESAT : SIAN....

OLEH: Puteri gengu guliguli gengugi

PAS EDIT GAMBAR UNTUK SELAMATKAN AHLINYA DAN TUDUH UMNO DALAM HARAKAH

Para pencacai PAS baik blogger mahu pun facebooker mereka sering saja mengedit gambar untuk mengfitnah UMNO .

 Di sini kami bawakan satu contoh: Yang ni kami petik dari Harakahdaily yang antara lain menyebut kononnya UMNO menulis " Pas pun kaki judi juga....Janji masuk pas semuanya halal.

Yang jelasnya foto ni nampak sangat diedit. tapi tak profesional langsung. Nak membohong pun agak agak la bro kih...kih...kih...

 Tak ada kerja lain ke PAS ini sering tidak mahu mengaku kesilapan Ahli mereka dan akan menyalahkan UMNO setiap kali ada pendedahan tentang kemungkaran ahli mereka.

gambar sebelum di edit
Bila gambar  ahli merreka berjudi mereka akan edit gambar dan kata ahli UMNO yang melakukannya.

Tuesday, 4 September 2012

Polis Keluarkan Gambar-Gambar Mereka Yang Di Buru Semasa “Janji Bersih”.


\
Pihak Polis akan siasat motif dan sebab-sebab kenapa Bendera Sang Saka Malaya dikibarkan pada hari tersebut. Bukannya siasatan terhadap sejarah bendera Sang Saka Malaya, Sang Saka Bangsa (Umno) atau Sang Saka Merah Putih.

Samaada bendera tersebut sama dengan Umno atau sama dengan komunis, sama dengan Sang Saka Biru (Polis), sama dengan Amerika, sama dengan Republik Indon atau sama dengan Republik Singapore, ia tidak akan disiasat.

Jika semasa siasatan motifnya ialah bertujuan untuk mengantikan bendera Jalur Gemilang jika PKR memerintah atau bertujuan menghasut menjatuhkan kerajaan, maka barulah ia ada kes. Budak-budak dua ekor tu pun sudah jelaskan motif sebenar didalam blog Serigala Selatan mereka.

Diharap pihak polis akan ambil kira dan siasat risalah “This Flag Must Go..Change To..”dan siasat posting budak-budak SerigalaSelatan.  Jika dibaca dengan teliti, ia diambil kira sebagai menghasut. Layari terkini menunjukan semua entri dan blog tersebut telah kosong.

Nampak gayanya mereka akan dibebaskan dan kita akan marah-marah sekali lagi dengan PDRM/KDN/Hishamudin.

Berikut ialah 11 gambar mereka-mereka yang diburu polis, diambil dari FB PolisKL>.










sumber: HHalem