Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 19 September 2012

Bawalah jentolak halang, kerajaan pusat tetap teruskan projek Langat 2 - TPM


Kalau hendak bawa jentolak, nak sekat Projek Langat 2, buatlah, kerajaan Pusat tetap akan teruskan.
 
Itu mesej jelas kepada kerajaan PKR Selangor yang tidak habis-habis spin dan hendak halang projek Langat 2 demi survival politik pembangkang sedangkan krisis air semakin hampir jika loji rawatan Air Langat 2 gagal disiapkan dalam tempoh terdekat.
 
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan bertekad teruskan projek itu kerana mahu buktikan bahawa kerajaan ada sekarang adalah bertanggungjawab.
Muhyiddin mempersoalkan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang masih bertegas tidak mahu projek itu dilaksanakan.
 
“Nak kata bodoh, tak tahu lah. Tunjuk air dalam empangan. Kita (rakyat) nak air dirawat. Nak rawat perlu loji. Yang ada sekarang 37 tetapi sudah penuh kapasiti dan terpaksa operasi 24 jam. Kalau rosak, tak dapatlah air bersih,” katanya.
 
Dalam maksud lain, membujur lalu melintang patah sekalipun, kerajaan Pusat akan meneruskan projek itu berdasarkan peruntukkan undang-undang sedia ada selain ambil kira kesulitan bakal dihadapi penduduk Lembah Klang  jika krisis air itu berlaku.
 
"Kalau tak diselesaikan segera, kalau tak dibenarkan kerajaan pusat teruskan projek Langat 2 mungkin satu krisis air yang besar akan berlaku, bukan sahaja menimpa Selangor tetapi kawasan Putrajaya dan Kuala Lumpur di mana jumlah penduduknya mungkin lima atau enam juta atau lebih daripada itu," katanya.
 
Kesan daripada penangguhan projek Langat 2, Muhyiddin berkata beliau difahamkan terdapat kira-kira 200 projek di Selangor terpaksa ditangguhkan kerana tidak diberikan 'Certificate of Fitness (COF)' oleh kerajaan negeri.
 
"Kerana dikatakan kalau dikeluarkan (COF) maka kerajaan negeri bertanggungjawab mengeluarkan utiliti iaitu bekalan air bersih, jadi tak mampu dibuat maka tak keluar la sijilnya, lihat bagaimana kerugian besar kepada negeri dan rakyat Selangor," katanya.
 
Muhyiddin menegaskan perkara itu ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Selayang di Rawang, pagi Sabtu.
 
Sehubungan itu, Timbalan Presiden UMNO itu berkata, perkara itu tersebut antara pelbagai isu yang tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan pembangkang di Selangor.
 
Kepincangan dan ketidakupayaan pembangkang memerintah negeri itu katanya menjadi ramuan mencukupi bagi Barisan Nasional (BN) merampas kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13..
 
"Dan kalau kita lihat daripada apa isu dan apa permasalahan yang sudah timbul di negeri Selangor ini, sudah banyak sekali yang telah pun saya kira menyentuh setiap perasaan rakyat Selangor dan juga rakyat Malaysia, apa yang telah dan sedang berlaku," katanya.
 
Malah katanya menerusi beberapa sesi lawatan turun padang sebelum ini, beliau yakin sudah wujud petanda gelombang rakyat yang mahukan kerajaan BN kembali memerintah Selangor.
 
"Saya tahu, saya turun banyak tempat, banyak yang salam-salam saya... mereka bertanya,Tan Sri bila pilihan raya. Dah tak tahan dah Tan Sri kami nak sokong nak menangkan BN dalam pilihan raya'," kata Muhyiddin dan menambah bahawa trend yang sama juga berlaku di Kedah.
 
Namun begitu, beliau berkata anggota Umno dan BN perlu bersedia dari sekarang kerana pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan segala permasalahan dalaman, terutamanya perbuatan mensabotaj parti perlu dielakkan.
 
"Ini bukan satu perkara kecil, nak kembalikan kuasa, bukan sekadar kuasa tetapi kuasa kerana maruah. Dengan kuasa dapat membela bangsa, agama dan negara, memajukan masyarakat, memakmurkan masyarakat, soal pokok kembali kepada kita, 'Are we ready' (Adakah kita bersedia),"katanya.
 
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, jentera pilihan raya BN juga perlu memberi tumpuan kepada pusat daerah mengundi (PDM), sebagai tempat di mana parti dapat terlibat secara langsung dengan pemilih di kawasan yang berkenaan.
 
"Kita tak nak apa yang berlaku di Kelantan pada pilihan raya umum 2004 berulang kembali. Kita kalah di Dewan Undangan Negeri, kalah dengan dua undi tetapi dengan sebab itu kita gagal merampas kembali negeri Kelantan," katanya.

No comments:

Post a Comment