Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday, 25 September 2012

Guna jet: Itulah penyakit Anwar, ego: Zahrain


zahrain70
Itulah penyakit Datuk Seri Anwar Ibrahim, dia ego dan nak tunjuk dirinya besar.Begitu gambaran ahli parlimen Bebas Datuk Seri Zahrain Hashim pasal Ketua Pembangkang tersebut yang menaiki jet khas ke Sabah dan Sarawak , baru-baru ini.

Menurut Zahrain, Anwar berbuat demikian kerana mahu menyakinkan orang Sabah untuk menunjukkan dirinya hebat apabila sampai ke negeri itu seperti standard Perdana Menteri.

Bekas rakan karib Anwar itu juga mempersoalkan jawapan Ketua Umum PKR itu bahawa jet itu ditaja.

“Kalau ditaja, siapa dan kenapa taja?. Bukan senang orang nak bagi jet. Kita tau (jet)didaftarkan di Amerika. Kalau ditaja, mungkin ada undang sebalik batu,” katanya kepada Agendadaily.

Beliau hairan jawapan Naib Presiden PKR, Tian Chua mengatakan bahawa jet itu disewa sedangkan Anwar kata ditaja.

“Jika sewapun, bukan murah. Ini penyakit Anwar. Dia rasa besar dan berstatus hebat. Saya hairan pemimpin PAS dan DAP juga naik padahal mereka selalu cakap soal keadilan dan ketelusan,” katanya.

Sementara itu mengulas itu Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang menghina umat Islam yang membantah filem Innocence of Muslims, Zahrain berpendapat, Ngeh dan pemimpin partinya tidak sensitif pasal isu orang Islam.

“Walaupun sudah minta maaf tetapi cara dia bercakap macam musuh Islam.

Bagi saya orang islam boleh maaf sebab itu cara org Islam bagaimanapun kita harus sedar, musuh tetap musuh. Atas sebab itu kita kena lawan beliau,” tegasnya.

Zahrain hairan kenapa DAP hanya meminta orang Islam menerima permohonan maaf Ngeh tanpa mengambil tindakan sedangkan jika berlaku pada pemimpin parti lain, mereka yang lantang bersuara.

Beliau juga kecewa kerapa PAS sepatahpun tidak bercakap pasal Ngeh yang menghina orang Islam dan Islam.

“Bagi saya, orang bercakap begitu harus dianggap musuh. Kalau PAS perjuang Islam, Ngeh haruslah dianggap musuh. Soal maaf, cerita lain,”katanya.

Zahrain percaya kerana kerusi dan jawatan lebih penting, PAS sanggup berkompromi dalam isu Ngeh.
Sehubungan itu, beliau minta rakyat bukan sahaja menolak DAP tetapi PAS dalam PRU ke 13 nanti.

No comments:

Post a Comment