Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 11 September 2012

Suaram dah terima lebih setengah juta dari George Soros??


Bukan sikit-sikit, lebih setengah juta dana asing yang diterima olah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan lebih membimbangkan dana berjumlah RM558,000 diterima dari NGO yang dikaitkan dengan spekulator mata wang, George Soros (gambar).

Mendedahkan perkara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan dokumen masing-masing bertarikh 17 Oktober 2007, 18 Disember 2008 dan 12 Februari 2010, dana berjumlah keseluruhan AS$188,775.65 diterima Suaram daripada Open Society Institute di New York di mana Soros ialah pengasas dan pengerusi NGO terbabit.

Beliau berkata, daripada siasatan didapati surat tawaran penyaluran dana itu dialamatkan kepada Pengarah Eksekutif dan Pemangku Pengarah Suaram.

“Saya dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa Suaram tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), jadi mengikut undang-undang mereka tidak boleh menerima wang atau menandatangani apa-apa perjanjian.

“Kalau dia (Suaram) mahu kata ia dilaksanakan melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB), kenapa e-mel, faks dan surat-menyurat menggunakan nama Suaram bukan SISB,” katanya pada Isnin.

 Ismail Sabri berkata, bagaimana sebuah pertubuhan yang tidak didaftarkan boleh menerima sejumlah besar dana dan pihaknya berharap Bank Negara Malaysia (BNM) menyiasat perkara itu.

“Rabu ini, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mengadakan mesyuarat dengan BNM dan ROS untuk membincangkan perkara ini,” katanya.

Menurutnya, amat malang jika Soros terbabit dalam penyaluran dana itu kerana dia terkenal sebagai penyangak mata wang yang mensabotaj ekonomi banyak negara.

“Daripada siasatan awal, kita memang mendapati wujud pertalian dan memang malang apabila ada pihak di negara ini bersekongkol dengan individu yang dikenali sebagai penyangak mata wang,” katanya.

Akhbar semalam melaporkan siasatan SSM mendapati wujud keraguan dan kekeliruan dalam dokumen dan penyata kewangan SISB yang membiayai Suaram. SISB pula mendapat pembiayaan dana asing sejak 2008 daripada empat sumber antarabangsa iaitu Open Society Institute (NGO di New York), National Endowment for Democracy (NGO di Washington), Southeast Asian Centre for e-Media dan Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur.-10/9/2012

No comments:

Post a Comment