Kegagalan pembangkang dalam cetusan provokasi fitnah yang mereka taburkan terhadap Barisan Nasional telah menyebabkan mereka menuduh sekali lagi sistem kehakiman negara tidak adil. Bagi pembangkang ianya hanya adil sekiranya sistem perundangan menyebelahi mereka sahaja. Pembangkang seolah-olah mengugut akan melakukan siri demo jalanan yang menyusahkan rakyat lagi berikutan kegagalan mereka memanipulasikan sistem kehakiman dalam isu SPR.
Adakah pembangkang lupa bahawa mereka telah “tertangkap” dengan beberapa penipuan besar yang tidak bertanggungjawab sepanjang PRU13 yang lepas? Perangai “buat-buat lupa” pembangkang dengan menyalahkan keseluruhan kegagalan mereka di bahu SPR dan Barisan Nasional menunjukkan sikap politik keji “ Baling Batu Sembunyi Tangan Mereka “.
Sebelum ini mereka telah mengadakan siri himpunan Blackout kononnya SPR dan Barisan Nasional telah menipu dalam PRU13 yang lepas dalam insiden lampu padam. Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU-13 lagi.
Rakyat perlu tahu bahawa pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR, gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.
Begitu juga dengan fitnah pembangkang kononnya Barisan Nasional (BN) ‘import’ pengundi Bangladesh adalah pembohongan tahap “gila”. Kononnya terdapat 40,000 pengundi warga Bangladesh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional. Tambahan pula Ambiga dalam kenyataan terbaharu yang disiarkan portal propembangkang, Malaysiakini, bertindak menyalahkan kerajaan di sebalik fitnah mereka apabila menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sengaja mencipta helah.
Hakikatnya 40,000 Bangla telah dipropagandakan oleh Pembangkang dalam masa yang agak lama semata-mata untuk menunjukkan wujud kepincangan, penyelewengan dan ketidakadilan sistem pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR. Malahan mereka sibuk menangkap pengundi keturunan India dan Mamak semata-mata mahu membuktikan kewujudan 40000 pengundi Bangladesh semasa proses PRU13 berlangsung. Media pembangkang juga turut menyiarkan gambar Orang Asli yang sedang beratur menunggu giliran mengundi yang mereka tuduh sebagai pengundi warga Bangladesh. Dan penyokong PR sendiri yang keturunan Mamak ditangkap kerana disangkakan pengundi Bangladesh yang diupah mengundi BN.
Kini mereka menyalahkan Barisan Nasional sepenuhnya atas kegagalan pembangkang memenangi petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang difailkan di mahkamah. Mereka mahu mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya untuk melaksanakan reformasi pilihan raya dan menjalankan persempadanan pilihan raya secara adil setelah siri fitnah pembohongan mereka gagal.
Kononnya mereka mahu memastikan SPR mengendalikan pilihan raya yang adil dan bebas bagi pihak pembangkang dan calon bebas terhadap calon Barisan Nasional sedangkan rakyat tahu segala fitnah dan provokasi jahat yang mereka lakukan selama ini begitu menyusahkan rakyat dan kerajaan. Kononnya mereka akan megadakan kempen kesedaran yang padu dilancarkan untuk mendidik orang ramai bahawa pilihan raya mesti dimenangi melalui peti undi dan bukan membawanya ke mahkamah disebabkan amalan penipuan dan rasuah. Ini seolah-olah cuba menutup siri penipuan jahat pembangkang itu sendiri.
Kononnya juga pembangkang khuatir orang ramai akan mengambil tidakan lebih radikal pada masa hadapan apabila kononnya menyedari bahawa akses kepada keadilan di mahkamah adalah mustahil sedangkan hakikatnya pembangkang sendiri seolah-olah sedang merancang untuk mengadakan siri demo jalanan lagi dengan isu ciptaan sesuka hati mereka sendiri.
Seperti biasa, segala tindakan pembangkang ini seolah-olah dikuatkan lagi dengan “hasutan” dari Peguam veteran Karpal Singh, yang mewakili DAP dalam banyak petisyen pilihan raya sejak 35 tahun lalu mengatakan mahkamah bertindak perlahan bagi keputusan berkenaan pengundian pada hari mengundi. Kerajaan perlu mengambil tindakan atas segala kenyataan yang berupa hasutan untuk mencetuskan huru-hara.
Negara perlukan keamanan demi memastikan transformasi demi kesejahteraan rakyat dan negara dapat dilaksanakan. Tindakan pembangkang yang cuba menghalang perlaksanaan rancangan kerajaan perlu dikekang dan dipantau sepenuhnya.