Memang itulah pendirian dan luahan yang diterima dari kalangan penyokong - penyokong Pakatan Haramjadah tu berikutan tersebarnya berita tersebut semalam.
Strategi dan perancangan mengenai perlantikan Bekas Menteri Besar Selangor tu telah pun kita bincangkan semalam. Respon dari Si Mat Tyson tu pun dah kita baca.
Rata - rata memberikan pandangan bahawa tindakan sedemikian dilihat membelakangkan kepimpinan dalam PKR sendiri memandangkan Si Mat Tyson tu bukan orang PKR.
"Biar pun ianya strategi untuk menarik perhatian dikalangan penyokong - penyokong PAS, tetapi ianya memburukkan imej serta merendahkan kredibiliti pemimpin PKR di Selangor."
Jelas, pandangan tersebut diluahkan apabila mereka melihat seolah - olah memperlekehkan kemampuan yang ada pada kepimpinan PKR sedangkan PAS masih lagi dengan pendirian mereka.
"Buat apa nak bagi jawatan kepada orang PAS sedangkan diorang pun masih tak sepenuh hati menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor?"
Demikian persoalan dibangkitkan oleh mereka yang masih tidak dapat menerima pandangan sesetengah pemimpin PAS mengenai isu kerusi Menteri Besar di Selangor.
Isu mula dibangkitkan apabila terdengar desas desus dan khabar angin mengatakan kedudukan Khalid Ibrahim sebagai MB akan berubah selepas tamat Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.
Malah, beberapa orang pemimpin PAS masih teguh disebalik kenyataan mereka untuk menolak perlantikan Si Ketua penipu tu sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid.
Diantara yang lantang menyuarakan pandangan dan membantah tindakan tersebut adalah Setiausaha Dewan Ulama, Ketua Pemuda PAS Selangor serta Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Pendirian PAS berkaitan dengan perlantikan Si Ketua Penipu tu telah mendapat tentangan dan kecaman secara terbuka dari ahli serta pemimpin Angkatan Muda Keadilan sendiri.
Sebelum itu, PAS juga turut mengecam tindakan PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang dan menganggap tindakan tersebut sebagai satu penghinaan terhadap kepercayaan pengundi di kawasan tersebut.
PS: Ibarat Gajah bergaduh sesama sendiri, pelanduk jugak tersepit ditengah - tengah. Diorang yang sibuk berebut jawatan, penyudahnya rakyat jugak yang sengsara. Inilah padahnya bila pemimpin Pakatan tu semuanya GILA KUASA!!!
No comments:
Post a Comment