Itulah persoalan yang sewajarnya dijawab oleh Si Khalid Ibrahim ni sebenarnya. Dia jelas memang sengaja nak membunuh diri bila dia keluarkan kenyataan tersebut hari ini.
Kata Si Khalid Ibrahim tu, tindakan PKNS memecat 22 orang kakitangan mereka tanpa sebab musabab yang tertentu adalah untuk menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM 7juta.
Untuk apa penjimatan sebanyak RM 7juta tu dibuat? Supaya Khalid dapat bayar gaji dan elaun ADUN termasuk diri dia sendiri yang dah dinaikkan sebanyak 300 peratus sebelum ini?
Kiranya, Si Khalid tu lebih mementingkan duit perbelanjaan PKNS daripada nak menjaga Kebajikan Rakyat terutama dikalangan 22 orang kakitangan PKNS tu sendiri.
Korang bayangkan. 22 pekerja PKNS tu mewakili 22 buah keluarga yang hidup di Selangor. Katakan satu keluarga ada 4 orang ahli. Apa yang diorang nak makan bila kerja diorang dah tak de?
Maknanya, Khalid dah menganiayai 88 orang sedangkan dalam masa yang sama diorang sibuk mendabik dada kata diorang nak menjaga Kebajikan Rakyat di Selangor.
Sebelum ini, diorang jugak yang sibuk menuduh pihak kerajaan pusat sengaja nak menyusahkan rakyat dengan kenaikkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Adakah dengan cara memecat kakitangan PKNS tu tanpa sebarang sebab musabab yang sah boleh dianggap sebagai satu langkah yang wajar bagi menangani kenaikkan kos sara hidup tu?
Inilah masalahnya dalam kalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Diorang ni setakat pandai bercakap dan buat dakwaan je yang diorang taunya. Nak suruh diorang buat kerja, jangan harap la!!!
Nak uruskan pentadbiran Negeri pun diorang tak mampu lakukan, inikan pulak diorang nak bermimpi untuk mentadbir Negara dimasa akan datang. Kalau inilah caranya diorang nak memerintah, memang malang la nasib kita. Alamatnya, memang jahanam la Negara!!!
No comments:
Post a Comment