Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday, 21 February 2014

NURUL IZZAH AKUI DIRINYA TELAH 'DICEROBOHI'!!!


Demikian pengakuan yang telah dibuat oleh Si Nurul Izzah tu dalam majalah Nona keluaran bulan Mac nanti. Seperti mana yang SH katakan, SH ada satu salinan majalah tersebut.

Biarpun majalah tu dijadualkan bulan Mac nanti, ianya dah mula dijual bulan ni. Jadi, kepada sesiapa yang tak percaya dengan apa yang SH tulis, pergi la baca sendiri kenyataan Si Nurul Izzah ni.

Dia mengaku kepada pihak editor bahawa dia terasa diri dia telah dicerobohi apabila cerita mengenai penceraian yang telah difailkan dimahkamah sebelum ini hangat diperkatakan dilaman media.

Pihak editor majalah tersebut bertanya mengenai respon dia terhadap isu tersebut dan bagaimana reksi dia bila cerita hangat tu mula tersebar serta menjadi bahan bualan dikalangan rakyat.
"Sudah semestinya saya terkejut besar kerana ini merupakan satu pencerobohan ke atas hal peribadi saya. 

Semestinya ini sudah melanggar batas privasi keluarga kami sedangkan saya dan juga suami bertungkus lumus bagi memastikan kelangsungan harmoni dalam ikatan kami sebagai suami isteri serta ibu bapa kepada kedua anak - anak yang sedang membesar," balasnya kepada penulis.
Nah!!! Kan betul Si Nurul Izzah tu mengaku bahawa hak peribadi dia telah dicerobohi oleh orang luar sehingga dianggap menganggu kelangsungan harmoni dalam hidup dia sekeluarga.

Tidak cukup dengan itu, Si Nurul Izzah tu juga menganggap tuduhan tersebut turut memberi kesan kepada dia sekeluarga termasuk anak - anak dia yang masih kecil.

Heh! Itu kata dia sebelum kes tuntutan fasakh tu didengar buat kali keduanya baru - baru ni. Kalau betul dia nak selamatkan perkahwinan dia, kenapa dia tak tarik semula tuntutan tu?

Kenapa dia masih jugak meneruskan tuntutan tersebut di mahkamah? Itu satu persoalan yang perlu dijawab. Kalau tidak, tak guna la dia setakat mengabihkan air liur tak tentu arah.

Soal seterusnya sudah tentu mengenai Hak Privasi dan Pencerobohan ke atas hal peribadi yang dia maksudkan. Jelas, apa yang dia cakap tu hanya RETORIK semata - mata. Dia cakap tak serupa bikin.

Selama hari ini, dia sendiri sering kali mencerobohi hak privasi orang lain dan mengheret keluarga orang dalam kancah Politik. Tapi dia tak anggap itu sebagai satu pencerobohan pulak?

Sebaliknya, dia hanya anggap itu satu agenda Politik, tidak ada kaitan dengan agenda peribadi sedangkan hal yang dia bangkitkan ada kaitan dengan keluarga orang lain.

Memang sah la yang Si Nurul Izzah ni jenis manusia yang tak sedarkan diri. Bila dah terkena batang hidung dia, baru la dia tau macam mana perasaan keluarga orang lain. Kalau dia tak nak terkena pada keluarga dia, jangan sibuk cerita pasal hal orang lain!!!

No comments:

Post a Comment