Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 25 February 2014

Presiden Telah Dihina, Tapi Penyokong Tetap Jilat PKR

surat
Para penyokong PAS semacam dilanda wabak penyakit nyanyuk kalau tidak pun mengalami sindrom sakit otak akut. Prinsip wala’ dan tsiqah yang selama ini cukup mereka bangga-banggakan, telah menukarkan mereka sebagai zombie atau mayat hidup yang matlamatnya hanya untuk memakan otak manusia yang sihat.

Sudah berjuta kali pendedahan dibuat bagaimana PKR sebenarnya tidak pernah ikhlas dengan PAS. PKR hanya mahu mempergunakan PAS. PKR hanya melihat jumlah ahli PAS yang ramai, bodoh, jahil dan buta perut yang boleh mereka tunjal-tunjalkan dan kemudian dikerah untuk melaksanakan perancangan jahat PKR.

Kita perhatikan sahaja. Sepanjang tahun 2008 sehingga 2013, berapa banyak demonstrasi yang dianjurkan oleh PAS berbanding PKR. Demonstrasi-demonstrasi tersebut untuk siapa? Adakah untuk parti atau sekadar untuk memenuhi kehendak DAP dan Anwar Ibrahim (PKR) semata-mata?

Dan berapa banyak pula demonstrasi yang dikerahkan kepada ahli-ahli PAS agar hadir beramai-ramai dan dianjurkan pula oleh PKR dan DAP? Apa yang berlaku selepas itu ialah segala keburukan terpaksa ditanggung oleh PAS sedangkan PKR dan DAP pula tidak sahaja berlepas tangan, bahkan mereka berpura-pura tidak tahu.

PRU-13 mencerminkan niat sebenar PKR. PKR seperti tahun-tahun sebelumnya main cekup sesiapa sahaja yang menyokong mereka untuk dijadikan calon. Di Terengganu, PKR yang kemaruk hendak menguasai kerusi yang ditandingi telah meletakkan calon-calon yang pada pandangan PAS setempat sebagai mencacatkan. Akhirnya PAS turut meletakkan calon di situ, dan berlakulah pertembungan tiga penjuru yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada UMNO-BN.

No comments:

Post a Comment