Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 30 January 2014

Anwar Bertanding Untuk Satu Matlamat – Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika diadakan, sebagai usaha untuk mencapai matlamatnya menjadi perdana menteri.

Tun Dr Mahathir ketika diwawancara oleh juruhebah Bernama Radio24, Wan Syahrina Wan Ab Rahman pada Program ‘Dalam Radar Khas” bersama Tun Dr Mahathir Mohamad meniti cabaran Wawasan 2020 di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, Rabu. foto – BERNAMA

Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah langkah untuk naik ke atas dan Anwar tidak akan berhenti pada tahap itu sahaja.
“Saya fikir itu bukan matlamatnya tetapi itu adalah tangga yang digunakan untuk mencapai matlamatnya (menjadi perdana menteri),” katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam program ‘Dalam Radar Khas’ terbitan Bernama Radio24 di Wisma Bernama di sini Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar mahu bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang yang dilihat umum sebagai langkah untuk menjadi menteri besar Selangor.
Semalam, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil DU NKajang, sekiranya diadakan, selepas kerusi itu dikosongkan oleh wakil rakyat PKR sendiri Lee Chin Cheh.
Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee dengan meletakkan jawatan pada Isnin selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Ditanya sama ada tindakan Anwar itu dilihat sebagai seorang yang ‘gila kuasa’, Dr Mahathir berkata : “Memang Anwar dari dulu, saya tidak tahu gila kuasa atau tidak, tetapi beliau masuk Umno bukan kerana sayang kepada Umno kerana jika tak masuk Umno, tak boleh jadi perdana menteri.
“Kalau masuk PAS, (Anwar) tak mungkin jadi perdana menteri, sampai sekarang ini pun, dia masuk (Umno) ada alasan, yang ini pun (bertanding pada pilihan raya kecil) ada alasan untuk mencapai matlamatnya,” katanya.
Ditanya sama ada hasrat Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu mempunyai kaitan dengan kes liwat beliau untuk memberi tekanan kepada kerajaan, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu sama ada ia mempunyai kaitan secara langsung atau tidak.
“Tetapi jika beliau menjadi perdana menteri, ia satu tahap ke arah itu, jadi perdana menteri, maka banyaklah benda beliau boleh buat untuk melindungi dirinya,” katanya.
Mengulas sama ada Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu, Dr Mahathir berkata terpulang kepada BN untuk menentukannya kerana BN adalah parti campuran yang terdiri daripada pelbagai kaum.
“Jadi, terpulang kepada kebijaksanaan kepimpinan BN untuk menentukan siapa yang layak untuk bertanding di kawasan itu.
“Dan apabila keputusan dibuat, jangan ada bantahan lagi, cuma berpegang kepada semangat gabungan parti campuran, kita sokong sahaja,” katanya.
Mengulas kriteria yang perlu rakyat tahu sebelum memilih anggota Dewan Undangan Negeri yang baharu, bekas perdana menteri itu berkata rakyat perlu mengambil kira dan menilai banyak perkara termasuk prestasi dan karektor seseorang itu serta sumbangannya kepada negara.
“Jika seseorang itu cuma berjuang untuk hanya nak jadi perdana menteri atau menteri besar, saya fikir kita tak harus perlu memilih orang itu tetapi (sepatutnya orang) yang berjuang untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.
Mengulas kenyataan Anwar semalam supaya BN tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu dengan alasan elak pembaziran, Dr Mahathir berkata : “Saya melihat jika boleh, (beliau mahu) Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) letak jawatan dan angkat dia sebagai perdana menteri, itulah yang terbaik bagi dia.”
Terdahulu, ketika menjawab soalan dalam program itu berhubung perancangan Anwar yang dikatakan untuk menjadi menteri besar Selangor, beliau berkata Anwar memang mahu menjadi ketua kerajaan.
“Kalau tak boleh yang besar, yang kecil sikit pun bolehlah cuba, dengan harapan rakyat akan menghargai dan memberi kejayaan kepada cita-citanya untuk menjadi perdana menteri.
“Cita-cita yang terbesar bagi Anwar ialah menjadi perdana menteri. Soal apa jadi selepas jadi perdana menteri itu tak penting, jadi perdana menteri (dulu),” katanya.
Mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bahawa meletakkan Anwar sebagai calon pada pilihan raya kecil itu sebagai pergerakan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada, Dr Mahathir berkata itu adalah tafsiran beliau.
Katanya sebenarnya usaha untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada telah bermula sejak beliau menjadi perdana menteri dan tugas parti lawan ialah menjatuhkan parti pemerintah bagi membolehkan mereka menjadi pemerintah.
Katanya soal isu tidak penting dan parti lawan akan mengecam apa juapun yang dilakukan oleh kerajaan termasuk memberi wang kepada mereka. BERNAMA

Tuesday, 28 January 2014

Tanam sikap saling menyayangi - Puteri UMNO

MAS Ermieyati Samsudin (kanan) bersalaman dengan pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah dalam majlis Semarak Selawat di Masjid Jamek Putra, Masjid Tanah, Melaka, semalam

Golongan muda perlu dididik dengan sikap saling menyayangi dan menghormati sesama insan bagi menghindarkan diri daripada terlibat dengan masalah keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin berkata, sikap saling menghormati dan menyayangi yang semakin rapuh di dalam jiwa anak-anak muda boleh menjurus kepada berlakunya masalah sosial yang serius.

Menurutnya, berita mengenai kes menyayat hati seperti pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak dan terbaharu, kanak-kanak dua tahun dibunuh kejam merupakan sebahagian daripada kesan daripada tiadanya sifat nilai-nilai murni itu.

"Semua kejadian ini berlaku disebabkan hilangnya rasa hormat serta kasih sayang sesama manusia dan tanpa didikan sewajarnya, tidak mustahil perkara membimbangkan itu boleh berlaku lagi.

"Apabila kita tanamkan nilai kasih sayang, hormat menghormati dan cinta antara satu sama lain, insya-Allah perkara seperti ini dapat dielakkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Semarak Selawat 'Bidadari Syurga' 2014 di Masjid Jamek Putra, Masjid Tanah di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Tetap Puteri UMNO, Azlieza Azizan dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah, Siti Kalthom Ahmad.

Program julung-julung kali diadakan anjuran Puteri UMNO Melaka dengan kerjasama Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah itu melibatkan kira-kira 200 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta beberapa buah sekolah rendah dan menengah sekitar Masjid Tanah.

Pelbagai aktiviti turut disusun sempena program bermula pada pukul 8 pagi termasuk ceramah Maulidur Rasul 'Rasulullah Idolaku', pertandingan seni khat jawi dan deklamasi puisi kerasulan.




Monday, 27 January 2014

[Apa sudah jadi dengan Menteri KDN?] BN Perlu Sahut Pelawaan Permuafakatan Oleh Anwar – Zahid

Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu menyahut pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan permuafakatan nasional berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini.

Ahmad Zahid

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelawaan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan langkah proaktif yang perlu diambil berat.
“Kesemua ini tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ini menunjukkan keterbukaan beliau dan ia perlu difikirkan oleh pemimpin Umno serta BN,” katanya di sini pada Isnin.
Ahmad Zahid akan menemui Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan pelawaan berkenaan.
Pada Ahad, Anwar menawarkan ‘pelan damai’ kepada BN untuk bersama-sama membincangkan mengenai isu nasional dan perpaduan demi kepentingan rakyat.

Anwar Tawar ‘Pelan Damai’ Kepada BN

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini.

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program ‘Perutusan Khas Untuk Rakyat’ pada Ahad.

Menawarkan ‘pelan damai’ kepada Barisan Nasional (BN), Anwar berkata, keadaan semasa kini mencapai kepada tahap yang boleh merosakkan perpaduan nasional identiti rakyat Malaysia.
Beliau turut menggesa ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak supaya bekerjasama ke arah pembangunan negara.

Anwar Ibrahim

“Kita mesti menolak tanggapan bahawa Islam berada di bawah ancaman dan bahawa terdapat beberapa konspirasi jahat untuk menggantikan Islam sebagai agama persekutuan,” katanya.
Anwar juga berkata konsensus kebangsaan perlu dilaksanakan bagi menangani isu-isu lain seperti kos sara hidup yang meningkat, rasuah dan keselamatan.
“Marilah kita membantu polis memerangi jenayah supaya kediaman kita, sekolah-sekolah dan kompleks membeli-belah menjadi lebih selamat,” katanya.
Selain itu Anwar mengingatkan semua pemimpin tanpa mengira pegangan politik supaya meletakkan kepentingan nasional lebih tinggi daripada sebarang agenda politik.
“Kewajipan kepada negara adalah lebih besar daripada tugas untuk parti,” katanya.

Sunday, 26 January 2014

Dua pejuang pertahan kalimah Allah bertemu

drm-harundin
Bekas perdana menteri dan presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohammad meluangkan masa menziarahi Datuk Dr Haron Din Al-Hafiz di Institut Jantung Negara (IIJN) pada Sabtu bagi bertanya khabar dan melihat sendiri tahap kesihatan Timbalan Mursyidul Am PAS itu.
Dr Mahathir dimaklumkan keadaan Haron semakin stabil namun perlu terus menjalani rawatan dan berehat di hospital IJN buat masa ini.
Dalam lawatan itu, Dr Mahathir dilihat begitu mesra sekali dengan Haron dan keluarganya sekaligus membutikan sikap profesional dan perhubungan baik yang terjalin di antara kedua-dua pemimpin terbilang ini.
Haron kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Komprehensif (CCU) IJN dan dimasukkan ke wad tersebut sejak petang Khamis lalu.
Dr Mahathir dan Haron satu ketika dulu pernah digembar-gemburkan hangat dalam perbezaan pendapat apabila media melaporkan matan perdana menteri itu menolak perubatan Islam sedangkan beliau sebenarnya tidak senang hati melihat pihak tertentu yang menipu dengan memperalatkan ayat suci Al-Quran.
Bagaimanapun Dr Mahathir dan Haron sependapat mempertahankan kalimah Allah agar digunakan secara eksklusif  oleh umat Islam di samping Allahyarham Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS yang baru sahaja  kembali ke rahmatullah tengah malam Jumaat

Saturday, 25 January 2014

Zulkifli Noordin : Nasihat kepada Nurul Izzah

  • NURUL IZZAH
MEMANG mengikut peraturan penjara Anwar tidak boleh keluar untuk menikahkan anaknya sendiri.
Maka saya diberi arahan untuk mendapatkan pelepasan Anwar daripada Penjara Sg. Buloh dan mengendalikan urusan-urusan berkaitan upacara pernikahan.
Masih ingat lagi masa itu saya membawa seorang bernama Ustaz Shamsul, masa itu Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara masuk ke Penjara Sg. Buloh.
Tujuannya untuk mendapatkan perwakilan wali daripada Anwar, dan diwaktu yang sama membuat latihan upacara akad nikah.
Masih saya ingat masa itu saya berlakon jadi pengantin, dan Ustaz Shamsul konon Tok Kadi yang mempersaksikan Anwar menikahkan Izzah.
Gelak besar masa itu bila Ustaz Shamsul kata “ini macam mau orang lain jadi menantu ni kang!”
Pada masa itu Tun Mahathir masih lagi menjadi perdana menteri.
Dan Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah adalah menteri dalam negeri.
Saya ingat lagi diarah berjumpa dengan Pak Lah untuk memohon kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar penjara untuk majlis akad nikah Syahrir-Izzah.
Memang tension masa tu. Turun naik tangga KDN, berulang-alik Penjara Sg. Buloh, panjat tangga Jabatan Agama Islam Wilayah untuk mengurus pernikahan mereka.
Alhamdulillah akhirnya Pak Lah memberi kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar untuk menghadiri upacara akad nikah Syahrir-Izzah.
Masih saya ingat lagi suasana masa itu.
Sesampai sahaja Anwar dirumah, suasana sedih dan hiba diiringi tangisan sedih bercampur gembira dengan kehadiran Anwar, bapa pengantin.
Hasil perkahwinan Syahrir-Izzah, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Raja Nur Safiyah (7) dan Raja Jarith (4).
Saya mendengar pelbagai cerita mengenai sebab permohonan perceraian itu difailkan oleh Izzah.
Saya percaya tentu ada sebab yang serius untuk menyebabkan perkara ini berlaku.
Namun saya berdoa dan berharap Syahrir dan Izzah akan berusaha keras untuk menyelamatkan perkahwinan mereka yang sudah berusia 10 tahun itu.
Kalau boleh, kenangkan betapa susah payahnya kami semua masa itu untuk mengurus perkahwinan kamu berdua.
Pernikahan kamu disempurnakan di atas airmata ramai orang.
Memang saya sekarang menentang ayah Izzah, tapi itu atas soal prinsip mempertahankan aqidah dan agama saya.
Saya juga menentang pendirian Izzah dalam soal memberi kebebasan untuk umat Melayu-Islam memilih agama termasuk boleh murtad, sebagaimana yang disebut oleh Izzah dalam Forum ‘Islamic State: Which Version: Who’s Responsibility’ di Gereja Tabernacle USJ pada 03.11.2012 lepas.
Tetapi dalam hal perkahwinan Izzah-Syahrir, saya mengambil pendirian bahawa ini soal peribadi mereka yang tidak sepatutnya digembar-gemburkan, apatah lagi dipolitikkan.
Berilah mereka ruang dan peluang untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi menyelamatkan perkahwinan mereka, juga demi anak-anak mereka yang masih kecil.
Nasihat saya kepada Izzah dan Syahrir, berusahalah mencari jalan perdamaian.
Carilah kesepakatan. Ingatlah perceraian adalah suatu keharusan yang paling dibenci ALLAH.
Semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada kamu berdua.
Wallahua’lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.
 Zulkifli Noordin
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri

Friday, 24 January 2014

Kami Gigih Pastikan Kelangsungan Perkahwinan – Izzah

Sumber-sumber menyebut ada kemungkinan Nurul Izzah akan menarik balik permohonan fasakh pada Jumaat…


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyifatkan berita perceraiannya yang menjadi topik perbualan hangat sejak tengah hari Khamis adalah cubaan untuk mengganggu perkahwinannya.
Menerusi kenyataan tiga perenggan, Nurul Izzah, 33, dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim, 35, berkata mereka kini sedang ‘gigih memastikan kelangsungan perkahwinan mereka’.
“Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.
“Keluarga kami menjadi keutamaan,” kata mereka pada Khamis.
Bagaimanapun menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, pasangan berkenaan tidak pula menafikan berita tentang tuntutan cerai Nurul Izzah.
“Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini,” tambah pasangan itu.
Bagaimanapun perkembangan terbaru lewat petang ini menyebut yang mungkin Nurul Izzah sendiri akan menarik balik permohonan fasakh yang difailkannya itu di Mahkamah Rendah Syariah Jalan Duta esok pagi.
Berita tuntutan penceraian anak sulung kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mula tersebar sejak tengah hari Khamis.
Hasil pemeriksaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan oleh The Star Onlinemendapati, wujud rekod yang menyatakan Nurul Izzah membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya pada akhir Disember tahun lalu.
Raja Ahmad Shahrir Iskandar dipercayai menerima notis tuntutan itu pada 16 Januari lalu.
Bagaimanapun beliau meminta prosiding berkenaan ditangguhkan selama dua minggu bagi membolehkan pihaknya menyediakan dokumen berkaitan.
Sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada wujud pihak ketiga disebalik keretakan hubungan pasangan berkenaan. Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003.

Thursday, 23 January 2014

Cerai atau tak cerai.. Hak pribadi dia..

izzah-lakidia513
KEMASKINI
Kisah rumahtangga Nurul Izzah Anwar dan pasangannya Raja Ahmad Shahrir Raja Salim yang hangat di ruang maya, menyebabkan empunya badan mengeluarkan kenyataan tiga perenggan petang Khamis.
Dalam kenyataan bersama yang diemailkan kepada media itu, kedua-duanya tidak menafikan mereka sedang menghadapi masalah rumahtangga ataupun telah mengemukakan tuntutan fasakh (bubar perkahwinan) seperti yang disiarkan berbagai media sejak tengahhari Khamis.
Namun dari maksud yang tersirat, dapat disimpulkan, memang sah ada masalah, tapi pasangan yang berkahwin sejak 10 tahun lalu itu sedang berusaha untuk 'menyelamatkan' rumahtangga mereka.
Berikut kenyataan penuh pasangan terbabit:
Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.
Keluarga kami menjadi keutamaan.
Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini.

Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar

SEMENTARA ITUSemakan fail di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengesahkan Nurul Izzah telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.
 
Nurul Izzah, 34, memfailkan permohonan itu pada awal bulan ini.
    
Nurul Izzah memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
    
Seksyen itu merupakan pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.
    
Kes itu pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang dua hari lepas. Mahkamah menetapkan 18 Feb ini untuk sebutan semula kes itu.
    
Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang lelaki berumur empat tahun.

Tuesday, 21 January 2014

Kerajaan tak perlu jawab - Zahida Zarik Khan

Tak payah layanlah..







Kalimah Allah : Antara Titah Agung Dan Agenda Jahat Pembangkang

Rakyat makin jelas kesan penganiayaan pembangkang terhadap umat Islam. Tangan Ghaib yang merancang “memijak” samada secara terang atau pun tersembunyi tetap dapat kita hidu. Hanya mereka yang mempunyai terlalu banyak kepentingan peribadi dalam pembangkang sahaja enggan membuka mata.
keluarga-Azizul-Raheem-Awalludin-isteri-Shalwati-Norshal-pukul-anak-sweden-solat
Begitu juga dengan tragedi yang menimpa Azizul Raheem Awalludin, Pengarah Pelancongan Malaysia di Stockholm & isterinya Shalwati Nurshal yang ditahan sejak 18 Dis 2013 kerana didakwa memukul tangan anaknya dalam cubaan mendisiplinkan anak itu yang tidak bersolat.
Kita dapat melihat “double standard” yang menjadi sandiwara pembangkang. Selama ini mereka begitu vokal dalam mempertahankan hak asasi Lesbian, gay, biseksual dan transgender yang ditentang dalam Islam.
Namun dalam isu pasangan yang teraniaya penahanan tanpa bicara rakyat Malaysia di Sweden mereka membisu seribu bahasa. Jelas dakwaan mereka sebagai pejuang hak asasi manusia sebenarnya bermotif politik jahat semata.
Kedua-dua ibubapa malang ini ditahan tanpa jaminan dan tanpa sebarang pertuduhan dikenakan sejak sebulan lepas. Kesemua anak mereka yang masih kecil diambil oleh pihak berkuasa Sweden dan ditempatkan dibawah penjagaan sebuah keluarga non-Muslim.
Pelanggaran hak asasi manusia amat jelas dalam kes ini:
1. Kedua mereka ditahan lebih sebulan tanpa bicara dan tanpa sebarang pertuduhan
2. Anak-anak mereka “dirampas” tanpa sebarang hak untuk mereka bela diri;
3. Kedua mangsa dan anak-anak mereka dinafikan hak mengamalkan agama mereka malah dianiaya dengan penempatan dirumah bukan Islam.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, menegaskan bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif milik umat Islam. Baginda bertitah kalimah Allah perlu dihormati semua pihak dan dilarang penggunaannya oleh penganut agama lain.
Ketetapan sudah jelas dibuat misalnya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1986 bahawa beberapa istilah serta kalimah menjadi hak eksklusif milik umat Islam dan perlu dihormati.
agong-ucapan-rasmi-parlimen-sesi-13-dewan-rakyat-pm-najib
Dalam konteks masyarakat majmuk, sensitiviti agama khususnya Islam sebagai agama yang mendasari Persekutuan perlulah dihormati. Sebelum ini pembangkang begitu sombong dan angkuh mengutuk JAIS yang menjalankan tugas mengikut undang-undang.
Sultan Selangor juga telah bertitah melarang penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian. Dan mahkamah juga telah memerintahkan perkara yang sama. Namun pembangkang sedang menunjukkan lagak bahawa mereka tidak akan tunduk pada mahkamah dan Sultan. Ini merupakan kebiadapan yang cukup ketara.
Pendakyah kristian telah, samada secara sengaja menterjemahkan perkataan God kepada Allah. Perkataan atau istilah yang lebih tepat bagi perkataan God ialah Tuhan bukannya Allah. Namun demi untuk memudahkan proses mereka menarik umat Islam untuk murtad maka mereka tetap mahu berkeras dalam penggunaan kalimah Allah.
Mereka cuba nenggunakan helah kononnya orang arab kristian juga menggunakannya. Kononnya Orang kristian arab menggunakannya dalam bahasa arab. Kristian arab menggunakan perkataan Yasu bila merujuk kepada Jesus.
Namun mereka megadaptasikan sebahagian sahaja dengan matlamat mengelirukan umat Islam. Maka di sini jelas niat jahat mereka. Mengapa hanya mahu terjemah perkataan God kepada Allah, tidak Jesus kepada Yasu?
Rakyat perlu jelas bahawa desakan kristian menggunakan kalimah Allah untuk hak menterjemahkan perkataan God kepada Allah dalam bahasa Melayu tidak ada kena mengena dengan soal penganutan atau pengamalan agama kristian. Ianya adalah satu kesalahan penterjemahan dari segi bahasa dan linguistik. Mereka mempunyai agenda gerakan kristianisasi yang telah mereka rancang dengan cukup terperinci.

Isu Penutupan Pusat GiatMara : Kerajaan Selangor Cuba Main Silap Mata

Puteri UMNO percaya isu Pusat GiatMara Selayang tidak akan timbul sekiranya kerajaan Selangor tidak terburu-buru membuat keputusan agar pusat kemahiran itu berpindah hanya kerana isu berkaitan tanah.
Ketua Puteri UMNO Malaysia, Mas Ermieyanti Shamsudin berkata, sepatutnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pengurusan Giat Mara Selayang atau MARA untuk menyelesaikan yang dikatakan itu bukannya terus membuat pengumuman.
“Mengapa Menteri Besar perlu bertindak terburu-buru, sepatutnya adakan pertemuan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dan bukannya terus mengeluarkan kenyataan sebegitu sehingga menimbulkan suasana tidak sihat.
“Tindakan itu ternyata bertentangan dengan apa yang dilaungkan oleh pemimpin tertinggi Pakatan Pembangkang, kononnya merekalah parti yang memperjuangkan keadilan dan pembela nasib rakyat.
exco-dap-hian-yong-wah-tutup-mara-selayang-selangor-melayu-islam3
“Apa yang berlaku itu menunjukkan pembangkang ini boleh diibaratkan seperti ayam jantan yang hanya pandai berkokok sahaja tetapi tidak mampu merealisasikannya,” katanya.
Beliau juga turut melahirkan rasa kehairan dengan sikap Menteri Besar Selangor itu apabila kenyataan dalam kenyataan terbarunya bahawa kerajaan negeri akan mengambil alih pusat berkenaan jika prasarananya tidak dinaik taraf.
“Jika sebelum ini mereka angkuh mendesak Pusat GiatMara ini berpindah dalam tempoh 12 bulan, kini tiba-tiba nadanya sudah berbeza, pusat berkenaan akan diambil alih jika tidak dinaik taraf, apakah maksud Menteri Besar yang mengubah kenyatan selepas mendapat kecaman daripada rakyat.
“Puteri UMNO melihat keputusan kerajaan Selangor sebelum ini umpama sengaja mencari kelemahan dan kesilapan agensi-agensi kerajaan Persekutuan tanpa memikirkan kesannya, apakah motif sebenarnya,” katanya.
Ermieyanti yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, kerajaan Selangor perlu menyedari bahawa Giat Mara telah berjaya melahirkan ramai tenaga kerja muda di kalangan mereka yang kurang berjaya dalam pendidikan dan jika pusat berkenaan itu ditutup di manakah golongan terbabit ingin mengadu nasib.
Beliau berharap kepimpinan kerajaan negeri pakatan pembangkang tidak mengambil tindakan terburu-buru hanya disebabkan tidak berpuas hati dengan kerajaan pusat yang dipimpin oleh Barisan Nasional kerana yang menerima kesannya adalah rakyat.-MediaUMNO

Monday, 20 January 2014

Anwar dihalang masuk Jepun... Mungkin sebab gambar prono kat Majalah Jepun yang tersiar tahun lepas kut??

anwar-wajah18
Kalau ikut 'skrip' Datuk Seri Anwar Ibrahim... apa saja yang buruk kat dia, salah UMNO dan BN. Sampai ada orang buat lawak, kalau selipar dia hilang kat masjid pun salah UMNO.
Tapi ini cerita serius, al kisah ketua pembangkang yang rajin ronda satu dunia itu, tadi 'sangkut' kat Lapangan Terbang Narita Jepun.
Dia diarah balik dengan pesawat pertama kerana rekod imigresen Jepun.
Berdasarkan kenyataan media Anwar, sejak keluar penjara, beliau dah tiga kali masuk negara Matahari Terbit itu.
Kali terakhir tahun 2012, tapi entah apa cerita, pagi tadi, beliau nak masuk tak lepas.
Kata Anwar, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Narita memintanya mengambil penerbangan pertama untuk kembali sejurus sahaja tiba atau akan dihantar pulang.
“Ekoran saya terus menuntut penjelasan, mereka akhirnya memberitahu terpaksa mengambil langkah itu 'kerana laporan terkini' kemungkinan pada 2013,” katanya.
Anwar sendiri tak pasti mana pasal laporan tersebut... sebab itu beliau letak mungkin.
Beliau kemudian mengambil pesawat keluar pada jam 10.45 pagi waktu Tokyo.
Dalam kenyataannya malam ini, Anwar berkata, pejabatnya sudah menyemak dengan kedutaan Jepun berhubung keperluan penerbangannya minggu lalu dan tidak dimaklumkan sebarang halangan.
Justeru, beliau mendesak Wisma Putra menjelaskan perkara itu, terutamanya berhubung “laporan terkini” yang menyebabkan beliau dilarang.

Sunday, 19 January 2014

UMNO sasar 4 juta ahli baharu


UMNO menyasarkan mampu menarik empat juta ahli baharu yang terdiri daripada kalangan generasi muda untuk menyertai Pergerakan Pemuda dan Puteri dalam usaha memperkasakan parti itu menjelang pilihan raya umum akan datang.
Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, generasi muda menjadi sasaran kerana mereka bakal menjadi penyumbang terbesar dalam kelompok pengundi baharu pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, bagi mencapai sasaran itu, kempen besar-besaran akan diperhebatkan di seluruh negara.
“Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, separuh daripada kira-kira 12 juta jumlah pengundi iaitu seramai enam juta adalah dalam kalangan pengundi muda. Sasaran kita adalah menarik 70 peratus daripada jumlah keseluruhan atau empat juta orang muda yang akan memihak kepada kita.
“UMNO sebuah parti yang meletakkan harapan kepada generasi muda di mana kita menyediakan landasan untuk mereka dalam parti menerusi sayap Pemuda dan Puteri. Golongan muda bukan sahaja boleh bersuara tetapi boleh menjadi penggubal dasar-dasar kerajaan yang menentukan hala tuju negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Keahlian Puteri UMNO dan Daftar Pemilih di Taman Tasik Taiping, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pergerakan Puteri, Mas Ermieyati Samsuddin.
Karnival yang pertama kali diadakan oleh Pergerakan Puteri UMNO untuk menarik keahlian tahun ini bermula pukul 7.30 pagi dengan pelbagai program diadakan seperti senamrobik, persembahan artis jemputan, mini marathon, program mencari harta karun, program Jom Baca dan pameran serta gerai jualan.
Shafie seterusnya menggesa Pergerakan Puteri supaya kreatif untuk menarik golongan muda dengan menyelaraskan pengisian Program Keahlian Puteri UMNO yang mereka laksanakan.
Menurutnya, pergerakan Puteri juga perlu memberi fokus untuk mencapai golongan sasaran dengan mendekati mereka walau di mana mereka berada.
“Anak-anak muda ‘atas pagar’ yang belum menyertai mana-mana parti politik adalah kumpulan sasaran kita.
“Selain menambah bilangan ahli, kita juga mahukan ahli yang berkualiti, setia dalam keadaan susah atau senang, gerak kerja yang tersusun untuk meningkatkan kekuatan parti,” katanya.

Saturday, 18 January 2014

Kalimah ALLAH: Pertahan bukan sebab politik

  • Dr Mohd Puad ZarkashiDr Mohd Puad Zarkashi
 1 / 1 
SHAH ALAM – Umno tidak pernah menggunakan isu kalimah ALLAH untuk mendapatkan faedah politik, kata ahli majlis tertingginya, Dr Puad Zarkashi.

Sebaliknya, beliau berkata, parti itu memperjuangkan isu tersebut demi kepentingan akidah umat Islam.

“Kita tidak mempolemik dan mempolitikkan isu kalimah ALLAH. Sebab apa yang kita pertahankan adalah berdasarkan kepentingan akidah umat Islam itu sendiri.

“Sebab bagi saya, kita jangan apologetik. Takut hilang undi sehingga sanggup gadaikan pendirian dalam perkara yang begitu penting seperti isu kalimah ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang menunjukkan isu kalimah ALLAH tidak mampu memberi kelebihan kepada mana-mana parti jika dieksploitasi untuk tujuan politik.

Mengulas lanjut, Puad berkata, isu kalimah ALLAH sudah timbul sebelum PRU13, namun tidak menjejaskan usaha Umno untuk menambah bilangan kerusi yang dimenangi.

“Jadi siapa kata ia akan jejaskan mana-mana parti politik. Bagi saya kajian itu tak objektif dan menyeluruh sebab dia kata tak menguntungkan.

“Bila kita berdepan dengan isu kalimah ALLAH, ia tak menyebabkan orang tak sokong Umno. Berlainan dengan Pas yang tidak tegas dalam isu ini kerana risau tidak mendapat sokongan DAP, akhirnya bilangan kerusi mereka merosot,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut tidak bersetuju dengan rumusan Umcedel bahawa isu kalimah ALLAH lebih banyak menimbulkan ketegangan hubungan antara kaum.

“Tidak timbul soal perkauman kerana kita pertahankan dalam konteks akidah.

“Bukannya kita sebut mahu ugut bakar gereja dan sebagainya, tidak sampai tahap sebegitu,” katanya.

Thursday, 16 January 2014

SIAPA BOHONG ? : PKNS jawab Khalid...Exco yang 'pecat' Azmin

khalid-azminxc513
Drama Tan Sri Khalid Ibrahim VS Azmin Ali nampaknya makin panas dan cacamarba hingga memaksa kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) campur tangan.
Semalam dalam sidang media selepas mesyuarat exco, Khalid kata Azmin digugurkan jadi ahli lembaga pengarah PKNS atas kehendak Pengurus Besarnya Othman Omar.
Kalau kehendak Othman, itu maknanya, PKNS sendiri tidak mahu sambung kontrak Azmin yang merupakan ADUN serta Pengerusi Perhubungan yakni bos PKR Selangor, dan bertindak dari situlah, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau biasanya disebut Exco  tidak melantik semula Azmin.
Itu jawapan Khalid, bagaimanapun, tengah malam Rabu, tatkala orang lain nak tidur, ada kakitangan PKNS kena kerja lebih masa.
Ini kerana kemelut perebutan kuasa Khalid dan Azmin telah menyeret agensi pelaburan milik kerajaan negeri Selangor itu.
Satu kenyataan media dua perenggan dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja PKNS Norita Mohd Sidek.
Antara lain mengatakan bahawa kuasa melantik ahli Perbadanan adalah ditangan MMKN atau Exco dan bukan di tangan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS.
“PKNS ingin mengesahkan bahawa kami telah mengutus surat bertarikh 8 Januari 2014 kepada YB Mohamed Azmin Ali bagi memaklumkan bahawa tempoh jawatan beliau ditamatkan selaras dengan keputusan MMKN Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013.
“PKNS juga ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik ahli Perbadanan adalah ditangan MMKN dan bukan di tangan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS,” .
Khalid dalam sidang media Rabu juga sebut akan dedah surat pengurus besar PKNS kepada MMKN yang menjadi sandaran sebelum beliau dan ahli MMKN buat keputusan untuk tidak lantik semula Azmin sebagai ahli lembaga pengarah PKNS.
Namun kata Khalid, surat itu masih terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan akan didedahkan selepas ianya diklarifikasi semula.

Monday, 13 January 2014

Selangor mahu hapus Sultan??

raja-raja_melayu
Tindakan tiga Ahli Dewan Negeri Selangor mencadangkan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga merupakan bukti jelas fahaman liberalisme yang dibawa oleh pakatan pembangkang sudah menular di negara ini.

Kononnya enakmen tersebut adalah bertentangan dengan Fasal 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama bagi orang bukan Islam sebenarnya mempunyai agenda jahat yang lebih halus dan licik.

Bunyinya macam menjaga hak asasi beragama bagi orang bukan Islam tetapoi hakikatnya adalah untuk melemahkan perundangan Islam di negeri Selangor.


Sub-seksyen 9 kepada enakmen 1988 itu menyatakan, seseorang didapati bersalah jika dia (a) dalam mana-mana penerbitan; atau (b) dalam ucapan awam atau kenyataan; (c) dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana majlis atau kepada orang ramai; atau (c) dalam ucapan atau kenyataan yang diterbitkan atau disebarkan dan ketika ia dibuat dia sedar atau tahu akan diterbitkan atau disebarkan, menggunakan perkataan “Allah” atau 34 perkataan Arab termasuk Hadith, Syariah, Kalifah, Fatwa, Alhamdulillah, Insyaallah dsb untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Apa makna jika subseksyen ini berjaya dipinda pada persidangan DUN akan datang? Ini bermakna orang bukan Islam akan bebas menggunakan apa sahaja istilah-istilah yang berkait rapat dengan Islam seperti kalimah Allah.

Sememangnya sasaran tersebut adalah kepada kalimah Allah yang diperjuangkan bermati-matian oleh gereja Kristian Katolik di negara ini dengan mendapat sokongan pakatan pembangkang.

Yang akan membawa cadangan itupun terdiri daripada tiga Adun kafir daripada Dap dan PKR dan ini jelas membuktikan persekongkolan pakatan pembangkang dan pihak gereja untuk menyerang Islam menjelang Pilihan Raya Umum ke 14.

Pelan mereka ialah untuk mengasak perundangan Islam di seluruh negara dengan cuna mempertikaikan enakmen-enakmen Islam tertentu.


Mereka juga cuba menimbulkan rasa curiga dikalangan rakyat bukan Islam bahawa orang Melayu dan undang-undang Islam menindas mereka.

Persoalannya apabila cadangan ini dikemukakan kelak apakah tindakan dan respon exco Selangor dari Pas yang menjaga hal ehwal agama Islam dan juga semua Adun dari parti itu dan juga PKR?

Jika mereka menentangnya ia akan menyebabkan pergolakan baru di kalangan tiga parti pembangkang itu.

Jika semuanya bersetuju sahlah pakatan pembangkang adalah anti-Islam dan anti-Melayu.
Adalah mereka sanggup dilabel demikian dan rela mengorbankan undi orang Melayu pada PRU14 nanti.

Ini adalah satu risiko politik yang maha besar yang dihadapi oleh pembangkang jika ia mahu terus relevan dalam arena politik di negara ini.


Apa yang menarik, apakah pandangan tokoh-tokoh besar Pas seperti Nik Aziz Nik Mat yang seringkali menyebelahi fahaman liberalisme dan pluralisme yang disebarkan oleh ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Jika Pas menyokong cubaan tiga Adun itu untuk meminda enakmen tersebut maka eloklah parti itu membuang sahaja perkataan Islam dan tukar parti itu sepenuhnya kepada perjuangan sekular.

Pembangkang dan pihak gereja cuba menggunakan insiden rampasan 300 naskah Alkitab berbahasa Melayu oleh pihak JAIS sebagai alasan untuk terus menyerang Islam.

Mereka tahu perkara ini akan berdepan dengan kekalahan kerana hal ehwal Islam dan asat istiadat Melayu terletak di bawah hak mutlak Sultan Selangor.

Apa sahaja pindaan pada mana-mana enakmen yang berkaitan Islam perlu mendapat persetujuan Sultan sebagai ketua agama negeri dan juga Majlis Agama Islam Selangor.

Pembangkang tahun usaha mereka akan gagal tetapi mereka mahu mengukur sejauh mana keperihatinan orang Melayu dan umat Islam.

Pembangkang dan pihak gereja akan menggunakan apa sahaja helah beralasan akal fikiran dan logika mereka untuk menggusutkan fikiran umat Islam di negara ini.

Mereka juga mahu menghasut penganut agama lain seperti Hindu dan Buddha juga berbuat tindakan yang sama.

Strategi ini bertujuan untuk menekan kerajaan sehabis mungkin supaya perdana menteri akan tunduk kepada semua tuntutan mereka.


Tidak mustahil puak-puak gereja ini juga akan membawa bantahan mereka kepada pihak Vatican di Rom jika usaha mereka gagal.

Ini akan meletakkan isu ini di bawah teropong antarabangsa dan seterusnya menambahkan lagi tekanan terhadap kerajaan.

Agendanya satu sahaja iaitu untuk menukar corak pemerintahan ini daripada sistem beraja kepada bentuk republik di mana Islam dan Melayu tidak lagi mempunyai kedudukan atau status istimewa.

Beruang Biru

#Maharajalawakmega2014: Dialog Bangang Dr. Maza & Sultan Melaka

IMG-20140109-WA0002

SEJAK Anwar gila nak jadi Perdana Menteri dan sanggup buat begitu banyak dakwaan tidak masuk akal seperti kerajaan BN tumbang pada 16 September 2008, pengundi Bangla 40 dan sebagainya, kegilaan itu sudah menjadi ikutan beberapa orang yang lain.

Dah ramai yang tak segan silu pamer kebodohan secara terang-terang, macam Anwar Ibrahim jugalah.  Antaranya yang mengaku sebagai waris sebenar Sultan Kedah dan Sultan Melaka.

Hari ini penulis nak sentuh tentang yang dakwa waris keturunan Sultan Melaka sebab dia punya gila dan sebijik Anwar Ibrahim nampaknya, malangnya ada pulak yang mengaku bijak pandai ini, pun tergamak berbalas-balas mesej tweeter dengan bahalol itu.

Bila orang ini, Nor Jahan Shah tampil mengaku sebagai Sultan Melaka dengan sokongan bukti dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ), satu Malaysia gelakkan dia kerana cara dia menuntut itu tidak kena dengan cara, selain dokumen itu pun dipertikai banyak pihak kesahihannya.

Tambah pulak lepas tu dia claim dapat dana bertrilion ringgit dari luar, lagilah orang ketawa, ini memang sudah sah gila dan kemaruk nak jadi Sultan.  Dahlah pengiktirafan sebagai Sultan Melaka datang dari ‘Mahkamah Jenayah Antarabangsa’, dakwa pulak ada dana bertrillion kononnya nak membantu membangunkan Melaka.

Confirm gila, tak payah susah-susah hantar pemeriksaan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan pun.

Pun begitu, kita jadi tak faham bila bekas Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin (dengan gelaran ‘Doktor’ didepan) ‘dicekup’ berbalas-balas mesej di Twitter dengan Nor Jahan.  Apa tujuan buat macam itu, nak cari publisiti atau cari kesempatan untuk kritik institusi beraja kerana kononnya menghabiskan wang?

Kebetulan pulak akhir-akhir ini, Asri memang sudah jatuh imejnya sebagai pendakwah bebas apabila dia didapati memfitnah Perdana Menteri dalam soal bermewah-mewah guna jet kerajaan.

Bila Asri melayan juga Nor Jahan, dengan mengetahui dakwaan yang dibuatnya tidak masuk akal, menjadikan Asri setaraf dengan Jahan dari satu segi – gila!!

Sekali kawan tu ajak jadi Mufti Melaka, langsung berhenti berbalas-balas mesej, baru sedar layan orang gila agaknya?

IMG-20140109-WA0014
Umum tahu, baik ke pandai ke bijak ke tapi kalau dah bercampur dan melayan orang gila, samalah jadi gila sekali dan Asri sedang berada dalam keadaan itu.  Dia nak mengaku atau tidak, itu dia punya pasal, kita tak ambik pusing pun.

Maka amat malanglah kepada penyanjung-penyanjung bekas mufti ini di luar sana kerana anda rupanya menyanjung orang yang tidak berapa cerdik dari banyak segi.  Bijak macam mana pun dia berdakwah, tak juga bijak bila bercakap dengan orang yang diketahui tidak waras akal fikirannya.

Sunday, 12 January 2014

Kit Siang Tak Payah Nak Ajar KPN…



Pada awal tahun 2014 ini, nampaknya pihak PDRM menerima lebih banyak cabaran. Belum sampai sebulan pun kita menginjak kaki ke tahun baru, macam-macam hal sudah berlaku. 

Dalam kesebokan PDRM mengendalikan kes-kes tersebut, ada pula yang muncul menuduh pihak berkuasa itu dengan pelbagai tuduhan dan kecaman…

Terbaru, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menyelar KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Kononnya PDRM mengamalkan sikap “dwi-standard”.

Kata bekas Setpol Lee Kuan Yew itu, PDRM kononnya bersungguh-sungguh menyiasat kes membabitkan Editor The Herald, Paderi Andrew Lawrence dan meletakkan kes berkenaan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan. Manakala Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hanya dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung isu “bughah”…

Andrew sebelum ini mengatakan bahawa seluruh gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah “Allah” di dalam majlis anjuran mereka, termasuk pada perhimpunan mingguan mereka.

Manakala Harussani pula diambil keterangannya berhubung pandangannya yang menyatakan peserta demonstrasi haram, “Turun Guling Kerajaan” tempohari boleh dikaitkan dengan unsur “bughah” (penderhaka) yang “dihalalkan darah” mereka…

Pada saya, kedua-dua kes tersebut sangat berlainan sifatnya. Kes Andrew membabitkan kesucian dan maruah agama Islam, kepentingan aqidah dan masa depan umat Islam di Malaysia. Manakala kes Harussani lebih bersifat “internal” dan boleh dikatakan bahawa pandangannya langsung tidak dikuatkuasakan, bukan?

Pada saya, kes Andrew lebih berat dan perlu diberi perhatian. Saya kira, jika Kit Siang beragama Islam, dia akan tahu betapa seriusnya kesalahan yang dilakukan Andrew itu. Andrew bukan saja tidak patuh pada arahan mahkamah, malah dia mampu menyebabkan ketegangan agama dan umat Islam boleh mengamuk sakan pada paderi itu jika mahu.

Dalam kes Andrew juga, kita dapat lihat bagaimana paderi itu cuba “menegakkan benang yang basah” dengan “mengusik” kepentingan Islam di Malaysia. Memang benar semua agama di negara ini diamalkan secara bebas, tapi sudah tentu ada batasnya, bukan?

Pihak Islam di negara ini tidak pernah memperlekeh kedudukan agama lain kerana kami menghormati hak masing-masing sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam perlembagaan. Namun perbuatan dan kata-kata Andrew itu jelas mengganggu-gugat kepentingan agama kami dan kami perlu bertindak terhadapnya.

Andrew masih lagi beruntung kerana membuat onar di Malaysia di mana kami masih memegang teguh prinsip perundangan negara. Cubalah Andrew cabar kepentingan Islam di negara lain, mungkin dia tak boleh “hidup lama” ekoran menerima ancaman terhadap keselamatan dirinya…

Berbanding kes membabitkan pandangan Mufti Perak, itu adalah hal dalaman Islam. Kit Siang tiada kena mengena dalam kes itu dan tidak berhak memberi komen. Lagipun, saya kira tidak ada seorang pun peserta “Turun Guling Kerajaan” itu yang dibunuh pihak berkuasa atau mana-mana pihak berdasarkan pandangan Harussani itu.

Harussani hanya mengeluarkan pandangan dari sudut kefahamannya tentang Islam. Kalau tidak bersetuju dengan pandangannya, ijma’ ulama boleh dilaksanakan dan ia boleh diselesaikan dalam konsep syura. Kalau Kit Siang tidak faham konsep Islam, sila “pi main jauh-jauh”…

Saya menyarankan agar Kit Siang tidak campur tangan dalam hal ehwal dan kepentingan Islam kerana dia sememangnya tidak faham sensitiviti tersebut. Bak kata firman Allah “lakum deenukum wa liya deen..”. Lebih baik Kit Siang pergi nasihatkan anaknya tentang kontroversi CEC DAP dari campur tangan hal yang dia tak faham, kan?