Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday, 13 January 2014

Selangor mahu hapus Sultan??

raja-raja_melayu
Tindakan tiga Ahli Dewan Negeri Selangor mencadangkan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga merupakan bukti jelas fahaman liberalisme yang dibawa oleh pakatan pembangkang sudah menular di negara ini.

Kononnya enakmen tersebut adalah bertentangan dengan Fasal 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama bagi orang bukan Islam sebenarnya mempunyai agenda jahat yang lebih halus dan licik.

Bunyinya macam menjaga hak asasi beragama bagi orang bukan Islam tetapoi hakikatnya adalah untuk melemahkan perundangan Islam di negeri Selangor.


Sub-seksyen 9 kepada enakmen 1988 itu menyatakan, seseorang didapati bersalah jika dia (a) dalam mana-mana penerbitan; atau (b) dalam ucapan awam atau kenyataan; (c) dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana majlis atau kepada orang ramai; atau (c) dalam ucapan atau kenyataan yang diterbitkan atau disebarkan dan ketika ia dibuat dia sedar atau tahu akan diterbitkan atau disebarkan, menggunakan perkataan “Allah” atau 34 perkataan Arab termasuk Hadith, Syariah, Kalifah, Fatwa, Alhamdulillah, Insyaallah dsb untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Apa makna jika subseksyen ini berjaya dipinda pada persidangan DUN akan datang? Ini bermakna orang bukan Islam akan bebas menggunakan apa sahaja istilah-istilah yang berkait rapat dengan Islam seperti kalimah Allah.

Sememangnya sasaran tersebut adalah kepada kalimah Allah yang diperjuangkan bermati-matian oleh gereja Kristian Katolik di negara ini dengan mendapat sokongan pakatan pembangkang.

Yang akan membawa cadangan itupun terdiri daripada tiga Adun kafir daripada Dap dan PKR dan ini jelas membuktikan persekongkolan pakatan pembangkang dan pihak gereja untuk menyerang Islam menjelang Pilihan Raya Umum ke 14.

Pelan mereka ialah untuk mengasak perundangan Islam di seluruh negara dengan cuna mempertikaikan enakmen-enakmen Islam tertentu.


Mereka juga cuba menimbulkan rasa curiga dikalangan rakyat bukan Islam bahawa orang Melayu dan undang-undang Islam menindas mereka.

Persoalannya apabila cadangan ini dikemukakan kelak apakah tindakan dan respon exco Selangor dari Pas yang menjaga hal ehwal agama Islam dan juga semua Adun dari parti itu dan juga PKR?

Jika mereka menentangnya ia akan menyebabkan pergolakan baru di kalangan tiga parti pembangkang itu.

Jika semuanya bersetuju sahlah pakatan pembangkang adalah anti-Islam dan anti-Melayu.
Adalah mereka sanggup dilabel demikian dan rela mengorbankan undi orang Melayu pada PRU14 nanti.

Ini adalah satu risiko politik yang maha besar yang dihadapi oleh pembangkang jika ia mahu terus relevan dalam arena politik di negara ini.


Apa yang menarik, apakah pandangan tokoh-tokoh besar Pas seperti Nik Aziz Nik Mat yang seringkali menyebelahi fahaman liberalisme dan pluralisme yang disebarkan oleh ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Jika Pas menyokong cubaan tiga Adun itu untuk meminda enakmen tersebut maka eloklah parti itu membuang sahaja perkataan Islam dan tukar parti itu sepenuhnya kepada perjuangan sekular.

Pembangkang dan pihak gereja cuba menggunakan insiden rampasan 300 naskah Alkitab berbahasa Melayu oleh pihak JAIS sebagai alasan untuk terus menyerang Islam.

Mereka tahu perkara ini akan berdepan dengan kekalahan kerana hal ehwal Islam dan asat istiadat Melayu terletak di bawah hak mutlak Sultan Selangor.

Apa sahaja pindaan pada mana-mana enakmen yang berkaitan Islam perlu mendapat persetujuan Sultan sebagai ketua agama negeri dan juga Majlis Agama Islam Selangor.

Pembangkang tahun usaha mereka akan gagal tetapi mereka mahu mengukur sejauh mana keperihatinan orang Melayu dan umat Islam.

Pembangkang dan pihak gereja akan menggunakan apa sahaja helah beralasan akal fikiran dan logika mereka untuk menggusutkan fikiran umat Islam di negara ini.

Mereka juga mahu menghasut penganut agama lain seperti Hindu dan Buddha juga berbuat tindakan yang sama.

Strategi ini bertujuan untuk menekan kerajaan sehabis mungkin supaya perdana menteri akan tunduk kepada semua tuntutan mereka.


Tidak mustahil puak-puak gereja ini juga akan membawa bantahan mereka kepada pihak Vatican di Rom jika usaha mereka gagal.

Ini akan meletakkan isu ini di bawah teropong antarabangsa dan seterusnya menambahkan lagi tekanan terhadap kerajaan.

Agendanya satu sahaja iaitu untuk menukar corak pemerintahan ini daripada sistem beraja kepada bentuk republik di mana Islam dan Melayu tidak lagi mempunyai kedudukan atau status istimewa.

Beruang Biru

No comments:

Post a Comment