Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 16 January 2014

SIAPA BOHONG ? : PKNS jawab Khalid...Exco yang 'pecat' Azmin

khalid-azminxc513
Drama Tan Sri Khalid Ibrahim VS Azmin Ali nampaknya makin panas dan cacamarba hingga memaksa kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) campur tangan.
Semalam dalam sidang media selepas mesyuarat exco, Khalid kata Azmin digugurkan jadi ahli lembaga pengarah PKNS atas kehendak Pengurus Besarnya Othman Omar.
Kalau kehendak Othman, itu maknanya, PKNS sendiri tidak mahu sambung kontrak Azmin yang merupakan ADUN serta Pengerusi Perhubungan yakni bos PKR Selangor, dan bertindak dari situlah, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau biasanya disebut Exco  tidak melantik semula Azmin.
Itu jawapan Khalid, bagaimanapun, tengah malam Rabu, tatkala orang lain nak tidur, ada kakitangan PKNS kena kerja lebih masa.
Ini kerana kemelut perebutan kuasa Khalid dan Azmin telah menyeret agensi pelaburan milik kerajaan negeri Selangor itu.
Satu kenyataan media dua perenggan dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja PKNS Norita Mohd Sidek.
Antara lain mengatakan bahawa kuasa melantik ahli Perbadanan adalah ditangan MMKN atau Exco dan bukan di tangan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS.
“PKNS ingin mengesahkan bahawa kami telah mengutus surat bertarikh 8 Januari 2014 kepada YB Mohamed Azmin Ali bagi memaklumkan bahawa tempoh jawatan beliau ditamatkan selaras dengan keputusan MMKN Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013.
“PKNS juga ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik ahli Perbadanan adalah ditangan MMKN dan bukan di tangan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS,” .
Khalid dalam sidang media Rabu juga sebut akan dedah surat pengurus besar PKNS kepada MMKN yang menjadi sandaran sebelum beliau dan ahli MMKN buat keputusan untuk tidak lantik semula Azmin sebagai ahli lembaga pengarah PKNS.
Namun kata Khalid, surat itu masih terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan akan didedahkan selepas ianya diklarifikasi semula.

No comments:

Post a Comment