Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday 19 January 2014

UMNO sasar 4 juta ahli baharu


UMNO menyasarkan mampu menarik empat juta ahli baharu yang terdiri daripada kalangan generasi muda untuk menyertai Pergerakan Pemuda dan Puteri dalam usaha memperkasakan parti itu menjelang pilihan raya umum akan datang.
Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, generasi muda menjadi sasaran kerana mereka bakal menjadi penyumbang terbesar dalam kelompok pengundi baharu pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, bagi mencapai sasaran itu, kempen besar-besaran akan diperhebatkan di seluruh negara.
“Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, separuh daripada kira-kira 12 juta jumlah pengundi iaitu seramai enam juta adalah dalam kalangan pengundi muda. Sasaran kita adalah menarik 70 peratus daripada jumlah keseluruhan atau empat juta orang muda yang akan memihak kepada kita.
“UMNO sebuah parti yang meletakkan harapan kepada generasi muda di mana kita menyediakan landasan untuk mereka dalam parti menerusi sayap Pemuda dan Puteri. Golongan muda bukan sahaja boleh bersuara tetapi boleh menjadi penggubal dasar-dasar kerajaan yang menentukan hala tuju negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Keahlian Puteri UMNO dan Daftar Pemilih di Taman Tasik Taiping, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pergerakan Puteri, Mas Ermieyati Samsuddin.
Karnival yang pertama kali diadakan oleh Pergerakan Puteri UMNO untuk menarik keahlian tahun ini bermula pukul 7.30 pagi dengan pelbagai program diadakan seperti senamrobik, persembahan artis jemputan, mini marathon, program mencari harta karun, program Jom Baca dan pameran serta gerai jualan.
Shafie seterusnya menggesa Pergerakan Puteri supaya kreatif untuk menarik golongan muda dengan menyelaraskan pengisian Program Keahlian Puteri UMNO yang mereka laksanakan.
Menurutnya, pergerakan Puteri juga perlu memberi fokus untuk mencapai golongan sasaran dengan mendekati mereka walau di mana mereka berada.
“Anak-anak muda ‘atas pagar’ yang belum menyertai mana-mana parti politik adalah kumpulan sasaran kita.
“Selain menambah bilangan ahli, kita juga mahukan ahli yang berkualiti, setia dalam keadaan susah atau senang, gerak kerja yang tersusun untuk meningkatkan kekuatan parti,” katanya.

No comments:

Post a Comment