Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday, 30 August 2013

Ops Piramid 2 : Hanya 583 rakyat Malaysia di Mesir tak mahu pulang....penerbangan terakhir malam ini

opspiramid2-513
Operasi evakuasi membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir akan berakhir Khamis malam.Sejak Ops Piramid 2 dilancarkan pada 21 Ogos hingga ke penerbangan terakhir seramai 2,796 rakyat Malaysia di sana yang setuju pulang secara sukarela.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudden Wahab yang berada di Kaherah mengurus operasi itu memberitahu Agendadaily menerusi SMS hanya 583 orang yang tidak mahu pulang.
Setakat 15 Ogos seramai 3,379 orang rakyat Malaysia lapor mereka berada di Mesir.
Katanya semua yang mendaftar untuk menyertai evakuasi ini secara sukarela dibawa balik.
Sebanyak 49 penerbangan dari 13 syarikat penerbangan digunakan dalam operasi evakuasi ini.
Penerbangan terakhir guna Egypt Air/ MAS yang akan membawa pulang 50 orang berlepas 11.40 malam (waktu Mesir) .
Kata Thajuddeen mereka dijadual tiba di KLIA  pada 6.40 petang Jumaat.

Naib Presiden UMNO: Saya tak tua sangat - Isa

isa-samad
Sebagai 'orang lama' langkah Tan Sri Isa Samad menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini terus mengundang pelbagai reaksi.
Ada juga yang pro dan ada juga yang menilai ini bukan lagi waktunya bagi Pengerusi Felda yang hampir mencecah 64 tahun itu.
Namun bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan kini Ahli Parlimen Jempol tetap menaruh harapan perwakilan agar perwakilan membuat pilihan mengabungkan yang muda dengan yang tua pada barisan tiga orang Naib Presiden UMNO.
Baginya kombinasi tua dan muda itu adalah baik menjadi amalan dalam UMNO.
Isa berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan tentang faktor umurnya yang lebih berbanding penyandang jawatan Naib-Naib Presiden sekarang yakni Datuk Seri Zahid Hamidi,Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal.
Beliau mengadakan sidang media selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya anjuran FGV Berhad di Dewan Perdana Felda, petang Selasa.
Beliau berkata, "saya pun taklah tua sangat, dia orang pun (Naib-Naib Presiden yang ada sekarang) taklah muda sangat."
Menurut Isa, terpulanglah pada perwakilan samada mereka mahu kombinasi seperti itu atau membuat pilihan lain.
Mengulas tentang peluang menang pada pemilihan kali ini, Isa memberitahu beliau tidak membuat sebarang penilaian secara terperinci tapi hanya sekadar menawarkan diri.
"Kalau saya nak perkenalkan diri pun, ramai dah kenal maka saya serahkan pada perwakilan memilih samada mereka hendak saya duduk di situ atau tidak," tambahnya.
Mengenai corak pemilihan terbaru ini, Isa menyifatkan sistem yang baik kerana penglibatan pemimpin akar umbi lebih besar bilangan dan kuasa memilih.
"Lagi ramai yang memilih maka lebih baik keputusan yang dibuat, ini adalah transformasi dalam UMNO dan berdasarkan pada mesyuarat di bahagian saya, ianya berjalan dengan baik"

"Semangat Cawangan mengadakan mesyuarat dengan memastikan korum juga cukup tinggi  kerana setiap Cawangan merasakan mereka mempunyai kuasamemilih pucuk pimpinan parti, " jelas Isa.

Sebelum itu beliau memberitahu perancangan tahun akan datang FGV yang akan memperbesarkan perniagaan asasnya dalam perladangan di mana syarikat itu telah membeli ladang di Kalimantan, Indonesia manakala beberapa ladang di negara lain masih lagi dalam penilaian.
Isa menjelaskan penilaian tersebut dari segi kesesuaian tanah, harga dan situasi politik di negara terbabit.
"FGV juga akan mempergiatkan perniagaan 'downstream' yang akan diumumkan tidak berapa lama lagi." ujarnya.

Thursday, 29 August 2013

Filem Tanda Putera: Guan Eng kata tak haramkan...tapi pawagam dah patuh

tandaputera3xx
Selamat Menonton Tanda Putera.. Semarakkan jiwa bangsa, perkasa pertiwi, perwira negara.. Berjuang penuh keringat..

Bunyinya sudah macam cerita lawak jenaka.Semalam,Rabu,Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng minta pawagam-pawagam di negeri itu agar jangan tayang filem Tanda Putera.

Ekoran itu timbul reaksi dari berbagai pihak yang pertikai tindakan itu.

Pagi Khamis Ketua Menteri itu keluarkan satu kenyataan menjelaskan bahawa permintaan beliau semalam bukanlah satu arahan pengharaman filem itu.

Katanya ia cuma macam satu 'nasihat perjalanan' kepada rakyat di negara ini agar jangan melancong ke negara yang ada krisis.

Maksudnya ia untuk nasihat agar orangramai hati-hati dengan 'pembohongan' dalam filem itu yang gugat perpaduan kaum.

Katanya tiada tindakan akan dikenakan keatas pawagan yang tetap nak tayang filem itu.

Namum 'permintaan' Guan Eng itu nampaknya telah dipatuhi oleh pemilik rangkaian pawagan terbesar iaitu Golden Screen Cimema.

Pengurus pawagam di Queensbay Mall di pulau dan Sunway Carnival di Seberang Perai sudha terima arahan dari pihak ibupejabatnya agar tidak tayang filem berkenaan.

Tayangan filem itu dijadual bermula hari ini.-

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diminta ulas isu ini semasa sidang akhbar di pejabatnya pagi Khamis kata terpulang kepada pawagam-pawagam samaada hendak tayang atau tidak filem itu.

Katanya ini negara bebas. Apapun beliau sindir DAP yang konon dakwa selama ini pejuang kebebasan.

Tuesday, 27 August 2013

Bekas anggota Puteri nafi diketepi dalam sayap Wanita


Beberapa bekas anggota Puteri Umno hari ini menafikan kenyataan anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said yang mendakwa Pergerakan Wanita Umno gagal mengoptimum peranan bekas anggota sayap paling muda itu apabila mereka menyertai sayap wanita.
Penolong Bendahari Wanita Umno Noraslina Zainal Abidin berkata kenyataan itu tidak berasas kerana realitinya kebanyakan mereka diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan dalam sayap Wanita.
"Tidak timbul langsung isu bahawa bekas anggota Puteri Umno tidak diberi tempat dalam arus politik negara. Bukan hanya saya, beberapa rakan bekas anggota Puteri Umno juga sekarang ini memegang tampuk kepimpinan di peringkat Wanita Umno cawangan dan bahagian malah ada juga dipilih oleh perwakilan sebagai Exco Wanita Umno Malaysia," katanya kepada Bernama di sini Isnin.
Bekas anggota Puteri dan Ketua Puteri Umno Negeri Johor itu berkata beliau sendiri telah dipilih di peringkat bahagian selaku Ketua Wanita Umno Bahagian dan kini menyandang jawatan Penolong Bendahari Pergerakan Wanita.
Pelantikan oleh Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu menggambarkan beliau bergerak seiring presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melakar transformasi politik di negara ini, katanya.
Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik Azalina, bekas ketua Puteri Umno, sebagai berkata bahawa peranan lebih 200,000 bekas Puteri Umno seolah-olah dipinggirkan setelah secara automatik menyertai Pergerakan Wanita sebaik mencapai umur 35 tahun.
Azalina berkata keupayaan mereka yang telah dilatih seharusnya terus dipupuk bagi mengelak mereka berpaling kepada parti lain.
Beliau turut mengakui dorongan untuk memastikan kumpulan itu tidak terus disisih daripada arus politik perdana negara menjadi penggerak utama langkah beliau menawarkan diri bertanding merebut jawatan Ketua Wanita Umno dengan mencabar penyandang, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pemilihan Umno Oktober depan.
Senada dengan Noraslina, Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang Datuk Habibah Mohd Yusof turut tidak bersetuju bahawa tidak wujud kesinambungan apabila bekas anggota Puteri menganggotai sayap Wanita.
"Bagi saya yang penting ialah bagaimana kita bekas-bekas Puteri boleh membawa diri, kerana dari situ kita akan diterima oleh Wanita, malah mereka sendiri yang akan mengajak dan melantik kita sebagai ketua mereka kerana percaya dengan kemampuan dan bakat kita," katanya.
Habibah yang merupakan bekas Exco Puteri ketika di bawah pimpinan Azalina, dan bekas Ketua Puteri Datuk Noraini Ahmad, dilantik mengetuai Wanita bahagian Tanjung Karang sebaik sahaja beliau menyertai pergerakan Wanita lima tahun lepas.
"Soal perjuangan dan sumbangan kepada parti tidak semestinya berdasarkan jawatan, bila saya dalam Wanita sejak 2008, saya lihat Wanita sangat terbuka, mereka sendiri meminta saya bertanding jawatan Exco untuk mewakili Wanita (Umno) Selangor," katanya.
Habibah yang juga Bendahari Wanita Umno Selangor berkata beliau sangat berpuas hati dengan kepimpinan Shahrizat yang tidak meminggirkan dan mengenepikan setiap anggotanya selain sentiasa memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada anggota baharu.
Penolong Bendahari Wanita Kelantan Zarina Md Eusope pula berkata isu dipinggirkan tidak timbul kerana kedua-dua sayap berjuang di bawah lambang yang sama iaitu Umno.
Bekas Exco Puteri Kelantan yang kini diberi kepercayaan untuk menerajui Pergerakan Wanita Pengkalan Chepa, Kota Baharu dan biro politik Wanita negeri itu turut menegaskan Shahrizat sebagai tonggak Pergerakan Wanita sentiasa mengalu-alukan kemasukan bekas anggota Puteri dalam sayap pergerakan itu.
Sementara itu di PAPAR, Sabah, Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyatakan keyakinannnya Shahrizat mampu mempertahankan jawatan yang disandangnya meskipun berdepan dengan Azalina pada pemilihan parti kelak.
Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar berkata situasi semasa menunjukkan sokongan padu semua kepimpinan dan akar umbi Wanita Umno terhadap Shahrizat.
"Beliau (Shahrizat) dilihat mampu mendapat sokongan padu daripada kepimpinan Wanita UMNO sama ada di peringkat negeri atau bahagian kerana sepanjang menerajui sayap pergerakan itu, kredibilitinya sebagai pemimpin berjaya mengangkat imej wanita di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS hari ini.
Di MELAKA, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Idris Haron berkata pergerakan Wanita Umno di bawah Shahrizat telah mempamerkan prestasi yang membawa kejayaan kepada Umno pada pilihan raya umum ke-13 lepas.
Ketua Menteri Melaka itu berkata walaupun Shahrizat mengalami pelbagai ujian yang hebat, namun Ketua Wanita itu masih kekal bersama pergerakan itu dan membantu parti dalam PRU13.
Anggota pergerakan itu perlu membuat pilihan yang tepat pada pemilihan parti Oktober depan bagi memastikan Wanita Umno terus membantu parti, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Pergerakan Wanita Umno Melaka yang turut dihadiri Shahrizat.
Pada majlis itu, kira-kira 100 anggota Wanita Umno Melaka melafazkan ikrar diketuai Idris untuk menyokong Shahrizat kekal sebagai Ketua Wanita Umno.
Sementara itu, Shahrizat menafikan pergerakan itu menyisihkan bekas anggota Puteri Umno daripada arus politik perdana negara sebaliknya menerima kehadiran mereka dengan baik dan berhemah.
Malah, katanya, anggota Puteri Umno yang layak turut diberikan jawatan tertinggi dalam pergerakan itu.
"Semasa saya ambil alih kepimpinan Wanita, saya membuat keputusan kita mesti rapatkan perhubungan Ketua Wanita dengan Ketua Puteri di semua bahagian. Saya nak tentukan ada kesinambungan yang cantik, sebab itu saya lantik Noraslina Zainal Abidin, (bekas) Ketua Puteri Johor selaku bendahari Wanita Umno, iaitu jawatan tinggi dalam Wanita," katanya.

Sunday, 25 August 2013

OIC perlu bantu rakyat Syria

  • Shahanim Mohamad YusofShahanim Mohamad Yusof

SUNGAI PETANI - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) digesa memainkan peranan segera bagi membantu rakyat Syria berikutan serangan senjata kimia yang mengorbankan lebih 1,300 nyawa.
  
Naib Ketua Puteri Umno Shahanim Mohamad Yusof berkata pergerakan itu mengutuk sekeras-kerasnya kejadian itu, yang menyebabkan ramai terbunuh khususnya, kanak-kanak dan wanita.
  
"Kita sangat prihatin dan menjiwai penderitaan anak-anak kecil di sana. Justeru, OIC digesa memainkan peranan segera bagi membantu rakyat Syiria.
  
"Kerajaan Malaysia juga diharap dapat menghulurkan bantuan dari segala aspek untuk membantu rakyat negara itu," katanya yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Pergerakan Puteri Umno dalam sidang media di sini hari ini.
  
Akhbar sebelum ini melaporkan lebih 1,300 orang terbunuh apabila tentera Syria menggempur pinggir Damsyik dengan senjata kimia yang mengakibatkan ramai terkorban. - Bernama

Rosnah tawar diri rebut kerusi exco

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menawarkan diri bertanding jawatan Exco Wanita Umno pada pemilihan parti Oktober ini sebagai usaha meneruskan khidmatnya kepada parti.
  • Rosnah Abdul Rashid Shirlin
  • Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Rosnah yang akan melepaskan jawatan Ketua Puteri atas faktor umur berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor dan peranan untuk berkhidmat sebagai orang baru dalam pergerakan itu.
“Berdasarkan pengalaman menyandang jawatan sebagai Ketua Pergerakan Puteri Umno Negeri Sabah dan Ketua Pergerakan Puteri Umno yang saya galas bermula dari bawah, saya yakin dapat menyumbang serta memberi khidmat terbaik kepada Pergerakan Wanita Umno secara khususnya dan parti secara amnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, keputusan untuk bertanding dalam Exco Wanita Umno adalah demi memperkukuhkan saf perjuangan parti serta membantu pucuk pimpinan tertinggi dalam memastikan keutuhan Umno sebagai sebuah parti membela rakyat.
“Secara jujurnya, saya menyokong kepimpinan (Ketua Wanita Umno) Datuk Seri Shahrizat (Abdul Jalil) kerana melihat di bawah kepimpinan beliau, Pergerakan Wanita Umno terus utuh dan cemerlang dengan pelbagai program yang telah
dilaksanakan demi mengangkat martabat wanita serta memberi khidmat kebajikan kepada segenap golongan rakyat”.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya menyifatkan langkahnya sebagai pemimpin Puteri menawarkan diri bertanding Exco Wanita merupakan proses transisi semulajadi yang positif di dalam parti.

Saturday, 24 August 2013

Peningkatan kes bunuh adalah harga kebebasan - Dr Mahathir

drm-70Pembunuhan di jalanan menggunakan senjata api yang meningkat kebelakangan ini adalah harga bagi kebebasan yang perlu dibayar oleh setiap warganegara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata dalam suasana lebih liberal sekarang, sukar bagi pihak berkuasa untuk mengatasi keganasan seperti itu dan mereka hanya boleh mengambil tindakan setelah ia berlaku.
"Rakyat Malaysia amat baik dan mereka tidak suka membunuh satu sama lain...kecuali sekarang apabila pembunuhan agak lebih kerap berlaku setiap hari, ada orang yang kena tembak...itulah harga bagi kebebasan," katanya.
Sejak April hingga bulan lepas, 23 kes tembakan di jalanan dilaporkan berlaku di seluruh negara, termasuk yang melibatkan individu berprofil tinggi.

Dr Mahathir adalah presiden PGPF.

Sebab-sebab tiga hakim bebaskan Azilah, Sirul dari sabitan bunuh Altantuya

altantuya513
TEKS PENGHAKIMAN PENUH
Ini adalah keputusan sebulat suara kami. Bagi maksud keputusan kami hari ini supaya dapat menjimatkan masa mahkamah, kami hanya akan mengemukakan alasan ringkas terhadap perkara utama yang dibangkitkan dalam rayuan seperti berikut:
Berhubung pembelaan membabitkan alibi perayu pertama (Azilah Hadri), kami tidak mendapati apa-apa dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan bijaksana bahawa beliau menimbangkan sama ada diari balai menunjukkan atau cenderung untuk menunjukkan atas alasan kehadiran perayu pertama di Bukit Aman pada masa material, dia tidak boleh atau tidak mungkin boleh berada di tempat kejadian.

Hakim perbicaraan bijaksana tersalah arah dengan cara tanpa arahan apabila gagal menimbangkan bahawa diari balai selain gagal membuat penemuan sama ada pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa perayu pertama berada di tempat kejadian.

Berhubung log panggilan dan ramalan liputan, kami mendapati bahawa keterangan saksi pendakwaan ke-61, 62 dan 63 menimbulkan isu kredibiliti dan ketepatan log panggilan serta ramalan liputan. Dalam penghakiman kami adalah penting bagi hakim perbicaraan bijaksana menyatakan pemikirannya kepada cabaran yang dibangkitkan pembelaan terhadap eksibit dan membuat penemuan sama ada secara nyatanya terdapat pengubahan dan gangguan kepada data dan sama ada ketulenan data dipersoalkan atau sebaliknya. Dengan kecewanya, hakim gagal membuat, yang mana dalam penghakiman kami ia membawa kepada tersalah arah serius menyebabkan eksibit berkenaan tidak selamat untuk dipertimbangkan.
Berhubung maklumat yang membawa kepada penemuan, hakim yang perbicaraan bijaksana tidak mengarahkan pemikirannya dan tidak memeriksa sama ada percanggahan dan keterangan tidak konsisten saksi pendakwaan adalah material; tidak memeriksa kredibiliti saksi pendakwaan dan tidak mengarahkan pemikirannya sama ada perayu menimbulkan keraguan berhubung ketepatan 27 keterangan dan sama ada penemuan dibuat secara eksklusifnya hasil daripada maklumat yang disampaikan oleh perayu dan bukan daripada sumber lain. Kami mendapati terdapat tiada arahan daripada hakim perbicaraan bijaksana dalam menilai keterangan sebelum menerima pakai keterangan mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.
Berhubung isu pemilikan dan kawalan bahan letupan, selepas membuat penemuan berhubung kaitan di antara bahan letupan dan kematian mangsa, hakim perbicaraan bijaksana sepatutnya, pada penghakiman kami, membuat penemuan lanjut untuk mengaitkan bahan letupan terbabit dengan perayu. Dengan tidak membuat sebarang penemuan berhubung pemilikan bahan letupan yang digunakan dalam pembunuhan oleh perayu, hakim perbicaraan bijaksana gagal mengarahkan pemikirannya terhadap rangkaian yang hilang, menyebabkan terdapat satu salah arah berlaku.
Sejauh mana kegagalan memanggil Deputi Superintendan Musa Safri, penghakiman kami berhubung fakta kes, keterangan Musa adalah penting untuk merungkai cerita pendakwaan. Kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil atau menawarkan beliau untuk disoal balas, dalam keadaan keadaan keterangan secara keseluruhannya, akan menimbulkan inferens yang sebaliknya mengikut Seksyen 114(g) Akta Keterangan, terhadap kes pendakwaan.
Seterusnya pada isu sepasang selipar, kami mendapati tiada bukti yang menunjukkan terdapat kaitan dua antara selipar terbabit dengan perayu kedua. Pihak pendakwaan tidak menutup sebarang lompang dalam kesnya.
Begitu juga dengan katrij terpakai yang dijumpai dalam kereta perayu kedua, kami mendapati terdapat jurang dalam kes pendakwaan dan dalam aspek ini hakim gagal mengarahkan pemikirannya terhadap isu itu.
Akhirnya, berhubung niat bersama. Kami mendapati hakim tidak membuat penemuan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan bahawa terdapat perancangan awal oleh kedua perayu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan berikutan daripada perancangan awal berkenaan. Dalam penghakiman kami, ketiadaan penemuan sedemikian oleh hakim perbicaraan bijaksana berhubung ramuan niat bersama menyebabkan berlaku tersalah arah disebabkan tanpa arahan.
Dengan melihat kepada keseluruhan keadaan kes, penghakiman kami adalah kesan pengumpulan tanpa arahan oleh hakim perbicaraan bijaksana menyebabkan sabitan ke atas perayu adalah tidak selamat.
Kami, dengan sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi dengan ini diketepikan. Kedua-dua perayu dengan ini dilepas dan dibebaskan.
Datuk Seri Mohamed Apandi Ali
Datuk Linton Albert
Datuk Tengku Maimun Tuan Mat

Thursday, 22 August 2013

Kalimah Allah: Mahkamah Rayuan TOLAK permohonan Gereja Katholik ketepi rayuan kerajaan...

kalimah1axx

Debaran menanti keputusan Makhamah Rayuan di Putrajaya permohonan pihak Gereja Roman Katholik untuk ketepikan rayuan kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam bible Bahasa Melayu berakhir.

Keputusan yang dibuat tentulah melegakan hati umat Islam di negara ini sejak meletusnya kontroversi mengenai pengunaan kalimah Allah tidak lama dulu.

Penal tiga hakim mahkamah itu yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin telah buat keputusan petang Khamis TOLAK permohonan yang dibuat oleh Ketua Biskop Roman Katholik Murphy Pakiam.

Dua lagi hakim ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof.

Ini bermakna maka rayuan kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang benarkan kalimah itu digunakan pada Disember 2009 akan didengar pada 10 September ini.
Sebelum ini sejak jam 8 pagi lebih 200 ahli NGO Islam dan Perkasa serta beberapa pemimpin UMNO berkumpul di luar mahkamah untuk menanti keputusan yang bakal dibuat.

Antara yang turut kelihatan di situ ialah bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Ada kalangan mereka yang berdoa,bersalawat dan membaca Yasin.

kalimah2xx

Isu pengunaan kalimah Allah berbangkit pada 2008 ekoran sebuah majalah minggu Herald yang dikendali oleh gereja Katholik mengunakan kalimah berkenaan.
Ia telah mencetuskan bantahan dikalangan umat Islam di negara ini.
Pada 31 Disember 2009 Mahkamah Tinggi memutuskan pihak gereja itu ada hak dari segi perlembagaan untuk guna kalimah Allah.

kalimah3xx

Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan

Tuesday, 20 August 2013

Tak 'usik' 2 jawatan tertinggi Umno, elak perpecah

  • Datuk Seri Mohd Shafie ApdalDatuk Seri Mohd Shafie Apdal
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Cadangan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan Umno Oktober ini tidak bermakna parti tidak demokratik, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
  
Sebaliknya, ia merupakan cadangan yang perlu diterima untuk mengelakkan perpecahan di saat Umno sedang melalui proses transformasi yang memerlukan perpaduan yang lebih jitu, katanya di sini hari ini.
  
Bercakap kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di sini, Mohd Shafie yang juga menteri berkenaan berkata dalam sejarah parti semasa Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden Umno, parti itu di haramkan.
  
"Kalau kita lihat dalam parti komponen pun, pertembungan ketua-ketua di peringkat atas itu boleh melemahkan parti," katanya.
  
Selain Shafie, beberapa pemimpin Umno yang lain turut menyuarakan pendapat sama agar kedua-dua jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.
  
Menyentuh mengenai jawatan Naib Presiden, Mohd Shafie mengalu-alukan mana-mana anggota parti yang berminat menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu.
  
"Cuma yang penting, utamakan keutuhan parti. Dalam kita bertanding jangan menyebabkan perpecahan, dan sebolehnya jika kita tawarkan diri, biarlah sebagai anggota yang boleh kuatkan parti," katanya. - Bernama

Sunday, 18 August 2013

Mesti komited bersihkan imej UMNO


Para pemimpin UMNO mesti komited membersihkan imej parti daripada tuduhan penyelewengan dan amalan 'cantas' sekiranya ingin menarik sokongan golongan muda serta profesional.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, segelintir individu menyertai UMNO semata-mata untuk kepentingan peribadi dan sikap itu memberi imej kurang baik kepada parti.

Menurut beliau, amalan 'cantas' juga sering berlaku apabila pihak yang tidak dicalonkan untuk jawatan yang diingini berusaha menjatuhkan lawan mereka.

"Pada pandangan saya, bukan UMNO yang bermasalah tetapi mereka yang menguruskannya," katanya dalam sidang akhbar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di The Mines, Seri Kembangan dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Saturday, 17 August 2013

Pejabat PM nafi Najib-Anwar runding kerajaan perpaduan...

najib-pandikar-anwar513
Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat mengeluarkan satu kenyataan akhbar menafikan laporan beberapa portal berita online yang mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan tujuh perenggan itu antara lain menyebut laporan portal berita yang memetik “sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem” Najib adalah merupakan “daya imaginasi” penulis kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.
Menurut Pejabat Perdana Menteri, perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Anwar serta kepimpinan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan PRU13 dan mempertikai keputusan tersebut.
"Laporan yang memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “kenyataan politik  yang berniat nakal”.
"Usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi  mendapat persetujuan Najib dan Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.
"Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Datuk seri Mohd Najib agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri.
"Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13.
"Oleh itu, kenyataan Anwar mengesahkan adanya usaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan”  bagi kepentingan politik  pembangkang khususnya ketuanya," jelas kenyataan akhbar tersebut

Friday, 16 August 2013

Pentadbiran 100 hari PM tingkat keyakinan rakyat

PAPAR, 16 Ogos – Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyifatkan prestasi pentadbiran 100 hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Pilihan Raya Umum yang ke-13 (PRU13) sebagai membanggakan dan memantapkan lagi pelaksanaan program transformasi kerajaan.
  • Rosnah Abdul Rashid Shirlin
  • Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Rosnah berkata keupayaan Najib mentadbir negara dengan baik turut meningkatkan keyakinan rakyat terhadap beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Sehingga kini, kita melihat proses transformasi masih berjalan lancar. Walaupun dalam awal pentadbiran 100 hari ini pentabiran beliau telah dicabar pelbagai isu termasuk isu melibatkan perpaduan namun ia telah ditangani dengan begitu baik sebagai perdana menteri yang bertanggungjawab,” katanya.
Rosnah yang juga Anggota Parlimen Papar berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Kampung Pengalat Kecil Papar, dekat sini semalam.
Beliau berkata Puteri Umno akan sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pentabiran Perdana Menteri.
“Walaupun banyak tomahan dan juga usaha pihak pembangkang untuk menidakkan pentadbiran Najib namun beliau masih gah untuk meneruskan pentadbiran negara dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia semasa PRU13.
“Apa yang cuba dilakukan oleh pihak pembangkang dengan cuba menidakkan kemenangan BN dan mencetuskan pelbagai isu melibatkan isu agama dan sebagainya hanya usaha sia-sia kerana rakyat lebih memahami bahawa tidak ada perkara yang lebih penting selain keamanan negara yang perlu dipertahankan,” katanya.
Rosnah berkata Perdana Menteri sentiasa menekankan tentang pentingnya perpaduan dan rakyat seharusnya memberi sokongan untuk menjayakan wawasan murni itu.
“Hanya segelintir sahaja yang terbawa-bawa dengan sikap pembangkang tetapi saya kira secara umum penerimaan rakyat kepada pentadbiran kerajan sedia ada begitu mantap dan begitu baik, sehingga Kita dapat kekalkan perpaduan sedia ada,” katanya.
Rosnah berkata sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, Najib bersama jemaah menteri telah menyatakan komitmen untuk memastikan kebajikan rakyat terus terbela termasuk dalam memerangi jenayah.
“Begitu juga dalam aspek perpaduan dan kemaanan serta yang melibatkan sensitiviti kaum dan agama,” katanya.
Sementara itu, bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Abdul Rahim Ismail berkata sepanjang 100 hari pentadbirannya, Najib berjaya memperkukuhkan perpaduan kaum yang merupakan antara cabaran utama kerajaan BN selepas menang PRU13.
“Ada sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan atas keterbukaan dan pendemokrasian  yang diperkenalkan oleh kerajaan BN khususnya Umno dalam merapatkan jurang perkauman di negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada rumah terbuka itu.
Abdul Rahim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pantai Manis berkata beliau juga yakin kepimpinan Najib mampu mengekalkan keamanan dan keharmonian yang dinikmati negara ini sekarang.
“…bukan mudah mematahkan perpaduan yang kental yang dibina sejak sekian lama dalam kalangan masyarakat yang ada pada masa kini,” katanya. – Bernama

Thursday, 15 August 2013

Bodoh punya DAP...

khairy-dapsarawak513
"Ya, saya sengaja bagi rumah saya dirompak sebab nak kembalikan EO. Bodoh punya DAP. (Sorry bahasa tapi justified)" itu antara luahan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam akaun twitternya petang Rabu.
Beliau mengulas kenyataan pemimpin DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang mendakwa kes pembunuhan melibatkan senjata api di negara ini dibiarkan berleluasa bagi membolehkan kerajaan BN menggubal undang-undang baharu menggantikan Ordinan Darurat (EO).
Dakwanya, undang-undang baharu itu kemudiannya akan disalahgunakan oleh para pemimpin atasan BN untuk menganiayai pembangkang.
Kenyataan kontroversi tersebut dibuat dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP pada Selasa disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris di Sarawak, The Borneo Post.
kj-daptweet
Sementara itu, dalam satu kenyataan media juga pada petang Rabu, Pergerakan Pemuda UMNO mengecam Chieng Jen yang mendakwa insiden tembakan serta jenayah yang semakin berleluasa di negara ini merupakan sandiwara Barisan Nasional (BN).
Menurut Khairy, tohmahan berkenaan merupakan satu bentuk hasutan politik yang berniat jahat, serius serta keterlaluan.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, tindakan jahat itu bertujuan mempengaruhi rakyat supaya membenci BN selaku kerajaan yang dipilih secara sah pada pilihan raya umum lalu.
"Kenyataan Chieng Jen yang merupakan pemimpin kanan DAP dan Ahli Parlimen Bandar Kuching jelas menampakkan tembelang pihak pembangkang yang memperjuangkan politik kebencian serta perpecahan dalam kalangan rakyat.
"Atas rasa cintakan keamanan negara, kesejahteraan rakyat serta prinsip perjuangan politik matang, Pergerakan Pemuda UMNO mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan politik kotor Chieng Jen itu dan berharap perkara tersebut membuka mata rakyat tentang kualiti pemikiran serta perjuangan politik pemimpin pembangkang," katanya.
Chieng Jen menerusi laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris di Sarawak, The Borneo Post hari ini mendakwa kes pembunuhan melibatkan senjata api di negara ini dibiarkan berleluasa bagi membolehkan kerajaan BN menggubal undang-undang baharu menggantikan Ordinan Darurat (EO).
Dalam pada itu, Pemuda BN Perak membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam tadi terhadap Chieng Jen.
Setiausaha Pemuda BN Perak, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata pihaknya membuat laporan itu supaya siasatan dijalankan terhadapnya yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan politik jahat.

Wednesday, 14 August 2013

Anggota UMNO Waspada Tindakan Musuh Niat Rosakkan Parti

Pemilihan UMNO yang dijadualkan berlangsung tahun ini perlu dijadikan titik tolak kepada permulaan bagi gerak kerja kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 namun demikian ahli-ahlinya juga perlu sentiasa berwaspada dengan segelintir pihak yang mahu menghancurkan parti, kata Setiausaha Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim.
Ahli UMNO Bersemangat
Katanya, dalam keadaan anggota parti berdepan dengan perubahan besar maka tentunya akan ada pihak yang selama ini menunggu ruang dan peluang untuk memusnahkan UMNO sama ada dari dalam dan dari luar parti sendiri.
“Janganlah kita memberi peluang kepada mana-mana individu yang mahu memusnahkan parti yang selama ini telah banyak berjasa kepada kita malah dalam ada kemungkinan juga wujud individu yang berniat tidak ikhlas dengan niat mencalarkan parti dalam pemilihan ini,” katanya kepada UMNO-Online.
Tegas beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Negeri Kedah, sewajarnya semua ahli UMNO yang mahu menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan kelak dapat mengukur diri sendiri dengan menginsafi perjuangan UMNO selama lebih 67 tahun ini.
“Pemilihan ini adalah satu pembaharuan secara total, membawa harapan rakyat dan anggota di akar umbi maka tentunya orang yang mahu menawarkan diri sebagai pemimpin juga sedar dengan tanggungjawab yang bakal dihadapi serta lengkap dengan perancangan ke arah memperkasa UMNO.
“UMNO telah berdepan dengan pelbagai ujian dan cabaran yang amat getir namun alhamdulillah semuanya dapat dihadapi maka tentunya ada pihak yang masih tidak senang, dengki, iri hati dan berniat jahat yang barangkali gagal mendapat apa yang dihajati dalam parti selama ini,” katanya.
Katanya, bukan hanya individu yang mahu menawarkan diri dalam pemilihan malah ahli-ahli UMNO yang bertanggungjawab sebagai pemilih juga perlu telus memastikan orang yang benar-benar layak diangkat bagi menerajui parti.
“UMNO perlukan pemimpin-pemimpin yang benar-benar ikhlas, berwibawa dan berjiwa patriotik, sentiasa bersemangat dengan benar-benar menghayati perjuangan parti kepada bangsa agama, bangsa dan negara ini.
“Pemilihan yang dibuat secara terbuka ini juga telah memberi ruang yang amat besar kepada ahli-ahlinya di semua peringkat bagi menentukan kepimpinan dan dalam masa yang sama menyekat politing, mengelakkan sifat berpuak-puak dan menghindari politik wang.
“Pemimpin yang tulin perlu terus pastikan kerelevanan UMNO, memahami hala tuju dengan membuat penilaian dan rangka kerja bagi menarik kembali agar UMNO diminati, disukai dan didampingi oleh semua peringkat.”
Tambah beliau, walaupun sejak beberapa hari lalu sudah ada individu yang menawarkan diri untuk bertanding namun biarlah ia berlangsung dalam suasana yang sihat tanpa mengundang fitnah dan hasad dari pihak yang selama ini mencari peluang memburukkan parti.

Akta Undang-Undang Sivil 1956 boleh diperbaharui

  • Abdul Gani PatailTan Sri Abdul Gani Patail
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara sedang mengkaji kesesuaian pemakaian Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Akta 67) khususnya peruntukan mengenai pemberian dan pengiraan ganti rugi bagi kecederaan diri dan kemalangan maut.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata hasil kajian awal pihaknyamendapati terdapat peruntukan dalam akta itu yang boleh diperbaharui selaras dengan perkembangan ekonomi dan sosial terkini di Malaysia yang telah banyak berubah.

"Bagi memastikan kajian semula akta tersebut lebih menyeluruh, satu borang kaji selidik telah dimuat naik di halaman utama laman sesawang rasmi Jabatan Peguam Negara bertujuan mendapatkan maklum balas orang awam mengenai cadangan untuk menambah baik akta tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Borang kaji selidik itu mula dimuat naik pada 6 Ogos dan boleh diakses sehingga 8 Sept depan melalui alamat http://www.agc.gov.my. - Bernama

30 Peratus Dari Lebih 20,000 Cawangan UMNO Selesai Bermesyuarat

Kira-kira 30 peratus daripada lebih 20,000 cawangan Umno seluruh negara telah selesai bermesyuarat, kata Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh hari ini.
rauf-yusoh-suk-umno-pemilihan-pindaan-perlembagaan-raya
Sehingga ini semua mesyuarat cawangan berjalan lancar, katanya pada siding akhbar di Masjid Tanah di sini, semasa mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya.
Antara yang hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Idris Harun serta lebih 1,000 anggota masyarakat setempat.
Semalam, Setiausaha Agong UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pengurusan Umno bersetuju melanjutkan tarikh akhir mesyuarat cawangan UMNO daripada 31 Ogos kepada 15 September depan.
Ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah seperti disebut-sebut, Ab Rauf berkata beliau masih belum bersedia untuk mengulas berkenaan perkara itu.
Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi Datuk Ismail Othman dan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik adalah antara yang menawarkan diri bertanding jawatan tersebut.
Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Ab Rauf berkata mesyuarat peringkat bahagian dan cawangan parti itu tidak akan terjejas dengan ibadah haji akan datang.
“Mereka yang nak pergi haji punya jangka masa cukup untuk hadir mesyuarat peringkat cawangan atau bahagian.
“Sekarang pun sudah 30 peratus cawangan buat mesyuarat dan cawangan punyai banyak masa untuk buat mesyuarat sehingga tarikh akhir 15 September.
“Bahagian juga punya masa lama untuk bermesyuarat sehingga lepas Hari Raya Haji iaitu 19 Oktober,” katanya. Hari Raya Haji jatuh pada 15 Okt.
Beliau berkata mana-mana anggota Umno yang mahu dan layak bertanding dalam pemilihan parti itu tetapi mahu mengerjakan haji boleh melantik wakilnya pada pemilihan itu dengan mengemukakan surat wakil kepada UMNO pusat.

Pemilihan UMNO, Aturan dan Kaedah Pemilihan


Menjelang pemilihan UMNO yang bakal berlangsung pada September dan Oktober ini, Ibu Pejabat UMNO telah mengeluarkan surat pekeliling kepada UMNO Bahagian berkaitan butiran dan kaedah pelaksanaannya agar ia dapat difahami dan pelaksanaannya berlangsung lancar.
Berikut adalah surat pekeliling yang dikeluarkan:
SURAT PEKELILING IBU PEJABAT BIL : 02/13
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang pada 26 Julai 2013 telah memutuskan perkara-perkara seperti berikut:
2.1 ATURAN KAEDAH PEMILIHAN DAN BORANG PENDAFTARAN
2.1.1 Kaedah pemilihan akan diadakan secara serentak di semua 191 Bahagian
2.1.2 Borang pendaftaran akan diagihkan seminggu lebih awal oleh Ibu Pejabat
2.1.3 Borang tersebut hendaklah diserahkan di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing dan perlu disertakan nama wakil calon serta mendapat pengesahan kelayakan bertanding daripada pihak Bahagian
2.2 TARIKH PENDAFTARAN CALON
2.2.1 Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan sama ada di peringkat Ahli Majlis Tertinggi, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia, peringkat Jawatankuasa Bahagian dan peringkat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian ditetapkan pada 7 September 2013 (Sabtu) bertempat di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing.
2.3 MESYUARAT PERWAKILAN DAN PEMILIHAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO BAHAGIAN
2.3.1 Tarikh mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian diadakan serentak pada 28 September 2013 (Sabtu).
2.4 PEMILIHAN EXCO PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO MALAYSIA
2.4.1 Tarikh pemilihan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia diadakan serentak pada 28 September 2013 (Sabtu).
2.5 MESYUARAT PERWAKILAN DAN PEMILIHAN BAHAGIAN
2.5.1 Tarikh Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan di peringkat Bahagian diadakan serentak pada 5 Oktober 2013 (Sabtu).
2.6 PEMILIHAN AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN WAKIL BAHAGIAN KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013
2.6.1 Tarikh Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi dan Wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO 2013 diadakan serentak pada 5 Oktober 2013 (Sabtu).
2.7 LAIN-LAIN PERKARA
2.7.1 Notis Persidangan
• Notis Persidangan bertulis perlulah dikeluarkan kepada ahli yang layak menghadiri Persidangan selaras Perkara 6 Peraturan Persidangan dan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, bunting dan banner serta sistem pesanan ringkas (SMS) adalah DIBENARKAN sebagai dokumen sokongan kepada kaedah sedia ada sebelum ini
2.7.2 Tempoh Bantahan Persidangan
• Tempoh bantahan Persidangan disemua peringkat sekiranya ada perlulah dibuat dalam tempoh masa 3 hari selepas Persidangan diadakan
2.7.3 Had Umur Kelayakan Bertanding
• Bagi mana-mana Ahli Pergerakan Pemuda yang lahir pada tahun 1973 adalah LAYAK bertanding sebarang jawatan didalam Pergerakan Pemuda.
2.7.4 Cukup Bilang (Korum) Persidangan
• Cukup Bilang (Korum) Persidangan adalah ¼ daripada jumlah wakil-wakil atau ahli yang berhak hadir selaras Fasal 11.1 Peraturan Persidangan. Jika tidak ada ¼ bilangan Korum, Pengerusi boleh menangguhkan persidangan selama 1 jam dan jika masih tidak cukup bilang (Korum) maka bolehlah merujuk kepada Perlembagaan.

• Bagi Pergerakan Sayap-sayap, bilangan cukup bilang adalah seramai 11 orang memandangkan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap adalah terkecuali serta had umur bagi Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap dibenarkan melebihi umur 40 tahun yang terdiri daripada Ahli Pergerakan dalam tempoh penggal berkenaan dan terpakai disemua peringkat.
2.7.5 Makluman pengoperasian Call-centre Ibu Pejabat
• Mana-mana Ahli yang ingin mendapatkan sebarang maklumat berkaitan pemilihan bolehlah menghubungi talian bebas tol 1800-22-8666 bermula 1 September 2013
2.7.6 Larangan-larangan semasa tahun pemilihan
• Larangan-larangan semasa tahun pemilihan adalah terpakai sepertimana yang terkandung di dalam Tataetika Ahli
2.7.7 Cawangan Yang Kurang daripada 50 ahli di negeri Sabah
• Bagi Cawangan-cawangan di negeri Sabah yang kurang 50 Ahli didalam Cawangan tersebut perlulah menggunapakai kaedah yang ditetapkan terdahulu.
3. Sekian dimaklumkan, semoga segala keputusan di atas akan diambil tindakan sewajarnya oleh Yang Berhormat/ Yang Berbahagia.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT
TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR

Pindaan Mesyuarat Cawangan, Bahagian Dan Tarikh Penamaan Calon Pergerakan Sayap Dan Majlis Tertinggi UMNO


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan berkaitan tarikh pindaaan untuk mesyuarat Cawangan yang dipanjangkan dan tarikh-tarikh baru bagi penamaan calon pergerakan sayap dan pemilihan Majlis Tertinggi serta persidangan bahagian.
Berikut ialah siaran media berkaitan:
Dimaklumkan Presiden UMNO, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah bersetuju untuk meminda tarikh mesyuarat Cawangan UMNO, mesyuarat Bahagian UMNO dan penamaan calon untuk pemilihan parti kepada tarikh yang ditetapkan. Tarikh baru adalah seperti berikut:
I. Mesyuarat Cawangan UMNO dilanjutkan daripada 31 Ogos kepada 15 September 2013;
II. Pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri daripada 7 September kepada 21 September 2013;
III. Mesyuarat pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 12 Oktober 2013;
IV. Penamaan calon untuk pemilihan Majlis Tertinggi UMNO daripada 7 September kepada 28 September 2013;
V. Mesyuarat Bahagian dan hari pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dipinda daripada 5 Oktober kepada 19 Oktober 2013.
Pindaan tersebut dibuat berikutan cadangan dan permintaan dari UMNO Bahagian-bahagian dan Cawangan-cawangan yang antaranya ialah tarikh mesyuarat Cawangan sebelum ini berlangsung dalam bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dan tamat tempoh mesyuarat pada 31 Ogos 2013. Dalam masa yang sama dua pemimpin negara luar iaitu Presiden China dan Presiden Amerika Syarikat juga akan berkunjung ke negara ini pada awal Oktober 2013 dan persediaan untuk menerima kedatangan tetamu negara ini perlu dibuat.
Dengan demikian maka Presiden, Timbalan Presiden dan pengurusan UMNO telah bersetuju kepada tarikh-tarikh baru ini. Pihak pengurusan UMNO juga telah memaklumkan kepada ahli Majlis Tertinggi parti berkenaan dengan perkara tersebut.
Sekian dimaklumkan, Terima kasih.
DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
(Setiausaha Agung UMNO)