Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 22 August 2013

Kalimah Allah: Mahkamah Rayuan TOLAK permohonan Gereja Katholik ketepi rayuan kerajaan...

kalimah1axx

Debaran menanti keputusan Makhamah Rayuan di Putrajaya permohonan pihak Gereja Roman Katholik untuk ketepikan rayuan kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam bible Bahasa Melayu berakhir.

Keputusan yang dibuat tentulah melegakan hati umat Islam di negara ini sejak meletusnya kontroversi mengenai pengunaan kalimah Allah tidak lama dulu.

Penal tiga hakim mahkamah itu yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin telah buat keputusan petang Khamis TOLAK permohonan yang dibuat oleh Ketua Biskop Roman Katholik Murphy Pakiam.

Dua lagi hakim ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof.

Ini bermakna maka rayuan kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang benarkan kalimah itu digunakan pada Disember 2009 akan didengar pada 10 September ini.
Sebelum ini sejak jam 8 pagi lebih 200 ahli NGO Islam dan Perkasa serta beberapa pemimpin UMNO berkumpul di luar mahkamah untuk menanti keputusan yang bakal dibuat.

Antara yang turut kelihatan di situ ialah bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Ada kalangan mereka yang berdoa,bersalawat dan membaca Yasin.

kalimah2xx

Isu pengunaan kalimah Allah berbangkit pada 2008 ekoran sebuah majalah minggu Herald yang dikendali oleh gereja Katholik mengunakan kalimah berkenaan.
Ia telah mencetuskan bantahan dikalangan umat Islam di negara ini.
Pada 31 Disember 2009 Mahkamah Tinggi memutuskan pihak gereja itu ada hak dari segi perlembagaan untuk guna kalimah Allah.

kalimah3xx

Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan

No comments:

Post a Comment