Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 14 August 2013

Anggota UMNO Waspada Tindakan Musuh Niat Rosakkan Parti

Pemilihan UMNO yang dijadualkan berlangsung tahun ini perlu dijadikan titik tolak kepada permulaan bagi gerak kerja kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 namun demikian ahli-ahlinya juga perlu sentiasa berwaspada dengan segelintir pihak yang mahu menghancurkan parti, kata Setiausaha Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim.
Ahli UMNO Bersemangat
Katanya, dalam keadaan anggota parti berdepan dengan perubahan besar maka tentunya akan ada pihak yang selama ini menunggu ruang dan peluang untuk memusnahkan UMNO sama ada dari dalam dan dari luar parti sendiri.
“Janganlah kita memberi peluang kepada mana-mana individu yang mahu memusnahkan parti yang selama ini telah banyak berjasa kepada kita malah dalam ada kemungkinan juga wujud individu yang berniat tidak ikhlas dengan niat mencalarkan parti dalam pemilihan ini,” katanya kepada UMNO-Online.
Tegas beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Negeri Kedah, sewajarnya semua ahli UMNO yang mahu menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan kelak dapat mengukur diri sendiri dengan menginsafi perjuangan UMNO selama lebih 67 tahun ini.
“Pemilihan ini adalah satu pembaharuan secara total, membawa harapan rakyat dan anggota di akar umbi maka tentunya orang yang mahu menawarkan diri sebagai pemimpin juga sedar dengan tanggungjawab yang bakal dihadapi serta lengkap dengan perancangan ke arah memperkasa UMNO.
“UMNO telah berdepan dengan pelbagai ujian dan cabaran yang amat getir namun alhamdulillah semuanya dapat dihadapi maka tentunya ada pihak yang masih tidak senang, dengki, iri hati dan berniat jahat yang barangkali gagal mendapat apa yang dihajati dalam parti selama ini,” katanya.
Katanya, bukan hanya individu yang mahu menawarkan diri dalam pemilihan malah ahli-ahli UMNO yang bertanggungjawab sebagai pemilih juga perlu telus memastikan orang yang benar-benar layak diangkat bagi menerajui parti.
“UMNO perlukan pemimpin-pemimpin yang benar-benar ikhlas, berwibawa dan berjiwa patriotik, sentiasa bersemangat dengan benar-benar menghayati perjuangan parti kepada bangsa agama, bangsa dan negara ini.
“Pemilihan yang dibuat secara terbuka ini juga telah memberi ruang yang amat besar kepada ahli-ahlinya di semua peringkat bagi menentukan kepimpinan dan dalam masa yang sama menyekat politing, mengelakkan sifat berpuak-puak dan menghindari politik wang.
“Pemimpin yang tulin perlu terus pastikan kerelevanan UMNO, memahami hala tuju dengan membuat penilaian dan rangka kerja bagi menarik kembali agar UMNO diminati, disukai dan didampingi oleh semua peringkat.”
Tambah beliau, walaupun sejak beberapa hari lalu sudah ada individu yang menawarkan diri untuk bertanding namun biarlah ia berlangsung dalam suasana yang sihat tanpa mengundang fitnah dan hasad dari pihak yang selama ini mencari peluang memburukkan parti.

No comments:

Post a Comment