Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday, 30 August 2013

Naib Presiden UMNO: Saya tak tua sangat - Isa

isa-samad
Sebagai 'orang lama' langkah Tan Sri Isa Samad menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini terus mengundang pelbagai reaksi.
Ada juga yang pro dan ada juga yang menilai ini bukan lagi waktunya bagi Pengerusi Felda yang hampir mencecah 64 tahun itu.
Namun bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan kini Ahli Parlimen Jempol tetap menaruh harapan perwakilan agar perwakilan membuat pilihan mengabungkan yang muda dengan yang tua pada barisan tiga orang Naib Presiden UMNO.
Baginya kombinasi tua dan muda itu adalah baik menjadi amalan dalam UMNO.
Isa berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan tentang faktor umurnya yang lebih berbanding penyandang jawatan Naib-Naib Presiden sekarang yakni Datuk Seri Zahid Hamidi,Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal.
Beliau mengadakan sidang media selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya anjuran FGV Berhad di Dewan Perdana Felda, petang Selasa.
Beliau berkata, "saya pun taklah tua sangat, dia orang pun (Naib-Naib Presiden yang ada sekarang) taklah muda sangat."
Menurut Isa, terpulanglah pada perwakilan samada mereka mahu kombinasi seperti itu atau membuat pilihan lain.
Mengulas tentang peluang menang pada pemilihan kali ini, Isa memberitahu beliau tidak membuat sebarang penilaian secara terperinci tapi hanya sekadar menawarkan diri.
"Kalau saya nak perkenalkan diri pun, ramai dah kenal maka saya serahkan pada perwakilan memilih samada mereka hendak saya duduk di situ atau tidak," tambahnya.
Mengenai corak pemilihan terbaru ini, Isa menyifatkan sistem yang baik kerana penglibatan pemimpin akar umbi lebih besar bilangan dan kuasa memilih.
"Lagi ramai yang memilih maka lebih baik keputusan yang dibuat, ini adalah transformasi dalam UMNO dan berdasarkan pada mesyuarat di bahagian saya, ianya berjalan dengan baik"

"Semangat Cawangan mengadakan mesyuarat dengan memastikan korum juga cukup tinggi  kerana setiap Cawangan merasakan mereka mempunyai kuasamemilih pucuk pimpinan parti, " jelas Isa.

Sebelum itu beliau memberitahu perancangan tahun akan datang FGV yang akan memperbesarkan perniagaan asasnya dalam perladangan di mana syarikat itu telah membeli ladang di Kalimantan, Indonesia manakala beberapa ladang di negara lain masih lagi dalam penilaian.
Isa menjelaskan penilaian tersebut dari segi kesesuaian tanah, harga dan situasi politik di negara terbabit.
"FGV juga akan mempergiatkan perniagaan 'downstream' yang akan diumumkan tidak berapa lama lagi." ujarnya.

No comments:

Post a Comment